Chapter 31
Kedengaran bunyi telefon pintarku di sebelah kiri menyebabkan aku membuka mataku. Aku mencapai telefon pintarku dan menekan butang untuk menutup jam loceng. Aku bangun daripada perbaringan sebelum meregangkan badanku yang terasa lenguh. Aku berdiri lalu berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan diri.
Skip
Selesai sahaja solat, aku membuka Snapchat tatkala aku mendapat notifikasi daripada abangku. Kelihatan gambar Adrian yang baring di atas katil dengan tangan kirinya di atas kepala seperti dia mengusutkan rambutnya.
'Morning beautiful~'
"Ceh, mamat ni rindu aku betul"Omelku sendirian sebelum mengambil gambar pemandangan luar dari arah tingkap. Jariku laju sahaja menari di atas papan kekunci telefon pintarku.
'Well morning to you too'
Kedengaran seperti ada pergerakan di belakangku. Aku memusingkan badanku daripada meja belajar dan kelihatan rakan sebilikku yang baru sahaja bangun.
"Rise and shine beauties~!"Kataku dengan senyuman yang lebar.
"Awalnya awak bangun"Tegur Xiao Yu Yan sebelum dia menguap kecil.
"Lepas solat aku dah tak boleh nak sambung tidur, berjaga jelah"Terangku sebelum memandang ke arah Jiang Ying Yue.
"Kau nak bangunkan Ying atau aku yang bangunkan dia?"Tanyaku ke arah Xiao Yu Yan.
"Awak la, saya nak ke toilet"Xiao Yu Yan tersengih dengan mukanya yang mengantuk manakala aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja.
Aku berjalan ke arah katil milik Jiang Ying Yue dan menggerakkan bahunya dengan lembut.
"Ying Ying, bangun. Nanti ada kelas"Jiang Ying Yue membuka matanya sebelum menggeliat.
"I'm sleepy..."Jiang Ying Yue berkata dengan suara yang perlahan sebelum dia bangun daripada perbaringannya.
"Sape suruh baca novel tengah malam, novel seram pulak tu"Kataku sambil menggelengkan kepala.
"Takkan la saya nak baca buku course saya? Lagi mengantuk"Kata Jiang Ying Yue sebelum dia menjeling ke arah buku belajar miliknya.
"Nak aku tunggu ke?"Tanyaku setelah Jiang Ying Yue berdiri tegak dan meregangkan badannya.
"Takpe la, awak pergi makan dulu. Saya boleh dengar bunyi perut awak dari jauh"Aku menyorokkan perutku daripada pandangan Jiang Ying Yue sebelum mencebikkan bibir menyebabkan Jiang Ying Yue tertawa.
"Okay la kalau macam tu, aku gi breakfast dulu. Jangan sambung tidur pulak"Jiang Ying Yue hanya menganggukkan kepalanya sahaja sebelum aku memakai tudung shawl milikku dan mengambil barang yang diperlukan lalu bergerak keluar daripada bilik.
Setelah sampai di kafeteria dan memilih makanan yang aku mahu, aku duduk di tempat yang jauh daripada manusia lain.
"Oh, Ad!"Aku memandang manusia yang memanggilku.
Kelihatan Danial melambaikan tangannya dengan ceria sebelum dia berjalan ke arahku dan duduk di hadapanku.
"Mana roomates kau?"Tanya Danial.
"Dorang lambat sangat bersiap, aku dah kebulur. Tu yang aku turun dulu. Yang lain lak mana?"Tanyaku.
"Entah la, Khal masih lagi berdengkur, Mir dengan Dam ghaib"Aku menggelengkan kepalaku.
"Nanti kau ada kelas kan? Pukul berapa?"Aku memandang ke arah jam tanganku.
"Pukul lapan macam tu?"Kataku, kurang pasti.
Danial meletakkan kepalanya di atas meja.
"Bestnya satu course dengan kau, kalau aku nak tukar boleh tak?"Aku tertawa kecil.
"Kau ada ke belajar subjek untuk masuk course aku?"Aku mengangkat kening sebelah.
"Of course la tak, sebab tu aku nak menetap dalam course kau secara haram"Kata Danial dengan selamba menyebabkan aku tergelak.
"Masalahnya bukan aku sorang je dalam kelas tu, kau nak kena sekeh kepala dengan si Mir ke?"Danial mencebikkan bibirnya.
Akhirnya makanan kami telah sampai. Kami hanya berbual sahaja sambil menikmati sarapan kami.
"Weh"Aku hanya mengeluarkan bunyi 'hmm' sahaja kerana aku sedang menghirup teh milikku.
"Kau pernah tak nampak aku sebagai lelaki?"Aku tercekik disebabkan air milikku dan soalan daripada Danial.
"Woi sikit-sikit sudah"Kata Danial dengan panik sebelum dia menghulurkan tisu kepadaku.
"Yang kau tanya soalan macam tu apehal?"Aku menjeling ke arah Danial yang menggaru belakang tengkuknya.
"Dah semalam kau cakap kau lebih suka jumpa aku berbanding yang lain, tu yang aku tanya"Terang Danial tanpa memandang ke arahku.
"Kalau aku tak pernah nampak kau macam lelaki, kau fikir aku pandang kau sebagai apa lagi? Takkan perempuan kot"Mukaku berkerut.
Danial POV
Ala, takkan aku nak cakap kot. Nasib Ad ni comel.
Aku menelan air liurku untuk membasahkan tekakku yang terasa kering seperti di padang pasir.
"So kau nampak aku macam lelaki la?"Tanyaku.
"Iyo la, macam member kita yang lain jugak la"Ad ni betul-betul tak faham ni.
"Ad"Adena memandang ke arahku sambil mengangkat kening sebelahnya.
"Apa benda merepek lagi yang kau nak cakap?"Tanya Adena sebelum mengunyah roti miliknya.
"Kalau aku cakap....."Adena menjongketkan keningnya untuk aku sambung.
"Kalau aku cakap aku suka....."Jantungku berdegup laju tatkala aku ingin menyebut apa yang sudah lama ku bukukan di dalam hati.
.
.
.
.
.
"Weh Dani!"Kami memandang ke arah manusia yang memanggil kami.
Wrong time, bro!
Adena POV
"Kalau aku cakap aku suka....."Aku menunggu Danial untuk menghabiskan ayatnya.
"Weh Dani!"Kami berdua memandang ke arah manusia tersebut secara serentak.
Kelihatan Khalif melambaikan tangan ke arah kami manakala Adam dan Emier berada di sebelahnya.
"Kau nak cakap apa tadi?"Aku memandang ke arah Danial semula yang mengerutkan dahinya sekilas sebelum menunjukkan senyuman yang terserlah giginya yang tersusun cantik.
"Takpe la, benda tak penting pon"Aku mengangkat kening sebelahku.
Khalif, Adam dan Emier berjalan ke arah kami.
"Tak cakap yang kau gi kafeteria dengan Ad, boleh aku join sekali"Kata Khalif sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Danial.
"Dah kau masih berdengkur tak ingat dunia, gerak berapa banyak kali pon kau still tak bangun. Rasanya bila ada gempa bumi je baru kau bangun"Kata Danial dengan selamba menyebabkan aku dan Adam tertawa kecil.
"Tantah waktu gempa bumi pon dia still tidur"Kataku, sinis menyebabkan Khalif memuncungkan bibirnya.
"By the way aku tak datang dengan Ad pon tadi, aku masuk je dah nampak Ad tunggu makanan dia"Terang Danial.
"Korang dah makan ke?"Tanyaku kepada Adam dan Emier.
"Kitorang minum kopi je, aku teman Mir buat kerja dia yang terbantut"Terang Adam.
"Kerja apa? Kita takde kerja pape pon kan?"Aku memandang ke arah Emier sambil mengangkat kening sebelah.
"Itu kerja lain, aku cuma nak susun dokumen je"Terang Emier dengan nada yang bosan.
Growl~~
Kami berempat memandang ke arah Khalif yang mukanya kemerahan.
"Fuyoo, kuat bunyi perut kau tu"Kata Danial, sinis.
"Aku tak makan lagi la, aku nak kau punya boleh tak?"Khalif memandang ke arah makanan milik aku dan Danial.
Dengan pantas, aku menghalang makananku daripada dipandang oleh Khalif dengan tangan kanan sudah ku genggam garfu. Ini kalau dicucuk dekat mata ni, mau aku panggang mata dia.
"Nak gi beli, bukan kau sorang je yang lapar"Danial menghalau Khalif menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya digunakan untuk melindungi makannya yang hanya tinggal separuh.
"Weh Mir, jom la teman aku gi beli makan"Emier mengerutkan dahinya.
"Kau dah besar pon masih perlu orang teman ke?"Tanya Emier.
"Ala jom la, kalau duit aku tak cukup boleh guna kau punya"Kata Khalif sambil tersengih.
Emier mengeluh sebelum beredar bersama Khalif.
"Apa yang korang bualkan je tadi? Macam serius je"Baru sahaja aku mahu membuka mulut, Danial terlebih dahulu memotong.
"Aku cuma cakap yang aku nak masuk course Ad secara haram je"Danial tersengih manakala Adam menggelengkan kepalanya.
"Kau jugak yang nak ambik course yang sekarang ni, tetiba nak tukar pulak lepas ada Ad?"Adam mengangkat kening sebelahnya.
"Best kot kalau ada Ad dalam kelas, boleh buat kerja gila sama-sama macam masa form six"Kata Danial sebelum menghirup Latte miliknya.
"Kau dengan Khal je yang buat kerja gila, aku duduk tepi buat-buat tak kenal korang"Kataku menyebabkan Adam tertawa.
"Ruginya tak ikut Ad, dah masuk universiti pon bukannya sama course"Kata Adam.
"Dah kau kena teman Mir, lagipon kita confirm selalu jumpa time tak busy macam ni"Terangku.
"We're back~!"Kata Khalif dengan ceria manakala Emier mengikutinya daripada belakang.
Kami terus sambung berbual sebelum kami perlu beredar ke haluan masing-masing.
Oh ya, Dani tadi tak habiskan pon apa yang dia nak cakapkan.
"Tiang"Kedengaran suara Emier di sebelahku.
"Huh-"Tong!
Aku terduduk sambil memegang dahiku. That hurt like hell!
"Already warned ya"Be more spesific next time!
Aku menjeling ke arah Emier yang hanya meneruskan perjalanannya.
Skip malam (Danial POV)
Aku termenung di meja belajar sambil bermain dengan pen milikku.
Bahaya betul, nasib baik aku tak confess masa dorang ada. What if Khal tak datang masa aku hampir nak confess? Apa muka yang Ad akan buat?
"Urgh!"Aku mengusutkan rambutku.
"What are you even thinking about?"Tegur Emier yang berada di atas katilnya sambil membaca buku.
"Kau masih fikir cara nak selinap masuk kelas Ad dengan Mir secara haram lagi ke?"Tanya Adam.
"Bro really? Jangan lupa aku pulak"Aku memandang ke arah Khalif yang tersengih.
"Aku punya plan untuk aku sorang je, nak fikir la plan kau sendiri"Aku menghadiahkan jelingan ke arah Khalif sebelum sambung merenung ke arah buku yang tidak ku usik.
"Mamat ni period ke?"Kedengaran bisikan Khalif kepada Adam.
"Who knows..."Aku masih berasa tidak berpuas hati kerana Khalif sampai di kafeteria sebelum aku dapat memberitahu kepada Adena.
Should I confess tomorrow?
Aku membuang pemandang ke arah luar tingkap. Kelihatan bulan menyinari langit yang gelap bersama gugusan bintang. Aku mengeluh sebelum tersenyum kecil.
Maybe later.
"Dah la, aku nak gi mandi. Kau jangan lupa siapkan assignment pulak, Khal"Kataku, sinis menyebabkan mata Khalif terbuntang luas.
"Oh freak!"Khalif dengan pantas membuka komputer ribanya untuk menyiapkan kerja yang tertangguh menyebabkan aku tertawa.
Aku mengambil tuala milikku sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri sebelum tidur.
TBC
Finally I am done with my SPM!!🥳🎉 Ia memerlukan kudrat dan jiwa yang sangat kuat untuk tidak membuka Wattpad ya🙂 Congratulations to all my fellow SPM candidates. Saya dengar ada SPM yang kedua bagi students yang kuarantin or positif Covid. Take care of your health and do your best! Saya tak dapat double update kerana saya buat dua stories dalam satu masa, but I'll try my best to update as fast as I can.
Please vote, comment and follow. See ya'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro