Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Milk Tea

Eyreen Nasuha memasukkan beberapa ketulan ais ke dalam cawan bersaiz sederhana besar lalu membancuh teh susu sesuai dengan permintaan pelanggan.

"Bubble Milk Tea," ujar Nasuha. Seorang gadis yang kelihatan manis memakai tudung bawal berwarna biru mengambil minumannya sambil mengucapkan terima kasih.

"Sama-sama." Dalam nada ceria, Nasuha membalas walaupun jelas dia sudah kepenatan. Matanya mengusung pemergian gadis itu.

"Yes!" teriak Aliyah kuat.

Nafira yang sedang membancuh Hazelnut Coco hampir sahaja tertumpahkan air. Dia menjeling ke arah Aliyah.

"Kenapa kau jerit tak tentu pasal ni? Nanti takde orang nak beli air sebab pekerja kedai ni dah gila," sindir Nafira.

"Kau orang tahu tak hari ni hari apa?" tanya Aliyah sambil menoleh ke arah Nasuha dan Nafira. Dia menanti jawapan daripada rakan sekerjanya.

"Hari di mana kau jadi gila?" Soalan Aliyah dibalas dengan pertanyaan berbaur sindiran dari Nafira.

Aliyah menjulingkan mata ke atas. Dia memandang Nasuha pula.

Nasuha membuat muka sedih. "Hari aku berhenti kerja? Hari terakhir di mana kita bertiga tak boleh nak bancuh air sambil nyanyi kuat-kuat?"

"Kau ni! Janganlah cakap macam kita tak boleh jumpa lagi buat selama-lamanya. Boleh je kau jenguk kami kat sini." Kata-kata Nasuha sedikit sebanyak menusuk jauh ke dalam hati Nafira.

"Betul tu! Aku nak cakap yang hari ni gaji masuk. Haish kau ni buat aku sedihlah sampai hilang mood nak shopping." Aliyah menjuihkan bibir. Mahu sahaja dia merayu supaya gadis yang lebih muda dua tahun darinya itu terus sahaja bekerja di sini. Dia tahu Nasuha mahu sambung belajar.

"Pernah ke kau hilang rasa nak shopping? Cubalah berjimat sikit. Boros tu amalan syaitan tau. Kau nak jadi syaitan ke?" Nafira tersengih. Sengaja dia mahu mengusik Aliyah.

Nasuha tergelak kecil. Dia tiba-tiba terbayangkan Aliyah ada tanduk.

"Apa ketawa-ketawa? Nasuha pun sama je. Dia dapat gaji je beli novel," kutuk Aliyah.

Bibir Nasuha muncung. Secara tiba-tiba akalnya mendapat idea. Dia merenung Nafira.

"Nafira pun sama je. Minggu lepas rambut dia lurus. Hari ni kerinting pula."

Nafira jegil mata. Dia terus meluru ke arah Nasuha lalu menggeletek pinggang gadis itu. Aliyah yang tidak mahu ketinggalan turut serta menyerang leher Nafira.

"Ehem." Deheman seseorang mematikan peperangan kecil antara mereka bertiga.

Nafira, Aliyah dan Nasuha terkedu. Mereka menoleh ke depan. Terdapat sekumpulan remaja lelaki sedang melihat mereka seakan harimau mahu menerkam mangsanya. Pantas, mereka ke posisi masing-masing.

"Ye, nak pesan air apa?" soal Nasuha lembut.

Pantas, tiga orang remaja lelaki itu menolak kawan mereka yang agak sedikit berisi ke depan. Mereka berempat mulai teruja. Wajah masing-masing mempamerkan riak nakal.

"One cup of bubble milk tea, 50% sugar level with no pearls. Two cup of superior coco, one with pearls and one with jelly, mango green tea with pearls," pesan remaja lelaki itu dengan sangat laju.

Nafira dan Aliyah ternganga. Mereka langsung tidak menangkap butir bicara remaja itu.

Sekumpulan remaja lelaki merenung Nasuha dengan roman bangga. Mereka tersenyum sinis.

Nasuha dengan raut wajah yang tenang mengambil pesanan. "What is the sugar level of your mango green tea?"

Kepala remaja lelaki yang membuat pesanan itu diketuk oleh rakannya. "Boleh eh kau terlupa nak cakap? Eish kau ni!"

Kertas kecil di tangan dibuka. Dia membaca kembali bait-bait pesanan yang telah dicatat dalam bahasa Inggeris itu untuk mengenakan Nasuha.

"50%" balasnya dengan perasaan malu.

Nasuha hanya mengangguk tenang. "Semua sekali RM20."

"Nanti kapten kitaorang datang bayarkan." Sekumpulan remaja lelaki itu beredar keluar dari kedai.

"Hebatlah kau! Selamba je muka kau ambil pesanan diorang tadi. Aku tak ingat satu perkataan pun. Dia cakap laju sangat." Nafira menunjukkan tanda terbaik kepada Nasuha.

"Tapi nampak sangat diorang nak kenakan Nasuha tau. Siap speaking bagai. Dah hafal apa nak cakaplah tu. Muka diorang pun terkejut tengok Nasuha tenang je," komen Aliyah.

Nasuha menoleh ke arah rakannya. Wajahnya berkerut. "Kenakan? Diorang kenakan Suha ke tadi?"

"Astaghfirullah." Nafira mengetuk kepalanya. Kenapalah rakannya yang seorang itu lurus sangat?

Seorang remaja lelaki yang kacak dan berkulit sawo matang pula masuk ke dalam kedai. Daripada t-shirt yang dipakai jelas kelihatan bahawa dia kapten yang dimaksudkan oleh sekumpulan pelajar nakal tadi. Nafira dan Aliyah mula tersengih memandang satu sama lain.

"Nak pesan apa?" tanya Nasuha.

Lelaki itu ralit memandang wajah Nasuha yang memakai tudung bawal hitam. Terasa sejuk pandangannya melihat penampilan gadis itu yang ayu tanpa mekap tebal. Tudung pun dilabuhkan menutup dada.

"Nak pesan apa ye?" soal Nasuha lagi. Dia mendongak ke arah pelanggannya.

"Milk tea, 50% gula, taknak pearl."

"Okey, semua sekali RM25."

Nafira menghulurkan plastik yang berisi lima cawan minuman kepada remaja itu lalu memberi wang kepada Nasuha.

Nasuha mengira duit tersebut. Matanya membulat. "Awak, maaf, kurang lagi RM5."

"Kau comel. Tak payahlah berkira sangat." kata lelaki itu sambil mengukir senyuman sinis.

"Eh, mana boleh macam tu. Duit tu bukan untuk saya. Nanti Allah tuntut kat akhirat macam mana? Merangkak saya tau cari bos nak ganti RM5." bebel Nasuha.

Remaja lelaki itu merenung Nasuha dengan pandangan tajam. Dia menyinsing lengan baju sambil mengepal penumbuk.

"Aku, Muhammad Wafiq Adhwa baru je keluar dari penjara beberapa hari yang lepas sebab bunuh orang. Jadi, jangan disebabkan RM5 ni aku kena masuk penjara balik tau. Sia-sia je nyawa kau."

Nafira dan Aliyah terkedu. Nafira menilik penampilan lelaki yang bernama Wafiq Adhwa itu dari atas ke bawah.

"Walaupun awak baru keluar dari penjara, awak tetap kena bayar. Lepas awak dah sengsara dalam penjara patutnya awak sedar yang awak kena jadi orang yang jujur tau. RM5 memang nilai yang kecil bagi awak tapi nilai kejujuran tu yang penting." Nasuha membuka mulut memberi nasihat.

Kini, giliran Wafiq Adhwa pula yang tercengang. Tidak pernah dia sangka balasan begitu keluar dari mulut gadis itu. Terus sahaja dia melangkah keluar dari kedai. Malas mahu membalas, bukannya dia menang pun. Fakta mengatakan lelaki tidak boleh kalahkan perempuan.

Nasuha mengikuti langkah Wafiq. Laju dia mengejar hingga ke luar kedai.

"Awak, bayar dulu!"

Wafiq yang sedang berjalan itu terus menoleh ke belakang. Dia terkejut gadis itu sanggup mengikutinya. Langkah sengaja dibesarkan dan semakin laju. 

Sesekali kepala memandang ke belakang. Gadis itu masih tidak putus asa mengejarnya. Dia mendapat satu akal lalu berhenti. Pantas, dia membaling kasut yang sedang dipakai tepat ke atas kepala Nasuha.

Dia tertawa besar. "Nah, kasut aku lebih dari RM5. Simpanlah baki. Aku taknak. Bye!"

Nasuha menggosok kepalanya. Sakit! Dia memungut kasut lelaki itu yang terjatuh ke atas tanah. Kaki mengorak langkah kembali semula ke kedai.

Nafira dan Aliyah memandang wajah masam Nasuha. Mereka membelek Nasuha satu badan. Mana tahu ada yang terluka.

"Dia apa-apa kan kau tak?" Segera Nafira menyoal.

"Tak. Dia cuma baling kasut je. Sakit kepala Suha."

Aliyah mengurut dada lega. "Kenapa kau pergi kejar dia? Dia tu budak nakal. Biarkan jelah dia. Lagipun RM5 je."

"Mana boleh. Walaupun dia baru keluar penjara, kita kena ajar dia cara jadi manusia yang berguna tau. Kalau kita tak tegur dia nanti dia bunuh orang lagi sebab duit macam mana?"

Nafira menggeleng kepala. Dia memegang bahu Nasuha lalu menggoncang badan gadis itu. Biar cepat pandai!

"Weh dia tipu jelah. Mana ada dia masuk penjara. Elok je dia main bola keranjang minggu lepas kat padang belakang kedai kita."

Nasuha mengerdipkan mata berulang kali. "Lah yeke? Alhamdulillah nanti Nasuha basuh kasut dia ni lepas tu bolehlah kau orang bagi dia."

"Ah taknak aku! Kau bagi sendiri." kata Nafira lagi.

Biji mata Nasuha seakan mahu terkeluar. "Betul ke ni? Ala Suha taknak jumpa dia lagi!"

"Suha sayang, buang jelah kasut dia tu. Kenapalah kau pergi kutip? Kau pandai tapi lurus. Aduhai." Aliyah sudah cekak pinggang.

"Macam mana nak buang?" Dengan wajah tiada perasaan, Nasuha bertanya.

"Ah, sudahlah. Malas nak layan kau. Harap esok si Wafiq tu sama universiti dengan kau. Biar kau kena buli!"

Kata-kata Nafira itu mengundang tamparan lembut dari Nasuha tepat ke bahunya.

"Eish jahatlah doakan Suha macam tu!"






Hai ~ Siapa yang kenal sis dari cerita Aku Tetap Nak Kau, terima kasih singgah sini pulak 🙈

Siapa yang pertama kali baca cerita sis, selamat datang ke dunia Wafiq dan Nasuha ~ ❤️

Bolehlah bagi pendapat korang tauu . Sis harap korang komen bagitahu apa korang rasa jadi sis boleh perbaiki untuk bab seterusnya .

Siapa yang nak sambungan ? Komen nak hehehehehe 🌻

Bye ~~ 💫

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro