Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

Pulau Perhentian

........................................................................




Nayla duduk seorang diri di atas kerusi batu di sunset point itu.
Teman-temannya yang lain sedang asyik menikmati keindahan Pulau Perhentian. Masih berendam meskipun petang mula beranjak suasana.

     Mak Wan yang berendam bersama Zila yang kelihatan seronok, kalaulah dia tahu siapa di sebelahnya. Zila? Tadi semasa ke mari dia nampak Zila dan Firas berjalan di kedai tepi pantai. Jadi siapa di sebelah Mak Wan kalau bukan si iblis tua itu.

     Mahu sahaja diberitahu kepada Mak Wan. Nayla pun tak tahu kenapa iblis tua itu suka benar dengan Mak Wan. Nayla melangkah masuk ke dalam air yang jernih berwarna hijau. Ikan-ikan berwarna-warni muncul di mata. Indah benar ciptaan Tuhan ini. Laut Pulau Perhentian ini cantiknya sukar digambarkan dengan kata-kata.

     "Eh, mana Zila pergi?"soal May bila Zila tiba-tiba menghilang. Bukan Nayla tak tahu Zila palsu itu sedang enak mengjilat darah di hujung jari Abby yang luka. Berselera benar dia dengan darah segar yang keluar dari hujung jari Abby.

     Nayla merendamkan tubuhnya ke dalam air laut. Tangannya diletakkan diatas air. Berkilau gelang yang dari dulu menjadi penghuni pergelangan tangannya di simbah mentari senja yang merah di ufuk timur. Dia nampak lidah nenek tua itu menjilat bibirnya. Kekeyangan barangkali ataupun sedang menikmati enaknya darah Abby.

     "Mak Wan rasa lain macam tak?"soal May. Dia mendekati Mak Wan yang sedang berendam berhampiran batu besar.

     "Lain macam apanya?"

     "Rasa macam ada orang lainlah dengan kita."

     "Ish...merepek aje kau ni May. Sapa pula?"

       Ayman,  adam dan Haziq sudah ke pantai satu lagi. Long Beach yang airnya sangat jernih

       "Entahlah. Saya rasa macam ada orang lain dengan kita. Perasaan saya aje kot." May kembali berikan roti pada ikan-ikan. Berkerumun ikan-ikan itu untuk mendapatkan makanan.

      "Weh, dah maghrib. Jom kita!"mummy Tijah menjerit dari tebing. Entah bila dia naik ke darat.

      "Jomlah. Lepas maghrib kita turun makan,ya?"

     Nayla cuma mengangguk. Sebaik sahaja tiba di atas, Zila berlari-lari anak dengan Firas.

     "Weh, Zila. Pergi mana? Hilang macam tu aje." Aisy mencekak pinggang sambil memandang ke arah Zila.

     "Saya pergi beli makanan dengan Firaslah,kak. Firas dah merengek tadi. Tak sempat nak turun mandi dah."

     Mak wan yang baru melangkah berpaling.

      "Habis tu yang mandi dengan aku tadi siapa?"soal Mak Wan. Suaranya sedikit menggeletar. Sedikit ragu-ragu terselit untuk pernyataan Zila tadi.

     "Betullah, Mak Wan. Saya pergi makan dengan Firas. Ish, takkan saya nak buat cerita kut."

     Mak Wan pandang satu demi satu wajah di hadapannya. Semuanya terkedu.

     "Mak Wan, mana ada Zila mandi dengan kita."ujar Abby. Dia tidak nampak langsung pun Zila ada bersama mereka tadi.

     "Eh, adalah. Aku nampak Zila tadi."May bersuara. Masing-masing masih berdiri di tepi tangga di sunset point walaupun mataharu dah lama terbenam. Masing-masing terdiam. Siapa pula Zila yang Mak Wan dan May nampak? Masing-masing kelu untuk bersuara. Saling memandang antara satu sama lain.

     "Ish, tak ada apalah. Biasalah tempat-tempat macam ni. Perasaan Mak Wan dan May aje kut," ujar Nayla. Dia tidak mahu teman-temannya berasa curiga.

     "Perasaan apa. Tadi siap Mak Wan bersembang lagi dengan Zila."

     "Okey sudah. Kita balik bilik dulu, ya?"saran mummy Tijah. Kesemuanya berjalan kembali ke cottage. Pelbagai rasa bercampur baur. Nayla cuma memandang si iblis yang ketawa di sebelah Abby dengan perasaan marah.

     Sebaik sahaja sampai di bilik, Abby terlebih dahulu ke bilik air. Aisy duduk di kerusi dengan telefon bimbit di tangan. Nayla pula duduk di birai katil. Beg merah di tepi dinding diambil. Sebaik sahaja dibuka, sekumtum mawar merah kelihatan. Dia semakin pelik. Geram pun ada. Dia mahu tahu siapa yang bagi mawar tersebut. Tiba-tiba terdengar jeritan dari bilik air.

     "Abby kenapa?"Nayla mengetuk pintu. Pintu dibuka dari dalam. Pucat lesi tidak berdarah wajah Abby memandang Nayla dan aisy silih berganti.

      "Aku nampak ada orang tua belakang aku waktu aku tengah tengok cermin."

      "Perasaan aje kut Abby."

       Abby pandang Aisy. Otaknya sukar mengimbas sama ada itu ilusi atau sebenarnya kenyataan.

        "Mungkin kut."

        "Agaknya kau fikir sangat pasal Zila tadi. Alah tak ada apalah. Mak Wan dengan May tu salah pandang je tadi. Anggap Zila ada bersama kita. Dahlah mandi cepat. Aku nak mandi pula." ujar Nayla.

        Nayla menjeling. Di atas flush dia nampak si iblis tua sedang bertenggek dengan darah penuh di bibir menitis ke lantai.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::




















Malam sikit aq update lagi

Tgh fikir scene apa y aq nk buat

Author krg dh nk sembuh dh

Dia dh xsbr nk menulis

Siap bgi aq ceramah free lgi😓

Xlma lgi aq dh nk blah dri cite ni

So aq akn buat y terbaik

Enjoy😄



     

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro