Bab 17 [ II ]
SYAITAN MAMPU HADIR DALAM APA JUA CARA SEKALIPON...DALAM APA BENTUK.. DALAM BAGAIMANA
====================================
Keadaan di antara Nayla dan ustaz Badrul sunyi sepi cuma ada hanya bunyi unggas di luar rumah yang bersahut- sahutan.
"Saya rasa ustaz tahu sesuatukan?" kedengaran suara Nayla memecahkan suasana sepi diantara mereka.
"Sudah berapa lama?" soalnya.
Nayla menarik nafas panjang. Dihembusnya perlahan.
"Hampir 10 tahun."
"Subhanallah. Kamu tahukan siapa yang mendampingi kamu?"
Nayla mengangguk. Sudah lama dia tahhu siapa 'Dia'.
"Bagaimana dia ada dengan kamu?"
Nayla pandang sekeliling. Wajahnya sedikit resah dan takut.
"Jangan risau, ustaz dah usir dia sekarang ni. Kamu bebas bercerita."
Secara tiba-tiba, Nayla mula menangis.
"Saya pun tak tahu ustaz. Dulu saya suka menyendiri sebab keluarga sisihkan saya. Satu hari tu, dia datang tiba-tiba. Dia selalu membantu saya waktu saya susah. Tapi lama kelamaan, saya rasa sesuatu yang tak kena,"ujar Nayla dengan suara yang tersekat sekat.
"Kamu tahu dia siapakan?"
Nayla mengangguk.
"Sejak bila kamu tahu?"
"Sejak dia minta darah sebagai makanannya."
Ustaz Badrul terkejut.
"Darah kamu?"
Nayla menggeleng.
"Habis tu?"
Nayla memandang wajah ustaz Badrul. Dia mengharapkan ustaz Badrul akan membantu dirinya untuk keluar dari cengkaman si 'Dia'. Dia dah pemat menanggung kisah yang bagaikan tidak berkesudahan ini. Nayla seterusnya membuka mulut.
"Darah orang-orang disekeliling saya. Darah orang-orang yang menyakitkan hati saya,yang mengkhianati saya,yang membuatkan saya dihina atau dikeji."
Ustaz Badrul menggeleng. Sungguh dia berasa terkejut dengan cerita Nayla.
"Kamu membenarkannya?"
Nayla menarik nafas panjang.
"Mulanya saya suka bila dia dapat balas dendam pada orang-orang yang menyakitkan saya tapi lama-kelamaan saya jadi benci. Ustaz, saya mahu keluar dan tinggalkan dia."
"Kamu ada buat perjanjian dengan dia?"
Nayla mengangguk.
"Subhanallah. Seberat-berat dosa adalah dosa menyekutukan Allah. Nayla, kamu harus bertaubat. Kamu tak boleh biarkan dia menguasai kamu."
Nayla tunduk. Ada air mata mengalir di pipinya. Ya, dia jahil dalam agama. Solatnya sudah berbelas tahun dia tinggalkan. Dia takut. Dia merasakan Allah tak akan lagi ampunkan dia. Kerana itu dia cuma mengikut permintaan iblis itu.
"Boleh ustaz tanya lagi?"
Nayla mengangguk.
"Selain daripada 'Dia', kamu ada sesiapa lagi teman daripada makhluk Allah yang kita tak nampak?"
Nayla diam. Lambat-lambat dia menggeleng.
"Kenapa ustaz?" soal Nayla dengan penuh tanda tanya.
Ustaz Badrul memandang lelaki di belakang Nayla. Lelaki yang sama. Cuma dia masih tak tahu siapakah gerangan lelaki itu.
"Tak ada apa-apa. Ustaz akan cuba membantu kamu. Tetapi kamu juga harus bantu diri sendiri."
Dia tidak mahu berjanji apa-apa dengan Nayla. Tetapi dia akan cuba membantu gadis ini. Dia nampak Nayla terseksa dengan kehadiran wanita yang dipanggil 'nenek' itu.
Manusia dan jin bukanlah sahabat yang baik. Manusia dan jin tidak boleh bersahabat kerana kedua-duanya hidup dalam dimensi uang berbeza meskipun ustaz Badrul selalu masuk ke dunia jin. Nantilah dia akan cuba bantu gadis ini. Dia akan cuba keluarkan Nayla daripada seksanya selama 10 tahun ini.
Skip. Di ruang tamu
"Sebelum tidur jangan lupa baca tiga Qul. Ayat kursi mohon Allah SWT berikan perlindungan kepada kita. Ingat sebaik-baiknya perlindungan adalah daripada Allah bukanlah daripada syaitan dan iblis laknatullah."
Matanya memandang Nayla bila berkata begitu. Nayla terus menunduk.
"Allah SWT selalu berfirman tentang iblis,dajal dan syaitan. Ingatlah firman Allah SWT apabila iblis berkata dan kerana Kau telah menyesatkan aku maka aku akan menyesatkan manusia daripada beribadah kepada-Mu. Syaitan dan iblis ini ada dalam dunia ini."
"Ustaz.... Kami takut,"ujar Nazihah lagi.
"Pergilah.. Jangan kau ganggu anak cucu Adam."
"Errr... Ustaz cakap dengan siapa?"
Mata ustaz Badrul memandang Nayla. Nayla hilang arah.
"Ustaz bercakap dengan 'dia' yang kamu tak nampak. Dia hidup dalam dimensi yang berbeza dari kita. Dia juga bukan dari keturunan Adam a.s. Dia yang merasakan dirinya lebih hebat dari Adam yang tidak mahu menundukkan walau seinci kepalanya saat Allah memerintahkan para malaikat sujud kepada Adam a.s. Dia yang membenci Nabi Muhammad SAW dan seluruh umatnya."
"Macam mana kalau dia ganggu lagi, ustaz? Kami semua perempuan."
"Zikirlah dan baca ayat-ayat al quran. Nescaya dia tak akan mampu untuk mendekati kamu."
Ustaz Badrul meminta diri. Nazihah dan Nayla menghantar sehingga ke kereta. Jauh di atas bumbung, mata tajam wanita tua memandang ustaz Badrul. Penuh kebencian dan amarah.
"Kau tunggu waktumu tiba...."
Depan rumah
"Ustaz balik dulu. Kalau ada apa-apa telefon je ustaz atau Zarul."
Nazihah mengangguk.
"Balik dulu. Assalamualaikum." Zarul yang diam dari tadi bersuara. Matanya masih mencuri pandang pada wajah Nayla.
Sebaik sahaja kenderaan yang dinaiki oleh ustaz Badrul dan Zarul menghilang, Nazihah menarik tangan Nayla.
"Nayla, aku takutlah."
"Jiah, kalau kau takut benda tu lagi suka. Kau tu solat tak tinggal, mengaji selalu, aku yakin dia tak akan mampu apa-apakan kau. Benda ni kat mana-mana pun ada. Kau sendiri dengarkan apa yang ustaz Badrul kata tadi. Mereka hidup dalam alam yang sama dengan kita cuma berbeza dimensi. Dah la. Jom kita tengok keadaan Abby."
Lampu di ruang yamu ditutup. Mereka melangkah naik ke atas. Ke bilik Abby yang masih terang benderang. Jelas kelihatan di wajah Abby. Penat bertarung dengan sesuatu yang merasuk tubuhnya.
"Kita tidur sekali la malam ni. Kalau jadi apa-apa senang,"usul Nazihah.
"Tak apalah, Jiah. Tak muat katil Abby kalau kita nak tidur bertiga atas ni. Kau tidur dengan Abby, biar aku tidur seorang."usul Nayla pula.
"Kau tak takut ke, Nayla?"
Nayla menggeleng.
"Kan aku cakap kalau kita takut, dia akan mendekat. Kalau ada apa-apa, aku jerit panggil kau,okay. Dah lewat ni sangat ni. Kau tidur la dulu,"ujar Nayla sambil bangun melangkah keluar.
Nayla masuk ke dalam kamarnya. Bau hanyir mula menusuk ke dalam rongga hidungnya.
"Kau buat apa di sini, iblis? Keluar kau."
Nayla mencapai keris kecil dibawah tilam. Keris pemberian seorang ustaz tatkala satu waktu dahulu dia berubat untuk singkirkan iblis itu.
"Hiiii...." Satu makhluk muncul dari belakang almari. Dengan ketawanya. Dengan darah dari daging yang dimakannya tadi.
"Keluar kau dari sini. Jangan kau kotorkan tempat aku." Keris kecil yang di tangannya dihunus.
"Baikkk... Hiiiii..." Tubuh yang mengerikan itu melayang keluar melalui balkoni bilik. Entah kemana dia bertenggek, Nayla tidak ambil peduli. Tubuhnya direbahkan ke tilam. Dia juga penat. Kata-kata ustaz Badrul menusuk terus ke dalam hatinya. Tapi adakah jalan untuk dia berpatah balik semula. Ya, dia sudah terlalu jauh. Dia dan iblis itu bagaikan sudah sebati.
Wajahnya diraup berkali-kali. Ada rasa kesal dan ada ketakutan yang dia tak tahu sedang bermukim di hati.
Allah. Saat bibirnya menyebut nama Allah, terasa bagai ada roh baru yang meresap ke dalam jiwa. Satu demi satu peristiwa mula kembali terbayang dalam fikiran. Bukan mudah dia membuang semua dosa.
"Jangan ikut dia lagi, Nayla. Ikut saya. Nayla akan bahagia."
Nayla memandang ke arah penjuru bilik. Dalam kesamaran cahaya lampu yang malap, dia melihat satu sosok tubuh sedang berdiri.
"Kau siapa?"soal Nayla sambil berura-ura untuk bangun.
"Jangan bangun,Nayla. Aku belum bersedia berhadapan dengan kau. Nayla, jangan kau ikut dia lagi. Buang dia dari hidup kau. Ikut aku, Nayla."
"Kau siapa?"
"Aku sahabat. Dah lama aku tunggu kau."
"Tunggu aku?"soal Nayla dengan kebinggugan.
"Aku akan datang lagi. Aku akan bawa kau jauh dari sini. Jauh dari syaitan itu. Ikut aku ya, Nayla."
Tubuh itu perlahan-lahan hilang ditelan kabus hitam. Nayla bagai tersedar.
"Siapa dia?" soalnya sendiri.
====================================
3 Qul terdiri dari surah
a) An-Nas
b) Al- falaq
c) Al-ikhlas
d) Al-kafirun
Ha... Ni untuk sape ii y xigt...
Korang just pilih mne ii surah..
Amik tiga je.. Dh nama un 3 qul ann
ヘ( ̄▽ ̄*)ノ
Kalau author ade silap kt mne ii.. Feel free utk tegur au.. Kt komen bole.. Dm un bole(⌒o⌒)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro