Chapter 32
Aku menjeling ke arah kerja yang berada di dalam komputer ribaku. Aku pandang assignment, assignment pandang aku balik.
"Babe, you will burn holes to that poor thing"Tegur Jiang Ying Yue yang berada di hadapanku.
Kami berada di dalam perpustakaan untuk menyiapkan kerja kami.
"Patut ke aku kira markah yang aku bakal dapat?"Keningku berkerut dengan jariku diletakkan di bawah dagu.
"Awak tau ke markah full dia?"Tanya Xiao Yu Yan yang berada di sebelah Jiang Ying Yue sambil mengangkat kening sebelahnya.
"Of couse la aku tak tahu, tapi kita kena cuba. Belum cuba belum tahu"Aku tersengih ke arah mereka manakala mereka berdua hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.
"Bila awak nak kena hantar assignment awak tu?"Tanya Jiang Ying Yue.
"Two or three weeks from now"Mereka berdua memandangku dengan pandangan seperti aku memakai seluar dalam di atas kepalaku.
"Yang korang pandang aku macam tu dah kenapa?"Tanyaku.
"Lama lagi, kenapa awal sangat awak buat?"Tanya Xiao Yu Yan.
"Boleh la aku nak tidur sepuasnya lepas settle benda ni, takde la sakit kepala nak pikirkan assignment jahanam ni"Aku menjeling ke arah komputer ribaku semula.
"Baguslah tu, otak saya takkan mau nak berjaga menghadap komputer tu. Last-minute baru otak nak serabut"Xiao Yu Yan menggelengkan lepalanya.
"By the way, kawan awak mana?"Tanya Jiang Ying Yue.
"Don't know, kawan aku yang tiga orang bidang lain. Si Mir tu tak keluar dari bilik rasanya"Kataku sambil menaip di atas papan kekunci komputer riba.
"Cemana awak boleh kenal dia tu?"Tanya Xiao Yu Yan sambil meletakkan dagunya di atas tapak tangannya.
"Kitorang dulu musuh, tetiba boleh pulak bermember dengan jembalang tu"Kataku.
"Who's jembalang?"
"Shi-"Baru sahaja Xiao Yu Yan mahu menjerit sambil mencarut, Jiang Ying Yue dengan pantas menutup mulutnya.
"We're in the library right now, please don't scream"Tegur Jiang Ying Yue dengan suara yang perlahan sebelum dia menurunkan tangannya daripada menutup mulut Xiao Yu Yan.
"Why are you here?"Aku menjeling ke arah Emier.
"Same as you"Kata Emier setelah dia melabuhkan punggungnya di sebelahku, semestinya ada penjarakan sosial.
"Rajin betul kau nak buat"Kataku.
"Unlike you, aku tak suka buat kerja last-minute"Urat merah muncul di dahiku.
"Are you guys really not dating?"Tanya Jiang Ying Yue.
"No!"Bisik kami berdua sedikit kuat.
"Sape je nak mamat ni?"Tanyaku sambil menggulingkan bebola mataku.
"Urm, all of the women on this planet including the readers?"Oi oi fourth wall!
"Aku taknak pon? Kawan aku lagi la taknak sebab dorang dah berpunya"Kataku.
"Engkau makhluk lain while your friends loyal toward their boyfriend"Aku dan Emier menjeling antara satu sama lain.
"Sudah la tu, awak kata nak buat kerja"Aku menjeling ke arah Emier buat kali terakhir sebelum memandang ke arah komputer ribaku semula.
"Aku nak gi cari buku kejap, tolong jaga laptop aku"Xiao Yu Yan menganggukkan kepalanya.
Aku berjalan ke arah bahagian buku-buku yang berada di dalam rak. Aku melihat setiap nama buku tersebut.
"Ah, ada pon"Aku cuba untuk mencapai buku tersebut.
Bro I'm small as heck!
"Where's the bangku when you need it the most?"Bisikku dengan perlahan sambil mataku meliar mencari bangku untuk aku panjat. Aku mengeluh kasar sebelum aku menjengketkan kaki untuk mencapai buku yang aku mahukan.
Tiba-tiba sebuah tangan mengambil buku yang aku perlukan. Aku memandang manusia yang berada di belakangku yang juga berada sangat dekat dengan diriku.
"You need this?"Tanya manusia tersebut, menunjukkan buku yang dia pegang.
"Ah yes, thanks Dani"Danial menghadiahkan senyuman ke arahku.
"Kau tu pon tau kau pendek, kenapa tak mintak tolong?"Danial tersengih manakala aku menjeling ke arahnya.
"Aku ingatkan ada bangku untuk aku pijak, malaslah aku kalau nak panggil orang or cari bangku dekat tempat lain"Terangku setelah aku mengambil buku yang dihulurkan oleh Danial.
"Kau sorang je ke?"Tanya Danial.
"Not really, aku datang dengan roommates aku and Mir baru je muncul tadi"Kataku tanpa memandang ke arah Danial.
Tanpa aku sedar, kening Danial berkerut sebelum dia memberikan senyuman ke arahku.
"Really? Let's go then"Aku hanya akur sebelum kami berjalan bersama-sama.
"Mana Khal dengan Dam?"Tanyaku.
"Dorang dah jumpa Mir la kot, aku saja je pusing-pusing dekat library sini. Nak tau setiap section tu bidang apa"Terang Danial manakala aku hanya menganggukkan kepalaku sahaja.
Akhirnya kami sampai di meja aku sebentar tadi. Kelihatan Emier menjeling ke arah Khalif yang tersengih bersama Adam yang berada di belakang Khalif.
"Oi tepi sikit, aku nak ambik laptop aku"Khalif dan Adam memandang ke arahku.
"Eh kau pon ada, aku ingatkan Mir gi date dengan dorang"Kata Khalif sebelum menjuihkan bibirnya ke arah rakan sebilikku.
"Macam la kau tak kenal Mir ni jenis anti-couple. Besides dorang roommates aku, dah ada boyfriend lagi"Kataku sambil tersengih.
"Okay we are not going to talk about our boyfriends right now"Aku tertawa kecil tatkala melihat muka Xiao Yu Yan dan Jiang Ying Yue yang kemerahan.
"Bila kau nak kenalkan boyfriend korang dekat aku? Tak sabar aku nak tau siapa yang sanggup layan perangai korang"Kataku setelah aku duduk di pertengahan antara Xiao Yu Yan dan Jiang Ying Yue.
"Excuse me, at least kami berdua ada boyfriend unlike you"Aku menggulingkan bebola mataku.
"For your information, couple is haram in our religion. Other than that, hati aku pon tak pandai nak jaga apatah lagi hati orang lain"Kataku.
"Really? Atau awak je yang tak laku?"Tanya Xiao Yu Yan, sinis menyebabkan urat merah muncul di dahiku.
"Huh? Wanna said that again you little-"
"O-Kaaaaay we are not going to fight"Jiang Ying Yue menolak muka Xiao Yu Yan yang tersenyum sinis.
"Dia laku je, Ad je yang jual mahal"Terang Adam setelah dia melabuhkan punggungnya di sebelah Emier.
"It's because the boys were annoying, tergedik nak cari awek"Aku mengeluh kasar tatkala aku mengingati memori yang menjengkelkan.
"Remember when Khal simbah air teh dekat sorang mamat ni sebab dia asyik kacau kau je?"Aku dan Danial tergelak tatkala kami teringat memori itu.
"Don't tell me it's a hot water"Adam memandang ke arah Khalif dengan pandangan kecewa.
"It's not my fault he's being an annoying arse"Khalif mengangkat kedua bahunya tanda tidak bersalah.
"Well abang Ad gak suruh kitorang protect dia while dia takde"Terang Danial.
Sementara 4 Prince berbual antara mereka, Jiang Ying Yue menunjukkan gambar dia bersama dengan teman lelakinya. Di dalam gambar tersebut, Jiang Ying Yue membuat 'peace' sambil memeluk lengan seorang lelaki yang memakai kaca mata dan rambutnya disikat ke belakang.
"Fuuh, gaya macam CEO boyfriend kau ni"Kataku manakala Jiang Ying Yue tersenyum kecil.
"Tapi dia ni atlet, tak minat sangat dengan business"Kata Xiao Yu Yan yang berada di sebelahku.
"Kau punya lak?"Xiao Yu Yan tersengih sebelum dia menunjukkan gambar pasangannya.
Lelaki itu tidak memakai kaca mata, rambutnya kusut sedikit dan dia hanya mengenakan baju putih berlengan pendek bersama dengan seluar sukan. Kelihatan lelaki itu mengelap peluhnya di bawah dagu dengan tangan kiri memegang lututnya.
"Dia pon main sukan ke?"Tanyaku.
"Not really, dia minat business. Ini masa dia main dengan kawan dia"Terang Xiao Yu Yan.
"Sorang macam CEO, rupanya budak sukan. Sorang lagi macam budak sukan, tapi suka perniagaan. Korang punya boyfriend tertukar ke cemana?"Tanyaku.
"We don't know"Kata mereka berdua, serentak.
"Oi, kalau korang taknak buat kerja pergi keluar. Orang dah pandang sebab kita buat bising"Kami memandang ke arah pustakawan wanita yang sudah menjeling ke arah kami.
Peluh sudah muncul di dahi kami sebelum kami meminta maaf dengan suara yang perlahan.
"Sebab ni la aku tak boleh duduk dengan korang, bising tak ingat dunia"Kataku dengan suara yang perlahan.
"Kau pon ikut bising dengan kitorang"Kata Khalif sebelum kepalanya diketuk oleh Adam.
"Do your work, idiot"Khalif menggaru belakang tengkuknya sambil tersengih.
Kami semua terus sambung membuat kerja kami yang terbantut.
TBC
Please vote, comment and follow. See ya'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro