Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 29

Setahun kemudian...

Aku keluar daripada kereta dan memandang ke arah bangunan yang berada di hadapanku.

"Adena okay ke tu?"Aku memandang ke arah ayahku manakala abangku mengeluarkan beg beroda daripada but kereta.

"Tachod~"Mereka tertawa kecil.

"Apa yang nak ditakutkannya? Abang kamu ni dah ajar seni pertahankan diri dan cara untuk mengawal emosi kalau ada orang yang cuba culik Adena kan?"Adrian menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan ayah.

"Bukan takut je, Ad nanti rindu dengan papa"Aku memuncungkan bibirku sebelum aku memeluk ayahku.

"Manusia yang ada di sini ni taknak rindu ke?"Adrian menunding jari ke arahnya sambil membuat muka sedih.

Aku tertawa kecil sebelum menarik Adrian agar kami bertiga dapat berpelukan bersama.

"Of course Ad akan rindu big boss dengan siscon lolicon"Kataku, sinis.

"Still not going to let the nickname go?"Adrian mengeluh manakala aku tersengih.

"Nope~!"Kataku dengan riang.

"Jom papa teman Ad ambik kunci bilik. Ian jaga beg Ad tau?"Ayah memandang ke arah Adrian.

"Roger, big boss!"Adrian tabik seperti tentera sambil tersengih.

Aku dan bapaku berjalan ke arah pejabat. Kelihatan ramai pelajar sedang mendaftar nama mereka dan mengambik kunci bilik.

"Satu dorm ada berapa orang je?"Tanyaku kepada bapaku.

"Tiga orang je, kenapa? Adena takut ke?"Bapaku memandang ke arahku.

"Takde la, tapi Ad rasa kekok kalau nak berkawan dengan roommates sebab kawan Ad pon semua lelaki"Aku tertawa kecil tatkala teringat 4 Prince.

Setelah kami mendaftar dan mengambil kunci bilikku yang bernombor 38, kami berjalan ke arah Adrian semula.

"Nombor tiga puluh lapan dekat tingkat berapa?"Tanya Adrian setelah dia nampak kelibat nombor kunci bilikku.

"Tingkat tiga, selamat kaki aku untuk mendaki"Mereka berdua tertawa kecil.

"Tapi boleh ke lelaki naik ke dorm perempuan?"Tanya bapaku kepada Adrian.

"Tak boleh rasanya, Ad takpe ke angkat sorang²?"Adrian memandang ke arahku.

"Boleh je, tapi aku kena ulang-alik la"Kataku sambil memikirkan berapa kali yang perlu aku ulang-alik untuk mengangkat barangku.

"Nak papa mintak sesiapa tolong ke?"Tanya bapaku.

"Eh takpe², Ad boleh angkat. Ad cuma kena ulang-alik tiga kali je, no problem la"Kataku sambil tersengih.

"Yelah Ad, nanti kaki bertukar jadi jelly jangan cari papa atau Ian pulak"Kata Adrian, sinis manakala aku menjelingnya.

"Lepas Ad letak barang, Ad turun balik tau?"Bapaku hanya menganggukkan kepalanya sahaja dengan pernyataanku.

Aku menggalas beg dan mengambil beg beroda di tangan kanan serta baju kurung yang aku sudah sangkut di penyangkut baju sebelum berjalan ke arah asrama wanita.

"Alamak..."Omelku, perlahan.

Kelihatan ramai pelajar wanita sedang beratur untuk masuk ke dalam lif yang mempunyai tiga buah sahaja.

"Welp, use the stairs then"Aku berjalan ke arah tangga kecemasan.

Aku mengangkat kening sebelahku setelah aku nampak betapa banyaknya tangga yang berada di hadapanku itu.

"I just make it easy~"Aku menyanyikan lagu Stray Kids Easy dengan suara yang perlahan sebelum aku menyangkut baju kurung di beg galasku sebelum aku mengangkat beg beroda milikku yang bersaiz besar.

Setelah beberapa minit, akhirnya aku sampai di tingkat tiga. Aku melepaskan nafas yang lega.

"Nasib baik aku bawak benda berat dulu"Omelku sendirian sebelum berjalan di koridor dan meneliti setiap nombor di pintu bilik.

"Oh~ dekat hujung. Boleh la aku nak ambik angin"Omelku sebelum aku membuka pintu.

Beberapa mata memandang ke arahku menyebabkan aku kaku sementara. Mak oii, dah ada orang rupanya!

"Oh hai~!"Tegur seorang wanita Cina dengan senyuman menyebabkan lesung pipitnya terserlah di kedua pipinya. Oooh she's cute!

"Hai..."Aku melambaikan tanganku dengan perasaan kekok. Kalau dengan perempuan Melayu pon aku dah kekok, apatah lagi perempuan bangsa lain!

"Kenapa awak berdiri dekat sana aja? Masuk la!"Ajak seorang lagi wanita yang duduk di katil berhadapan dengan katil wanita yang mempunyai lesung pipit sebentar tadi. Weh asal roommates aku comel ni!

Aku menganggukkan kepalaku sebelum berjalan masuk dan menutup pintu di belakangku.

"Katil awak di sebelah sana, awak okay ke atau awak mahu tukar?"Tanya salah seorang wanita yang merupakan rakan sebilikku.

"Eh takpe, saya okay"Kataku sebelum meletakkan beg beroda milikku di sebelah katil dan aku menyangkut baju kurung di dalam almari.

Katilku berada di sebelah kiri dinding dan menghadap ke arah pintu masuk sebentar tadi. Meja belajar pula berada di sebelah katil dan menghadapan ke arah tingkap. Memang bersemangat aku nak buat kerja macam ni.

"Mana keluarga awak?"Tanya ibu kepada wanita Cina yang berlesung pipit itu.

"Semua lelaki, lelaki tak boleh masuk dorm perempuan jadi saya naik sorang"Terangku.

"Ibu awak?"Seorang lagi rakan sebilikku yang berambut pendek bertanya kepadaku.

"Ibu saya dah takde, tapi takpe sebab dekat rumah dah ada ayah"Kataku dengan senyuman kecil.

"Awak nak turun balik ke?"Tanya ibu kepada rakan sebilikku yang berlesung pipit.

"Ha'ah, saya nak ambik barang lagi. Saya turun dulu"Kataku sambil menganggukkan kepalaku ke arah mereka sebelum keluar daripada bilik semula.

Skip

Selesai sahaja membawa barang-barangku ke dalam bilik, aku berdiri di hadapan bapaku dan Adrian.

"Awalnya papa dengan Ian nak balik~"Aku mencebikkan bibirku.

"Kitorang pon ada kerja Dena sayang oii~"Adrian mencubit pipiku.

"Ad dah jumpa roommates Ad ke?"Tanya bapaku.

"Yep, dorang berdua Cina. Serius cute giler dorang dengan pakai spek bulatnya. Dah la sorang tu ada lesung pipit, jeles Ad"Aku tersengih. Kalau aku lelaki, dah lama iman aku jatuh terjelubuk ke lantai kalau aku nampak roommates aku tu.

"Ad pon ada, lesung batu"Mulutku terlopong luas manakala Adrian tergelak tatkala kami mendengar pernyataan bapa kami sendiri.

"Amboi pa, bila masa papa dah pandai menyakat ni?"Tanya Adrian sambil tersengih.

"Kamu berdua fikir kamu dapat sifat menyakat tu dari sape?"Bapaku tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya.

"Okay la, kami balik dulu. Takut jammed pulak"Aku menganggukkan kepalaku sebelum aku menyalam tangan bapaku dan Adrian.

"Malam nanti aku call, jangan tertidur lak"Aku menggulingkan bebola mataku.

"In Sya Allah, baik² tau?"Mereka berdua hanya akur sahaja.

Kereta terus hilang daripada pemandanganku sebelum aku berjalan ke arah lif.

"Oh, hai again!"Tegur wanita Cina berlesung pipit tersebut setelah aku masuk ke dalam bilik.

"Hai, kenapa korang tak pergi kafeteria lagi?"Tanyaku.

"Nak tunggu awak la. Tadi awak jumpa keluarga awak ke?"Tanya wanita tersebut.

"Ha,ah. Oh saya lupa nak perkenalkan diri, saya Adena"Aku memperkenalkan diri. Takkan la aku nak panggil dorang ikut nickname yang aku beri pulak kan?

"Oh lupa pulak saya"Wanita itu menepuk kepalanya.

"Haiyaa you ni, how can you forgot to ask her name?"Tanya rakannya sambil menggelengkan kepalanya.

"Saya Xiao Yu Yan, ini Jiang Ying Yue"Fulamak weh, cemana aku nak sebut nama dorang ni?

"Saya nak kena panggil awak berdua apa? Sebab saya tak pernah ada kawan Cina"Mukaku sedikit merah sambil aku menggaru belakang kepalaku yang tidak terasa gatal.

"Awak boleh panggil saya Yu Yan"Wanita Cina yang berlesung pipit itu tersenyum kecil.

"Awak boleh panggil saya Ying atau Yue"Wanita Cina yang berambut pendek itu berkata. Ying macam dalam cerita Boboiboy ke?

"Awak nak turun sama²?"Tanya Jiang Ying Yue.

"Korang turun la dulu, saya nak kemas barang dulu"Mereka hanya akur.

"If awak nak cari kami, kami duduk dekat tempat terbuka"Aku menganggukkan kepalaku.

Mereka berdua terus beredar manakala aku mengeluarkan beberapa barang.

Skip

"Finally!"Kataku sebelum melepaskan nafas yang lega setelah aku selesai mengemas tempat tidurku.

Aku melihat jam tanganku.

"Sekarang semua patutnya kena turun"Omelku sebelum aku mengambil dompet dan kunci bilik. Telefon pintar milikku sudah berada di dalam kocek seluar.

Aku mengunci pintu dan terus berjalan ke arah lif. Setelah menunggu beberapa minit, aku masuk ke dalam lif yang terbuka. Aku menekan punat 'G'.

"Ding ding~!"Omelku dengan kecil setelah aku sampai di tingkat bawah.

Aku berjalan keluar daripada bangunan wanita. Baru sahaja aku mahu masuk selekoh untuk menuju ke arah kafeteria, kepalaku terhantuk di dinding. Wait a minute, bila masa ada dinding yang terasa macam dada orang?

"You don't have any eyes or something?"Urat merah muncul di dahiku tatkala aku masih tidak memandang ke atas.

"You-"Aku dan manusia tersebut kaku setelah kami berpandangan.

"EH?!"





TBC



I AM STILL ALIVE🔊‼️

Long time no see, next week saya dah mula trial jadi saya update cerita ini beserta cerita EHS secara serentak untuk hari ini, kang ada pulak yang rindu dengan cerita ni🙂 Good luck to the others too in SPMC, semoga kalian lulus dan tidak stress. Lepas SPMC beli la makanan or something to reward pada diri sendiri. Good luck untuk sesiapa juga yang mempunyai exam pada hari yang sama.

Anyway just to tell you guys that saya tidak pernah masuk kolej atau universiti, apatah lagi ada member Cina. Saya masih tingkatan 5 bagi pembaca yang tidak tahu dan saya mula ada rakan sekelas Cina semasa saya tingkatan 4. Rakan sekelas saya ni pemalu jadi susah untuk saya tahu cara pertuturan mereka😔. Jika terdapat sebarang salah silap tentang universiti punya sistem dan cara pertuturan untuk bangsa Cina, boleh tegur dengan baik. Saya tidak mahu sebarang pergaduhan pula😅. By the way, please vote, comment and follow. See ya'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro