Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter Forty-One

Sudah sebulan berlalu tetapi Keira masih lagi tidak menyedarkan diri.

Emily

"Woi cepat la, jangan bagi chance! Ikmal, jaga Amir tu betul²! Naim, jangan tersasar masa nak baling bola tu!"Marah Emily.

"Err Em, aku rasa kita kena rehat kejap. Dah berapa jam dah kitorang main tak henti²"Kata Syafiq bagi pihak Seirin.

Emily mengeluh kasar.

"Rehat sepuluh minit"Kata Emily dengan suara yang dingin tanpa memandang ke arah Syafiq sebelum dia beredar keluar.

"Aku tengok coach macam takde mood je sejak kebelakangan ni"Kata Syafrul.

"Pastu Ryan pon dah tak datang beberapa hari ni. Dorang gaduh ke?"Tanya Amir tetapi HRHS hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

"Biar aku cakap dengan dia"Kata Syafiq sebelum dia beredar keluar daripada gelanggang bola keranjang.

Syafiq berjalan ke arah Emily yang membelakanginya. Emily sedang duduk di lantai sambil memeluk kedua lututnya.

"HUEEEE!!"Jerit Emily sebelum terlompat kecil manakala Syafiq tertawa kecil.

"Terkejut aku kau ni pon. Ha, asal?"Tanya Emily setelah jantungnya berkadar normal semula.

"Are you okay?"Tanya Syafiq dengan muka yang serius.

"Tak"Kata Emily dengan sepatah sahaja.

"Biar aku teka, kau dah mula rindu Kei kan?"Teka Syafiq.

"Sape je tak rindu dia tu. Dah berapa minggu dia tidur dengan tak makan minumnya"Kata Emily dengan suaranya yang semakin perlahan.

"Relax la weh, tantah dia bangun esok. Mana tahu"Kata Syafiq.

Emily mengeluh.

"Hope so"Kata Emily.

"Dah jom, kang aku cium kau satgi"Kata Syafiq, sinis.

"Nak cium? Nah kasut khas buat kau"Kata Emily sebelum menunjukkan kasutnya.

Syafiq tertawa kecil sebelum beredar bersama Emily.

Adeena dan Lev

Mereka berdua sedang makan di sebuah restoran. Mereka mendiamkan diri untuk beberapa minit sebelum Adeena memulakan bicara.

"So, cemana dengan kerja kau?"Tanya Adeena.

Lev mengeluh.

"Aku tak dapat nak fokus masa ajar sampai pengetua suruh aku cuti beberapa hari ni"Lev mengusutkan rambutnya.

"Adik aku pon cakap kopi aku macam dah kurang sesuatu"Kata Adeena dengan senyuman tawar.

"I miss Kei"Kata Lev.

"Even dia kurang bercakap pon, dia ada dengan kita pon dah rasa best"Kata Adeena.

"Kau ada dapat berita dari Syah?"Tanya Lev.

"Takde, tapi Kim ada citer kat aku yang Ris nak cakap dengan Syah"Lev tercekik dengan minumannya.

"Wait serious la?"Tanya Lev, sedikit terkejut.

"Yeah I know. Kalau dia jumpa Syah means masuk terus ke dalam tanah, but dia nak jugak jumpa Syah walaupon Kim dah halang dia"Terang Adeena.

"Aku harap sangat Syah dapat berbual baik dengan si Ris tu"Kata Lev sebelum dia sambung menghirup tehnya.

Syahir

Syahir sedang menonton televisyen sambil mengunyah bertih jagung. Dia melepaskan keluhan penat.

"I miss Kei already. Dah la selalu gaduh dengan aku sebab nak tengok TV je"Omel Syahir, perlahan.

Ting Tong!

Syahir memandang ke arah pintu.

"Aik? Takkan dua ekor tu balik awal sangat?"Syahir berkata sendirian.

Syahir meletakkan bertih jagungnya di atas meja sebelum memandang ke arah skrin kecil yang bersambung dengan kamera kecil di loceng pintu.

"Tch, It's just that guy..."Syahir mengerutkan dahinya.

Syahir keluar daripada rumah sebelum dia berdiri di hadapan pagar yang masih lagi tertutup.

"Kau nak apa?"Tanya Syahir sambil menyilangkan tangannya di dada.

"Syahir please, aku kena cakap dengan kau"Rayu Haris.

"Nak cakap apa lagi? Nak hina adik aku lagi ke?"Tanya Syahir, sinis. Fikir dia tak tengok ke dekat kamera masa Keira jatuh dari tangga?

"Syahir, tolong la. Lev bagitau aku kalau kau nak cakap dengan aku, aku yang kena datang. So please, let me explain"Syahir berfikir sejenak sebelum dia melepaskan keluhan kasar.

"Get in"Kata Syahir sebelum dia membuka pagar. Haris hanya menurut sahaja.

Syahir meletakkan secawan kopi di atas meja.

"Thanks"Haris mengambil kopi tersebut.

"Now, explain"Kata Syahir setelah dia bersandar di dinding berdekatan dengannya.

Haris mengeluh.

"Rupanya memang aku yang salah faham"Syahir mengangkat kening sebelahnya.

"Your point?"Tanya Syahir, tidak faham apa yang Haris mahu katakan.

"Sarah tipu aku. Kau kenal kan?"Tanya Haris.

"Yeah, dulu aku pernah jumpa dia dekat dengan sekolah. Dia tipu apa?"Tanya Syahir.

"Dia ada datang rumah aku sebab dia ajak teman dia gi hospital, konon sepupu dia masuk hospital. Aku tolak ajakan dia tapi dia takkan pergi selagi aku tak setuju, so aku pon setuju jelah"Haris menarik nafas sebelum sambung.

"Adik aku kata Sarah jumpa dia dekat sekolah pada hari yang sama aku jumpa dia dengan Kei dekat hospital. Dia bagi duit dekat Faris and cakap Hafiz tengah tunggu dia dekat hospital tapi dia kata jangan bagitau sesiapa termasuk aku. Adik aku tak tahu apa² sebab dia masih budak lagi, so dia ikut je la. Datang² je dekat hospital, aku nampak Kei dengan Faris. So kitorang bertengkar dekat sana"Terang Haris dengan panjang lebarnya.

"When?"Tanya Syahir.

"Seminggu yang lepas, adik aku citer semua sekali. Sebab tu aku nak jumpa kau"Kata Haris.

"Kenapa kau tak jumpa aku lepas adik kau citer?"Syahir mengangkat kening sebelahnya.

"Aku takut, okay? Takut kau akan marah aku"Kata Haris sebelum dia memandang ke arah kopinya yang masih lagi panas.

Syahir mengeluh panjang.

"Memang aku marah, tapi tu benda lepas. Kalau Kei maafkan kau, aku maafkan kau"Kata Syahir.

"Thank you"Kata Haris dengan senyuman kecil.

"Dah tak payah nak nangis"Kata Syahir, sinis sebelum dia mengusutkan rambut Haris.

"Mane ada. So, Kei masih tak sedarkan diri ke?"Syahir menggelengkan kepalanya.

"Tak, ni dah masuk sebulan aku rasa"Tiba-tiba telefon pintar milik Syahir berdering.

Syahir mengambil telefon pintarnya sebelum dia menekan punat hijau.

"Hello?"Tanya Syahir manakala Haris menghirup kopinya.

"Ya saya?"Haris berhenti menghirup kopinya tetapi dia masih lagi mengangkat cawan tersebut.

"HA?!"Haris terlompat kecil. Nasib baik tak tertumpah kopi tu, kang kena bersihkan lantai 72 jam.

"Okay saya datang sekarang"Syahir menekan punat merah.

"Asal?"Tanya Haris.

"It's Keira"Mata Haris terbuntang luas.

"Jangan kata dia dah...."Haris kaku.

Mereka berdua dengan pantas keluar daripada rumah.

Hospital

KALE, HRHS dan Brothers berjalan ke arah Syahir dan Haris yang berada di kerusi yang telah disediakan.

Selepas mereka berdua nampak kelibat mereka, Syahir dan Haris berdiri daripada tempat mereka.

"Woah, korang dah berbaik ke?"Tanya Kairul dengan selambanya.

"NI BUKAN MASA NAK CAKAP BENDA TU!!"Mereka memarahi Kairul.

Kairul mengangkat kedua tangannya tanda 'chill'.

"Betul ke Kei dah sedar?" Harith memandang ke arah Syahir.

"Dah, kawan aku yang call"Terang Syahir.

"Aku kata esok dia akan sedar, tapi tak tahu lak seawal ni"Omel Syafiq dengan suara yang perlahan tetapi didengari oleh Emily yang berada di sebelahnya.

"Kau happy ke tak bila tau Kei sedar ni?"Emily menjeling ke arah Syafiq.

"Eh happy la. Tapi tak tahu lak hajat aku tercapai"Kata Syafiq, berbangga dengan dirinya.

Semua menepuk dahi mereka.

"Doktor dah boleh masuk"Panggil seorang jururawat setelah dia keluar daripada bilik Keira.

"Okay guys, you ready?"Semua menganggukkan kepala mereka.

Syahir membuka pintu dan kelihatan Keira sedang membaca buku.

"Keira!"Keira memandang ke arah mereka dengan riak yang terkejut.

"Took you long enough"Kata Adeena, sinis.

"Babun betul kau ni. Asal kau tak bangun²? Buat aku takut je"Marah Lev.

"Err....."Keira mengerutkan dahinya.











"Who are you?"










Jeng jeng jeng~! Silalah baca chapter yang seterusnya jika anda mahu tahu apa yang bakal terjadi. Please vote, comment and follow. See ya'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #hrhs#kale