Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

      Sekuntum mawar merah elok terletak di atas cadar merah jambu yang menghias kamar  Nayla. Nayla mengambil mawar merah itu. Harumannya bagai baru sahaja dipetik dan diletakkan di atas katilnya.

      Siapa pulak yang letakkan bunga ini? Abby? Jiah? Tapi untuk apa? Nayla duduk di birai katil. Mawar merah diletakkan ditepi. Hatinya tertanya sendiri. Siapa? Haruman dari mawar itu bagaikan sejambak mawar yang ada. Bagai ruang kamar ini dipenuhi dengan bunga-bunga segar.

      Tiba-tiba angin bertiup dingin dari jendela yang terbuka. Bagai ada semangat baru yang muncul dalam diri. Angin itu bagaikan membawa satu pesanan.

       Nayla membuka matanya. Tiba-tiba dia ternampak seseorang berdiri di anjung luar. Seorang lelaki yang sedang tersenyum memandang dia. Nayla kedipkan mata dan figura lelaki itu langsung hilang dari pandangannya.

      Dia berlari keluar. Bunga mawar masih ditangan. Matanya meliar mencari. Dia menjenguk ke bawah balkoni. Tiada tanda-tanda rumahnya diceroboh. Matanya liar memandang pagar yang tertutup rapat. Cuma ada keretanya dan kereta Abby yang diparkir bersebelahan.

      Bukan perasaan. Dia yakin die nampak seseorang tadi.

      Nayla menjenguk ke bawah yang ada cuma kedengaran desiran angin yang berbisik. Dedaunan kering dari pohon di depan rumahnya berterbangan.

      "Kau cari apa, Nayla?"

      Seorang wanita tua muncul di hadapan matanya. Melayang di luar balkoni bilik dalam remang senja yang semakin kelam.

      "Bukan urusan kau." Mata Nayla juga tajam memandang.

      Wanita tua itu menyeringai menampakkan giginya yang runcing dan tajam. Matanya yang merah dihiasi warna hitam yang menakutkan. Rambutnya yang mengerbang dan tubuhnya yang merangka. Jemarinya yang panjang tiga kali daripada jemari manusia biasa. Runcing dan tajam. Ya, kerana dia bukan manusia. Kerana dia hadir dalam satu alam yang lain. Alam yang berbeza dimensinya. Alam yang sering menjadi ketakutan pada manusia biasa. Anehnya tiada langsung ketakutan di hati Nayla.

      "Buangkan mawar itu. Jangan pernah kau simpan."

      "Aku tak perlukan pendapat kau dalam hal ini. Jangan ganggu urusan aku." ujar Nayla.

      "Urusanmu adalah urusanku. Kerana kau dan aku adalah satu. Aku tak akan benarkan engkau menjadi milik orang lain selain aku. Kau ingat Nayla. Kau tak akan mampu lari dari genggaman aku. Hahahaha........ Kau milikku. Selamanya kau milikku..... Nayla. Milik aku yang abadi. Tiada siapa yang mampu pisahkan kita." Ilaian ketawa wanita tua membingitkan telinga Nayla.

      "PERGIIII! Jangan ganggu urusan aku."

      Angin mula bertiup kencang. Tubuh di hadapan Nayla perlahan-lahan terbang bagai dibawa angin. Namun hilaian ketawanya masih bergema di setiap sudut. Meremangkan bulu roma bagi sesiapa yang mendengar.

      Abby yang berdiri di muka pintu dari tadi sudah menggeletar seluruh badan. Lututnya lemah tiba-tiba. Saat dia buka pintu bilik Nayla seketika tadi dia nampak seorang wanita tua di dalam refleksi cermin sedang memandangnya dengan tajam. Dia cuma nampak Nayla berdiri kaku di balkoni bilik. Saat muazzin melaungkan azan baru muncul kekuatan dalam dirinya.

     "Nayla...... " panggil Abby. Nayla berpaling. Entah kenapa Abby merasakan sesuatu yang lain dalam pandangan Nayla

      "Ada apa Abby?"

      Abby geleng. Cepat-cepat dia ke bilik Nazihah.





SKIP








      Wajah pucat Abby dipandang Nazihah.

      "Kau kenapa, Abby?" soal Nazihah. Abby masih pucat. Sukar berkata-kata. Wajahnya pucat lesi seperti tiada darah. Kedua-dua tangannya digenggam erat. Lututnya masih menggeletar.

     "Abby.... Istighfar. Kenapa ni?" Bahu Abby ditepuk perlahan oleh Nazihah. Melihat Abby yang tidak memberi respon, Nazihah mengambil segelas air yang selalu ada dalam biliknya. Selesai berselawat, dia memberi kepada Abby.

     "Baca doa dulu."

      Usai meneguk segelas air barulah Abby mampu bersuara. Itupun selepas beberapa kali nafasnya ditarik dan dihembus.

      "Jiah, aku takut. Kau tahu tak apa yang aku nampak dalam bilik Nayla tadi?" Tangannya menggenggam lengan Nazihah.

      "Kau nampak apa? Abby? Tenang okey. Cerita satu-satu. Kau nampak apa?" soal Nazihah.

      "Jiah..... Aku nampak..... Aku nampak.... " Belum sempat Abby habiskan ayatnya lampu terpadam secara tiba-tiba.

      "Allah, blackout pula!"

      Lagilah Abby rasa nak lari keluar dari rumah.

      "Jom teman aku pergi bawah. Ambik lilin kat dapur," usul Nazihah.

      "Aku takutlah Jiah."

      "Takut apa, Abby. Blackout aje kan. Jom. Takkan kau nak duduk dalam gelap macam ni. Lagilah la takut. Dah aku ada. Aku manusia okey. Bukannya hantu. Kau jangan takut." Nazihah membuka lampu dari telefon bimbitnya. Mujur malam masih muda. Sisa-sisa mentari siang masih ada. Belum sepenuhnya terbenam di ufuk timur.

      Sampai sahaja dibawah, Nazihah dan Abby nampak Nayla sedang makan di dalam gelap. Duduk di kerusi dapur. Ada cahaya dari luar yang memudahkan mereka melihat Nayla. Pelik bila teman serumah mereka ini menjamah makanan didalam gelap.

      "Nayla, kau ni makan dalam gelap. Pasanglah lilin," ujar Nazihah. Boleh pula Nayla makan dalam gelap macam ni.

      "Errmmm...." Cuma itu yang Nayla jawab. Abby senyap sambil memegang lengan Nazihah. Entah kenapa hatinya tak sedap melihat Nayla yang sedang makan. Dia tidak tahu apa yang Nayla makan sebab dalam mangkuk. Cuma dia nampak Nayla bagaikan pelahap. Terus menyumpat makanan tanpa henti ke dalam mulut.

      Nazihah tidak mempedulikan Nayla. Terus dia ke kabinet mendapatkan lilin.

      "Nayla, nanti tidur sekali dalam bilik aku kalau tak elok lagi blackout ni. Senang kalau jadi apa-apa," usul Nazihah. Nayla cuma mengganguk.

      Nazihah dan Abby kembali ke atas. Sampai di hujung tangga, lilin di tangan Nazihah terlepas. Diatas tangga kelihatan kelibat Nayla yang mahu turun ke bawah.

      "Nayla? Bukan kau...." Suara Nazihah tersekat di kerongkong. Masakan Nayla mampu sepantas ini mendahului mereka ke atas.

      "Bukan apa? Aku nak pergi ambik lilin ni."

      Nazihah dan Abby sama-sama pandang diantara satu sama lain. Serentak dengan itu, elektrik kembali berfungsi.

      "Eh, kau orang ni dah kenapa? Nampak hantu ke?"

      Nazihah memandang ke arah Nayla.

      "Nay.. Nayla.. Aku... Aku dengan Abby nampak ... Kau... Kau sedang makan kat bawah tadi. Mac... Macam mana kau kat sini?" Tersekat-sekat suara Nazihah keluar.

      Nayla diam seketika. Dia tahu siapa di meja makan.

      "Eh, tak adalah. Aku baru keluar bilik ni. Apalah kau orang ni."

      Nazihah kuatkan semangat. Ditariknya tangan Nayla dan Abby ke bawah. Sebaik sahaja tiba di meja makan, Abby menjerit. Serentak itu Abby pengsan.











 












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro