Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 8

Ahad

"Weh Kai, kau dah siap ke belum?"Tanya Syahir yang berada di luar rumah.

"Jap la, aku nak cari spek hitam aku ni"Kata Kairul sambil mencari di bawah meja kopi.

"Tak payah la, pakai je Rith punya"Kata Syahir sambil melepaskan keluhan penat.

"Aku punya dah patah"Kata Harith.

"Bukan kau punya kat dalam kereta ke?"Tanya Keira kepada Kairul.

"Ha'ah la. Nasib kau ingatkan aku"Kata Kairul sambil tersengih.

"Knock knock!"Mereka memandang di pagar rumah. KALE sudah sampai.

"Asal lambat sangat ni? Janji kul sembilan setengah. Ni dah kul sepuluh dah ni"Kata Lev sambil menunjuk jam tangannya.

"Tanya Kai"KALE memandang Kairul yang tersengih.

"Ehe, aku tengah cari spek hitam aku"Kata Kairul sambil menggaru belakang tengkuknya.

"Halah kau ni pon, tak payah la. Bukannya musim panas"Kata Adeena sambil menggelengkan kepalanya.

"Dah jom gerak"Mereka terus masuk ke dalam kereta lalu beredar.

Mereka sudah sampai di pusat membeli-belah.

"Okey kita ada tujuh orang so kita berpecah. Korang nak gi mana?"Tanya Syahir.

"Aku dengan Lev nak gi Popular Book jap"Kata Emily.

"Aku nak gi kedai kasut dengan Mr D.I.Y"Kata Kairul pula.

"Same"Kata Adeena sebelum bertepuk tangan dengan Kairul.

"Aku dengan Kei nak main bowling"Keira menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan Harith.

"Okey. Em dengan Lev gi Popular Book. Ad, Kaidengan aku gi kedai kasut dan Mr D.I.Y and Rith dengan Kei gi main bowling. Kita semua jumpa balik dekat bowling tau? Dah mula berpecah"Semua mula berpecah ke destinasi masing-masing.

Keira dan Harith

"Main dua bahagian dengan dua game"Kata Harith kepada seorang lelaki yang menjaga kaunter.

"Baik, Encik dengan Cik boleh main di kawasan tiga dan empat"Harith dan Keira beredar ke kawasan yang diberi.

Mereka terus mengambil bola yang ringan.

"Kenapa dia panggil aku Cik? Aku bukannya sama umur dengan kau"Kata Keira sambil meneliti bolanya.

"Sebab kau tinggi kot"Kata Harith.

"Nampak tinggi ke? Aku bukan pendek ke?"Tanya Keira lagi.

"Baru sedar ke yang kau ni memang pendek?"Tanya Harith, sinis.

"Aku baling kau dekat tingkap kang, mati satgi"Keira menjeling Harith.

Mereka terus memulakan permainan.

Adeena, Kairul dan Syahir

"Weh Kai, kau dah jumpa kasut kau ke belum?"Tanya Syahir.

"Jap, tak jumpa kasut yang sesuai"Kata Kairul sambil memandang setiap kasut yang disusun di rak kasut.

"Weh bangkai, kau tak siap dalam lima minit lagi, aku cekik kau biar sampai mampos"Kata Adeena sambil menjeling Kairul.

"Yeye, dah jom. Nak gi mana lak?"Tanya Kairul setelah dia membayar di kaunter.

"MR D.I.Y!"Jerit Adeena dan Syahir dengan gembira.

Semua memandang mereka berdua.

"Apa pandang²? Tumbuk nanti mahu masuk ke dalam tanah"Mereka ternampak seorang pengawal datang ke arah mereka.

"Weh blah²"Mereka terus berlari keluar untuk ke kedai yang seterusnya.

Emily dan Lev

"Komik~~"Mata mereka berdua bersinar. Emily dan Lev terus mengambil seberapa buku yang mereka mahu.

"Kau bawak duit berapa?"Tanya Lev.

"Seratus, bosku~"Kata Emily sambil tersengih.

"Perrgh, kaya bhaii"Kata Lev.

Ting!

Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Phone sape tu?"Tanya Lev.

"Kite check"Mereka berdua mengeluarkan telefon pintar mereka.

"Phone kau. Aku dah silent phone tadi"Kata Emily.

"Ouh, sorry"Kata Lev sambil tersengih sebelum membuka telefon pintarnya.

"Sape mesej?"Tanya Emily.

"Abang aku, dia mintak belikan headphone untuk dia"Kata Lev sebelum menyimpan semula telefon pintarnya.

"Nasib la dekat sini banyak headphone. Jom pilih untuk dia"Lev hanya akur.

Mereka memilih buku dahulu sebelum mereka ke arah tempat terletaknya fon kepala.

Skip

Setelah semua selesai, mereka pergi ke arah bowling.

"Yo korang"Keira dan Harith memandang mereka sebelum menunjukkan tanda 'V'.

"Sape markah paling tinggi?"Tanya Kairul.

"See for yourself"Mereka memandang di skrin yang disediakan.

"Seri?!"Jerit mereka dengan kuat.

"Bising la cendol. Kitorang dekat tepi korang je"Marah Harith manakala yang lain tersengih sahaja.

"So, kita nak terus balik ke?"Tanya Lev.

"Not yet. Kita gi main badminton lak"Kata Keira.

"Kau bawak ke?"Tanya Emily.

"I'm always ready"Kata Keira sebelum mengeluarkan raket badminton.

"Eh, kitorang cemana?"Tanya Kairul.

"Aku bawak dua je. Kita selang-seli jelah. Sorang jadi pengadil"Cadang Emily.

"Aku nak jadi"Kata Syahir setelah mengangkatkan tangannya.

Mereka terus beredar ke tingkat atas sekali, di mana terletaknya gelanggang badminton.

"Encik, court yang tengah ye?"Lelaki yang menjaga kaunter hanya akur sahaja.

Setelah mereka membayar, mereka duduk di kerusi yang telah disediakan berdekatan dengan gelanggang mereka.

"Sape nak lawan sape ni?"Tanya Syahir.

"Kita guna phone je, nanti dia ambik nama secara random"Terang Keira sebelum memberi telefon pintarnya kepada Adeena.

Adeena menekan butang lalu ia terus memilih nama secara rawak.

"Aku lawan dengan Em"Kata Adeena.

"Oh yeah!"Emily bersorak gembira.

"Kai"Kata Lev, sinis.

"Mati aku"Omel Kairul perlahan tetapi boleh didengari oleh Syahir.

"Kenapa lak?"Tanya Syahir, pelik.

"Lev pandai kot main badminton. Mahu dia smash aku setiap masa"Terang Kairul.

"Means aku dengan Rith. Sape nak mula dulu?"Tanya Keira.

"We go first"Adeena dan Emily masuk ke dalam gelanggang lalu mula bermain.

"Sementara tunggu makcik² tu, aku dengan Lev gi beli makanan dulu"Mereka hanya menganggukkan kepala mereka sahaja.

Lev dan Keira terus beredar.

Skip

"Weh jom la balik, esok dah sekolah pulak"Kata Lev.

"Jap please, lagi satu je"Adeena merayu.

"Dah², kau nak kena pukul dengan aku ke?"Adeena memuncungkan bibirnya.

"Fine"Mereka mengemas barang mereka sebelum beredar keluar.

"Malasnya aku nak gi sekolah esok!"Kata Emily.

"Eh esok ada spotcheck kan?"Tanya Lev.

"Ha'ah la. Nanti kita kenakan pengawas nak?"Cadang Emily sambil tersenyum sinis.

"Aku dengan Kei okey je"Keira hanya menganggukkan kepalanya sambil menyedut milo kotak miliknya.

"Korang, tak baik korang buat macam tu. Kesian Rish, asyik kena control korang je"Tegur Syahir.

"Eleh kau, masa form four pon bukan kau selalu kenakan cikgu ke?"KALE merenung Syahir.

Konon tak baik, dia pon sama je.

"Ala Kai, tu dulu. Dulu aku tak baik macam sekarang"Kata Syahir sambil tergelak kecil tatkala mengingati masa silamnya.

"Korang still kena sekolah esok"KALE mengeluh.

"Tak boleh ke kitorang cuti?"Tanya Keira dengan muka tidak relanya.

"Korang asyik ponteng je. Cemana nak cuti?"KALE hanya mendiamkan diri sahaja. Jika mereka melawan, Syahir melawan balik. Lebih baik diamkan diri sahaja.

Mereka semua terus balik ke rumah masing-masing.



Please vote, comment and follow. See ya'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #hrhs#kale