Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

#001

"Kau tunggu sini. Nanti aku datang balik. Aku nak pergi tandas sekejap" Ujar Sooyun lalu meletakkan begnya dan beberapa fail di atas kerusi yang diorang duduk dekat koridor universiti.

Selepas kelibat sooyun tiada, seorang namja datang ke arah sihyeon sambil menyuakan sejambak bunga kepada Sihyeon.

"Uhmm, Sihyeon nak minta tolong sikit. Boleh? Awak tolong bagi dekat sooyun boleh tak?" Soal namja tersebut.

"Ouh, Sehun sunbaenim, kalau nak bagi dekat sooyun unnie kenapa tak bagi depan depan je?" Soal Sihyeon sambil mengambil sejambak bunga tersebut lalu memegangnya.

"Saja. Apa - apa saya pergi dulu. Nanti sooyun datang dia salah faham pula" Balas Sehun lalu meninggalkan Sihyeon. Sihyeon mengeluh sebelum duduk di kerusi tersebut menunggu Sooyun dan Naeun.








Sooyun yang baru keluar dari toilet terkejut dengan kedatangan Yohan di situ.

"Haa, Yohan. Buat apa depan tandas yeoja. Mengintai?" Ujar Sooyun.

"Ishhh, apa noona ni. Nah bunga, tolong bagi dekat Sihyeon" Balas Yohan sambil menyuakan sejambak bunga kepada Sooyun. Sooyun hanya menggelengkan kepalanya sambil mengambil sejambak bunga tersebut lalu berjalan ke arah sihyeon.

"HYEON" Panggil Sooyun lalu berlari ke arah Sihyeon.

"Nah bunga" Ujar Sooyun dan Sihyeon serentak sambil menyuakan sejambak bunga.

"Diorang malu kot nak bagi depan depan" Ujar Sihyeon lalu mengambil bunga ditangan sooyun manakala sooyun mengambil bunga ditangan sihyeon.

"SOOYUN! SIHYEON!" Panggil Naeun membuatkan Sooyun dan Sihyeon memandang ke arah Naeun.

"Sorry, lambat. Ada masalah tadi waktu discussion" Ujar Naeun membuatkan Sooyun menggelengkan kepalanya.

"Gwenchana" Balas Sooyun.

"Banyak Chocolate kau dapat Naeun. Dapat mana?" Soal Sihyeon sambil menunjukkan 2 kotak chocolate berbentuk love.

"Ouh, dari Minhyuk dan Jaehyun. Korang ni dapat bunga dari siapa?" Soal Naeun sambil memandang ke arah 2 jambak bunga yang dipegang oleh Sooyun dan Sihyeon.

"Entah, sihyeon tak bagitahu pun siapa bagi dengan aku " Balas Sooyun.

"Aku pun tak tahu, siapa bagi. Sebab sooyun tak bagitahu" Balas Sihyeon.

"Hmmm, yelah. Biar jadi secret admire ye?" Ujar Naeun membuatkan Sihyeon dan Sooyun menggaru kepala mereka walaupun tidak gatal.

"Dah - dah jom balik. Nanti kang tak pasal pasal Wendy bebel" Ujar Sooyun berjalan mendahului ke arah parkir kereta miliknya. Naeun dan Sihyeon terus berlari ke arah Sooyun.









Wendy yang baru balik dari university telah menyediakan hidangan di atas meja. Hanya menunggu Rose, Sooyun, Sihyeon dan Naeun balik ke rumah.

Wendy yang baru sahaja ingin membuka tv terus terkejut dengan suara Rose yang baru balik dari dating dengan Jungkook.

"WENDY, ROSE DAH BALIK" Jerit Rose walaupun dia tahu Wendy sekarang ada di ruang tamu. Wendy terus melemparkan bantal ke muka Rose.

"Ish, langsung tak beri salam. Jangan jerit jerit la, nanti jiran sebelah marah" Ujar Wendy.

"Hehehe, assalamualaikum. Sorry, Wendy" Balas Rose lalu mengutip bantal tersebut.

"Dah pergi mandi, busuk. Bau kambing" Ujar Wendy lalu menutup hidungnya.

"Biar aku peluk, kau. Bagi melekat bau ni" Rose mula berjalan perlahan lahan lalu mendepakan tangannya ingin memeluk Wendy. Wendy terus melarikan diri daripada Rose dan bersembunyi di belakang sofa.

Rose terus menerkam Wendy yang berada di belakang sofa dan menyebabkan mereka berdua jatuh. Rose berada di atas Wendy manakala Wendy di bawah Rose.

"Assa-. Ya Allah, korang buat apa ni. HARAM HARAM" Ujar Naeun terus berlari ke arah Rose dan Wendy lalu menolak Rose. Habis barang - barang yang dipegang Naeun bersepah.

Rose terus mengadu kesakitan kerana punggungnya begitu sakit.

"Korang buat apa ni?" Soal Sihyeon sambil duduk di atas sofa.

"Hei, budak. Tak nak tolong kutip ke" Ujar Sooyun kepada Sihyeon dan Naeun. Naeun terus berjalan ke arah barang - barangnya yang bersepah tadi lalu mengutipnya ditolongi oleh Sooyun.

"Ish, aku terjatuh atas Wendy la. Bukan buat apa pun. Naeun, sakit la punggung aku" Balas Rose sambil mengusap punggungnya kerana sakit ditolak oleh Naeun.

"Hehehehe, sorry. Terkuat pula tolak tadi" Ujar Naeun lalu meletakkan barang - barangnya di atas meja di depan sofa.

"Dapat mana bunga dengan coklat ni?" Soal Wendy menyilangkan tangannya di dada.

"Ada orang bagi" Balas Sihyeon mendapat anggukkan dari Naeun dan Sooyun.

"Dah - dah, apa kata korang berempat pergi naik atas dan mandi. Busuk tahu tak, bau kambing" Arah Wendy sambil tangannya menunjukkan tangga.

"Arasso, OMMA" Ujar mereka berempat lalu berlari ke atas. Wendy menggelengkan kepalanya.

"Hmm, macam budak budak" Wendy terus ke dapur lalu menghidangkan makanan di atas meja. Dalam 5 minit mereka berempat berlari turun ke bawah.

"Woah, Wendy sedapnye bau" Ujar Sihyeon lalu menarik kerusi dan duduk.

"Wash hand, please" Ujar Rose.

"Basuh dah tadi dekat bilik" Balas Sihyeon.

"Basuh je la, kau nak kena keracunan makanan ke?" Soal Rose.

"Ok - ok. Aku basuh" Balas Sihyeon dengan mengalah lalu berjalan ke dapur.

Diorang pun mula menjamah makanan. Selepas habis menjamah makanan, Sooyun yang sedang menonton tv dikejutkan oleh Naeun yang tiba - tiba menukarkan channel.

"Aku tengah tengok tv tu" Ujar Sooyun sambil memandang tajam Naeun.

"Ehh, ada kau ke. Ingatkan kau tak ada" Balas Naeun lalu menukar ke channel yang Sooyun sedang tengok tadi.

'Aku yang besar ni pun kau tak nampak' ujar Sooyun sambil menggelengkan kepalanya.

"Kenapa kau geleng kepala?" Soal Naeun.

"Tak ada apa" Balas Sooyun kembali melihat tv.

Wendy dan Rose yang baru turun dari tangga dengan pakaian elok disapa oleh Sihyeon yang baru keluar dari dapur.

"Haaa, nak pergi mana? Pakai baju elok - elok ni" Soal Sihyeon sambil menghirup milo yang baru dia buat tadi.

"Nak beli barang dapur sekejap" Balas Wendy mendapat anggukkan dari Sihyeon.

"Nak kirim beli ais krim" Ujar Sihyeon sambil mengelipkan matanya sebanyak 3 kali.

"Hmm, yelah. Sooyun? Naeun? Ada nak order apa - apa tak?" Soal Wendy lalu memusingkan badannya ke arah Sooyun dan Naeun.

"Beli correction tape" Balas Naeun. Sooyun hanya menggelengkan kepalanya.

"Ok, kitorang balik dalam pukul 10 malam" Balas Rose.

"Korang, nanti lepas maghrib aku kena keluar. Ada discussion" Ujar Sooyun.

"Ok, kalau macam tu Naeun and Sihyeon jaga rumah elok elok tau. Kunci pintu dengan tingkap. Jangan bagi orang yang tak dikenali masuk" Balas Wendy.

"Ok, Wendy" Ujar Sihyeon dan Naeun serentak.












Tepat pukul 8:30 malam. Sooyun sudah get ready ingin keluar untuk discussion.

"Korang ni hati - hati tau duduk rumah. Kunci pintu dengan pagar. Apa - apa bagitau aku" Ujar Sooyun.

"Ok, Sooyun. Apa - apa kitorang bagitahu" Balas Sihyeon.

"Dah, aku nak pergi ni" Ujar Sooyun lalu berjalan keluar. Selepas mengunci pintu rumah, Sihyeon memusingkan badannya lalu mengadap ke arah Naeun.

"Jom" Ujar Sihyeon dan Naeun serentak. Diorang pun memulakan karaoke.





TBC~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro