Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 1

"Kei, KALE dah sampai"Keira terus keluar daripada biliknya setelah dia mengambil beg galas miliknya.

Setelah menyalam abang-abangnya dengan gaya tersendiri, Keira keluar daripada rumah. Terlihat KALE sedang berbual antara mereka.

"Panjang umur kau. Jom blah"Keira hanya akur sebelum mereka masuk ke dalam kereta milik Lev.

Setelah sampai di sekolah, Lev memarkirkan keretanya di tempat khas untuk kereta. KALE keluar daripada kereta lalu bergerak ke arah kelas mereka.

"Nasib sempat sampai"Kata Lev sebelum melepaskan keluhan yang berat.

"Sebab kau la kita lambat"Kata Emily kepada Lev.

"Eh sesenang cekodok pishang kau je nak salahkan aku. Dah jammed tadi kan?"Kata Lev sambil menjeling ke arah Emily.

"Jammed ke, jem coklat ke, yang kau tak bawak laju² kenapa?"Mereka bertengkar antara mereka berdua.

"Dah², baik kita masuk kelas kalau taknak kena marah dengan Miss Plastik tu"KALE hanya akur lalu mereka masuk ke dalam kelas.

Sedang mereka berbual manakala Keira sedang membaca komik, cikgu Nurina masuk ke dalam kelas dengan buku di tangannya.

"Baik semua, sila diam. Kita akan ada rakan baru pada hari ini"Terang cikgu Nurina menyebabkan semua pelajar bergosip tentang pernyataan tersebut.

"Perempuan ke lelaki, cikgu?"Tanya Khairil merangkap ketua kelas.

"Lelaki. Kamu berempat boleh masuk sekarang"Panggil cikgu Nurina.

"Berempat?"Semua berbisik.

Empat orang lelaki masuk ke dalam kelas setelah diberi keizinan oleh cikgu Nurina.

"Sila perkenalkan diri kamu"Mereka menganggukkan kepala mereka.

"Hai, nama aku Syafiq Danial and dorang bertiga ni Hakim, Raven and Haris Aiman. Nama group kami ialah HRHS. Selamat berkenalan~"Kata seorang lelaki yang bernama Syafiq sambil melambaikan tangannya kepada semua murid di dalam kelas tersebut.

"Okey, kamu boleh duduk di mana² sahaja tempat yang kosong"Kata cikgu Nurina.

"You guys duduk la dengan geng I. Mesti you guys rasa seronok"Kata makcik mekap pt.2 yang bernama Sarah. HRHS tidak layannya.

Syafiq terpandang Emily yang sedang enak dibuai mimpi. Syafiq ke arah Emily sebelum duduk di sebelahnya. Hakim pula terpanndang Adeena yang sedang bermain dengan telefon pintarnya. Hakim pula yang duduk di sebelahnya. Raven pula duduk di sebelah Lev yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Haris akhirnya duduk di belakang Keira yang berada di dalam dunianya sendiri.

Rehat

"Yo Kei, taknak rehat ke?"Tegur Adeena.

"No"Kata Keira, sepatah.

"Okey then, kitorang turun lu"Keira hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

KALE terus turun ke kantin, meninggalkan Keira yang membaca komik miliknya.

"Aduh, mana lak Emily ni. Aku nak tanya sesuatu"Kata Syafiq, tidak jauh daripada tempat yang Keira duduk.

"Tu kawan Emily kan? Tanya la dia"Kata Hakim sambil menjuihkan bibir ke arah Keira.

"Are you nuts? Perangai dia dah la sebijik macam Rav dengan Haris. Tu menempah maut namanya"Hakim berfikir sejenak.

Dia memandang ke arah Raven dan Haris yang sedang menunggu sahaja mereka berdua.

"Weh, salah seorang dari korang tanya dia"Arah Hakim sambil menunding jari ke arah Keira.

"Why?"Tanya Raven pelik.

"Kitorang takut la nak tanya dia. Korang tolong la tanyakan"Haris mengambil sehelai kertas sebelum menjadikan ia sebagai bola lalu dibaling tepat ke arah Keira.

Keira memandang belakang dengan jelingan maut. Hakim dan Syafiq sudah menggeletar ketakutan.

"Err weh, tau tak mana Emily dengan yang lain?"Tanya Syafiq, sedikit kecut dengan jelingan Keira yang seperti lazer.

"Kantin"Kata Keira sepatah sebelum sambung membaca komiknya.

"Dia beli makan la tu,jom"Hakim terus menarik baju Syafiq dan Raven.

"Oi, tak payah la tarik aku!" Marah Raven. Hakim terus melepaskan Raven dan Syafiq sambil menayangkan sengihannya.

HRHS terus beredar keluar kecuali Haris. Haris hanya bermain dengan telefon pintarnya sahaja, sambil-sambil itu memandang Keira.

Habis rehat

"Kau ni annoying la. Diam boleh tak?"Marah Adeena kepada Hakim.

"Eleh, biar la. Bukan tempat kau sorang je"Maka mereka terus bertikam lidah.

Lev dan Raven tidak bercakap langsung. Emily dan Syafiq pula, bergaduh dengan cara fizikal dan bukan mental.

Adeena berdiri daripada tempat duduknya sebelum duduk di sebelah Keira yang hanya duduk di belakang sahaja.

"Ni dah kenapa?"Tanya Keira, tidak memandang rakannya.

"Tu ha budak babun tu, bising aje kerja dia. Kalau aku ada shotgun, dah lama tembak tepat dekat kepala die"Adeena menggenggam penumbuknya.

"Baik kau pakai bazooka, atlest berkecai la badan dia tu"Kata Kei dengan selambanya.

"Dude, aku takde la sedasyat macam kau. Orang pon boleh hire kau jadi assassin"Keira hanya mengendahkan sahaja pernyataan Adeena.

Akhirnya pelajaran Fizik bermula.

Skip

"Jom la blah cepat, aku dah sakit hati ni dengan malaun tu"Kata Emily.

"Kau lak, Lev?"Tanya Adeena.

"Kitorang okey je. Cuma tak banyak cakap"Terang Lev.

"Cemana la kau boleh okey, aku dengan jamban tu asyik bertengkar je"Kata Adeena sambil mengeluh kasar.

"Kau lak?"Emily memandang ke arah Keira.

"Dia duduk belakang aku, buat apa aku nak berbual dengan dia?"Kei mengangkat kening sebelahnya sebelum mereka berempat keluar daripada bangunan sekolah.

Sampai sahaja di tempat parkir, kelihatan beberapa murid lelaki dan perempuan sedang berkumpul di sekeliling kereta Lev. Salah seorang daripada mereka juga berani untuk duduk di atas kereta milik Lev.

"Oi, lepak tempat lain boleh tak?!"Marah Emily setelah KALE sampai di hadapan mereka.

"Eleh, bising la minah ni"

"Kaaan"

"Eh yang kau duduk sekarang ni kereta kawan aku. Blah la b*bi!"Marah Adeena pula.

"Kalau kitorang taknak?"Tanya salah seorang lelaki yang sudah berdiri di hadapan KALE.

"Korang empat perempuan, kitorang ada enam lelaki"

"Don't judge a book by it's cover"Kata Lev sinis.

"Lagipon sorang nampak lemah, sorang lagi ni macam penakut. Korang berdua je ya-"Keira menyepak bawah lelaki tersebut menyebabkan dia terjatuh sambil mengerang kesakitan.

"You guys really like to speak bullsh*t, aren't you?"Keira mengerat jarinya.

"Apa korang pandang lagi, tangkap la dorang!"Marah lelaki yang sebentar tadi. Lima lagi lelaki terus menerpa ke arah KALE. KALE terus membuka langkah untuk bersedia menyerang mereka.

Setelah beberapa minit, kesemua enam lelaki tersebut sudah jatuh menyembah bumi.

"Didn't know you guys are weaker than us"Kata Lev dengan sinis serta aura membunuhnya. Murid perempuan yang bersama dengan murid lelaki tersebut sudah cabut lari terlebih dahulu.

Lev dan Emily masuk ke dalam kereta.

"Eh, korang taknak masuk ke?"Tanya Emily setelah membuka tingkap.

"Takpe la, kitorang balik jalan kaki je. Pening duduk lama² dalam kereta, korang pon tau aku ni mabuk kereta"Lev dan Emily hanya menganggukkan kepala mereka lalu beredar keluar daripada perkarangan sekolah.

Baru sahaja Adeena dan Keira mahu keluar, Hakim dan Haris sudah berada di hadapan mata mereka.

"Aduh, semak la kau ni"Kata Adeena, mata kirinya bergerak sedikit.

"Eleh, kitorang pon balik belah kanan la"Kata Hakim sebelum mereka menjeling antara satu sama lain.

"Let's go, Kei"Adeena dan Keira terus bergerak bersama Hakim dan Haris yang berada di belakang mereka.

Selepas beberapa minit, mereka berempat sampai di hadapan rumah Keira. Kelihatan tiga lelaki sedang melepak di hadapan pintu rumah.

"Sape tu?"Tanya Hakim setelah mereka berhenti di hadapan pagar rumah Keira.

"Abang² Kei la ngok"Adeena mengetuk kepala Hakim.

"Brothers"Tiga lelaki tersebut memandang ke arah Keira yang melambaikan tangannya.

Anak pertama, Harith Ariffin

Anak Kedua, Kairul Ariffin

Anak Ketiga, Syahir Ariffin

Anak keempat, Keira Ariffa (rambutnya panjang sehingga bawah bahu)

Abang-abang Keira terus ke arah mereka berempat.

"Hai Ad, sape dorang ni?"Tanya Syahir.

"Ni classmates baru kitorang. Ni Haris and yang ni Hakim, budak paling gedik dalam kelas"Kata Adeena dengan selamba.

"Eleh, kau lagi annoying dari aku"Kata Hakim.

Maka mereka sambung berlawan, siapa jelingan yang paling tajam?

"Dua kali lima je korang berdua ni"Kata Haris, akhirnya membuka mulutnya.

Mereka berdua terus terdiam.

"Hey korang, aku Kairul and anak kedua dalam family. Ni Harith, anak pertama, Syahir iaitu anak ketiga and kembar aku. Lastly, the last child is Keira"Terang Kairul.

"Perlu ke bagitau dorang?"Tanya Harith dengan suaranya seperti dia mengantuk.

Hakim menyorok di belakang Haris.

"Perangai Harith memang sama macam Kei, relaks la"Kata Adeena sambil menggulingkan bebola matanya.

"Serious dorang bertiga ni sama perangai"Kata Hakim.

"Sape orang ketiga?"Hakim menunding jari ke arah Haris.

"Dah², kitorang balik dulu"Haris terus menarik Hakim manakala Syahir melambaikan tangannya kepada mereka berdua.

Setelah itu, mereka terus masuk ke dalam rumah manakala Adeena balik ke rumahnya sendiri.



Hey! So cerita ni macam manga because there will be many pictures, but ni versi novel la. Please vote, comment and follow. See ya'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #hrhs#kale