Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Snippet: 2009

Segmen Snippet - dimana setiap tahun ada berlaku suatu kejadian yang kecil, tapi sangat signifikan terhadap tahun tersebut, akan ditulis sebagai mengingati suatu kejadian yang pernah berlaku, atau satu perkara yang dikongsi oleh semua orang yang kini sudah dilupakan.

Berikut adalah snippet yang berlaku pada tahun 2009.

1. Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo Hyun, yang menghadapi tuduhan rasuah, bunuh diri.

2. Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, dan mendapat anugerah Nobel pada tahun ini.

3. Penyanyi pop, Michael Jackson meninggal dunia pada tahun ini. Desas-desus dia masuk Islam bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

4. Filem Avatar disiarkan dan mendapat jualan tertinggi dalam sejarah.

5. Isu kalimah Allah mula berleluasa.

6. Mufti Perlis, Dr Asri ditahan selepas dituduh melakukan ajaran sesat. Beliau bagaimanapun dibebaskan.

7. Filem KAMI The Movie disiarkan pada tahun ini.

8. Barcelona menang treble pada tahun ini di bawah pimpinan Pep Guardiola.

9. Zaman hipster bermula.

10. Enjin jet pejuang negara hilang di Lapangan Terbang Sungai Besi.

11. Harga rokok naik dari RM5.00 ke RM6.40 untuk 20 batang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro