Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

00

Aku gulingkan biji mata.
Datang dah suami part-time aku ni. Getus hatiku. Chill la. Malam masih muda kut. Aku tak habis lagi nak tengok bunga api. Nak melepak dengan kawan. Dah kenapa pula aku nak kena pulang? Urgh. Rimas.

Plastik keropok Lays yang berperisa Salted Egg aku tarik dan kemudian aku buka. Tangan aku seluk dan juga bawa kepingan keropok kentang ke mulut.

Satu saat -- dua saat,
Aku tak leka pun dengan rasa sedapnya jajan umami ini, sebaliknya aku rasa resah.

"Korang, aku nak balik la" seraya aku bangun.

Oh ya,
Untuk penjelasan lagi, kami sebenarnya di Bukit Ampang bersama dengan kerusi healing sekali. Biasalah. Anak muda. Nak tengok bunga api di malam tahun baharu, lagian, kan ke esok cuti -- apalah salahnya aku 'merendek' dulu dan berlagha sebentar.

Tapi tulah ya,
Kalau bujang boleh la nak berlagha.
Masalahnya-- aku bukan bujang! Aku kan bini orang?! Sah-sah la laki aku rengsek tunggu aku kat rumah. Urgh la.  Dan hmm, Aid suruh balik ni mesti ada yang tak kena?

Kenapa agaknya ya?
Argh. Tak memasal terbantut dia aku nak "mabuk-mabuk" cucuk langit malam tahun baru ini.

Tanpa lengah. Aku dan kunci kereta Persona kini dalam genggaman. Lengangg sahaja aku beredar apabila aku sudah memberitahu rakanku yang aku beransur pulang.

"Fahamlah ada suami.." Perli salah seorang dari mereka.

"Pengantin memanglah kerja berkepit"

Pengantin hak tuih.
Astaga

1 Januari 2025

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #mingyu