Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 9

Aryan melempar telefonnya ke lantai. Geram. Berkali-kali dia cuba menelefon Natalya, namun tidak berjawab.

Adryan mendekati adik kembarnya.

"Ar, kenapa kau belum tidur lagi?"

Aryan menjelingnya sekilas, "Kenapa? Kau nak ajak mickey dengan minnie tembak aku ke?"

Adryan menggeleng perlahan. Aryan Darmish sekali tak bangang bukan Aryanlah namanya.

"Kau ada masalah ke?" Adryan melabuhkan punggung di sebelah adiknya. Telefon adiknya di atas lantau dikutip. Dapat dia lihat call log adiknya itu. Patutlah meroyan.

"Lya tak angkat call kau? Kau marah?" Adryan menyua telefon itu kepada adiknya. Aryan merampasnya kasar.

"Suka hati akulah nak marah ke sedih ke? Kau peduli apa?" Dengus Aryan.

Adryan senyum kecil, "Jangan risaulah. Aku takkan ambil Natalya dari kau. Dia memang dilahirkan bukan untuk aku. Aku pun dah lama move on. Aku dah ada Melya Ateera."

Ternaik kening Aryan. Wajahnya dipalingkan. Wajah abangnya dipandang bersama seliratan tanda tanya.

"Natalya memang dari dulu sukakan kau. Dia cuma salah faham antara kita. Dia tak tahu yang kita kembar. Aku bercinta dengan dia pun seminggu saja. Lepas aku dapat tahu sebenarnya dia sukakan kau. Apa yang kau suka semua dia tahu, aku terkejut juga. Sebab dia langsung tak tahu kita bukan orang yang sama. Patutlah dia layan aku ni macam kau." Adryan menepuk lembut bahu adiknya.

"Kalau dia sayang aku, kenapa dia abaikan aku sekarang ni?" Aryan mencebik manja.

Adryan menepuk dahinya, "Kau tengok jam sekarang pukul berapa? Waktu macam ni memang la dia tak angkat. Waktu orang tengah membuta kau kacau dia kenapa? Tunggulah esok pagi."

Aryan sengih sumbing. Betul juga tu. Kenapalah aku dilahirkan bebal? Semua salah daddy!

"Okaylah aku tidur dulu. Kau tak nak tidur?"

Adryan menggeleng, "Aku ada movie date."

Aryan menggaru keningnya. Movie date? Malam gini? Movie apa ni? Macam best je.

"Nak join!" Sorak Aryan dengan riang. Laju kepala Adryan menggeleng.

"Tak boleh. Esok kau kerja." Adryan cuba berdalih.

"Kau pun kerja." Aryan memandangnya hairan. Adryan mengeluh kasar.

"Aku ada movie date online dengan Mel. Kau pergilah tidur."

Aryan mengemam bibir menahan tawa. Kelakar melihat telinga abangnya telah berubah merah. Malu aa tu.

"Oh patutlah. Takpe takpe nanti aku buat juga macam tu dengan Natalya." Aryan terus mendaki tangga naik ke biliknya.

Adryan berdecit perlahan. Malu yang tak dapat dibawa bincang. Dia melangkah ke dapur untuk mengambil jajan dan air minuman.

Beep!

Beep!

Mel sayang ❤️
Online

Abang, Mel dah invite abang dalam discord. Nanti masuklah.

Ok sayang!

Adryan menyimpul senyuman kecil. Teringat peristiwa siang tadi, dia bertemu dengan Dhariz untuk menyatakan hasratnya memperisterikan Melya.

"Tak guna punya Aayyan. Dia ingat anak aku ni anak pungut ka? Abih kuat hantaq pi la dua tiga orang mai masuk minang anak aku. Ini hantaq anak dia ja!" Bebel Dhariz panjang lebar.

"Daddy tak tahu lagi yang Ad datang sini. Ad cuma nak Uncle Ngah tahu yang Ad betul-betul ikhlas dengan Mel."

Ternaik hujung bibir Dhariz.

"Hang jangan main-main. Hang dahla ada genetik Si Aayyan tu. Karang hang buat perangai macam dia dulu, memang aku tumbuk semua orang. Sekali dengan mummy hang, aku tumbuk."

Adryan menelan liur kasar. Melalui cerita daripada Mikael dengan Aariq, daddynya Aayyan itu dulu selalu kena tumbuk dengan Dhariz.

"Abang, apa cakap macam tu? Kesian Ad. Dia ikhlas dengan Mel. Apa salahnya kan? Bolehlah saya berbesan dengan Yeen!" Sorak Elmira riang. Perempuan memang suka bab-bab gini. Tambah-tambah berbesan dengan kawan baik sendiri. Lagi dia suka.

Dhariz berdecit.

"Ish awak ni, saya nak ajar sikit budak Ad ni supaya tak ikut perangai bapak dia. Mel tu satu-satunya anak saya. Memanglah saya tatang dia bagai minyak Ron97 yang full." Dhariz menyilang tangan ke dada.

"Ad janji Ad takkan sia-siakan Mel. Ad sayangkan Mel sepenuh hati Ad. Izinkan Ad memperisterikan Mel." Penuh santun Adryan mengemukakan tujuannya.

"Bapak laju sia hang! Terus nak jadikan isteri. Takpa panggil aku Abi, jangan panggil Uncle Ngah lagi dah." Dhariz menepuk-nepuk bahu tegap Adryan.

"Wah, abang. Cucu kita nanti mesti hensem macam Aayyan." Elmira senyum suka.

Membulat mata Dhariz.

"Awak toksah dok buat lagutu sayang. Saya heret juga awak ni masuk bilik karang. Berani-beraninya awak puji lekaki lain depan saya yang paling hensem dalam abad ni."

Elmira gelak terkekeh. Suaminya itu makin tua makin besar rasa cemburunya. Mengalahkan orang muda.

Adryan senyum lega. Akhirnya dia direstui oleh Dhariz the ketua bala.

Pap!

Terhinggut bahu Natalya. Matanya dialihkan memandang Aryan yang baru sahaja menepuk mejanya.

"Mana telefon kau?" Soal Aryan kasar. Natalya menelan liur. Dia terdiam seribu bahasa. Kepalanya ligat memikirkan jawapan.

"Aku tanya mana telefon kau?! Mana?" Desak Aryan.

"Ada ni." Natalya menunjukkan telefonnya yang sedang disambungkan dengan pengecas.

Aryan menghembus nafas kasar.

"Kenapa kau tak jawab aku call kau banyak kali? Kau pergi mana, chagiya? Dua tiga hari ni asyik mengelak dari aku. Kenapa? Aku buat salah apa dengan kau? Cakaplah. Jangan sakitkan hati aku macam ni." Keluh Aryan lemah. Dia menarik kerusi bertentangan dengan Natalya. Dia melabuhkan punggung. Kini mereka saling menghadap.

Dua tiga hari ini dia tidak melihat Natalya, jadi pagi ini dia mengambil keputusan untuk menunggu di meja Natalya. Namun, bila Natalya tiba kehadirannya langsung tak dianggap wujud. Panas hatinya.

Natalya tunduk menekur lantai.

"Love, look at me. Tell me! Aku buat apa sampai kau langsung tak nak jumpa aku? Cakap dengan aku. Aku kena buat apa? Aku akan buat semua yang kau nak." Aryan cuba memujuk Natalya. Pertama kali seumur hidupnya memujuk perempuan selain Ayeena. Sebelum ini kalau Saffya merajuk dia hanya mengabaikannya, kerana dia tahu esok pasti Saffya mencarinya semula.

Natalya mengemam bibir. Dia cuba mengumpul kekuatan sebelum berani membalas pandangan Aryan.

"Saya nak awak pergi jauh daripada saya. Saya tak nak kita rapat lagi macam selalu. Saya-"

"Seolma! Nonsense! Benda lain aku boleh buat. Tapi bukan yang ni. Jauh seminit dari kau pun aku tak mampu, apatah lagi macam apa yang kau minta." Naik seoktaf suara Aryan.

Natalya terdiam. Cuba menghadam apa yang disampaikan Aryan.

"Kau tak nampak lagi ke?"

Bertaut kening si gadis. Nampak apa?

"Seriously? Selama ni kau tak nampak atau kau buat-buat tak nampak?" Tegas Aryan. Menyirap darahnya. Gadis itu langsung tak nampak effort dia.

"Nampak apa awak ni Darmish?"

Pap!

Sekali lagi dia menampar meja. Tersentak Natalya dibuatnya.

"Kau tak nampak ke aku suka kau?? Aku suka kau, Natalya. Aku sayang kau. Aku nak kau jadi milik aku. Susah sangat ke kau nak faham?" Luahnya kesal.

Natalya tergamam. Matanya memandang tunak mata kelabu milik Aryan.

"You shouldn't feel like that." Gumamnya lemah.

"Pardon?" Ternaik alis nipis Aryan. Tajam matanya memandang Natalya.

Natalya mengatur nafasnya. Mata dipejam seketika sebelum membuka semula memandang Aryan.

"You shouldn't be in love with me."

Aryan mengetap rahangnya. Kemarahan cuba ditahan daripada meledak. Dia tidak mahu Natalya takut kepadanya.

"Awak dah ada Saffya. Sebab awak. Saya gaduh dengan Saffya. Dia tuduh saya rampas awak dari dia. Saya bukan perampas. Cukuplah selama ni saya dihina, dicaci, dimaki. Saya penat Darmish. Penat sangat."

Aryan mengetap bibirnya. Tubir matanya mula terbentuk kolam air.

"Kau suka aku kan? Cakap dengan aku. Kita kongsi perasaan yang sama kan?" Lirihnya lemah.

Natalya memalingkan wajahnya.

"Awak cakap awak sanggup buat apa sahaja untuk saya kan? Tolong anggap kita tak pernah kenal. Anggap kita tak ada jodoh." Tungkas Natalya.

Pecah jua akhirnya kolam mata Aryan. Buat pertama kali seumur hidup Tuan Aryan Darmish menumpaskan airmatanya di hadapan wanita. Wanita dambaannya.

"Kau-" Aryan menunduk lemah. Airmatanya diseka kasar.

"Langsung tiada peluang untuk aku?"

Natalya diam tidak sanggup bertentang mata dengan Aryan. Dia menggigit bibir bawahnya. Dia juga hampir menitiskan airmatanya.

"As you wish, love!"

Aryan menuju ke pintu bilik Natalya. Bersama hiba di dada.

Bam!

Pintu dihempas kuat.

Natalya melepaskan tangisannya yang ditahan dari tadi.

"Saya minta maaf Darmish. I don't deserve you."

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro