Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 38

Keadaan di dalam perpustakaan sangat tenang, bunyi burung yang berkicauan pada pukul 7.00 pagi dengan tiupan angin sejuk yang nyaman. Perpustakaan sangat sunyi akan kerana hanya ada beberapa manusia sahaja yang berada di dalamnya....

"I give up!"Danial menutup (menghempas) bukunya dengan kuat.

Or not.

"Tired tired tired...."Khalif mengomel seorang diri sambil cuba untuk menyiapkan kerjanya.

"For the love of Allah, can you kindly shut your mouth for thirty minutes?"Adam menjeling ke arah Danial yang meletakkan kepala di atas meja.

"Aku penatlah tengok banyak perenggan ni, how am I supposed to finish this assignment with all this words that never end?"Danial mendengus geram tanpa mengangkat kepalanya.

"Lagi kau complain, lagi tak siap kerja kau tu"Kataku tanpa memandang ke arah Danial kerana seperti mereka, aku juga sibuk dengan kerjaku. Kopi pun tak boleh nak selamatkan otak aku yang nak meletup kebabom ni.

"Mir, I can totally feel your brain is on fire"Kami memandang ke arah Emier setelah mendengar pernyataan daripada Khalif.

Kelihatan muka Emier yang berkerut tanpa berhenti menaip di atas papan kekunci komputer ribanya. Cermin mata juga tidak lupa dipakai dengan fon telinga, mungkin tidak mahu dengar kami bising barangkali.

"First time aku nampak dia tak siap kerja, selalu dia la terpaling awal hantar assignment"Kataku sambil meletakkan dagu di belakang tapak tanganku.

"Bukan tak siap kerja, groupmates dia yang tak start lagi kerja dorang. Tengah berperang dalam group Whatsapp la tu"Terang Adam sambil mengurut di pertengahan keningnya.

"Nasib la buat masa sekarang ni aku takde kerja secara berkumpulan, senang sikit aku nak lock groupmates pilihan aku"Aku melepaskan nafas yang lega.

"Then kau tengah buat apa?"Tanya Danial sambil menolak bukunya ke tepi, barangkali mahu mempulaukan bukunya.

"Art History, aku kena cari tokoh dan cerita tentang biografi dia with their best photographs"Terangku dengan nada yang bosan sebelum aku memandang ke arah Emier yang menutup komputer ribanya.

"Talking about that, kau dah siap benda tu?"Tanyaku kepada Emier setelah dia menurunkan fon telinganya.

"Dah, by the way I'm going to the cafe"Emier menyimpan segala barangnya. Lah, dengar rupanya apa yang kami bualkan.

"Nak join!"Kata Khalif manakala kami yang lain juga turut menyimpan barang kami.

Skip di kafe

"Finally some good coffee"Kataku sebelum menghirup air Latte. Kopi dalam botol air aku sudah habis, of course aku perlu charge up with another coffee.

"I can see you've been stressed out since you've been drinking that black coffee"Kata Adam kepada Emier yang menghirup Americano panas. Sehitam hatinya- okay no.

"Kalau groupmates aku tak siap jugak malam ni, aku akan bagi nama dengan prof"Kata Emier tanpa belas kesian.

"Lecturer ke yang bagi kumpulan?"Tanyaku manakala Emier menganggukkan kepalanya.

"Tapi masuk universiti memang akan dapat kumpulan macam tu kan? Remember back when we were in form six?"Aku mengerutkan dahiku tatkala mengingati beberapa memori yang tidak diingini.

"What happened back then?"Tanya Adam sambil mengangkat kening sebelahnya.

"Ad pernah dapat groupmates yang tak buat kerja langsung. Bukan sorang, but three people. Ad pon sorang je perempuan dalam group tu"Terang Khalif sebelum menghirup air Strawberry Lychee.

"Woah, mesti susah dapat kumpulan macam tu"Kata Adam sambil memandung ke arahku.

"Kau tak tengok lagi group Khal. Semua perempuan nak group dengan dia, tapi expect Khal je buat semua kerja sebab dia 'lelaki'"Kataku sambil menekankan perkataan lelaki.

"I mean, he's only being a gentleman towards women. Of course dorang become delulu"Terang Danial sambil menggulingkan bebola matanya.

"That is untrululu~"Kata Khalif sebelum kami tertawa kecil.

"Sekarang dah masuk universiti, jangan terlalu baik sangat pulak"Kataku kepada Khalif.

"Eh bukan aku je, Dam pun dua kali lima"Adam memandang ke arah kami sambil mengunyah makanannya.

"First of all, dua kali lima sepuluh"Aku dan Danial menahan tawa. Why? Sebab Adam cakap dengan muka yang serius dengan dalam mulut penuh dengan makanan.

"Secondly, aku tak rasa dorang berani nak mempergunakan aku. Aku bukannya baik sangat dalam bab assignment ni"Terang Adam setelah dia menelan makanan yang dikunyah sebentar tadi.

"Korang dah siap assignment English?"Secara tiba-tiba Emier mengajukan soalan kepada kaum Adam.

"Assignment apa pulak?"Tanya Danial dengan perasaan pelik manakala Emier mengerutkan dahinya.

"Each of us being given a topic, then kita kena bentang depan twenty plus people at the front"Terang Emier menyebabkan mereka berhenti melakukan apa sahaja yang mereka lakukan sebentar tadi.

"You know what, I'm just gonna head straight to my doom"Khalif berdiri, bersedia untuk menggali kubur. Mungkin di padang bola sepak barangkali.

"Hold it right there"Adam menggenggam bahu kiri Khalif.

"Daripada kau gali kubur, apa kata kau siapkan kerja dulu"Emier menjeling ke arah Khalif.

"Ceh, nak berdrama pon tak boleh"Khalif duduk semula di tempatnya yang asal.

"Why stress?"Tanya Danial dengan tenang sebelum dia menghirup air sparkling lemon tea miliknya.

Dia meletakkan gelas semula sebelum memandang ke arah kami.

"Give up"Sambung Danial tanpa mengubah riak wajahnya menyebabkan aku hampir tergelak. Masalahnya aku tengah makan!

"Ad tolong jangan tersembur sebab kau depan kitorang sekarang ni"Kata Adam manakala Emier sudah bersedia untuk melarikan diri jika aku betul-betul tersembur.

Aku menutup mata menggunakan tanganku, cuma untuk menenangkan diri.

Inner peace.....Inner peace.....

Akhirnya aku dapat menelan makanan yang berada di dalam mulutnya.

"Dani, kau kalau sehari tak buat lawak masa aku tengah makan atau minum boleh tak?"Aku menjeling ke arah Danial yang tergelak.

"Lawak apanya? Aku cakap benda betul"Danial tersengih.

"Dah-dah, makan cepat. Boleh siapkan kerja awal"Kata Adam dengan nada seperti ibu misali.

"Baik, ibu~!"Kata kami berdua menyebakan Adam menghadiahkan senyuman ke arah kami.

Senyuman bagai bidadari-

"Aku taknak ada anak macam korang"PFT-

OHKEY.

Khalif menutup mulutnya, cuba menahan tawa manakala aku dan Danial menjeling ke arah Khalif.

Selesai sahaja makan, kami berjalan ke arah pondok untuk sambung menyiapkan kerja kami. Sedang aku, Danial dan Khalif berbual manakala Emier dan Adam berjalan di hadapan kami...

TONG!

Kami bertiga memandang ke arah Emier dan Adam yang memegang dahi mereka sambil tertunduk. Rupanya mereka terlanggar papan tanda yang menunjukkan 'Stop'.

"Oh shoot-"Khalif gelak dahulu diikuti aku dan Danial.

"You good, bro? Nak ais ke?"Tanya Danial dengan nada sinis sambil tergelak manakala aku memeluk perutku dek sakit disebabkan banyak ketawa.

"D-Dahi benjol!"Gelak Khalif sambil menampar bahu Danial berulang kali.

Dahi kedua manusia tersebut kelihatan seperti benjolan berwarna ungu.

"Aduh aduh cramp perut aku"Aku tertawa sambil mengelap air mata yang terkeluar sedikit.

"Son of a-" "Bro language!"

"Itu la, berbual tak pandang depan. Kan dah mendapat"Kata Khalif dengan nada mengejek sambil mengelap air mata yang berada di hujung matanya.

"Khal, meh aku bagi benjolan dekat kau kejap"Khalif dengan pantas melarikan diri manakala Emier mengejarnya dan Adam membuka kasutnya untuk dibaling ke arah Khalif.

"Kids..."Kata Danial sambil menggelengkan kepalanya.

"Pft I know, right? Jomlah ikut dorang"Danial menganggukkan kepalanya sebelum kami sambung perjalanan kami.





TBC








Please vote, comment and follow. See ya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro