Chapter 3
Hari ni hari Rabu so aku akan balik lewat sikit.Aku masuk ke dalam kelas Sains dengan muka yang penat.Dah la aku tak cukup tidur sebab abang aku bebel memanjang.
Adam duduk di sebelahku.
"Kenapa dengan kau ni?Muka macam tak cukup tidur je"Adam tegurku dengan muka kesian.
Terharunya aku *Lap air mata*.
"Takde la,papa aku bising malam semalam"Tipuku.
Welp,abang aku tu pon nak dekat sebijik macam papa so aku pon tipu sunat ah.
"Sebab kau gaduh dengan Emier eh?"Aku tersedak air liur sendiri.
Cepat giler berita tersebar.
"Cemana kau tau?Bangla tu bagitau eh?Dasar budak manja" Mengataku.
Dendam aku pada dia masih ade lagi.Cuma nak lepaskan aje.
"Eh tak la,tengok kau basah semalam.Emier pon basah tambah dengan bau busuknya lagi"Kata Adam sambil tergelak kecil.
"Oh ha'ah,bf aku yang gi simbah die"Kataku sambil tergelak setelah teringat muka Emier yang terkejut beruk macam nampak pocong join lompat dengan katak.
Adam mengeluh.
"Aku dah suruh die mintak maaf tapi die jugak yang buat hal" Kata Adam sambil pegang kepalanya.
"It's okay,kitorang dah seri so dah habis peperangan"Kataku lalu buka buku setelah cikgu masuk ke dalam kelas.
Sekarang masa rehat.Aku sudah masukkan buku² ke dalam locker.Nak cepat makan la ape lagi.
"Adena!"Aku pandang sebelah kiriku dan terlihat Danial dan Khalif lumba untuk sampai dahulu di hadapanku.
Mereka berhenti dengan oksigen yang telah hilang.
"Ha asal?"Tanyaku.
"Jom rehat dengan kitorang.Aku belanja"Kata Danial sambil tunjuk sebaris giginya yang putih berseri.
Jeles aku tengok gigi die yang tersusun cantik tu.
"Eh tak payah,biar aku yang belanja"Kata Khalif pula.
Maka mula la sesi pergaduhan.
"Aku mana rehat dengan korang. Aku rehat de-"
"Tak perlu tunggu bf kau.Die ade latihan lompat jauh.Aku baru je nampak die"Kata Khalif.
Tak guna punya mamat belacan. Dah la tak bagitau aku.
"Err takpe la,aku rehat so-"
"Ah tak payah.Jom²"Kata Danial sambil tarik begku.
Nasib tarik beg bukan tangan. Kalau tak memang taekwondo aku yang terkeluar.
Kami akhirnya sampai di tempat mereka berempat.
"Eh Adena,mane bf kau?"Tanya Adam manakala Emier jelingku.
Ade aku kesah?Setakat jeling je aku pon boleh.
"Die ade latihan lompat jauh. Lagipon kawan kau dua ekor ni yang tarik aku"Kataku sambil jeling kedua manusia yang tak reti malu itu.
"Kalau taknak duduk sini blah, buat semak je"Kata Emier sambil bermain dengan makanannya.
Ni kalau aku baling die gi matahari pon ok gak.
"Tak yang kau marah sangat asal?Tak puas hati lagi ke?" Marahku.
Die berdiri sambil jelingku.
"Memang,memang aku tak puas hati sejak kau pindah lagi. Sebab bf kau la penyebab aku kena mandi dengan sabun banyak²"Marah Emier.
Okay api kemarahan aku memang nak sampai limit ni.
"Adena~"Aku dan yang lain pandang belakang.
Terlihat Adrian datang ke arah kami dengan baju sukannya. Semua perempuan sudah terpikat dengan abang aku yang serupa cam lelaki terencat akal.
"Eh aku rasa ade setan la dekat² sini.Baik kau jauh sikit dari meja tu"Kata Adrian lalu tarikku jauh dari 4 Prince.
Muka dorang pon dah mula meluat tengok abang aku.
"Eh kau ade dengar bunyi sesuatu tak?"Tanya Khalif sambil memegang telinga kanannya.
"Ha'ah la,aku terdengar bunyi..."Danial tunjuk hidungnya seperti khinzir lalu mula membuat bunyi khinzir.
"Eh tak perasan lak,ade 2 ekor babi kat sini sekali"Kata Adrian selamba badaknya manakala aku facepalm.
Sebab ni la semua lelaki benci abang aku yang berperangai setan ni.
"Okay,that's it Ian.Why are you here?Bukan kau ade latihan lompat jauh ke?"Tanyaku pada Adrian yang sedang mengelap peluhnya.
"Nak rehat dengan gf I la, takkan nak tinggalkan die dengan pondan,buaya darat, lelaki batak prince and lelaki dayus"Mereka berempat sudah genggam penumbuk masing².
"Jom la Ad,kita rehat tempat lain"Kata Adrian lalu tarik tanganku.
"Bukan kau pon nak dekat sama dengan aku ke?"Tanya Emier tiba².
Abangku berhenti.
"Pardon?"Adrian pandang Emier.
"Kau kata aku lelaki dayus, macam la kau tu tak berdosa kan?Kau cuba peluk die,pegang tangan die.Tak rasa kau pon berdosa ke?"Tanya Emier sambil angkat kening sebelahnya.
Abangku menghadap Emier.
"You don't know anything kiddo.So shut the hell up"Kata Adrian dingin.
Danggg,you're a dead meat.
Or I'm a dead meat.
Adrian tarik aku beredar dari kantin.
Emier Pov
Kiddo?Setakat tua setahun je.
"Macam marah je bf Adena tu" Kata Adam sambil lihat Adena dengan boyfriend nya berlalu pergi.
"Who cares?Perangai die pon cam cibai"Kata Danial meluat.
"Tu ah,ade ke die panggil aku buaya darat?"Kata Khalif pula.
Kami bertiga pandang Khalif.
"Kau memang buaya darat"Kata kami serentak manakala Khalif tersengih.
"Tapi tak baik ah duh"Kata Khalif.
"Tu ah,panggil kita babi dengan setan lak tu"Kata Danial lagi.
"Tapi die kata kita tak tahu ape².Ape maksud die?"Tanya Adam serupa seperti Detektif Conan.
"Don't care"Kataku malas.
"Sebab kau malas"Kata Adam sambil gelengkan kepalanya.
Adena Pov
Sekarang masa kelab.Adrian dah gerak ke kelabnya manakala aku masih lagi berjalan-jalan di koridor.
"Eh Adena"Aku pandang belakang.
"What is it?"Tanyaku.
"Kau masuk kelab ape?"Tanya Khalif sambil tersengih.
"Aku tak tahu lagi"Kataku sambil mengeluh.
Kelab dah la belambak.
"Ha kalau takde,masuk ah kelab ekonomi.Aku pengerusinya"Kata Khalif dengan bangganya.
"Eh tak payah,masuk kelab Sains"Kata Adam pula.
"Ah korang punya boring.Kelab aku lagi best"Kata Danial sinis.
"Kelab kau?Memang tak ah.Kelab alam sekitar lagi boring"Kata Khalif protes.
"Eh tolong sikit,kelab aku tu banyak budak sporting.Tak macam korang punya,semua budak nerd"Kata Danial sinis.
"Wooo,kau memang nak kena makan cili ni"Khalif sudah melesingkan lengannya.
"Hold it,ade kelab ape je selain kelab korang?"Tanyaku untuk mengalihkan perhatian mereka dari bertumbuk.
"Stem,pancaragam,fotografi-"
Mataku sudah bersinar setelah dengar perkataan 'fotografi'.
"Oh,no no no no.Please jangan kata kau nak masuk fotografi?" Aku angguk dengan laju.
Hey,my ambition is to be a photographer.
"Jangan masuk weh.Emier pengerusi fotografi"Mukaku terus berubah menjadi suram.
Mamat muka cekodok tu pengerusi?Halamak,nanti memang selalu jumpa die ah jawabnya.
"Baik kau masuk salah satu kelab kitorang.Boleh gak kau jauh sikit dari Emier tu"Kata Adam sinis.
"Sorry guys but aku suka tangkap gambar.Bye bye"Kataku lalu cepat² lari dari mereka bertiga.
Kelab Fotografi
Aku menghembuskan nafas sebelum buka pintu.Takde sesiape dekat dalam.Aku menarik nafas lega.
"What are you doing?"Aku terjerit kecil.
Aku pandang belakang secara perlahan-lahan.
La,mamat cekodok ke?
"Huu,kus semangat"Kataku sambil pegang dadaku yang berombak laju.
Bukan sebab jatuh cinta tapi nak terjatuh jantung ni sebab terkejut.
"Kau rasa kenapa aku ade kat sini?"Tanyaku semula pada Emier.
"Kau nak balas dendam?"Tanya Emier sambil angkat kening sebelahnya.
"Balas dendam tu tak jugak.Aku nak masuk kelab ni"Kataku.
Well,die tak salah pasal balas dendam tu.
"Kau nak masuk?Kau ade ke kameranya?"Tanya Emier sambil berpeluk tubuh.
Huu,mamat ni mintak kaki duh.
"Kau fikir aku nak masuk tanpa kamera ke?Confirm ah ade.By the way,mane ahli yang lain?" Tanyaku sambil lihat di dalam kelas yang sunyi seperti berada di tanah perkuburan.
"Dulu ade,tapi ramai keluar" Kata Emier sambil garu belakang kepalanya.
"Seriously?!Weh fotografi la yang paling best!"Kataku bersemangat.
"Ramai yang datang tu bukan sebab fotografi,sebab aku"Kata Emier sambil tunjuk padanya.
Aku memandang Emier blank.
"Aku tak faham asal semua perempuan suka kau"Kataku dengan muka meluat.
"Bukan kau masuk sebab aku ke?"Tanya Emier sambil angkat kening sebelahnya.
"Pehlease,aku masuk sebab aku minat fotografi.Kawan² kau pon suruh aku jangan masuk kelab ni sebab ade kau tapi sebab fotografi favourite aku, terpaksa la hadap muka cicak kau tu"Kataku sambil mengeluh.
"Kalau kau minat fotografi, mane kameranya?Kata ade"Tanya Emier lagi.
"Always have"Kataku sambil tunjuk beg kamera Canon yang digalas olehku.
Emier masuk ke dalam kelas manakala aku ikut dari belakang.
"Kalau kau nak masuk fotografi,kau kena tunjuk kebolehan kau.Gi kelab or mana² tempat pastu tangkap 1 gambar.10 minit je aku bagi" Mataku membuntang luas.
"Woi!Asal cepat sangat?!" Jeritku.
"8 minit,ke kau nak aku kurangkan lagi?"Emier mengangkat kening sebelahnya seperti mencabarku.Aku mendengus geram lalu keluar dari kelas.
Mataku meliar mencari pemandangan atau barangan yang cantik.Aku berhenti di depan sebuah pintu.
"Kelab ape ni?Asal bising sangat?"Omelku.
Aku membuka pintu secara perlahan.
Okay,aku rasa aku tau ni kelab ape.
"Eh Adena!"Tegur Khalif lalu datang ke arahku.
"Kau nak masuk kelab ni ke?Pilihan yang bi-"
"Before you say anything,aku bukan nak masuk kelab ni.Aku nak cari gambar yang cantik untuk buktikan kat member kau yang aku pandai tangkap gambar"Kataku panjang lebar.
"Khalif~Sape perempuan tu?" Tanya seorang perempuan sambil jelingku.
"Kau fikir kau jeling tu cantik sangat ke?"Semua tergelak manakala muka perempuan tersebut berona merah.
"Kalau kau nak tangkap gambar, ambik gambar aku.Aku lagi cantik berbanding benda lain" Kata Khalif dengan lagaknya yang nak mintak penumbuk.
"Rasanya kasut aku lagi cantik dari muka kau yang hodoh tahap babun tu"Kataku dengan muka meluat manakala Khalif tersengih menahan malu.
Aku lihat jam tanganku.
"Oh damn,aku kena pergi.Kang mampos satgi dengan Emier" Kataku lalu cepat² lari ke tempat lain pula.
Aku berpusing-pusing sehingga aku berhenti di kelab alam sekitar.
"Assalamualaikum"Kataku setelah membuka pintu.
Semua pandangku pelik.
"Korang kafir ke?Ni bagi yang muslim eh?Yang bukan muslim aku faham"Kataku.
Semua menjawab salam macam nak taknak je.
"Eh Adena.Kenapa datang?Ingatkan kau masuk kelab fotografi"Tegur Danial tah muncul dari mana sambil pegang pasu bunga.
"Aku datang sebab nak cari gambar yang cantik.Ade tak pokok² yang boleh aku tangkap gambar?"Tanyaku sambil tunjuk kameraku.
"Maybe ade kot.Cuba kau keluar gi taman sekolah"Aku angguk lalu beredar.
Aku akhirnya sampai di taman sekolah.
"Bunga dah cantik tapi tak cantik ah backround die.Takpe ah,aku cuba pusing² kat sini" Omelku sendirian lalu terus bergerak ke tempat lain.
Sedang aku berjalan-jalan,aku ternampak matahari yang makin terbenam tanda hari semakin gelap.
"Shiet,baik cepat sebelum aku terpaksa masuk ke kelab merepek orang lain"Omelku.
Tiba² aku ternampak tumbuhan yang cantik.
"Hmm,backround die cantik gak" Kataku lalu mula menangkap gambar tersebut.
"Perfect"Kataku lalu cepat² ke kelab semula.
Emier Pov
Lambat giler minah ni.Aku nak balik dah ni.
Aku menggalas begku untuk balik ke rumah.
Bam!
Aku pandang Adena yang sudah berpeluh.
"Sorry lambat,ni gambarnya" Kata Adena lalu beri kameranya.
Aku buka gambar yang die tangkap.
Well just bayangkan takde tasik kat sana k?
Not bad.
"Okay kau boleh masuk.Dah blah,aku nak balik"Kataku lalu beri semula kamera pada Adena dan beredar meninggalkan Adena.
Aku buka pintu kelab Sains.
"Dam,let's go"Kataku sambil lihat Adam yang tak habis lagi membuat eksperimen nya.
"Sorry Mir,aku balik kul 8 dengan yang lain.Kau balik ah dulu"Aku angguk lalu beredar.
Baru sahaja aku mahu buka pintu kereta BMW i8 milikku, terlihat Adena membuat muka tidak puas hati.
Aku datang ke arahnya.
"Kau asal buat muka macam nak membantah sesuatu?"Tanyaku sambil angkat kening sebelah.
"Lelaki durjana tu ah,terpaksa balik lambat.Aku dah la malas nak tunggu die"Kata Adena sambil genggam penumbuknya.
"You mean your bf?"Tanyaku.
"Sape lagi kalau bukan jantan tu"Kata Adena dengan muka ketatnya.
"Kau nak aku tumpangkan ke?" Tanyaku.
Aku pon tak tahu kenapa aku nak tumpangkan perempuan gangster ni.
"Betul ke kau ni Emier yang gedik tu?Die tak pernah pulak baik dengan aku sebelum ni" Tanya Adena sambil pandangku pelik.
Urat merah sudah muncul di kepalaku.
"Kalau kau taknak sudah"Kataku dingin lalu cuba untuk beredar.
"Okay² aku tumpang kereta kau!"Kata Adena lalu cepat² kejar aku yang sudah tinggalkannya.
Dalam kereta,kami hanya diam sahaja sehingga kami berhenti di bus stop.Dah minah tu yang suruh,dengar je la.
"Jangan lupe setiap hari Rabu ade sesi fotografi.Nanti aku inform kat kau kita kena tangkap gambar ape"Adena angguk lalu beredar.
Aku terus balik ke rumah aku atau boleh dikatakan rumah 4 Prince.
Rumah tu kitorang kongsi duit. Sebab parent kitorang pon jarang balik rumah,so beli ah rumah untuk kitorang berempat.
Setelah habis mandi,aku buka Instagram.Semua perempuan yang aku tak kenal mesej aku walaupon aku buat private.Aku duduk di meja belajarku untuk membuat kerja sekolah.
Adena Pov
"Haaaa,penatnya~"Kataku sambil mengeliat di atas sofa.
"Homework Ad dah siap?"Tanya papaku.
"Papa nak tolong buatkan ke?Oh terima kasih sesangat"Aku tersenyum sinis.
"Eh kenapa papa yang kena buat?Papa dah habis sekolah" Papaku pula kalini memberi senyuman sinis.
"Ala malas la pa.Kerja dah la belambak"Kataku sambil bermain dengan phone.
"Ape yang susahnya?Kalau Ad suka belajar baru Ad faham" Kata papaku sambil minum sedikit kopinya.
"Assalamualaikum"Aku dan papa menjawab salam.
"Hai Ian,kenapa lambat balik harini?"Tanya papaku.
"Cikgu ah,suruh Ian tolong ajar dak² kelab Ian"Kata Adrian sambil memegang tengkuknya.
Nak patah la tu.
"Ni,papa akan pergi outstation selama 2 minggu"Kata papaku.
"Bile papa gerak?"Tanyaku sambil pandang papa yang enak menikmati kopinya.
"Isnin depan.Ian jangan nak peluk adik kamu ni masa papa takde pulak.Ad pulak jangan nak ponteng"Ha sudah,papa dah bagi amaran keras.
"Ala~"Aku dan Adrian merengek.
"Dah²,papa nak masuk bilik. Kamu jangan lupe pulak buat homework"Kata papaku lalu terus naik ke biliknya.
"Haih,habis la otak aku" Omelku.
"Ad ade kerja ape yang Ad tak faham?"Tanya Adrian.
"Banyak.Majoriti semua homework"Kataku sambil teringat amaran² keras yang diberi oleh cikgu.
"Eh,Ad belajar ape sampai tak tahu nak buat semua homework yang cikgu bagi?"Tanya Adrian sambil pandangku pelik.
"Ad tak faham sebab kelas Ad ade dak² hot a.k.a budak bajet hensem.So semua kelas bising" Kataku.
Well itu la kenyataannya.
"Oh,dorang sekelas dengan Ad rupanya"Muka Adrian terus berubah kepada muka pembunuh bersiri.
"Err ape² ah,kau tolong aku pasal Sains boleh?"Mintaku cuba menukar topik.
Kang abang aku gi rumah dorang nak bakar dorang biar jadi debu mampos satgi.Kang abang aku gak yang masuk jail.
"Eh okay je,Ad ambik ah buku Sains"Terus berubah muka Adrian menjadi manis.Aku angguk lalu naik ke bilik untuk ambil buku.
Aku turun semula lalu mula belajar bersama Adrian.
TBH
Sila vote,comment and follow. See ya'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro