Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter Thirty-Four

Khamis

Keira masuk ke dalam bangunan Buddyz.

"Hey A.K"Khairil melambaikan tangannya ke arah Keira.

"Yo. Mana Kai?"Tanya Keira.

"Dia gi breakfast"Keira melepaskan nafas yang lega.

"Asal?"Tanya Khairil, pelik.

"That's-"Tiba-tiba sebuah tangan menepuk bahu Keira.

Keira memandang belakangnya sambil berpeluh.

"Hey A.K~~"Kata Kairul, sinis.

Oh my lifeu.

"Apa kata kita berbual dekat dalam bilik mekap sekejap"Kairul menarik Keira, meninggalkan Khairil yang masih lagi keliru dengan karenak adik-beradik tersebut.

Kairul mengunci pintu bilik setelah mereka masuk sebelum dia menjeling ke arah Keira.

"So, nak cakap apa yang kau dengan Rith buat masa aku tidur?"Kairul berpeluk tubuh.

Keira memandang ke arah sebelahnya sambil menggaru belakang kepalanya. Kairul mengeluh.

"Sebab korang berdua la aku kena denda dengan Syah"Kairul menolak rambutnya ke belakang.

"Kenapa kau nak takut dengan dia? Kau lebih tua dari dia kot, even tho korang kembar tapi kau tetap lebih tua seminit dari dia"Keira mengangkat kening sebelahnya.

"Kau lupa ke masa Syah marah sebab aku dengan Rith gaduh?"Keira memandang atas untuk mengimbas kembali. Kononnya la.

Flashback

Mereka berempat sedang bermain di laman hadapan.

"Keira, mari sini sekejap"Panggil Ibu Bro-Squad.

"Baik Ma"Keira si kecil terus masuk ke dalam rumah.

Kairul dan Harith mula bergaduh untuk mahukan bola setelah Keira beredar pergi.

"Aku dapat dulu!"Marah Harith.

"Mane ada! Keira yang bagi dekat aku!"Marah Kairul pula.

"S-Sudah la korang"Syahir cuba untuk menenangkan abang-abangnya.

"DIAM LA!!"Mereka berdua menengking Syahir menyebabkan Syahir terkejut. Selalunya kanak-kanak kecil akan menangis tetapi Syahir lain dari yang lain.

Syahir yang sudah geram terus merampas bola sebelum dia menyepak jauh daripada rumah.

"Hoi, apa yang ka-"Mereka berdua terdiam setelah mereka mendapat jelingan maut daripada Syahir.

"Sekarang aku nak korang bersalaman dan peluk"Arah Syahir.

"TAKNAK!!"Jerit mereka berdua.

"Kalau tak aku rampas Keira"Kata Syahir dengan suara yang keras.

"Sape panggil Keira?"Keira berjalan ke arah Brothers.

Syahir tersenyum sinis sebelum dia memeluk Keira.

"Keira~ Jom main masak². Biar kita tinggal Kairul dengan Harith"Kata Syahir dengan sayap malaikat muncul di belakangnya.

"Nak². Jom pergi belakang rumah"Keira memegang tangan Syahir untuk beredar pergi.

Harith dan Kairul sudah cemburu.

"Nak main jugak!"Jerit mereka berdua.

"Tak boleh. Abang² suka ejek Keira sebab main masak². Jom la abang Syahir"Keira menarik Syahir manakala Syahir menjelirkan lidahnya ke arah mereka berdua.

End

Keira menggelengkan kepalanya kerana teringat akan dirinya yang masih lagi suci.

"Haish, masatu Syah dah macam demon yang baru dilahirkan tau tak?"Kairul memegang kedua lengannya sambil menggeletar.

"Dah la, jom sambung kerja"Kairul hanya akur.

Mereka terus keluar daripada bilik A.K.

Skip

Mereka bersiap untuk balik ke rumah.

"Weh, kau lepak dekat kafe Ad ke?"Tanya Khairil.

"No, aku ada hal lepas ni" Khairil menganggukkan kepalanya. Keira terus keluar daripada bilik A.K setelah dia menukar pakaian.

Keira menekan loceng pintu rumah Haris.

"Hai kak Kei"Faris membuka pintu rumah sambil tersengih.

"Yo, mana abang kau?"Tanya Keira setelah dia masuk ke dalam rumah.

"Dia takde, dia gi hospital"Keira menganggukkan kepalanya.

Mereka terus bermain X-Box.

"Tapi akak pelik la, kenapa abang Faris tak bawak Faris pergi hospital untuk jumpa Hafiz?"Tanya Keira, tidak memandang ke arah Faris.

"Dia selalu busy, takde masa nak bawak Faris"Kata Faris.

"Then kenapa dia boleh pergi tapi Faris tak boleh?"Keira memandang ke arah Faris.

"Faris pon tak tahu..."Kata Faris dengan suara yang sedih.

"T-Takpe la, ah musuh dah datang!"Kata Faris manakala Keira hanya memandang ke arah Faris daripada ekor matanya.

Selesai bermain

"Faris nak makan apa?"Tanya Keira setelah dia berdiri.

"Nasi Pataya!"Keira menganggukkan kepalanya sebelum memulakan misinya untuk membuat makanan.

"So, Faris tak pernah pujuk Haris nak gi hospital ke?"Tanya Keira tanpa memandang ke arah Faris.

"Banyak kali dah, tapi dia asyik tukar topik je"Faris melentokkan kepalanya di atas meja makan.

"Oh ya, pagi tadi ada perempuan gedik datang rumah kitorang"Kata Faris.

Keira memandang ke arah Faris dalam masa yang lama.

"...Faris cuba tukar topik ke?"Tanya Keira.

"Tak², ni ada kaitan dengan hospital yang abang Hafiz duduk"Keira mengangkat kening sebelahnya.

"Nama dia sape eh? Oh ya, Sarah. Akak kenal dia tak?"Tanya Faris.

"Bukan setakat kenal je, dia tu musuh akak dengan kawan² akak dari sekolah menengah hingga sekarang lagi"Keira meletakkan nasi pataya di atas meja.

"Masatu abang Haris suruh Faris naik atas tapi Faris senyap² dengar perbualan dorang"Keira hanya tekun sahaja mendengar.

"Faris dengar esok dia nak ajak abang Haris gi hospital nak lawat saudara dia. Tapi Faris tak percaya sebab perempuan tu macam minat abang Haris je"Terang Faris.

"Memang pon. Dia minat abang Faris sejak abang Faris dengan geng² dia pindah ke sekolah kitorang lagi. Selalu cari gaduh dengan kitorang pon sebab kononnya jangan rapat dengan abang Faris dengan kawan² dia"Kata Keira, bosan sebelum dia menghirup minumannya.

"Oh so akak la yang abang suka tu"Keira hampir sahaja tersedak air. Nasib baik tak tersembur.

"Uhuk uhuk, c-cemana....Faris tau?"Tanya Keira sambil memegang tekaknya yang terasa perit.

"Abang ada diary dalam laptop"Keira kaku.

"Diary? Seriously?"Faris menganggukkan kepalanya.

"Dia ada cerita pasal akak hinggalah hari Jumaat"Kata Faris.

Waktu aku pindah...

"Dia tulis apa je dalam tu?"Tanya Keira, ingin tahu.

"Susah la Faris nak explain. Nanti Faris mesej akak la"Kata Faris.

"Faris ada ke phone?"Tanya Keira.

"Eh of course. Nak phone akak jap"Keira menghulurkan telefon pintarnya kepada Faris.

Faris menghulurkan telefon pintar milik Keira semula setelah dia selesai memasukkan nombor telefonnya di dalam telefon pintar Keira.

"I'm back"Haris membuka pintu.

"Welcome back"Kata Keira dan Faris secara serentak.

Keira berjalan ke arah Haris.

"Kalau kau lapar, ada nasi pataya. Bye Faris"Keira melambaikan tangannya ke arah Faris sebelum beredar keluar.

Haris berjalan ke arah Faris.

"So, best duduk dengan akak tu?"Tanya Haris setelah dia meletakkan kunci keretanya di atas meja.

"Best, dia masak lagi sedap dari abang"Kata Faris, sinis.

"Eh² budak ni, kau tengok je bila aku dah pandai nak masak sup ayam favourite kau"Kata Haris.

"Ye la tu. Abang, bila abang nak bawak Faris jumpa abang Hafiz?"Tanya Faris.

"Nanti² la, abang nak masuk bilik dulu. Jangan tidur lambat, esok Faris ada sekolah kan?"Tanya Haris sebelum berjalan masuk ke dalam biliknya.

Faris mengeluh.

'Then kenapa dia boleh pergi tapi Faris tak boleh?'

Ayat-ayat yang dikatakan oleh Keira masih lagi berlegar di dalam kepalanya.

Nampaknya Faris yang kena buat sesuatu.



Apakah yang bakal Faris buat? Please vote, comment and follow. See ya'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #hrhs#kale