Chapter 27
"We're done~~!"Jerit Danial dan Khalif secara serentak sebelum mereka membaling segala buku nota dan kertas peperiksaan ke udara.
Emier menumbuk kepala mereka berdua.
"Itu ilmu, setan. Kutip balik"Mereka memuncungkan bibir sebelum mengutip segala buku yang sudah berada di atas lantai.
"Otak aku rasa sakit sekarang ni"Kata Adam yang berada di sebelahku sambil mengurut pertengahan di antara kedua keningnya.
"At least kita dah habis SPM"Kataku.
"Still kena belajar jugak lepas SPM"Kata Emier dengan suara seperti dia penat.
Aku mengambil buku latihan Danial yang berdekatan dengan kakiku. Aku membukanya untuk membaca isi kandungan di dalam buku tersebut.
"Whatta- Apehal banyak sangat ruangan kosong dalam buku kau ni?"Tanyaku manakala Adam juga memandang ke arah buku yang aku pegang.
"Dani, jangan cakap ada kerja yang kau tak buat langsung"Peluh muncul di dahi Danial setelah dia mendapat jelingan maut daripada sahabatnya.
"M-Maybe...."Adam menepuk dahinya.
"Dani oii, kau jangan happy sangat walaupun dah habis SPM. Dengan isi dalam buku latihan kau macam ni, boleh skor A ke?"Aku memandang ke arah Danial yang sudah kaku.
"Ad, jangan la cakap macam tu. Kitorang tengah happy dah habis SPM, tetiba kau cakap pasal dapat skor ke tidak"Muka Khalif yang sebentar tadi ceria bertukar menjadi suram.
"Benda betul. Kalau kau fail subjek teras, korang kena repeat or masuk tingkatan enam"Danial dan Khalif merenyek seperti kanak-kanak kecil.
"Takpe la, memang aku nak masuk tingkatan enam pon"Kata Danial.
"Aku tak tahu lagi la"Kata Khalif.
"Kau lak cemana, Ad?"Tanya Adam.
Aku berfikir sejenak.
"Aku mungkin ambik tingkatan enam gak"Kataku manakala Danial bersorak gembira.
"Ha kalau ada Ad, aku pon ikut jugak la"Kata Khalif sambil tersengih.
"Amboi~ Ingat senang ke belajar masa tingkatan enam ni?"Kami memandang ke arah belakang.
Adrian berjalan ke arah kami dengan beg galasnya berada di bahu.
"Susah ke? Bukannya tingkatan enam ni senang daripada masuk kolej or universiti ke?"Khalif mengangkat kening sebelahnya.
"Engkau gila ke? Benda ni lagi stress kot sebab korang belajar selama dua tahun"Mulut mereka terbuka luas.
"Wait, seriously?"Tanya Danial, sedikit terkejut.
"Iyelah, kalau ambik tingkatan enam kau boleh terus dapatkan ijazah. Kalau diploma tu if korang taknak masuk tingkatan enam"Terang Adrian setelah dia jalan beriringan dengan kami.
"Should I just give up?"Adam menumbuk lengan Khalif.
"Auch! Asal kau dengan Mir suka sangat pukul orang?"Khalif menjeling ke arah Adam.
"You're talking nonsense right now. Tadi kemain nak masuk tingkatan enam lepas dapat tau Ad pon masuk tingkatan enam"Kata Adam.
"Yelah, ada gak member selain Dani"Aku mengerutkan dahi sebelum memandang ke arah Emier.
"Korang tak masuk tingkatan enam ke?"Tanyaku.
"Tak, aku dengan Dam belajar luar negara"Mataku membulat.
"Eh? Asal?"Tanyaku, pelik. Takkan mamat dua ni tak minat pembelajaran dekat Malaysia ni kot?
"Bapak aku paksa belajar ke luar negara, dia ajak Dam sekali supaya aku tak lonely"Emier menggulingkan bebola matanya.
"Bukannya kitorang nak pon, Mir kena paksa while bapak aku ikut je. Kalau ayah aku fight dengan ayah Mir, memang ayah aku tayang bendera putih dulu"Adam tergelak kecil.
"Bapak Mir seram sangat ke?"Tanyaku.
"Oh believe me, kau pandang muka dia pon kau akan hampir terkucil dalam seluar"Aku tergelak.
"Serious weh, aku hampir demam lepas nampak ayah si Mir ni. Muka macam nak bunuh orang"Kata Khalif.
"Time tu pon kita baru budak sekolah rendah"Kata Adam.
Kami berjalan keluar daripada kawasan sekolah.
"Dah habis jawab paper ni, kita gi raikan nak?"Ajak Danial.
"Nak gi mana? Malas la kalau gi mall"Kata Emier.
"Gi kedai kakak kau la, mana tau dia bagi diskaun makanan ke"Khalif tersenyum sinis.
"Macam dia nak bagi, rasanya dia lagi naikkan harga ada la"Kata Emier, bosan.
"Belum cuba belum tau"Kata Danial sebelum kami berjalan ke arah kedai milik Emma.
Adam membuka pintu kedai.
"Assalamualaikum~!"Kata Danial dengan riang.
Semua yang berada di dalam kedai tersebut memandang ke arah Danial dengan perasaan pelik.
"Dude, ni kedai. Bukan rumah"Kata Adrian manakala aku yang berada di sebelahnya menahan tawaku.
"Kau tengok la, Ad pon dah menggeletar sebab tahan gelak dia"Danial tersengih, menahan malu.
"Waalaikumussalam. Ewah Dani, best betul habis paper sampai bagi salam masa masuk kedai"Kata Ella, sinis.
"Tah, seumur hidup aku tak pernah lagi orang bagi salam masa masuk kedai"Kata Emma.
"Dah la tu kak, saya dah malu ni!"Danial menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya manakala kami tertawa kecil.
"Dah kau yang tetiba beri salam, dengan suara kuat lagi"Kata Khalif.
Kami melabuhkan punggung di tempat yang tersembunyi.
"Famous la kau tak lama lagi, Dani"Kataku, sinis manakala Danial menghentakkan kepalanya di atas meja.
"Well tak salah pon kalau nak beri salam"Kata Adrian.
"Tapi tak pernah weh sesiapa yang beri salam masa masuk kedai"Kataku.
"Don't worry, Ian sebenarnya pernah gak buat macam tu"Ella muncul sambil tersenyum sinis ke arah Adrian.
Adrian tercekik air liurnya manakala kami memandang ke arah Ella dengan pandangan terkejut.
"Eh serius la?"Tanya Khalif.
"Kak, kalau kau tipu sebab nak sedapkan hati aku je baik tak payah"Kata Danial, tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Ella.
"Eh betul la, tak percaya tanya Emma. Kitorang berdua nampak depan mata lagi time tu"Kata Ella diikuti anggukan Emma.
"Itu first time kitorang jumpa Adrian"Terang Emma.
"Tak payah la nak cerita depan adik aku!"Adrian menjeling ke arah dua kembar itu.
"No way, adik kau perlu la tau perangai kau masa dia tak pindah lagi ke sekolah kita"Kata Ella, sinis.
"Kak, citer la"Kataku, sudah tidak sabar.
"Sabo Dena, lepas tak ramai pelanggan baru kitorang cerita"Aku menganggukkan kepalaku dengan laju.
"Ad tak perlu la nak tahu"Aku memandang ke arah Adrian.
"Mana boleh, aku tak pernah tau pon perangai kau dekat sekolah sebelum aku pindah"Kataku sebelum aku memandang ke arah Adam.
"Korang tau ke perangai abang aku macam mana masa korang sekolah Le Rosey?"Tanyaku.
"Not really, kitorang cuma dengar dari khabar angin je. Nak nampak bayang pon susah"Terang Adam manakala aku mencebikkan bibirku.
"So, korang nak makan apa? Banyak lagi pelanggan yang aku kena ambik order"Kami tersengih sebelum memberitahu makanan yang kami mahu.
Skip
Semua pelanggan sudah balik kecuali kami berenam.
"Ha kak, apa lagi? Citer la"Kata Danial, sudah tidak sabar diikuti anggukanku.
"Oh, sure"Kata Ella.
Flashback (Emma POV)
"Cepat la El, kang tempat duduk favourite aku kena rampas"Kataku sambil menarik lengan Ella yang membuat muka bosan.
"Ramai sangat ke gi library? Kalau ramai pon sebab nak lepak je"Kata Ella dengan nada yang bosan.
"Sebab tu la kita kena cepat, tempat favourite aku tu paling dekat dengan air-con"Kataku.
Sedang kami berjalan ke arah perpustakaan, mataku menangkap wajah seseorang.
"Weh, sape mamat tu?"Aku menepuk bahu Ella yang sibuk bermain dengan telefon pintarnya.
Dia mengangkat kepalanya untuk memandang ke arahku sebelum dia memandang ke arah seseorang yang masih lagi aku pandang.
"Oh, mamat tu Adrian. Sama macam kau, dia pon boleh tahan jugak dengan islamik dia tu"Terang Ella sebelum dia memandang ke arahku.
"Asal? Kau jatuh hati dengan dia ke?"Aku membuat muka jijik.
"Benda kau cakap ni? Aku tanya sebab muka dia tu macam nak terberak je"Ella tergelak.
Lelaki yang bernama Adrian itu membuka pintu tandas lelaki yang berada tidak jauh dari hadapan kami.
"Oh, assalamualaikum cikgu"Aku dan Ella kaku.
"Eh, kenapa kamu beri salam?"Kedengaran suara cikgu dari dalam. Dari suara seperti cikgu itu merupakan cikgu matematik kami berdua.
"Eh, salah ke?"Dahi Adrian berkerut.
Ella yang berada di sebelahku sudah menahan gelaknya menyebabkan badannya menggeletar.
"Adrian, awak tahu ni tandas kan?"Tanya cikgu itu semula.
Setelah beberapa saat untuk dia memproses apa yang dikatakan oleh cikgu, mukanya kemerahan menahan malu. Aku dan Ella sudah tidak tahan, kami tergelak dengan sedikit kuat.
"Weh jap, macam dah nak terputus urat kentut aku!"Gelak lagi Ella sebelum dia terduduk di koridor dan sambung tertawa diikuti aku setelah aku dengar apa yang dinyatakan oleh Ella.
Muka Adrian semakin kemerahan setelah dia sedar kami berdua wujud di sebelahnya. Dengan pantas, Adrian terus melarikan diri. Aku dan Ella yang mahu pergi ke perpustakaan terus tidak jadi, malah kami masih lagi ketawa.
End (Adena POV)
Kami semua kecuali Adrian tergelak manakal Emier menutup mulutnya untuk menahan diri daripada tergelak.
"Bro, kau sewel ke time tu? Apehal kau beri salam time masuk toilet?"Tanyaku, masih lagi tertawa.
"Aku dah tak bernafas woi!"Kata Khalif sambil menepuk bahu Danial yang juga tidak bernafas kerana terlalu banyak ketawa.
"Ha. Ha. Real funny"Adrian menjeling ke arah Emma dan Ella yang tertawa kecil.
"Of course funny. Kalau aku tau kau cakap benda lawak macam tu, dah lama aku rakam. Famous la kau"Kata Ella sambil tersengih.
"Masa tu akak form berapa?"Tanyaku setelah aku selesai ketawa manakala tiga rakanku masih lagi ketawa.
"Form one, time tu korang tak masuk lagi sekolah"Kata Ella sambil memandang ke arah 4 Prince.
"Tapi tu lagi teruk dari Dani"Kata Khalif sambil memegang dadanya, penat dia gelak.
"Kau nak kena tumbuk?"Adrian menjeling ke arah Khalif manakala aku menepuk belakangnya.
"Dah la bro, your shame moment is already being told"Kataku sambil tertawa kecil.
"Pastu cemana korang mula rapat?"Tanya Adam.
"Lepas sekolah, dia cuba untuk blackmail kitorang which didn't work. So kitorang jadikan dia sebagai kuli sementara. Memang berkerut dua puluh empat jam muka dia tu"Gelak Ella.
"Perangai dia memang tetap sama macam sekarang ke atau lain?"Tanyaku.
"Takde la banyak perubahan, dia cuma baik dengan kawan lelaki and cikgu je. Dengan perempuan, muka tu asyik mengetat je. Mahu muka tu berkedut"Kata Emma.
"Tapi ada nampak muka aku berkedut sekarang ni? Tak kan? Dah shush!"Kami tertawa kecil.
"Okay la kak, kitorang balik dulu. Dah habis SPM, nak tidur sepuasnya"Kata Danial sambil tersengih manakala Emma menggelengkan kepalanya sahaja.
"Here~"Khalif menghulurkan duit untuk membayar makanan yang baru sahaja kami lahap. Semestinya, kami sudah bayar semula kepada Khalif.
"Thank you~ Jalan baik² tau?"Kami menganggukkan kepala sebelum beredar keluar manakala Emier dan Adam duduk di dalam kafe lagi.
"I am so going to tell dad"Kataku dengan ceria manakala Adrian mengeluh.
Setelah kami masuk ke dalam kereta milik Adrian, kami terus beredar pulang.
TBC
Heyyo! I am sorry if I'm a little late, still busy with homework especially pre test addmath and math :') Please vote, comment and follow. See ya'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro