Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 33

Beberapa minggu kemudian...

Aku masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu sebelum terbaring di atas katilku.

"So tired..."Kataku dengan suara yang penat.

I want to go to sleep, I want to go to sleep, I want to go to sleep-

Perutku berbunyi.

First I need to eat.

Aku bangun sebelum mengambil kunci bilik dan dompet lalu keluar daripada bilik.

Aku berjalan ke arah kafe sebelum aku terdengar bunyi derapan kaki yang kuat berada di belakangku.

"AAAADEEEENAAAAA!!"Aku memandang ke arah belakangku, kelihatan Danial memecut laju ke arahku.

"Eh-"Aku menjerit kecil setelah Danial brek secara mengejut di hadapanku menyebabkan aku hampir terguling jatuh disebabkan jarak kami yang sangat rapat.

"Apa apa?!"Tanyaku dengan riak wajah yang terkejut manakala Danial memegang kedua lututnya sambil cuba mencari oksigen.

"K-Kejap. Biar aku tarik nafas dulu"Danial mendepakan tangan kanan di hadapannya tanpa memandang ke arahku.

Danial berdiri tegak semula setelah degupan jantung miliknya berdegup pada kadar yang normal.

"Kau ada masa tak sekarang ni?"Aku mengangkat kening sebelah.

"Aku baru nak gi makan, asal?"Tanyaku.

"Ha cantek, nanti aku cerita lepas kau beli makan. Jom aku teman kau"Aku mengerutkan dahiku sebelum berjalan ke arah kafe bersama dengan Danial.

Setelah kami membeli makanan, kami berdua duduk di meja yang jauh daripada orang ramai.

"Asal kau lari tadi? Nasib baik aku tak tergolek dekat lantai. Mahu malu tujuh keturunan aku"Danial tersengih sambil menggaru kepalanya.

"Sorry la, aku gelabah cari kau tadi"Aku mengunyah roti yang telah disapu dengan jem strawberi dan mentega.

"So, kenapa kau cari aku?"Tanyaku.

"Jom teman aku gi beli kek nanti dekat mall"Aku mengangkat kening sebelah.

"Kau stress eating ke?"Tanyaku lagi.

"Dude, esok birthday Khal"Aku tersedak dengan roti yang aku kunyah.

Aku menepuk dadaku sebelum menyedut minumanku.

"Esok ke?! Weh aku lupa"Kataku dengan mata yang terbuntang luas.

"Sama weh, aku baru sedar lepas aku nak tengok deadline assignment aku"Danial mengusutkan rambutnya.

"Boleh gak terus belikan hadiah untuk dia, kalau nak order Shoppee dah terlambat dah"Kataku.

"Kau nak belikan apa untuk dia?"Tanya Danial manakala aku cuba untuk memerah otak.

"Apa je benda yang dia suka selain makanan?"Tanyaku pula.

"Well he did like things for fashion"Aku memetik jariku.

"Aku belikan jam la!"Kataku dengan gembira.

"Dam dah beli"Aku menjeling ke arah Danial.

"Bukan salah aku, Dam dah beli awal-awal lagi"Aku mendengus geram.

"Mir lak? Kang nanti sama lak barang dengan dia"Danial meletakkan ibu jari dan jari telunjuk di bawah dagunya.

"Seingat aku dia beli kasut Air Jordan"Aku hampir terbatuk darah.

"Babe, kau serius?"Tanyaku dengan riak wajah yang terkejut.

"Well that's a cute nickname for me but yes, babe. Dia rupanya dah beli masa dia dekat luar negara dengan Dam"Terang Danial sambil tersengih.

"Memang Khal takkan pakai kasut tu rasanya, jadi koleksi je dekat almari dia"Kataku sambil menggelengkan kepalaku.

"Then, kau nak beli apa untuk dia?"Tanyaku kepada Danial.

"Aku beli makanan jelah, aku bukannya kaya macam Mir"Dude, you eat steak on your daily life before university.

"Kalau macam tu, aku beli baju jelah. Kau pon tolong aku la, aku bukannya tau saiz mamat tu"Danial hanya akur sahaja.

Skip

Aku dan Danial masuk ke dalam pusat membeli belah. Aku melihat persekitaran kami berdua.

"Nak gi mana dulu eh?"Tanyaku kepada Danial.

"Kita beli baju dulu la, makanan nanti sebelum balik"Aku hanya akur sahaja.

Kami masuk ke dalam setiap kedai pakaian untuk mencari pakaian yang sesuai untuk Khalif.

Danial POV

"By the way, asal Mir dengan Dam tak dapat nak ikut sekali?"Tanya Adena sambil membelek pakaian yang tergantung di rak pakaian.

"Well..."Aku teringat situasi yang baru sahaja terjadi sebentar tadi.

Flashback

Aku sedang sibuk membetulkan kolar bajuku dengan perasaan yang gembira.

Yes! Aku keluar berdua dengan Ad je harini~!

"Amboi, kau bersegak ni nak ke mana?"Tanya Adam yang berada di muka pintu bilik.

"Aku nak keluar de-"Aku berhenti.

Kalau aku cakap yang aku keluar dengan Ad, mesti dia nak ikut.

"Come again?"Adam mengangkat kening sebelahnya.

"Aku nak keluar date dengan diri sendiri while aku beli hadiah untuk Khal"Tipuku.

"I see, ingatkan kau nak keluar dengan Ad"Adam melabuhkan punggung di atas kerusi belajar yang berada di sebelahku.

"Dia rasanya busy. Muka dia tadi pon macam dah penat, mungkin dia pergi tidur lepas kelas"Kataku.

"Kau dah beli hadiah untuk Khal ke?"Aku memandang sekilas ke arah Adam.

"Dah lama aku beli, tunggu nak bagi je. Kau nak beli apa untuk dia?"Tanya Adam sambil meletakkan tapak tangan di bawah dagunya.

"Aku beli makanan jelah, aku pon dah petak nak beli apa untuk mamat tu. Banyak benda yang dia dah ada"Kataku sebelum aku mengambil kunci dan dompet milikku di atas meja belajar.

"Kau dengan Mir ganggu la dia sementara aku beli hadiah, nanti dia tau lak yang aku keluar gi beli hadiah untuk dia"Adam menganggukkan kepalanya.

Aku terus keluar daripada bilik dengan hembusan nafas yang lega.

End

"Dorang jaga Khal, nanti dia tau lak suprise ni"Kataku, tidak mahu Adena tahu tentang perkara yang sebenar.

"Okay then"Aku melepaskan nafas yang lega setelah Adena fokus semula pada pakaian yang berada di hadapannya.

Nasib baik dia tak tanya banyak.

Adena POV

"Dia saiz berapa eh?"Tanyaku sambil meneliti kemeja hitam berkolar yang aku pegang.

"Aku hampir sama saiz dengan dia rasanya"Aku memandang ke arah Danial sebelum memegang baju tersebut di hadapan badan Danial.

"I think he's a little smaller than you"Danial le gasp.

"Kau nak kata aku gemuk?"Whatta-

Danial tergelak tatkala melihat wajahku yang sudah berkerut seribu.

"I'm just kidding. Memang badan aku nampak besar pon, aku selalu pergi gym kot"Danial tersengih.

"So badan tu lemak yang bertukar jadi otot la ni?"Aku mengangkat kening sebelah.

"Of course~ Kenapa, nak tengok ke?"Aku membuat muka jijik.

"Nak aku baling kasut tumit sana tak? Mahu berlubang kepala kau tu"Danial tertawa kecil.

"Terima kasih jelah, naya pak karim kalau kau yang baling kasut tu"Aku menjeling ke arah Danial.

"Kita ambik saiz M jelah untuk dia"Danial hanya akur.

Kami terus beredar ke arah kaunter pembayaran.

Skip Malam

Aku dan Danial sudah berada di padang yang luas. Danial membentangkan kain manakala aku meletakkan makanan di atas kain tersebut.

"Weh dia dah nak sampai!"Kami dengan gelabahnya cuba untuk menyalakan lilin yang berada di atas kek.

Adam berjalan ke arah kami sambil menolak kedua bahu Khalif yang memakai kain di mata manakala Emier mengikuti mereka daripada belakang.

Khalif POV

"Bro kau nak kidnap aku pergi mana ni? Kalau aku jatuh tersungkur macam nangka busuk nanti cemana?"Tanyaku sambil berjalan secara perlahan-lahan. Dah la tutup mata aku guna kain hitam, tak ke mampos kalau kepala aku terhempuk dengan batu tajam?

"We're almost there~"Kedengaran suara ceria milik Adam di belakangku.

Akhirnya kami berhenti.

"Okay, kau dah boleh bukak"Aku menarik kain yang menutup mataku.

Benda pertama yang aku nampak merupakan sebuah kek yang dihiasi dengan lilin.

"Surprise~!"Jerit kesemua rakan-rakanku kecuali Emier yang hanya berkata tanpa menjerit.

"Wait, harini ke birthday aku?"Tanyaku dengan perasaan pelik.

"Dude, hari jadi sendiri pon lupa ke? Esok baru birthday kau, but kitorang rancang nak surprise kau tepat pukul dua belas pagi"Terang Danial yang memegang kek tersebut.

"Dah tepat pukul dua belas ni, tiup la cepat"Adena muncul di belakang Danial dengan senyuman manis.

Aku kaku sebelum tersenyum tanpa topeng penipuan milikku.

"Eh jap, taknak nyanyi lagu birthday ke?"Adam memberhentikan perbuatan aku daripada meniup api yang bernyala di atas lilin.

"Aku takkan nyanyi"Emier memeluk dirinya.

"Why? Kau takut hujan turun ke?"Urat merah muncul di dahi Emier tatkala mendengar pernyataan Danial manakala Danial tersengih.

Kami berlima duduk di atas kain yang disediakan oleh Danial dan Adena.

Happy birthday to you~

Happy birthday to you~

Happy birthday to Khal~

Happy birthday to you~~

Akhirnya aku meniup api yang membakar lilin tersebut manakala rakan-rakanku menepuk tangan mereka.

"Thank you, guys"Aku tersenyum dengan perasaan yang gembira.

"Oho~ Are you crying already?"Aku memukul lengan Danial manakala dia tergelak.

"Aku rasa dah lama kita tak sambut birthday ramai-ramai macam ni"Kataku.

"Yelah, dua ekor ni belajar luar negara. Selalu kita bertiga dengan keluarga kau jelah"Kata Danial.

"By the way, semua hadiah kau ada dekat sini. Pilih la mana kau nak bukak dulu"Adena meletakkan beberapa kotak yang telah dibalut kemas di hadapanku.

Aku meneliti setiap kotak sebelum aku mengambil keputusan untuk membuka kotak paling kecil. Di dalamnya terdapat sebuah jam tangan Apple Watch Series 7 berwarna Graphite.

"Broo that's expensive!"Mata Danial bersinar tatkala melihat jam yang aku pegang.

"Kebetulan aku nak beli Apple Pensil and benda tu pon baru keluar. Aku beli jelah"Adam tersenyum dengan cahaya misteri muncul di belakangnya.

Aku melihat belakang Adam, rupanya Emier yang membuka lampu daripada telefon pintarnya.

"What? Aku tengah cari penutup botol"Ceh, ingatkan memang Adam ni bidadari. Rupanya bidadari cap ayam plus cahaya dari Mir je.

Aku membuka kotak seterusnya. Terdapat pelbagai makanan kesukaanku di dalamnya.

"Fuyoo, boleh jadi stok sebulan ni"Kataku.

"Member kau ni sanggup cari satu mall semata-mata nak beli semua makanan favourite kau, tau? Kalau aku kaya, dah lama aku jelajah satu dunia untuk makanan kau"Danial tersengih.

"Sekarang tinggal hadiah dari Ad dengan Mir je"Terang Adam.

"Aku tak sabar nak tau hadiah daripada Ad"Kataku dengan perasaan yang tidak sabar.

Aku membuka kotak yang besar tetapi nipis. Kelihatan sepasang baju hitam berkolar serta seluar hitam.

"Nice~! Memang dah lama aku nak beli!"Kataku dengan gembira.

"Macam Dani, aku tak sekaya dua member kau ni. But, aku sanggup cari baju yang sesuai untuk style kau"Adena tersengih sebelum sambung meneguk air mineral.

"Cemana kau tau saiz aku?"Tanyaku dengan perasaan pelik. Adena ada curi-curi masuk bilik masa kitorang takde ke?

"Dani tolong"Kami bertiga memandang ke arah Danial yang memandang ke arah lain dengan peluh sudah muncul di dahinya.

"Oooohh, kau rupanya keluar dengan Ad la ni?"Adam menghadiahkan senyuman yang ketat ke arah Danial.

"D-Dah Ad mintak tolong, aku sebagai kawan kena la tolong"Danial menggaru belakang tengkuknya tanpa memandang ke arah kami.

Dia nak berdua dengan Ad la ni.

Fikirku dengan urat merah sudah muncul di dahi.

"Dah-dah, final present~!"Adena menggesaku untuk membuka kotak yang terakhir.

Aku tersenyum kecil sambil menggelengkan kepala sebelum membuka kotak yang terakhir.

"HOLY-"Aku menjerit sebelum aku memeluk kasut Air Jordan 1 berwarna hitam dan putih.

"Wait serius ni untuk aku? Tak tipu?"Tanyaku ke arah Emier dengan mata yang bersinar.

"Kalau kau taknak bagi balik, aku boleh je bagi dekat orang lain"Aku melutut di hadapan Emier sebelum aku memegang kedua tangannya.

"Marry me!"Jeritku tanpa sedar.

Adena POV

"Marry me!"Kami semua kaku kecuali Khalif.

Aku, Danial dan Adam menahan tawa kami manakala Emier menayangkan muka yang berkerut serta jijik.

"Dia nak mintak kau jadi sugar daddy dia tu"Adam dan Danial melepaskan tawa mereka setelah mendengar pernyataanku.

"W-Wait wait, perut aku cramp!"Danial masih lagi tertawa menyebabkan dia terbaring di atas kain yang kami duduk.

"Pft terima jelah Mir, dia nampak desperate tu"Adam menutup mulutnya kerana dia masih lagi tertawa manakala aku menangkap gambar Khalif yang masih lagi memegang kedua tangan Emier. Boleh jadi bahan blackmail untuk Emier.

"Kau nak mati?"Emier menjeling ke arah kami.

"Sorry sorry, aku happy sangat sebab dapat kasut ni. What I mean is please tanya parents kau untuk ambik aku sebagai anak angkat dorang"Terang Khalif setelah dia melepaskan tangan Emier.

"Kau cakap macam kau tak mampu langsung nak beli kasut ni"Emier menjeling ke arah Khalif sebelum mengelap tangannya di atas kain.

"Oh come on, aku tak kaya sampai boleh pergi luar negara setiap tahun"Khalif menggulingkan bebola matanya.

"Okay enough of the discussion. Masa untuk potong kek"Adam menepuk tangannya untuk mengambil perhatian kami.

Adam menghulurkan pisau plastik kepada Khalif manakala Khalif memotong kek tersebut secara perlahan.

"Apa lagi, suap la kek tu ke mulut dia"Kataku.

"Kau nak suapkan ke?"Mereka bertiga menjeling ke arah Khalif yang tersengih.

"Kau jangan nak buat hal, Khal. Mahu kena smack down dengan kitorang"Kata Danial.

"Kalau macam tu, Dani la suap"Danial tercekik air liurnya sendiri manakala mata Khalif terbuntang luas.

"HUH?!"Jerit mereka berdua.

"Chill la, korang kawan kot. Apa nak malunya?"Aku mengangkat kening sebelah.

"Hui...jangan nak buat hal, Ad. Boleh jatuh maruah aku"Danial menggelengkan kepalanya dengan laju.

"T-Tak payah la weh, aku makan sendiri je"Peluh sudah muncul di dahi Khalif.

"Oh? Then aku takkan melepak dengan korang lagi"Mereka kaku.

Danial memotong kecil kek yang berada di atas pinggang plastik menggunakan garpu.

"Bukak mulut kau tu Khal"Khalif memandang ke arah Danial dengan kelajuan lipas kudung.

"Kau serius la?!"Mata Khalif terbuntang luas.

"We don't have any choice now!"Aku tersengih sambil menghalakan telefon pintarku ke arah mereka, bersedia untuk menangkap gambar mereka berdua.

Snap!

"That's a good one!"Kataku dengan nada yang sinis manakala Danial dan Khalif membuat muka.

"Well it's fine, it's over already"Kata Adam sambil menepuk bahu Khalif.

"Says who? Kau pulak, Dam"Mata Adam terbuntang luas.

"Eh, aku pon?!"Aku menganggukkan kepalaku dengan senyuman yang jahat.

"Jangan nak lari Mir, or I'll send the pictures to Ian"Emier yang baru sahaja mahu berdiri untuk melarikan diri sudah kaku.

"Then, please suap Khal~"Aku menghadiahkan senyuman yang lebar ke arah mereka berempat.

Skip (Khalif POV)

"Nice~ Banyak yang aku dapat harini"Kata Adena dengan riang manakala kami berempat sudah penat.

"Serius aku akan nyorok phone Ad kalau dia nak ambik gambar macam tu lagi"Kami kecuali Adena menganggukkan kepala tanda setuju.

"I'll be going then, even tho takde kelas esok but aku still kena bangun awal"Terang Adena sebelum dia melambaikan tangan ke arah kami dan beredar ke arah bangunan untuk pelajar wanita.

"I guess we can go to sleep too"Kami bersetuju dengan pernyataan Adam sebelum kami beredar ke arah bangunan milik pelajar lelaki.

Setelah kami masuk ke dalam bilik dan mereka bertiga sudah tidur dengan pantas, telefon pintar yang berada di sebelahku bergegar tanda mesej masuk. Aku melihat manusia yang menghantar pesanan kepadaku.

"Sape hantar duit dekat aku ni?"Don't get me wrong, I love money but takut jugak kalau hantu yang hantar duit dekat aku. Nak goda aku cara bagi duit ke?

Seseorang menghantar pesanan di Whatsapp.

Emma Cantek (Jika kalian tidak ingat, Emma merupakan kakak kepada Emier)

Aq dh hntr RM500 sbagai hadiah

Kau fikir la nk belanja camne

Aww kau igt lagi birthday aq?

Knp tk adopt aq je, kan senang?

Life aq pon tk terurus, nk jaga kau

Lolol thanks

klau tk boleh nk adopt,
jadi sugar mommy pon jdi la

Kau jgn nk buat hal, igt Tuhan

Dh gi tidur, aq pon dh ngantuk. Jaga diri
dkt sana elok skit

Klau Emier ada buat hal jgn lupa report dkt aq

Like sister, like brother.

Fikirku sambil tersengih sebelum aku menutup telefon pintarku. Akhirnya aku terlelap tatkala cuba memikirkan bagaimana aku mahu menghabiskan duit yang diberi oleh Sugar Mommy Emma.



TBC




I'm sorry if I'm late to update the stories. I'm kinda busy on working and try to get my life back. Please vote, comment and follow. See ya'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro