Chapter 29
RisKei (Author POV)
Mereka berdua sekarang berjalan-jalan di dalam pusat membeli-belah tersebut. Keira ternampak kedai haiwan sebelum dia menarik sedikit baju Haris.
"What?"Keira menunding jarinya ke arah kedai haiwan tersebut.
"Kau nak beli kucing lagi ke?"Keira menggelengkan kepalanya.
Haris mengeluh.
"Kau cakap je la. Aku malas nak teka"Kata Haris, bosan.
"Untuk kucing aku la sengal. Jom la"Keira pula kali ini yang menarik Haris.
Mereka masuk ke dalam kedai haiwan tersebut.
"Hai, boleh saya bantu?"Tanya pekerja wanita tersebut.
"Ada tak beg khas untuk kucing?"Tanya Keira.
"Ah ya, Puan mahu warna apa?"Keira mengangkat kening sebelahnya.
"Ah maaf, saya tak kawin lagi"Kata Keira.
"Jadi lelaki tu tunang Cik ke?"Tanya wanita tersebut sebelum memandang ke arah Haris.
"Dia-"
"Oh ya, saya tunang dia. Lepas habis sekolah baru kami kahwin, kan sayang?"Kata Haris, sinis.
Beach what the fish?!
"Ada warna apa je ya?"Keira menukar topik.
"Ada putih, pink, biru cair, hijau dan kelabu"Keira berfikir sejenak.
"Saya ambil kelabu. Berapa harganya?"Keira membuka dompetnya.
"Seratus enam"Keira mengeluarkan beberapa not duit sebelum diberikan kepada wanita tersebut.
Mereka keluar daripada kedai tersebut semula. Keira memasukkan kucingnya di dalam beg baharu. Kelihatan kucingnya lebih selesai berbanding beg sebelum ini.
"Akak tu pon fikir kita pasangan bahagia kan?"Kata Haris, sinis.
"Kau nak makan kasut aku ke?"Tanya Keira sambil menjeling ke arah Haris.
Haris menyorokkan senyumannya.
"Nak gi mana pulak?"Tanya Keira.
"Mana² tunang kesayangan saya nak gi, saya on"Kata Haris, sengaja mencari pasal. Keira hanya mampu menahan penumbuknya daripada melayang ke muka Haris sahaja.
Mereka terus beredar ke arah kedai seterusnya.
HaAd
HaAd sedang berselera memakan aiskrim mereka.
"Apa la kau ni, makan comot macam budak²"Adeena membuat muka jijik.
"Ele, kau pon sama je"Kata Hakim sebelum mencalitkan aiskrim yang berada di hujung bibir Adeena. Hakim menjilat jarinya yang baru sahaja dia calitkan untuk Adeena.
Muka Adeena kemerahan.
"Yum, strawberry~"Kata Hakim sambil tersengih.
"Eww, tisu ada kan? Asal nak jugak calit macam tu?!"Marah Adeena dengan mukanya yang masih merah.
Bukan kerana marah tetapi kerana malu ya anak-anak.
"Elele, malu tu cakap je la. Weh biskut!"Kata Hakim sebelum menarik Adeena ke arah seorang lelaki yang menjual biskut.
"Bang, biskut ni berapa?"Tanya Hakim kepada seorang lelaki berlingkuang 30-an.
"Dua ringgit, dik"Hakim mengeluarkan dompetnya sebelum menghulurkan RM8.00.
"Asal kau beli empat? Kau nak makan semua tu ke?"Tanya Adeena, pelik. Biskut itu bukannya kecil, ia seperti biskut yang berada di Subway.
"Eh kau ni, gemuk la aku nanti. Dua untuk aku and dua lagi untuk kau. Kau patutnya bersyukur aku belikan untuk kau"Kata Hakim dengan bangganya.
"Ye la"Kata Adeena sambil memuncungkan bibirnya.
Hakim memasukkan sekeping biskut ke dalam mulutnya manakala sekeping lagi dia menghalakan ke arah Adeena.
"Say ah~"Muka Adeena kembali menjadi merah.
"Biar la aku ma-"Hakim malas mahu mendengar lalu dia terus memasukkan biskut tersebut ke dalam mulut Adeena.
Adeena hanya membiarkan sahaja sebelum mengunyah biskut tersebut.
"Ele, nak gak aku suapkan"Adeena menjeling ke arah Hakim yang gelaknya seperti pontianak.
RaLev
Mereka sedang membeli buku-buku rujukan untuk SPM. Budak pandailah katanya.
"Kau nak beli berapa banyak lagi ni? Dah penat aku tunggu"Kata Raven sambil mengeluh.
"Jap la, aku nak cari lagi satu buku je"Raven mengeluh buat kali kesejuta.
"Okey dah. Jom, aku nak gi bayar"Mereka berjalan ke arah kaunter.
Mereka keluar daripada kedai buku tersebut setelah mereka membeli barang yang mereka mahu.
"Mana dorang ni? Aku dah siap sedia nak balik je"Kata Lev.
"Jom la cari dorang"Lev hanya akur.
Mereka mula mencari rakan-rakan mereka yang lain.
"Biar aku angkat buku tu"Raven menghulurkan tangannya.
"Takpe ke?"Tanya Lev.
"Takpe, kau tak payah angkat"Lev hanya akur.
"Hui, bersawit nampak"Mereka memandang belakang mereka.
SyaEm berjalan ke arah mereka dengan plastik yang terdapat kasut dan makanan di tangan.
"Panjang umur korang. Mana yang lain?"Tanya Lev.
"Dorang masih lagi shopping la kot. Aku dah mesej dorang jumpa dekat TeaLive"Mereka menganggukkan kepala mereka sebelum beredar.
YongMin & TaSof
"Kau dah jumpa ke jaket yang kau suka tu?"Tanya Sofe kepada rakannya.
"Belum, kau?"Tanya Saemin pula.
"Pekerja tu kata kasut favourite aku dah sold out"Kata Sofe dengan perasaan hampa.
"Ala chill la, balik nanti kita gi mall dekat dengan rumah pulak"Sofe hanya akur.
Mereka keluar daripada kedai pakaian tersebut setelah membayar hoodie merah milik Saemin.
Ting!
"Phone sape lak berbunyi ni?"Tanya Saeyong.
"Jap, phone aku yang berbunyi. Lev suruh jumpa dorang dekat TeaLive kalau dah siap. Semua dah berkumpul kat sana kecuali kita berempat"Kata Sofe.
"Ha jom la"Mereka hanya akur sebelum beredar keluar dan ke arah TeaLive.
Mereka membuka pintu kedai TeaLive.
"Yo, sorry lambat. Kitorang cari baju"Kata Saemin.
"Korang memang, nampak kasut or baju je confirm cari sampai dapat"Mereka berdua tersengih.
"Dah settle kan? Jom la balik"Mereka hanya akur.
Skip
Sekarang mereka berada di dalam LRT. Nasib baik kali ini tidak ramai manusia. Mereka duduk di bahagian yang kosong.
"Ah~ Sakitnya badan aku ni"Kata Sofe dalam keadaan penat.
"Tulah, kaki aku pon penat nak berjalan lagi"Kata Emily.
"Kau beli apa, Lev? Tak nampak pon kau pegang apa²"Kata Adeena.
"Oh aku beli buku latihan untuk SPM. Rav yang pegangkan untuk aku"Terang Lev.
"Bapak rajin. Kalau aku beli komik je"Kata Saemin.
"Yelah, dia kan nak jadi pensyarah dekat kolej"Kata Keira.
"Eh boleh ke?"Tanya Sofe sebelum memandang ke arah Lev.
"Boleh, kakak aku sepatutnya jadi budak kolej tapi dia dapat kerja jadi pensyarah"Terang Lev.
"Ha'ah kan? SPM pon dah nak dekat kot"Kata Adeena.
"Weh, lepas habis sekolah kita tangkap gambar buat kenangan nak?"Cadang Emily kepada HRHSSU yang berada di hadapan mereka.
"Boleh je"Kata Syafiq.
"Korang nak kolej dekat mana?"Tanya Lev.
"Tak pasti lagi. Tengok la cemana"Mereka hanya menganggukkan kepala mereka sahaja.
Akhirnya mereka sampai di destinasi mereka. Mereka berjalan keluar daripada stesen.
"Bye korang. Jumpa esok dekat sekolah"Mereka menganggukkan kepala mereka.
Mereka terus berjalan ke arah kenderaan masing-masing untuk balik ke rumah mereka.
Please vote, comment and follow. See ya'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro