Chapter Twenty
*Jangan buka lagu di atas ini lagi ya?*
Khamis
KALE berserta HRHS berkumpul di kafe milik Adeena.
"So, kenapa kau panggil kitorang?"Tanya Emily sebelum menutup mulutnya untuk menguap.
"Okay, aku rasa aku dengan Kim dah tau sape yang sebabkan kafe ni takde pelanggan"Kata Adeena.
"And sape orangnya?"Raven berpeluk tubuh.
"Sarah"Mata mereka membulat besar.
"But how? Dia pon tak pandai masak and pekerja² dia cuma kawan² dia je. Itupon sama macam Sarah, tak pandai masak"Kata Lev, pelik.
"Easy, die ada pekerja baru and nama dia Amni"Terang Adeena.
"Cemana rupa dia?"Hakim membuka telefon pintarnya sebelum menunjukkan gambar Amni yang dia jumpa di media Restoran Artis (nama restoran Sarah).
"Ni perempuan yang pernah datang restoran Rith dulu"Kata Keira setelah dia nampak wajah Amni.
"Kau kenal dia ke?"Tanya Syafiq.
"Not really, aku kenal dia sebab dia marah pekerja Harith. Korang pon ada"Keira memandang ke arah KALE.
"Rupanya dia curi resepi kopi aku yang terkenal tu"Kata Adeena dengan aura membunuhnya.
"So, cemana nak balas balik?"Tanya Lev.
"Revenge"Kata Emily dan Keira dengan serentak sambil mengerat jari mereka.
"Wowowo, memang balas dendam but dengan cara yang baik"Kata Hakim, cuba untuk menenangkan mereka berdua.
"Kita kena buat kopi yang lebih sedap"Kata Adeena.
"Eh bukan kau dah buat ke?"Tanya Hakim, pelik.
"Belum, aku just perlukan topping je. Korang kena jadi penghantar risalah and pelayan"Adeena mengeluarkan pakaian dan risalah.
"Eh taknak aku. Aku nak tidur"Kata Syafiq sebelum bergerak ke arah pintu kafe.
"Ala Fiq, nanti kau dapat gaji and plus, kau dapat beli GoPro yang kau nak sangat tu"Terus pergerakan Syafiq terhenti.
"Bila kita nak mula?"Laju sahaja Syafiq bertanya.
"Sekarang la, aku nak kena buat topping. Lev, Rav and Kim jadi butler and maid. Kei, Em, Ris and Fiq bagi risalah"Arah Adeena.
"Wah, kau bagi berpasangan nampak"Adeena hanya tersengih sahaja.
Mereka terus memulakan kerja mereka.
Riskie dan SyaEm
"Marilah datang ke kafe yang cantik ini. Terdapat maid yang cantik berserta butler yang kacak tau~"Kata Syafiq dengan suara yang ceria.
"Kau cakap dah la serupa macam pakcik karpet"Kata Emily.
"Eh kena la buat macam tu supaya ada pelanggan datang"Kata Syafiq.
"Kau nak ramai pelanggan datang?"Tanya Keira.
"Eh mesti, demi kawan kepada girlfriend aku ni"Emily mencubit lengan Syafiq.
Keira mengeluarkan telefon pintarnya sebelum mendail nombor seseorang.
"Hello, Ril?"Emily, Syafiq dan Haris pantas sahaja memandang ke arah Keira.
"Wowowo, asal kau call jamban tu?"Tanya Emily, pelik.
"Dah kita perlukan banyak pelanggan yang kita boleh dapat"Kata Keira.
"Yo, already have a nickname for me already?"Suara Khairil kedengaran berserta ketawa kecil.
"Cut the cr*p, kau busy tak?"Tanya Keira manakala rakan-rakannya hanya memasang telinga mereka sahaja.
"Not at all, wassup?"Tanya Khairil.
"Datang ke kafe Ad. Jangan lambat"Kata Keira sebelum dia menekan punat merah.
Setelah beberapa minit, akhirnya Khairil muncul dengan penyamarannya.
"So, kenapa kau panggil aku?"Keira berbisik sesuatu kepada Khairil tentang perancangannya manakala Haris menjeling ke arah mereka berdua.
Khairil menganggukkan kepalanya sebelum dia berjalan ke atas pentas yang tidak jauh daripada mereka. Dia berkatakan sesuatu kepada seorang lelaki sebelum lelaki itu menghulurkan mikrofon kepada Khairil.
"Hello guys, can you hear me?"Semua memandang ke arah Khairil yang tersenyum manis setelah dia membuka kaca mata hitam berserta topinya.
"Omaigod, tu KR!"Semua mula menggila dan berjalan ke arah pentas.
"Okay², saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang undi Buddyz iaitu saya, KR bersama A.K"Kata Khairil.
"Mula dah dia nak buat pengumuman gempak"Kata Syafiq peluh muncul di dahinya.
"Aku nak gi tandas kejap. Tolong pegangkan"Emily menganggukkan kepalanya sebelum mengambil risalah daripada Keira.
Keira dengan pantas beredar pergi.
"Okay sebelum saya cakap apa² lagi, ada soalan?"Ramai mengangkat tangan mereka.
"Awak dah ada girlfriend?"Tanya salah seorang peminat.
"Not yet, but soon"Kata Khairil, sinis sambil memandang ke arah Haris yang memberi jelingan maut ke arahnya.
"Mana A.K?"Tanya seorang lagi manusia.
"Oh, he's already here"Kata Khairil sambil tersengih.
Keira naik ke atas pentas dengan pakaian yang sudah ditukar berserta rambut palsunya.
"Hello guys, sorry I'm late"Tempat tersebut mula menjadi semakin meriah.
"Okay, kami mahu cakap yang kawan ka- I mean kawan saya telah membuat kopi yang paling sedap"Khairil membuat French kiss manakala semua tekun mendengar apa yang dikatakan oleh Khairil.
"Sesiapa yang rasa dia peminat tegar kepada Buddyz, boleh datang ke Kafe Alien. I know nama dia pelik but dalamnya ada surprise. Mereka ada pelayan butler yang kacak berserta maid yang cantik. Kalau korang semua datang, A.K akan menyanyikan sebuah or maybe beberapa lagu khas untuk korang semua"Kata Khairil, sinis.
"Wait wha-"Khairil menutup mulut Keira dengan laju.
"But first, sila ambil risalah daripada mereka bertiga yang memegang risalah itu. Beratur dengan kemas ya?"Kata Khairil sebelum mengenyitkan matanya.
Semua mula berpusu-pusu ke arah Haris, Syafiq dan Emily.
RaLev dan HaAd
"Weh Ad, kau dah siap ke belum?"Tanya Hakim.
"Dah siap dah pon, sape orang pertama yang nak rasa dulu?"Hakim dengan pantas berjalan ke arah Adeena.
Hakim menghirup kopi terbaru milik Adeena.
"Fuh, sedap giler!"Kata Hakim.
"Kan, aku nak namakan kopi ni Coffee Alien Kaw-Kaw. Amacam?"Adeena menjongketkan keningnya dengan senyuman sinis.
"Nama pon gempak woo, macam kopi dia"Hakim tergelak kecil.
"Hello, kedai ni dibuka ke?"Beberapa pelanggan membuka pintu kafe.
"Oh buka, masuk la"Kata Lev.
"Hey guys, kedai ni dah bukak!"Jerit salah seorang pelanggan ke arah luar.
Semua pelanggan mula masuk ke dalam kafe milik Adeena.
"Hui, bapak ramai"Kata Hakim.
"Tunggu apa lagi, gi la ambik order dorang"Mereka menganggukkan kepala mereka sebelum mereka berjalan ke arah pelanggan.
Haris, Syafiq, Emily, Khairil dan Keira masuk ke dalam kafe.
"Weh, cemana boleh ramai sangat ni?"Tanya Adeena, pelik.
"Korang pakai santau ke?"Lev mengetuk kepala Raven.
"Thanks to Buddyz, tempat ni makin meriah tau"Kata Syafiq sambil tersengih sebelum menunjuk ke arah Khairil dan Keira menggunakan ibu jarinya.
Khairil melambaikan tangannya manakala Keira hanya menganggukkan kepala sahaja.
"Woah Khairil, Thank you very much. So, kau pon tolong layan pelanggan jugak eh?"Hakim memandang ke arah Khairil sambil tersenyum sinis.
"Eh boleh je. A.K lak nyanyi lagu untuk dorang"Kata Khairil sebelum menepuk belakang Keira.
Keira menyiku perut Khairil menyebabkan Khairil terbatuk dan mengerang kesakitan sambil memegang perutnya.
"Woah A.K, first time aku jumpa face-to-face. Eh jap, mana Kei?"Tanya Adeena sebelum meliarkan matanya.
I'm done.
"Oh, dia mesej aku kata abang dia call tetiba. Ada emergency katanya"Kata Khairil.
"Okay la kalau macam tu. A.K, kau ambik la kerusi dengan microphone kat sana"Keira hanya akur sahaja sebelum dia ke arah pentas kecil.
Keira duduk di kerusi yang telah disediakan dan meletakkan mikrofon di hadapannya.
"Hello guys, I'm A.K and I will sing Seven Years by Lukas Graham. Hope all of you will like it"Kata Keira sebelum dia mula bermain papan piano yang telah disediakan.
(Tekan lagu di atas tetapi bayangkan sahaja yang akhir itu tidak wujud)
Bunyi piano mula kedengaran di setiap telinga mereka.
Once I Was Seven Years Old,
My Mama Told Me,
'Go Make Yourself Some Friends Or You'll be Lonely'
Once I Was Seven Years Old....
Semua mula tekun mendengar lagu yang dinyayikan oleh Keira.
"Suara dia sedap jugak eh kalau live"Kata Lev.
"Oi, get back to work you brats"Kata Adeena, cuba mengikuti cara percakapan abang Lev.
Mereka terus sambung membuat kerja.
Malam
"Sila datang lagi~!"Adeena melambaikan tangannya kepada semua pelanggannya.
"Terima kasih kerana datang!"Kata Khairil dengan senyuman manis.
Semua pelanggan balik dengan kepuasan.
"Kaya la aku camni weh"Kata Adeena sambil memegang tabung tipnya.
"Wowo, cemana perjanjian kau nak bagi gaji kitorang?"Tanya Syafiq.
"Bila masa aku janji?"Rakan-rakan Adeena menjeling ke arahnya kecuali Keira dan Khairil.
"Jkjk, esok aku bagi. Promise"Kata Adeena sebelum membentukkan 'L' dan meletakkan di atas dahinya. Itu cara KALE membuat janji, walaupun ia sepatutnya bermaksud 'Loser'.
"Okay la, aku nak balik tidur lu. Bye"Syafiq melambaikan tangannya sebelum beredar pergi bersama kumpulan HRHS yang lain.
"Kitorang berdua pon nak balik jugak ni"Keira menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan Khairil.
"Okay, thanks Buddyz sebab tolong kedai aku ni"Kata Adeena.
"No problem"Kata Keira.
"Ha ni, sebelum korang balik jom selfie. Buat Kei jeles sikit"Lev tersengih sebelum mengeluarkan telefon pintarnya.
Why should I jealous of myself?
"Say Buddyz~"Kata Emily setelah dia memegang telefon Lev.
"BUDDYZ!!"
Snap!
"Okay, thanks A.K. Bye korang"Mereka melambaikan tangan mereka sebelum beredar pergi.
Rumah Keira
Keira baring di atas katilnya setelah dia selesai mandi.
Ting!
Keira mengambil telefon pintarnya.
Adeena_ mentioned you
Keira mengangkat kening sebelahnya sebelum dia membuka Instagram.
With Buddyz. Kesian @Kei_Affn tak dapat datang😜
Ceh, tak perlu pon.
Keira menekan punat berbentuk hati sebelum terus terlelap.
Please vote, comment and follow. See ya'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro