Chapter 35
Hari Sabtu, di mana aku dapat balik ke rumah. Aku mengemas beg pakaianku dengan perasaan gembira.
"Suka betul awak nak balik ke rumah"Tegur Xiao Yu Yan.
"Mesti la, aku dah mula rindu keluarga aku"Kataku sambil tersengih.
"Tantah awak nak balik semata-mata kucing awak je"Busted.
"Aiyo, apa la awak ni"Aku tersengih seperti kerang busuk.
"Siapa ambik awak nanti?"Tanya Jiang Ying Yue.
"Abang aku la kot, dia call tadi dengan suara excited nya bila dia tau aku balik harini"Terangku sebelum aku menutup beg beroda milikku.
"By the way, korang tak balik ke?"Tanyaku kepada rakan-rakan sebilikku.
"Saya balik esok dengan Yingying, parents saya tiada di rumah"Terang Xiao Yu Yan diikuti anggukan Jiang Ying Yue.
"Okay then, aku nak gi breakfast sambil tunggu abang aku. Nak join?"Mereka berdua menganggukkan kepala mereka. Kami terus keluar daripada bilik.
Kami berjalan ke arah kantin sambil berbual. Tiba-tiba kami terdengar seperti seseorang memanggil namaku.
"Adena"Aku kaku dengan peluh sejuk muncul di dahiku.
Shi-
"Let's talk, shall we?"Aku memandang ke arah belakangku secara perlahan.
Emier sedang memandang ke arahku dengan aura yang dingin.
"Err aku lapar la, Mir. Kita berbual lain kali la"Kataku, cuba untuk melarikan diri.
"Oh? Then kau nak kawan kau pon tau sekali ke? I don't mind"Bro!
"Tau apa?"Tanya Xiao Yu Yan sambil menjeling ke arah Emier.
"Eh korang, apa kata korang cari tempat dulu while aku berbual dengan dia"Kataku dengan pantas sebelum aku berjalan laju ke arah Emier.
"Beg awak nak kami pegangkan ke?"Tanya Jiang Ying Yue.
"Takpe, kitorang berbual dekat sini je"Jiang Ying Yue hanya akur sebelum menarik Xiao Yu Yan.
Setelah mereka berdua beredar, hanya tinggal aku dan Emier sahaja.
"You didn't tell them?"Aku menjeling ke arah Emier.
"Aku tak suka orang risaukan aku, lebih baik diamkan je"Terangku menyebabkan jelingan Emier makin tajam.
"Benda dah settle, perempuan tu takkan ganggu lagi. Kalau aku bagitau orang lain, confirm dorang report polis. Besides, bukan aku yang dia target"Terangku lagi.
Emier mengeluh kasar sambil mengusutkan rambutnya.
"Bila kau tau pasal stalker Dam?"Tanya Emier sebelum dia mengambil beg beroda yang berada di sebelahku menyebabkan tanda soal muncul di atas kepalaku.
"Semalam masa aku gi makan dengan Dam, but kenapa kau ambik beg aku? Jangan cakap kau nak kidnap beg aku sudah"Emier menjeling ke arahku yang tersengih.
"Beg murah, buat apa aku kidnap?"Aku le gasp.
"Kau berani cakap beg kesayangan aku tu murah? Hadiah dari abah aku tu"Aku menjeling ke arah Emier sebelum aku merampas kembali beg beroda milikku itu.
"Taknak aku tolong angkatkan ke? Kau tu kecik"Aku mendengus geram.
"For your information, aku angkat beg roda aku ni masa turun guna tangga tadi disebabkan ramai guna lif"Kataku sebelum berjalan ke arah kantin.
Akhirnya aku nampak rakan-rakan sebilikku yang sudah makan.
"Lah, tak tunggu aku pon"Kataku setelah meletakkan beg galas di kerusi bersebelahan dengan Xiao Yu Yan.
"Awak lambat, perut kami dah berbunyi gulu gulu tadi"Aku tergelak dengan ayat Xiao Yu Yan.
"Awak pergi la beli makan, kami jaga tempat"Aku hanya akur sebelum aku beredar bersama Emier.
Setelah kami berdua membeli makanan, aku berjalan ke arah tempat kami semula.
"Dia pon makan sini sekali?"Xiao Yu Yan menjeling ke arah Emier yang mengangkat kening sebelah.
"Unfortunely, by the way mana member lain?"Aku mengajukan soalan ke arah Emier.
"Dorang masih kemas beg, aku tunggu dorang je"Terang Emier.
"Eh? Then mana beg kau?"Tanyaku sambil mengerutkan dahi.
"Dalam kereta"Kata Emier.
"Bukan budak baru tak boleh bawak kereta?"Kali ini Jiang Ying Yue pula yang mengajukan soalan.
"Ada orang yang tolong hantarkan kereta"Kami memandang ke arah seseorang.
"Korang lambat"Kata Emier manakala Khalif tersengih bersama Danial.
"Salahkan dorang berdua, banyak barang yang dorang hilangkan"Adam menunding jari ke arah mereka berdua.
"Woi Dam, tak perlu la bagitau"Danial menjeling ke arah Adam.
"Kalau aku tak bagitau, dia akan salahkan aku jugak"Khalif dan Danial menjeling ke arah Adam yang tertawa kecil.
Mereka bertiga duduk di hadapan kami.
"Oh, kau pon balik harini ke?"Aku menganggukkan kepalaku.
"Pukul berapa baru kau balik?"Aku melihat jam tanganku.
"Maybe in ten minutes?"Kataku, kurang pasti.
"Then baik kita makan cepat, nanti tak sempat nak berbual dengan Ad"Danial dan Khalif menganggukkan kepala mereka tanda setuju dengan Adam sebelum mereka beredar untuk membeli sarapan pagi.
Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya aku nampak kelibat kereta Proton X50 putih milik keluargaku.
"Oh, abang aku dah sampai. Aku balik dulu"Kataku sebelum melambaikan tangan ke arah rakan-rakanku.
"Bye Dena~ Jangan lupa mesej kami bila awak dah sampai rumah"Aku menganggukkan kepalaku sebelum berjalan ke arah kereta bersama dengan barang-barangku.
Adrian keluar daripada kereta dengan senyuman yang lebar.
"Adena~!"Baru sahaja Adrian mahu memelukku, aku sempat elak terlebih dahulu menyebabkan Adrian hampir jatuh tergolek.
"Ceh, ingatkan aku dapat la tengok kau jatuh"Kataku manakala Adrian tersengih.
"Meh aku bawak masuk beg"Aku menghulurkan beg berodaku yang bersaiz sederhana manakala Adrian membuka but belakang kereta sebelum dia mengangkat beg milikku dan meletakkan beg tersebut ke dalam but belakang.
"Papa kerja ke?"Tanyaku setelah kami masuk ke dalam kereta.
"Yeah, so papa suruh aku ambik kau. Takpelah sebab aku boleh berbual lama dengan kau"Aku menggulingkan bebola mataku.
"Macam la kau tak call aku malam semalam"Adrian tersengih sebelum dia membawa kereta keluar daripada kawasan universiti.
Adrian membawa kereta dengan cermat manakala aku hanya mendengar lagu daripada telefon pintarku sahaja.
Skip
"Assalamualaikum rumahku syurgaku~!"Kataku dengan gembira setelah kami sampai di hadapan rumah.
"Amboi, beri salam dekat rumah pon boleh eh?"Adrian mengangkat kening sebelahnya dengan senyuman sinis.
Aku tidak melayan Adrian kerana aku sedang memikirkan katil empukku yang sudah lama aku tidak baring. Setelah aku mengeluarkan kesemua barangku, kami masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum~!"Kata kami berdua secara serentak.
"Waalaikumussalam, cepat betul kamu berdua balik"Tegur bapaku yang baru sahaja muncul dari dapur.
"Pa tak suka ke kitorang balik awal?"Aku mencebikkan bibirku.
"Mestilah papa suka, tapi tak sesak ke?"Tanya bapaku.
"Ian jumpa shortcut, of course la cepat"Adrian tersengih.
"Pa, Ad nak masuk bilik dulu tau? Rindu dengan katil"Bapaku hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.
"Ha yelah, rehat secukupnya"Aku menganggukkan kepalaku sebelum berlari ke arah bilikku.
Setelah aku membuka tudung dan meletakkan semua beg, aku terus melompat di atas katil.
"Finally~"Kataku dengan perasaan gembira sambil memeluk selimutku yang empuk.
Aku terasa mengantuk sebelum aku menutup mataku untuk tidur sementara.
Skip malam
"Rindu betul dengan masakan papa"Kataku setelah aku melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia.
"Dekat sana Adena tak makan nasi ke?"Tanya bapaku.
"Makan je, tapi mana sama macam masakan papa"Kataku sambil tersengih.
Setelah membaca doa makan, kami terus menjamah makanan yang berada di hadapan kami.
"Pa, Ian nak cakap sesuatu boleh?"Aku memandang ke arah Adrian dengan perasaan pelik dengan tanganku sudah tersedia nasi yang digenggam dengan hanya tiga jari. Ready nak masuk ke dalam mulut je sekarang ni.
"Hm, cakap la"Kata bapaku sebelum dia menghirup teh.
"Pa teman Ian pergi meminang esok boleh?"
"PFT-"Bapaku hampir tersembur tehnya manakala aku ternganga dengan mataku yang terbuntang luas. Makanan yang baru sahaja mahu masuk ke dalam mulutku sudah jatuh ke dalam pinggan semula.
"HAH?!"Jeritku manakala bapaku masih lagi menumbuk dadanya.
"Weh, kau okay tak? Kau demam ke, atau kau dah sawan sebab dah lama sangat stay single?"Tanyaku, bertubi-tubi.
"Dena sayang, nampak abang macam buat lawak ke?"Adrian menghadiahkan senyuman manis ke arahku.
"Ian, bagitau papa. Kamu stress sebab ramai kawan papa cuba jodohkan kamu dengan anak mereka ke?"Tanya bapaku setelah dia tidak tersedak lagi.
"Atau kau paksa orang untuk kawin dengan kau?"Tanyaku pula.
"La, pelik sangat ke kalau Ian nak kawin?"Aku dan bapaku menganggukkan kepala kami.
Gile kau, mamat ni tak pernah rapat dengan perempuan. Tetiba nak masuk meminang anak orang.
Adrian menggelengkan kepalanya dengan senyuman kecil.
"First, Ian tak stress. Secondly, no I did not paksa orang"Kami memandang ke arah Adrian dengan perasaan pelik.
"Ian sebenarnya dah lama suka dia, tunggu nak masuk meminang je. Jangan risau, Ian dah beli semua keperluan untuk masuk meminang, nak ajak papa dengan Ad je"Terang Adrian.
"Kalau ye pon bagitau la papa dulu, hampir ke Rahmatullah papa ni. Alhamdulillah Allah panjangkan umur papa"Adrian tersengih.
"Sape yang kau nak masuk meminang ni? Aku nak kena bawak apa-apa ke?"Tanyaku.
"Don't worry, Ad cuma tolong sarungkan cincin dekat jari dia je esok. Besides, you already knew her"Dahiku mula berkerut.
Siapa je mamat lolicon ni rapat? Yang aku ingat cuma kakak Em-
Pemikiranku berhenti.
"Wait, kau suka Emma?"Tanyaku manakala Adrian mengangkat kening sebelahnya.
"Another person that you know?"Mataku terbeliak.
".....Ella?"Adrian tersenyum sinis.
"Bingo~"HOLD THE FISH-
"Wait since when?"Adrian memandang ke arah siling rumah sambil memeluk dirinya.
"After I graduate?"Mulutku terlopong luas.
"Uyooo lama betul, asal aku tak perasan eh?"Keningku semakin berkerut.
"Abang kesayangan Ad ni kan pandai nyorokkan perasaan dia, takde siapa pon tahu"Adrian tersengih.
"Papa dah terlepas stesen ke? Siapa Ella?"Ya Allah, aku lupa papa masih ada dekat sini.
"Ella tu kakak kawan Ad, lelaki yang muka macam ketat tu"Kataku, cuba mengingatkan memori bapaku semula.
"Oh, baru papa ingat. Dekat betul jodoh kamu tu ye?"Bapaku memandang ke arah Adrian yang tersengih seperti nangka busuk.
"Ella tau tak kau nak masuk meminang ni?"Tanyaku.
"Belum, tapi aku dah bagitau dia jangan keluar pergi mana-mana esok"Terang Adrian.
"Nak surprise la ni?"Aku menjeling ke arah Adrian.
"Kena la, lagipon ayah dengan mak dia pon ada dekat rumah. Mana boleh lepaskan peluang keemasan"Kata Adrian dengan senyuman yang lebar.
"Dah-dah, makan dulu. Lepas makan kita sambung meeting"Kami berdua tersengih sebelum kami sambung mengunyah makanan.
Selesai sahaja makan, kami memulakan perbincangan semula.
"Cincin yang kamu beli mana?"Adrian mengeluarkan kotak cincin yang berada di dalam poket seluarnya.
Adrian membuka kotak tersebut dan terserlah dua cincin yang berbeza saiz tetapi mempunyai bentuk yang serupa.
"Giler bro, cemana kau tau saiz dia?"Tanyaku sambil aku sibuk meneliti cincin itu tanpa mengeluarkan ia daripada kotak.
"Aku mintak Emma ambik cincin yang biasa Ella pakai untuk tau saiz dia"Terang Adrian.
"Bila masa kamu beli semua barang ni?"Tanya bapaku.
"A month ago, Ian nak guna duit dari kerja keras Ian untuk beli barang nak masuk meminang dia"Aku sudah tersenyum sinis tatkala melihat wajah Adrian yang sedikit merah.
"Bertuah betul Ella dapat bakal suami macam kau ni"Adrian tersenyum kecil.
"Aku yang bertuah sebenarnya sebab bakal halalkan dia"Aaaaaahhhhhhh aku nak fangirl boleh tak sekarang ni?!
"Alhamdulillah, tak perlu aku kena berkepit dengan kau twenty four hours"Aku menadahkan tangan tanda bersyukur.
"Walaupon tak berkepit macam dulu, abang akan manjakan Ad macam dulu jugak"Aku menjeling ke arah Adrian yang tersenyum sinis.
"Jadi esok kita bertolak pukul berapa?"Tanya bapaku.
"Pukul sepuluh? Takut ada orang masuk meminang dulu"Adrian tersengih.
"Okay then, baik aku masuk tidur dulu. Kang kalau tak bangun pagi, menangis tak berlagu pulak kau dekat rumah ni"Kataku, sudah berdiri daripada tempat dudukku.
"Oh by the way, jangan bagitau benda ni dekat mamat tu pulak"Aku menunjukkan tanda 'OK' sebelum aku beredar ke arah bilikku.
TBC
PLEASE READ
Hey guys! As you guys can see, double upload~! You guys might think, 'Author ni buang tebiat ke apa? Tetiba double upload'. So there's a reason actually. Saya sudah masuk Form 6 for 2 weeks now and I'll be busy from now on. Baru 2 minggu tapi sudah banyak kerja yang perlu disiapkan secepat mungkin, jadi saya mungkin sukar untuk update cerita. That doesn't mean I'm discontinue my stories, though. It'll be on hold for a while. In Syaa Allah saya akan double upload again if saya tidak busy.
Please vote, comment and follow. See ya'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro