Chapter 16
Habis rehat
"Weh, tadi asal korang lambat?"Tanya Emily.
"Serious sesak weh, berpeluh aku dibuatnya. Nasib baik kita pakai baju sukan harini"Kata Adeena sambil mengipaskan dirinya menggunakan buku nota.
"Cikgu Nurini kata kita ada lompat tinggi kan?"Tanya Lev.
"Ha'ah la. Ingat tak dulu group Pink meraung taknak lompat?"KALE mengingati semasa mereka masih tingkatan 2.
Flashback
"Cikgu! Saya taknak lompat!"Jerit Sarah.
"Sarah! Lompat aje, bukannye lepas lompat kamu terus mati!" Cikgu Fadilah sudah sakit kepala dengan kelakuan kumpulan Pink.
"Cikgu, kalau tetiba kaki saya patah cemana?! Cikgu yang saya akan saman!"Kata Lily.
"Baby, you lari pastu ikut bawah je"Kata Khairil yang duduk bersama rakan-rakannya.
"Taknak! Nanti kotor baju I, mahal tau!"Sarah menjeling ke arah Khairil manakala KALE sudah menepuk dahi mereka.
Sejak daripada itu, mereka terus berhenti bermain lompat tinggi.
End
"Kalau dorang macam tu lagi, I swear I'll kill her"Kata Emily dengan aura gelapnya.
"Tulah, bila masa dorang je confirm kita tak dapat nak lompat. Yang lain pulak senang je dapat lompat"Kata Adeena.
"Oit, korang citer pasal apa ni?"Tanya Syafiq.
"Tak perlu tau"Syafiq mencebikkan bibirnya.
"Harini sir Khai tak datang"Semua bersorak gembira dengan pernyataan Khairil.
"Tapi cikgu kata jangan bising kalau taknak ada kerja sekolah"Semua hanya akur sebelum mereka mula membuat kerja mereka sendiri.
"Weh Em, jom teman aku beli air"Ajak Lev.
"Sorry, aku ada kerja sekolah yang nak dibuat. Ajak la Ad or Kei"Kata Emily sambil membuat nota sainsnya.
"Oi Ad, Kei, sesiapa teman aku gi beli air dekat mesin air tu"Lev memandang dua lagi rakannya.
"Suruh Kei. Aku malas nak gerak"Adeena tersengih manakala Lev menjelingnya.
"Kei?"Kei menganggukkan kepalanya, tanda dia akan menemani Lev.
"Nak ikut!"Kata Hakim dan Syafiq serentak.
"Rav dengan Haris mana?"Tanya Lev.
"Dorang keluar, katanya bosan duduk dalam kelas"Lev hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Mereka terus beredar keluar daripada kelas 5 Star.
Di mesin air
Mereka meneguk air soda mereka.
"Fuuh, lega lepas minum air gas"Kata Syafiq.
"So Hakim, kau nak date bila?"Tanya Lev.
"Why do you want to know?"Tanya Hakim.
"Eh biar la, dah kau date dengan kawan baik aku so aku hak untuk tahu"Hakim mengeluh.
"Today, pukul tiga nanti aku ambik dia"Terang Hakim.
"Korang nak date kat mana?"Tanya Keira pula.
"Eh ada la. Yang lain pon rahsiakan, kan Syafiq?"Syafiq menganggukkan kepalanya.
Ting!
Keira membuka telefon pintarnya.
"Mesej dari sape?"Tanya Lev.
"Ad. Dia kata cikgu Nurini dalam perjalanan. Jomlah" Mereka akur lalu mereka terus pergi ke arah kelas.
Nasib mereka baik, mereka sempat masuk ke dalam kelas menggunakan pintu belakang.
"Nasib la Rav bagitau time dia masuk kelas. Kalau tak, mampos korang"Kata Adeena sambil mengeluh.
"Weh cikgu²!"Semua terus duduk di tempat mereka dalam keadaan sopan.
"Eh diam pulak? Tadi bising macam pasar borong je sebelum cikgu masuk"Kata cikgu Nurini, sinis.
Semua murid menayangkan sengihan mereka sahaja.
"Harini kita akan bersukan but, jangan tak buat kalau taknak balik hingga pukul enam"Mereka menganggukkan kepala mereka dengan laju.
Murid 5 Star keluar daripada kelas lalu ke arah padang. Kumpulan Pink sudah mengeluh kasar.
"Okey, murid perempuan mula dahulu. Sape nak mulakan dulu?"Semua murid perempuan berundur ke belakang kecuali KALE.
"Cikgu, saya nak mula dulu"Cikgu Nurini menganggukkan kepalanya.
Emily terus membuat larian lantas J lalu dia lompat dengan cantik sekali.
Selepas itu, dia diikuti dengan Lev, Adeena dan Keira.
"Bagus KALE, walaupon kamu berempat ponteng setiap minggu tapi tetap pandai"KALE tersengih.
"Please, saya lagi pandai dari KALE"Kata Sarah dengan angkuhnya.
"Ya, pandai jadi bodoh jelah"Adeena dan Emily tergelak.
"Kalau kau lagi pandai, lompat la. Kalau kau tak lepas atau tak lompat, kau kena gi sekolah tanpa aksesori dan mekap kau. Deal?"Lev mengangkat kening sebelahnya.
"WHAT?! TAKNAK!!"Jerit Sarah.
"Here we go again"Kata Keira sambil menggulingkan bebola matanya.
"Haris~ Tolong la I~"Kata Sarah dengan gediknya.
Haris hanya buat-buat tidak tahu sahaja.
"Sarah, I know you can do it. Main lintas je"Arah Khairil. Eh dia panggil Haris, yang kau menyelit tu dah kenapa?
"Khairil, itu bukan namanya lompat tinggi. Sape tak lompat atau caranya salah, cikgu terpaksa bagi markah zero"Kata cikgu Nurini.
"Ala cikgu, saya taknak lompat"Kata Shila dengan mengada-ngada.
"Saya tak kisah. Lompat atau kamu berempat nak cuci tandas walaupon masa kem?"Akhirnya setiap kumpulan Pink melompat tetapi palang itu jatuh.
Cikgu Nurini mengeluh.
"Sekurangnya kamu berempat lompat. Next!"Kelas 5 Star terus melompat seorang demi seorang.
Skip
"Okey guys, aku gi dulu"Kata Adeena.
"Kau nak gi mana?"Tanya Emily, pelik.
Lev berbisik kepada Emily.
"Oh, good luck Ad~"Adeena menjeling ke arah Lev dan Emily yang tersengih sebelum dia beredar dengan berat hati.
"Ad dengan Hakim date ke harini?"KALE menganggukkan kepala mereka.
KALE dan HRHS terus balik ke rumah mereka.
Adeena POV
Kenapa la aku kena date awal sangat?
Aku mengeluh sebelum masuk ke dalam rumah.
"Eh Ad, mana KALE? Selalunya korang balik sama²"Tegur Adam yang sedang menonton televisyen.
"Aku balik awal sebab-"
"Kau date dengan Hakim"Kata Adam sebelum memandang ke arahku.
"Tapi terpaksa"Adam hanya merenungku sebelum dia tergelak sehingga bergema satu rumah. Nasib baik la tiang rumah kami ni kukuh. Kalau tak, arwah kami gara-gara terkambus dalam runtuhan banglo dua tingkat ni. Naya!
"HAHAHAHA, cemana la kau boleh kalah? Siap buat deal macam tu lagi"Adam menggelakkan aku lagi. Aku menjeling ke arah Adam sebelum terus naik ke bilik.
Aku membuka almari bajuku.
"Aku nak pakai baju apa eh?"Bisik hatiku sebelum membuka Whatsapp.
KALESS🔥🔊
Guys, bleh suggest
tk aq nk kne
pkai bju wrna ape?
Lev
Kitorng dh bincng.
Kau pkailh bju yg
dgn topi winter kau tu
Aku mengangkat kedua bahuku sebelum mengeluarkan salah satu pakaian kesukaanku.
Aku turun ke ruang tamu setelah mengambil barang yang diperlukan.
"Ha Ad, panjang umur. Ni Hakim dah sampai"Kata Adam yang duduk bersama Hakim.
"Yes I can see that, I'm not blind"Hakim tergelak kecil. Kami terus keluar daripada rumahku.
Kami sudah sampai di KLCC.
"So, nak gi mana dulu?"Tanya Hakim.
"Asal tanya aku lak? Kau yang ajak aku date"Kataku. Jangan cakap mamat ni bawak aku keluar tanpa plan sudah.
"Then kita makan dulu la"Aku hanya akur sebelum mengikut Hakim ke dalam sebuah kafe.
Pelayan lelaki datang sebelum memberikan kami menu dan dia mengeluarkan buku kecilnya.
"Encik dan Cik mahu makan apa?"Tanya lelaki tersebut dengan senyuman terhias di bibirnya.
"Saya nak sparkling manga tea dengan chicken chop"Kataku.
"Make it double"Pekerja itu hanya akur sebelum beredar pergi.
Aku mengeluarkan telefon pintarnya sebelum membuka Instagram.
"Ad, ada aunty kirim salam"Kata Hakim.
"Anti-sosial"Kataku manakala Hakim memuncungkan bibirnya.
"Ala Ad, jangan la main phone jee. Cakap la dengan aku"Kata Hakim.
"Ni tengah cakap la ni"Kataku, tidak memandangnya.
"Baru fikir nak belanja kau beg jenama Adidas"Kata Hakim.
"Terima kasih je. Aku dah ada"Kataku bosan.
"Aiskrim?"
"Belambak dekat rumah"
"Iphone X?"
"Belum keluar lagi"
"Powerbank?"
"Dah ada"
"Okey aku give up"Kata Hakim sambil mengangkat kedua tangannya ke udara manakala aku tergelak kecil.
Aku menangkap gambar Hakim yang memuncungkan bibirnya sebelum memasukkan gambar tersebut ke dalam story Instagram. Aku menulis sesuatu di dalam Instagram sekali.
Budak kecik merajuk be like :
Aku terus teg Hakim. Hakim membuka telefon pintarnya sebelum menjelingku.
"What?"Tanyaku, buat-buat tidak tahu.
"Kau tangkap gambar aku yang buruk jugak"Kata Hakim manakala aku tergelak. Aku ingatkan la dia merajuk sebab aku letak gambar tanpa kebenaran dia.
"Ini dia pesanan Encik dan Cik"Pelayan tersebut datang semula sebelum meletakkan makanan kami berdua. Kami terus makan dengan berselera.
Selesai makan, kami hanya berjalan-jalan sahaja.
"Weh Ad, jom main arcade"Ajak Hakim sebelum menunjuk ke arah permainan arked yang tidak jauh daripada kami.
"Sure, nak main apa?"Tanyaku.
"Race car"Aku hanya akur
Kami ke arah mesin untuk menukar duit kepada shiling permainan. Setelah kami beli, kami terus ke arah permainan lumba kereta.
Skip
"Ala, aku kalah"Hakim memuncungkan bibirnya manakala aku tergelak.
"Ape la kau, kalah dengan perempuan"Kataku, sinis.
"Eleh, aku bagi chance je tu"Aku menjelirkan lidah ke arah Hakim.
"Dah², jom balik"Hakim berjalan keluar daripada arked manakala aku berlari untuk jalan beriringan dengannya.
"Elele, merajuk la tu"Hakim hanya buat-buat tidak tahu sahaja.
Aku menarik kolar baju Hakim sehingga dia terdorong ke belakang.
"Oi that hurt!"Hakim memegang tengkuknya yang sakit.
"Pergi Popular jap. Aku nak beli komik untuk Kei"Hakim mengeluh.
"Fine, cepat sikit"Aku tersengih sebelum aku berlari ke arah Popular.
Setelah beberapa minit, aku keluar daripada Popular.
"Dah, jom la"Baru sahaja aku mahu beredar, Hakim mengambil plastik yang dibawa olehku.
"Biar aku bawak. Kau bawak beg lagi satu tu, ringan sikit"Aku hanya akur sahaja.
Kami terus beredar ke arah tempat letak kereta.
Skip
Kami akhirnya sampai di hadapan rumahku. Aku keluar daripada perut kereta manakala Hakim menurunkan tingkap kereta yang bersebelahan dengannya.
"Thanks sebab tumpangkan aku"Hakim mengangkat kening sebelahnya.
"That's all? Taknak thanks sebab date?"Tanya Hakim, sinis manakala aku mengerutkan dahiku.
"Buat apa duh? Cukup la gambar buruk kau tu yang bermaksud thanks sebab date"Hakim tersenyum kecil.
"AD!!"Seseorang memegang kepalaku daripada belakang.
"Wha- Dani?! Kau asal kat sini?"ku menjeling Danial, sepupuku yang tersengih ke arahku.
"Sape ni? Boyfriend kau eh~?"Tanya Danial, sinis.
"Yep, and you are?"Hakim mengangkat kening sebelahnya. Bruh since when?
"Danial, panggil Dani je. Aku cousin Ad"Hakim menganggukkan kepalanya.
"Dah² aku nak masuk. Bye Kim"Aku melambaikan tanganku sebelum beredar masuk ke dalam rumah.
Author POV
"Cemana la kau boleh kapel dengan budak tu? Dah la terlebih gangster"Danial menggelengkan kepalanya manakala Hakim tergelak.
"Itu la yang menariknya pasal dia. Dia tak tergedik-gedik macam budak dekat sekolah aku dulu. Pakaian ketat la, pakai perfume la. Ad tu tak kisah langsung dan tak terlalu keperempuanan. Tapi jangan bagitau Ad pulak, tau?"Danial hanya bersetuju sahaja.
Setelah mereka bersalaman, Hakim terus beredar untuk balik ke rumahnya.
Please vote, comment and follow. See ya'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro