Bab 7
Sambungan
================================
"Aku takut,"bisik Nayla. Malam itu malam Jumaat. Dia didatangi Kuntum yang menyerupai seorang nenek tua yang hodoh.
"Kau kena cepat, Nayla. Kau tak boleh berlengah lagi. Kau kena pergi ambil rambut dia."
Hati dia berdebar. Renungan tajam dari sang nenek buatkan hatinya kecut.
"Aku takut."
"Kau tak perlu takut, bodoh. Pergi, Nayla. Tak ada orang akan tahu apa yang akan kau lakukan. Pergi." Suara itu bergema dalam bilik sempit Nayla. Nayla keluar.
"Kau nak pergi mana malam-malam ni? Nak jumpa jantan?" Belum sempat pintu dibuka, suara kakaknya menyergah. Sakit bila rambutnya ditarik. Air matanya mahu menitis tapi ditahan.
"Saya nak keluar sekejap." Tangan Hanisah ditepis.
"Oh keluar? Kau ingat rumah ni hotel? Eh kau jangan ingat aku tak tau kau keluar malam-malam ni pergi jumpa jantan."
Nayla menangis dalam hati bila dituduh begitu. Kerap benar dia difitnah. Kepala Nayla ditolak. Sakit bila terkena dinding.
"Aku tahu kau keluar. Siap kau, Nayla. Aku akan pastikan ayah sebat kau." Hanisah menjeling dan berlalu. Nayla mengesat air matanya. Benci benar dia saat ini dengan Hanisah. Dia nekad. Dia pandang nenek tua yang bergayut di anjung rumah. Ya, dia harus lakukannya.
================================
Nayla berjalan dalam kepekatan malam. Sesekali bila penat, cangkul di tangan diheret. Jalan menuju ke tanah perkuburan di hujung kampung sunyi sepi. Sesekali lolongan anjing dan bunyi burung hantu saling bersahutan. Nayla pejamkan matanya seketika. Ada benda yang seakan-akan terbang di atas kepalanya.
Petang tadi, jenazah Asyiekin pelajar berusia 16 tahun yang mati dibunuh selamat dikebumikan. Siapa kata dia tak takut? Hatinya gementar. Jiwanya kecut. Sesekali bulu romanya meremang. Nayla tetap melangkah dalam gelap malam. Ditemani segala syaitan dan juga iblis yang berkeliaran.
Sebaik sahaja sampai di kubur arwah Asyiekin tangannya menggeletar.
"Buat Nyla. Kau harus lakukannya."bisik nenek tua ditelinga. Tanah kubur masih merah. Nisan pun cuma batu sungai yang diambil. Nayla pandang sekeliling. Suasana sunyi. Sesekali kedengaran suara yang menakutkan. Bagai seseorang sedang mengerang.
"Cepat Nayla. Aku akan bantu kau."
Nayla pandang lagi tanah perkuburan di kaki bukit itu. Nisan-nisan putih menyeramkan lagi pada waktu malam. Namun hatinya nekad. Hayunan demi hayunan cangkul menyinggah di tanah yang belum padat. Entah dari mana datangnya kudrat dia, dia mencangkul tanpa henti.
"Bagus Nayla. Bagussss................." suara nenek bergema di dalam fikirannya.
3 jam Nayla mengcangkul tanpa henti sehingga dia ternampak kain putih. Dadanya semakin berdebar. Dia tahu kalau itu adalah tali yang mengikat kepala mayat.
"Ambil rambutnya Nayla." Nayla memgcangkul lagi sehingga nampak kain kapan yang menutupi wajah Asyiekin. Jemarinya menggeletar saat dibuka tali pengikat. Dengan bantuan lampu kecil di tangan, kain kapan yang menutup mayat Asyiekin dibuka. Nayla melompat keluar bila wajah pucat Asyiekin tersuluh oleh lampu.
"Kenapa? Kau takut?" Nayla cuma memandang wajah Asyiekin yang mengiring menghadap kiblat.
"Cepat, Nayla."
Nayla menarik nafas panjang. Dia kembali ke dalam kubur. Matanya dipejamkan saat tangannya meraba. Sekali lagi dia melompat. Dia terpegang mata Asyiekin yang sejuk. Dia kuatkan hatinya demi dendam yang tersimpul lama di dada. Dengan sepenuh kudrat rambut mayat Asyiekin ditarik. Seketika suara menjerit muncul.
"Aduhhhh!!!
"Aduhhhh!!!
"Aduhhhh!!!
Nayla cepat-cepat kembali ke atas. Rambut Asyiekin digenggam. Suara mengaduh kesakitan semakin kuat kedengaran. Dia nampak mayat Asyiekin bergerak. Hatinya semakin takut. Cepat-cepat cangkul diambil dan dia terus berlari tanpa menoleh lagi.
================================
Akan bersambung
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro