𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 8
Aryan menolak kepala Saffya yang menghinggap di bahunya. Bahunya dikibas-kibas dengan tangan.
Wajah cemberut Saffya diabaikan. Ada abe Ar kesah? Kau fikir kau menarik? Oh tidak.
"You ni kenapa Ar?" Memuncung mulut Saffya. Aryan mengherotkan bibirnya.
"Aku datang sebab nak bagitahu kau something. Apa kata kita duduk dulu. Banyak benda aku nak cakap. Pasal kahwin." Aryan membuka langkah meninggalkan Saffya yang terkulat-kulat di belakang.
Melebar senyuman Saffya apabila topik kahwin bakal dibahaskan. Selepas ini Aryan akan jadi milik aku, dan tiada siapa boleh rampas.
Dia mengejar langkah kaki Aryan yang sudahpun tiba di meja paling hujung dalam restoran itu. Berdesup dia mengambil tempat di sebelah Aryan. Bahunya dilentokkan pada bahu Aryan.
Aryan memejamkan matanya. Nafas ditarik dalam-dalam. Masalah betul perempuan ni. Leher tu patah ke apa asyik nak sandar dekat orang. Sekali aku patahkan bebetul kang.
"Duduk depan aku. Aku nak cakap dengan kau." Tegas Aryan. Mukanya hanya beriak kosong. Dingin. Kalau dulu Aayyan bapak rimau, yang ini anak rimau.
Laju-laju Saffya mengangkat semula kepalanya dan segera menukar tempat duduknya. Kini mereka duduk bertentangan.
"You nak cakap apa? Pasal kahwin kan?" Saffya senyum simpul. Tangan Aryan cuba dicapainya namun lelaki itu lebih tangkas melarikan tangannya.
"Haah pasal kahwin. Tapi-"
"Tapi apa lagi Ar?" Saffya mendecit lembut.
"Bagilah aku habis cakap dulu. Nak mati awal ke apa kau ni?" Aryan memicit pelipis dahinya. Stresslah gini.
Saffya tersengih.
"Okay teruskan."
Aryan menghela nafas berat, "Aku nak kahwin tapi bukan dengan kau. Dengan Natalya."
Terus membuntang mata Saffya.
"WHAT?!!!"
Bergema satu restoran itu dengan suara nyaring milik Saffya. Aryan pula hanya beriak tenang. Langsung tidak mempedulikan riak Saffya yang jelas-jelas terkejut.
"You jangan buat gila Ar! You bercinta dengan I, kenapa you nak kahwin dengan kawan I pula?" Bengis wajah Saffya tika ini. Dadanya berombak kencang. Mukanya merah padam.
Aryan memandang tepat ke dalam anak mata Saffya. Namun pandangannya sinis.
"Kau? Kawan Natalya?" Terletus tawa kecil di bibir lelaki itu.
Soalannya mengundang kerutan di dahi Saffya, "Apa maksud you? Natalya kan housemate I, kawan I."
Aryan senyum senget, "Kalau dia kawan kau, kenapa kau tolak dia jatuh? Kaki dia terseliuh tadi sebab kau kan?"
Saffya kematian diksi. Di mana? Siapa? Bagaimana Aryan boleh tahu?
"Tak payah nak terkejut beruk sangat. Aku datang ni nak cakap. Eh tak, aku nak warning kau. Sekali lagi kau sentuh bakal bini aku, mati kau aku kerjakan." Tajam mata Aryan mencerlung ke arah Saffya. Gadis itu terdiam seribu bahasa. Matanya mula berkaca.
"Kau ingat aku nak kahwin dengan kau? Herh kau silap Saff. Ya, aku pernah berniat nak memperisterikan kau. Tapi kau ingat aku bodoh? Kau bukannya ada dara dah pun. Berapa banyak Dato bayar kau jadi pelayan diorang? Aku diam tak bermakna aku tak tahu, Saffya. Aku diam sebab aku banyak bersabar dengan kau. Aku ingat sekali je kau akan curang. Tapi tak, berkali-kali. Macam ni nak jadi bini aku? In your dream!" Sinis kata-kata Aryan. Sudah lama dia bersabar dengan Saffya. Gadis itu langsung tak berubah.
Tubir mata Saffya mulai terasa hangat. Bila-bila masa sahaja kolam air matanya bakal pecah.
"You sengaja kan? You memang sukakan Natalya dari zaman belajar lagi kan? You ingat I tak tahu? You bercinta dengan I pun sebab you nak dekat dengan Natalya kan? Lepastu sekarang you sengaja nak letak salah ni pada I." Bergetar suara Saffya melontarkan soalan bertubi-tubi.
Ternaik alis kiri Aryan.
"Dengar sini baik-baik Saffya. Sekali je aku cakap. Yes, memang awal dulu aku rapat dengan kau sebab aku nakkan Natalya. Tapi bukan aku sukakan dia pun masa tu. Aku just nak usik dia, tak sangka boleh suka betul-betul. And at same time, memang aku sukakan kau. Sebab kau cantik. Kau suka melekat dekat aku. Perasaan tu masih ada sampai aku dapat tahu yang kau tidur dengan jantan lain belakang aku. Kau bagitahu aku sekarang, macam mana aku nak terima kau? Sedangkan waktu bercinta pun kau boleh curang, apatah lagi lepas kahwin." Aryan tergelak kecil. Kepalanya digeleng perlahan.
Jatuh airmata Saffya dengan kata-kata Aryan. Dia tak saaggup kehilangan Aryan.
"Ar, I janji I akan berubah untuk you. Jangan tinggalkan I. Please Ar!" Maruahnya ditolak tepi. Dia sanggup merayu lelaki itu untuk menerimanya semula.
Aryan memandangnya kosong.
"Hati aku dah mati untuk kau. Kau carilah lelaki lain yang lagi baik daripada aku. Aku doakan kau bahagia. Dan aku tak nak kau salahkan Natalya dalam hal ni. Dia tak salah. Aku yang cintakan dia." Aryan bingkas berdiri.
"Kau tu cantik, tapi sayang kau terlalu obses dengan duit sampai sanggup gadaikan maruah kau. Berubahlah Saff! Pintu taubat sentiasa terbuka." Sambungnya lagi.
Baru sahaja dia ingin membuka langkah, Saffya menyumpah seranahnya.
"You jangan ingat you akan bahagia. I akan pastikan you guys akan merana. I bersumpah yang I akan kacau hidup you guys. Kalau I tak dapat you, tak ada siapa boleh dapat you." Saffya mengambil handbagnya lalu laju kakinya melangkah keluar daripada restoran itu. Airmatanya diseka kasar.
Aryan diam mengetap rahangnya. Dia tahu Saffya bakal mengganggu hidupnya bersama Natalya selepas ini. Kau kena kahwin dengan Natalya secepatnya, Ar!
"Ish geramnya aku dengan si Saff ni! Kenapa dia buat kau macam ni? Aku dah lama bersabar dengan dia. Kalau tak, dah lama aku kaki-kakikan dia. Dia ingat dia cantik sangat ke? Ingat main ragbi ke main rempuh-rempuh orang." Bebel Melya sendirian. Natalya menggeleng perlahan. Melya kalau dah start membebel habislah ko tujuh hari tujuh malam diungkitnya. Dasar anak Dhariz!
"Mel, aku okaylah. Dah latu. Dia tak sengaja."
Melya mencebik.
"Kau ni baik sangat kenapa? Baik tak bertempat. Dia tu terang-terang dah berubah 360 darjah. Dah terpesong dari landasan yang benar. Dengan pakaian serba serbi tak cukup. Dulu zaman belajar boleh je pakai tudung, sekarang mana pergi tudung? Tak tahu pula aku, KL ni angin kuat sangat sampai tudung pun boleh terbang."
Nah, kau setempek ayat Melya. Mulutnya pedas ya. Habislah abe Ad kita lepas kahwin kena tadah telinga selalu.
"Ala, nanti slow-slow dia berubahlah." Natalya masih memenangkan Saffya.
"Slow-slow juga. Tapi ni dah slow sangat dah ni. Kita bukan makin muda. Makin hari makin tua. Tak berubah sekarang bila lagi nak berubah? Nak tunggu gigi patah semua, muka dah berkedut seribu baru nak berubah?"
Mengcapek aa dengan Melya ni. Kecik-kecik Dhariz sumbat cili ke apa ni?
Natalya kehilangan kata untuk membalas. Lagi dibalas, ha bertubi kau yang dibalas Melya. Semua yang dia cakap semua menusuk ke jantung sanubari.
Bam!
Bunyi hempasan pintu menyentakkan mereka berdua.
"Ha bagus! Biar tercabut pintu tu. Lepasni rumah kita tak payah pakai pintu dah. Biar roboh satu rumah lagi bagus." Sindir Melya sinis. Saffya mengabaikan kata-kata Melya.
"Saff, kau okay tak? Muka kau pucat." Natalya menyoal kepada Saffya. Wajah kawannya itu kelihatan sembam. Dengan muka pucat, maskara cair.
"Diamlah! Ini semua salah kau!" Jerkah Saffya.
Terhinggut bahu Natalya.
"Oi oi, pehal pulak salah Lya. Kau yang punca dia terseliuh kaki." Melya memincingkan matanya.
"Kau tanyalah kawan baik kau ni, dia dah rampas Aryan daripada aku. Aryan tak nak kahwin dengan aku. Sebab dia. Dasar perempuan bawa malang. Sial!" Saffya menghentak kaki mendaki tangga naik ke biliknya.
Melya memandang ke arah Natalya yang membisu itu.
"Kau tak payah layan minah senget tu. Abaikan je." Pujuk Melya. Bahu sahabatnya itu dipaut mesra.
Natalya menguntum senyuman kecil. Dalam hatinya memikirkan apa yang Saffya kata tadi. Kenapa Darmish tak nak kahwin dengan Saff sebab aku?
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro