Chapter 10
Rumah Keira
KALE masuk ke dalam rumah Keira dengan perlahan-lahan. Kelihatan Kairul dan Syahir sedang menonton televisyen. Mereka berjengket-jengket ke arah tangga.
"KALE"Mereka berempat berhenti. KALE memandang ke arah sofa dengan perlahan. Kelihatan Kairul dan Syahir memandang tepat ke anak mata mereka. Mereka dengan pantas memandang ke arah lain.
Well shoot.
"Kenapa korang balik awal? Baru satu jam setengah korang dekat sekolah"Kairul mengangkat kening sebelahnya.
"Nape bibir Lev berdarah tu?"Kena soal siasat dah.
"Bukan korang sepatutnya kat kolej selama dua minggu ke?"Tanya Keira pula.
Dalam rumah itu terus menjadi sunyi.
"This conversation is never happened"Kata Syahir, menekan perkataan 'never' sambil meletakkan tangannya di leher dari kiri ke kanan.
"Ayok korang ponteng~! Bagitau Harith!"Adeena menunding jari ke arah mereka sambil tersengih.
"Ala Ad, jangan la. Kitorang taknak gi sebab lagi berapa minggu je nak habis, chill la"Kata Kairul.
"Aku dah dengar"Mereka memandang di muka pintu dengan pantas seperti lipas kudung.
Kelihatan Harith melonggarkan kolarnya. Penat la tu.
"Ala Rith, malas la kitorang nak gi"Kairul merengek.
"Kata je dorang ponteng, korang dua pon sama je"Harith menjeling mereka berdua.
"Sorry"Kata mereka berdua sambil memandang ke arah lantai. Keligatan lantai itu amat menarik sekali.
"Apa alasan korang lak?"Harith memandang ke KALE.
"Lev kena tampar dengan budak kelas sebelah a. k. a pengawas. Dorang jugak group Pink gediks tu"Terang Emily.
"Group Pink? Apa kejadah nama dorang tu? Pelik bebenor"Kata Syahir.
"Tulah, pastu kitorang ajar sikit dorang. Then Kei main terjah je masuk dalam pejabat Rish, dah la dia ada meeting time tu"Terang Adeena pula.
"Sape kisah kalau dia ada meeting?"Kei menyengetkan kepalanya sedikit.
"Kitorang yang kisah"Kata mereka semua serentak.
"Sape ahli group Pink tu?"Tanya Kairul.
"Cruella, Sarah, Shila, Lily and Nany"Kata Lev.
"Nama pon gedik, patut la gaya pon gedik"Syahir menggelengkan kepalanya.
"Cikgu tau tak korang main keluar ni?"Tanya Harith.
"Nope, tapi Rish dah tahu. Kitorang masuk bilik aku lu"KALE terus beredar ke arah bilik Keira.
Manakala HRHS...
"Weh mana dorang duh? Dah tiga subjek dorang tinggal"Syafiq memandang rakan-rakannya yang lain.
"Yang kau gabra sangat pahal? Bukannya dorang mampos pon"Kata Haris dengan tenang.
"Weh² bagi la aku tengok sekali"
"HAHAHAHAHAHA!"
"Oii bising la! Apa yang korang gelakkan ni?!"Marah Raven.
"S-Sorry. Kalau korang nak tau, cuba korang tengok dekat media sekolah"HRHS mengeluarkan telefon pintar mereka. Kelihatan gambar kumpulan Pink yang amat buruk.
Hakim dan Syafiq sudah bantai menggelakkan mereka.
"Pahal lawak sangat mekap baru dorang ni?"Gelak Hakim.
"Weh, ni Em yang hantar. Dorang tangkap gambar tu dekat kebun sekolah. Jom check"HRHS hanya akur sebelum mereka keluar daripada sekolah.
Sampai sahaja di kebun sekolah, tiada seorang manusia langsung di sana.
"Aik? Dorang takde?"Tanya Hakim.
"Takkan la dorang dah ada dekat depan mata kita kot"Mula la keluar loyar buruk Haris.
"Ada gunting dengan beberapa helai rambut, means memang dorang yang buat"Kata Raven sebelum memandang gunting yang berada di sebelah pasu bunga.
"Tadi kan kau hantar Lev ke klinik sekolah, cuba tengok dia ada ke tak"HRHS ke arah bilik kesihatan tetapi KALE tetap tidak kelihatan juga,
"Penat weh nak naik turun naik turun ni. Jom la balik ke kelas"Kata Syafiq.
"Jap, beg dorang takde means dorang takde dekat dalam sekolah. Confirm dorang dah blah"Kata Hakim, acah-acah seperti Detective Conan.
"Seriously? Pengetua kalau tau ni, mampos dorang"Kata Syafiq.
"Oi dah masa rehat. Jom jelah"HRHS beredar ke arah kantin.
Sampai sahaja di kantin, kelihatan kumpulan Pink sudah menukar sedikit gaya rambut mereka menjadi kerinting.
"Okey, aku rasa dorang tu dah macam maggi busuk"Kata Syafiq dengan peluh muncul di dahinya.
"Weh, kita ponteng nak? Boring la asyik sekolah je"Cadang Hakim.
"Sure, korang berdua ambik beg and kitorang jaga dekat belakang sekolah"HRHS hanya akur sebelum mereka pergi ke arah destinasi mereka.
Akhirnya HRHS sudah sampai di belakang sekolah.
"Weh, ada ruang dekat belakang semak ni"Hakim menunjukkan ke arah pagar yang sudah berlubang seperti ianya dipotong.
"Tantah KALE yang buat. Jom guna jalan ni"HRHS masuk ke dalam lubang tersebut.
"Akhirnya, bebas dari sekolah. Cuti dah la tak panjang"Kata Syafiq sambil mengeluh.
"Tu Em dengan Ad kan?"HRHS memandang ke arah suatu taman yang dikatakan oleh Raven. Kelihatan Adeena dan Emily sedang membeli aiskrim.
HRHS berjalan ke arah mereka berdua.
"Korang ponteng eh?"Tanya Hakim, menyebabkan Adeena dan Emily memandang mereka berempat.
"Korang tu pon ponteng gak"Adeena menjeling Hakim.
"Tapi korang ponteng first. Kitorang pon ponteng jelah"Terang Syafiq.
"Isn't it the same?"Tanya Emily dengan peluh muncul di dahinya.
"Ad, Em, are you guys done? Eh Hakim, Haris, lama tak jumpa. Sape lagi dua ni?"Tanya Syahir setelah Adeena dan Emily masuk ke dalam rumah.
"Oh abang rupanya, ni Syafiq dengan Raven. Member kitorang gak"Syafiq dan Raven bersalaman dengan Syahir.
"Korang pon masuk la sekali, and tak perlu nak panggil abang. Panggil Syahir je or Syah"HRHS hanya akur.
Mereka masuk ke dalam rumah dan kelihatan KALE sedang menonton Assassination Classroom.
"Pahal HRHS ada duh? Menyemak je"Kata Adeena sambil menjeling HRHS.
"Kau pon menyemak"Maka Hakim dan Adeena terus berlawan.
"Should we do something?"Tanya Raven.
"Nah let them be"Kata Lev.
"Guys~ Tengok apa yang aku jumpa~!"Kairul menunjukkan gambar Keira dan Harith semasa mereka masih kecil.
"KAI GIVE ME BACK THE FREAKING PICTURE!"Jerit Keira daripada tingkat atas sebelum mengejar Kairul.
"Taknak!"Kairul memberi gambar tersebut kepada HRHS.
"Bapak lain duh muka kau dulu dengan sekarang"Kata Hakim.
"It's called puberty idiot! Now give it back!"Keira merampas gambar tersebut daripada Haris.
"Okey la, kitorang balik dulu. Bye korang~"KALE terus menarik HRHS keluar mengikut mereka sekali. Keira dan Harith menjeling ke arah Kairul yang sudah menyorok di belakang sofa.
Harith memegang kolar baju Kairul.
"I swear if you do that again, say hi to the devil for me"Kata Harith dengan dingin.
"Okey² I'm sorry!"Harith melepaskan kolar baju Kairul.
"Aku masuk bilik dulu"Kata Keira sebelum beredar ke biliknya lalu meletakkan gambar sebentar tadi di atas meja belajarnya.
Dia mengambil tuala kecil sebelum masuk ke dalam bilik mandi untuk mencuci mukanya.
Please vote, comment and follow. See ya'
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro