Bab 2
Bertahun sudah berlalu. Nayla semakin dewasa, mengejar cita-cita yang diimpikannya. Bergelar mahasiswa kemudian bekerja sebagai akuantan. Kisah Megat semakin pudar dari ingatannya. Cuma sesekali bayangan itu melintas cuma dia tidak mampu lagi mengingati setiap saat kenangannya bersama Megat.
Angin Pulau Perhentian berhembus lembut. Menyapa tubuhnya yang mula kedinginan. Kardigan jean berwarna biru dikenakan di tubuh. Penat masih terasa apatah lagi perjalanan yang panjang dari Kuala Lumpur ke Terengganu ini.
"Nayla..."Aman bersuara. Memanggil Nayla sekali gus menghentikan langkah Nayla yang mula mengikuti pekerja Bangladesh yang sedang menolak troli beg mereka ke resort.
"Apa Aman?"soal Nayla.
"Mak cik tadi sembang apa dengan kak? Lama betul." Nayla tersentak. Aman perasan rupa-rupanya kejadian di jeti tadi. Semasa menanti bot untuk ke pulau ni. Tapi.....Ada sesuatu yang tidak kena. Bagaimana Aman nampak wanita tua tu.
"Tak ada apa-apa. Sembang kosong je." Hatinya berdetik. Janganlah Aman panjangkan siapa wanita itu. Cuma pelik bagaimana Aman nampak. Ada sixth sense barangkali Aman ni.
"Oh...." Pertanyaannya terhenti disitu. Mengikut langkah kumpulannya yang mula meninggalkan jeti. Nayla menarik nafas lega. Bila pertanyaan Aman setakat situ sahaja.
Nayla cuma tersenyum melihat May dan Aisy bergambar berlatarkan Pulau Perhentian yang cukup indah ini.
"Dahlah berselfie tu. Jom tengok bilik dulu,"tegur Mak Wan bila yang lain sibuk mengambil gambar. Langkah Nayla terhenti. Terasa bahunya disentuh dari belakang. Dia berpaling. Kosong. Tiada siapa di belakangnya.
Tiba-tiba ada angin lembut berhembus di leher dan belakangnya. Mati langkahnya lagi. Angin tu bukan angin biasa. Bukan juga angin yaang selalu memberi tanda kehadiran 'dia'. Tetapi.....angin ni bagai pernah menerpa suatu ketika dahulu. Cuma dia lupa. Bila dan dimana?
"Nayla, kenapa?" Miko anak gadis keturunan Tionghua yang berasal dari Melaka itu menyoal.
"Errr....tak ada apa-apa,Miko."
Takkan pula dia mahu bercerita kisah mistiknya pada Miko. Harus Miko minta balik hari ni juga. Apatah lagi memberitahu temannya yang lain bahawa bukan mereka sahaja dari Kuala Lumpur ke pulau ini.
Tapi ada peneman lain yang ikut. Peneman yang tidak mahu berpisah dengannya. Peneman yang membuatkan dia rimas dan takut. Peneman yang dahulu dirasakannya adalah penyelamatnya tapi sekarang menjadi satu ketakutan buat dia. Sudah puas dia menghalau 'temannya' itu namun 'dia' tetap tidak mahu pergi.
Sepanjang laluan ke bilik, Nayla bagaikan terdengar-dengar pohon-pohon bersuara. Daun-daun kering bagai berbisik sesuatu. Bagai gemersik namanya disebut. Desir pasir juga mampu menerjah ke gegendang telinga. Romanya menegak tiba-tiba.
"Nayla...Nayla....Nayla...." Langkahnya terhenti lagi. Dia berpaling lagi. Yang ada cuma gurau senda teman-temannya. Teruja dengan percutian kali ini. Seronok bila berpeluang meneroka pulau tercantik ini yang masih terjaga keasliannya.
Angin itu muncul lagi. Bagai menarik dirinya kepada satu ingatan lampau. Ingatan tentang apa dia kurang pasti.
Angin ini bagaikan membawa pesanan. Bagai berbisik sesuatu dengannya. Tadi bukan Nayla tak nampak makhluk-makhluk hodoh yang bergayutan di dahan pokok besar sepanjang laluan ke chalet. Sengaja dia buat tak tahu. Dia sudah lali dengan semua itu.
"Jangan berpaling, Nayla. Teruskan langkahmu. Andai kau tidak mahu sesuatu terjadi pada mereka."
Jantung Nayla berdegup kencang. Suara itu bukan suara asing lagi ditelinganya. Suara itu sentiasa ada dimana-mana. Mata Nayla berkalih pada teman-temannya yang gembira.
"Jangan pernah kau apa-apakan mereka." Keras amaran terbit dari bibir Nayla. Langkahnya diteruskan bersama hembusan angin yang semakin kuat dan ilai tawa yang bergema di seluruh pulau.
"Aku tak akan apa-apakan mereka andai kau ikut apa yang aku katakan. Teruskan Nayla. Jangan pedulikan dengan kehadiran dia."
Nayla berjalan ke cottage yang terletak berhampiran pohon mangga. Sejak dia sampai tadi dia nampak dengan jelas seekor makhluk duduk bertenggek di pohon nangka bersebelahan gerai burger.
Kawasan ini indah di mata manusia namun tak ada siapa tahu apa yang ada pada waktu malamnya.
Nayla cuma duduk diluar bilik tatkala menanti Abby dan Aisy bersiap. Matanya ralit memerhatikan pohon-pohon besar yang merimbun di sekeliling pulau. Bagai ada seseorang yang memerhatikannya.
Tapi jenuh matanya meliar mencari tiada langsung bayang sesiapa. Yang ada cumalah beberapa penghuni bilik sebelah yang bersiap sedia untuk ke pantai.
Ya, dia merasakan ada seseorang yang sedang memandangnya. Tapi, siapa?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro