Bab 10
Adam dan Haziq meninggalkan Ayman bersendirian di Long Beach untuk kembali ke cottage. Sepanjang laluan denai, Adam bagaikan terpandang sesuatu. Sesuatu yang mengekori mereka dari celahan pohon-pohon besar di sebelah kanan denai. Dia melangkah laju.
"Adam tunggulah." Haziq menjerit. Kakinya sakit mengejar langkah Adam.
"Haziq,kau nampak apa-apa tak?"Haziq menggelengkn kepalanya.
"Tu.... Sebelah kanan." Adam menunjuk ke pohon besar di sebelah kanan. Haziq menoleh. Sebaik sahaja dia melihat ke arah tersebut seorang wanita berpakaian putih dengan rambut yang panjang menutupi wajahnya, dia cepat-cepat memandang Adam semula. Lantas dia mengangguk.
"Si... Siapa?"soal Adam perlahan. Tak terlangkah kakinya.
Hazie menggelengkan kepalanya. Kakinya mengeletar.
"Han?"
Haziq mengangguk. Adam tak perlu habiskan ayatnya kalau Haziq tahu siapa yang dia maksudkan.
"Aku kira sampai tiga, kita lari ok?"
Haziq cuma mengangguk. Suaranya sudah tersekat di kerongkong. Tiba-tiba matanya terbeliak. Wanita itu betul-betul belakang Adam.
"A.... Adam.... Be....... Belakang kau."
"Makkkkkkkkk!! Sekuat tenaga yang ada Adam dan Haziq berlari.
"Hahahah....." Suara mengilai terus kedengaran. Sepanjang denai setiap kali Haziq dan Adam melangkah, puntianak itu bagaikan terbang dari satu pokok ke pokok yang lain. Sambil suaranya ketawa mengilai. Menakutkan.
Tiba-tiba langkah Adam dan Haziq terhenti. Mereka berpaling ke belakang. Suara dan tubuh puntianak itu sudah hilang. Mereka menarik nafas lega. Namun saat berpaling, satu kepala tanpa tubuh sedang menyeringai betul-betul di hadapan mereka berdua. Berjuraian segala tali perut dengan darah yang meleleh.
"Adam..... Haziq...... " Kepala itu bergoyang-goyang di udara. Matanya yang terjojol keluar serta giginya yang kehitaman meruncing bagai baru diasah dan pipinya yang berlubang dipenuhi ulat-ulat yang berbau busuk.
Adam pandang Haziq, akhirnya kedua-duanya rebah pengsan ke bumi.
Skip
Ayman masih menyelusuri Long Beach bersendirian. Ada masalah yang membelenggu dirinya saat ini. Masalah tempat kerja bagaikan tiada kesudahan. Malam sudah lama menggantikan siang. Dia duduk di tepi pantai. Sesekali matanya memandang pengunjung-pengunjung yang masih berpesta di pantai yang indah ini.
"Hai." Satu suara menegur. Seorang wanita berseluar panjang berwarna hitam dan baju T putih muncul dari arah belakang.
"Hai," balas Ayman.
"Boleh saya duduk?"
Ayman mengangguk. Cantik, desis hati kecilnya. Wanita itu duduk di sisi Ayman. Memandang laut yang diselebungi kelam malam.
"Pelancong ke?"soalnya.
"Haah.... Datang dengan kawan-kawan. Diaorang ada kat sebelah sana. Saja duduk sini kejap. Awak melancong juga ke?"soal Ayman. Sekadar beramah mesra.
"Saya orang tempatan. Memang dah lama duduk sini. Dari kecil lagi. Mak ayah saya duduk tanah besar. Saya kat sini tolong sepupu buat bot laju. Tu." Telunjuknya dihalakan pada satu pondok yang menjadi tempat memyewa jet ski dan bot.
"Oh, memang orang tempatanlah, ya?"
Gadis itu mengangguk.
"Saya Safia. Awak?"soalnya.
"Ayman Hakimi." Mana tahu kalau ada jodohnya di sini. Mereka saling bertukar cerita.
"Awak tahu Ayman, dekat sini dulu ada gadis pernah kena bunuh."
Ayman pandang Safia.
"Ya ke? Kenapa dia kena bunuh?"soal Ayman teruja ingin mengetahui kisah di sebaliknya.
"Lelaki tu nak dekat dengan dia tapi dia dah ada orang lain. Satu malam dia hilang dari cottage. Esoknya orang jumpa mayat dia di tepi pantai hujung sana tu." Telunjuknya dihalakan ke hujung sebelah kiri Long Beach.
"Habis tu dapat tangkap ke sapa yang bunuh dia?" Safia menggelengkan kepalanya.
"Tapi saya tahu roh dia dah balas dendam pada lelaki tu. Lelaki tu dah dapat pembalasan dengan apa yang dia lakukan,"ujar Safia. Matanya bagaikan menyimpan satu kesedihan. Dia memandang jauh ke tengah lautan. Ombak mula menghempas pantai. Sedikit lagi pasti basah tempat mereka duduk ini.
"Kesiannya dia. Muda lagi ke dia?" Cerita Safia mengundang pertanyaan demi pertanyaan dari bibir Ayman.
"Lebih kurang saya." Beberapa pengunjung yang lalu di hadapan Ayman tertoleh-toleh kepadanya. Entah apa yang mereka pandang, Ayman pun tak tahu.
"Ajal maut kan kat tangan Tuhan. Susah kita nak jangka. Betul tak?"
Ayman duduk bersila. Deru angin laut menghempus perlahan. Sebenarnya hati suka bila dapat dating berdua dengan Safia. Harap belum berpunya.
"Tak apalah sekurang-kurangnya dia dah tenang kat sana, kan?"
Safia memandang Ayman.
"Siapa cakap dia dah tenang? Dia tak akan tenang selagi pembunuh dia tak mati."
Ayman tersentak. Pandangan mata Safia penuh dengan kebencian.
"Kenapa awak cakap macam tu?"soal Ayman. Bagaikan Safia tahu perasaan gadis yang mati dibunuh itu.
"Er..... Saya tahu sebab saya mampu merasakan betapa terseksanya dia mati."
"Polis tahu macam mana dia mati?"
Safia mengangguk.
"Dia ditarik ke tengah laut. Lehernya diberut dengan dawai, wajahnya dibenamkan. Awak tahu bagaimana seksanya dia mati. Sampaikan lidahnya terkeluar waktu dia hembuskan nafas terakhir dia."
Gulp. Ayman menelan air liur. Safia bercerita bagai dia ada disitu pada waktu kejadian. Penuh emosi.
"Kesiannya dia." Ayman bersimpati. Safia mengangguk.
"Ermmm, bila awak nak balik tanah besar?"soal Safia.
"Lusa pagi. Awak kerja kat stesen radio, ya?"
Ayman kerutkan dahinya. Macam mana wanita yang baru sahaja dia kenal tabu tentang identitinya?
"Mana awak tahu pekerjaan saya?"
Safia tersenyum.
"Saya teka je. Mana tahu tekaan saya betul. Betul ke?"
Ayman mengangguk.
"Baru lagi."
"Ayman, awak percaya hantu tak? Roh ke?"
Ayman mengangguk lagi.
"Saya suka baca cerita hantu. Karya Fatrim Shah, Ramli Awang Murshid, Anuar Darwisy. Bagi saya hantu memang wujud. Antara kita nampak dengan tak saja."
"Kalau hantu muncul depan awak, takut tak?"
Ayman ketawa.
"Kalau hantu cantik macam awak, saya taklah takut. Kalau dia muncul dengan muka tak siap confirm saya takut. Lari tak cukup tanah saya."
Safia ketawa.
"Kat sini ada hantu ke?"
"Ada. Sayalah hantunya."
Ayman berdebar. Safia memandang Ayman kemudian dia ketawa.
"Awak ni. Takkanlah hantu boleh sembang macam ni. Saya suka sembang dengan awak. Boleh temankan saya berbual malam ni?"
Ayman memgangguk. Memang dia bercadang mahu melepak di Long Beach malam ni. Lagipun ramai yang tidak tidur lagi. Seronok juga dapat teman berborak macam Safia.
"Awak pernah jumpa hantu ke kat sini?" soal Ayman.
Safia mengangguk.
"Selalu sangat."
"Ish, betul ke?"
"Tapi dia tak kacau. Dia datang tengok-tengok je."
Ayman dan Safia menyelusuri pantai sambil berbual tentang diri masing-masing. Ayman rasa macam tak nak balik ke Kuala Lumpur.
Sorry 🙏🙏🙏
Semalam tertido pulak
Lupa nk update
Bru je teringat sebenarnya
Tunggu hujung minggu pulak ye😀
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro