𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 7
Bunyi deruan ombak pantai mendamaikan jiwa. Aryan memejamkan matanya. Segala yang melekat di fikirannya cuba ditepis.
"Awak marah saya ke?" Soal Natalya. Tangannya menggenggam erat tali sling bagnya. Dia risau lelaki itu langsung tidak bercakap. Hanya sepi menemani mereka sedari awal tadi. Tiba-tiba mereka tiba di pantai.
Ternaik kening Aryan. Terlupa pula bawa budak ini juga.
Mata dicelikkan sebelum menoleh ke arah Natalya yang sedang menggigit bibir. Terbit satu senyuman kecil di bibir Aryan.
"Taklah. Aku bukan marah kau. Aku marah budak-budak tadi tu. Aku tak suka cara diorang pandang kau." Lembut Aryan berkata.
Natalya memandang ke arah Aryan.
"Kenapa awak kisah pasal saya? Kenapa awak yang melebih macam saya ni awak punya?" Gumam Natalya perlahan.
"Kau memang aku punya pun. Janji dengan aku lepasni tak pakai baju macam ni lagi dah. Kau kalau nak goda aku, aku tak kisah. Itupun tunggu kahwinlah." Aryan senyum sumbing. Natalya memalingkan muka ke luar tingkap. Bibir bawah dikemam. Malunya Ya Allah!
Kemudian hanya sepi menemani mereka kembali.
"Chagiya." Aryan memecahkan kesunyian antara mereka.
Natalya diam menunggu jawapan daripada mulut Aryan.
"Jom kahwin!"
Hampir tercabut jantung Natalya. Apa kejadahnya ajak kahwin macam gini? Macam ajak makan aiskrim je! Selamba badak je.
"Darmish, jom balik." Ajak Natalya. Malas lama-lama di situ. Mula-mula ajak dating, lepastu ajak kahwin. Lepasni ajak apa pula? Ajak buat anak? Mengrisau.
Aryan tergelak kecil.
"Merah betul muka kau, kenapa? Lapar cendol ke lapar kaki?" Terbahak-bahak dia ketawa. Amboi, sukanya dia.
Natalya menjelingnya tajam. Suka hati je nak usik orang.
Aryan mula menghidupkan enjin kereta semula. Mereka pun beransur pulang.
"Darmish, boleh tak lepasni kita tak payah keluar berdua macam ni?"
Berkerut dahi Aryan, "Nak keluar bertiga ke? Jomlah kahwin dulu. Ada anak nanti kita tak berdua dah la."
Natalya menepuk dahinya.
"Awak ni merepeklah. Bukan itu maksud saya. Kalau boleh lepas ni kita jumpa dekat office je atas urusan kerja, tak keluar lunch macam ni lagi dah." Jelas Natalya. Dia tidak selesa dengan pandangan staff lain terhadap mereka. Mahu tidaknya, hari-hari Aryan terpacak di hadapan mejanya.
"Kenapa pula? Aku nak keluar dengan kau. Ada orang marah kau ke? Bagitahu aku siapa orang tu. Biar sini Abe Ar luku kepala dia biar bodoh abadi."
"Saffya. Saya tak nak dia salah faham. Saya tak nak rampas buah hati dia. Awak tu boyfriend dia. Dia pula kawan baik saya." Keluh Natalya. Pandangan di buang ke luar tingkap. Wajah Saffya mula menjengah ruang fikirannya. Kata-kata Saffya mula bermain semula di ingatan.
"Diam boleh tak? Jangan menyibuk hal aku. Kau tu semaklah. Dahla miskin."
"One more thing, aku tak nak kau rapat dengan bakal suami aku. Aryan Darmish milik aku. Selamanya milik aku. Aku tahu kau kerja dengan dia kan?"
Aryan memandang ke arah Natalya sepintas.
"Kalau kita dah jodoh, dia bukan siapa-siapa nak halang. Kalau kau jodoh aku, sekalipun aku takkan lepaskan kau. Tak kiralah sebesar mana pun ujian kita, hati aku hanya satu. Untuk kau. Persetankan Saffya tu." Tenang Aryan berkata. Natalya menoleh ke arah Aryan dengan seliratan tanda tanya. Aryan cakap hati dia untuk aku ke? Eh, perasanlah kau Lya. Dia cakap kalau. KALAU.
"Little girl, listen up."
Kening Natalya bertaut. Listen apa?
"I want you to know that it's our time, You and me bleed the same light, I want you to know that I'm all yours, You and me run the same course." Aryan menyanyikan lirik lagu 'I want you to know by Zedd'.
Natalya terdiam cuba menghadam bait-bait maksud lirik itu.
"I'm slippin' down a chain reaction, And here I go here I go here I go go, And once again I'm yours in fractions, It takes me down pulls me down pulls me down low." Sambung Aryan. Merdu suaranya. Natalya juga mula mengcair. Author juga nak ikut cair. Aww abe Ar💅
"Honey it's raining tonight, But storms always have an eye have an eye, Tell me you're covered tonight, Or tell me lies tell me lies lies."
Aryan senyum sekilas memandang Natalya. Lesung pipit di kedua belah pipinya menyembul keluar. Aaaaa tergodahhhh!
"See you when I see you, but not in ICU because the one I want to see is you." Aryan melambaikan tangannya ke arah Natalya. Tergelak kecil Natalya dibuatnya. Berbelit-belit ayat mamat ni.
Bella mula meluncur pergi dari perkarangan rumah sewa Natalya. Natalya berjalan masuk ke dalam rumah.
Pintu dikuak dan tersembul wajah Saffya bersama sarung nangkanya. Ketat sendat padat.
"Kenapa Aryan hantar kau balik?" Soalnya kasar. Natalya menelan liur kasar.
"Kereta aku rosak." Jawab Natalya. Terpaksa ditipu.
Saffya mencerlung tajam ke arah Natalya, "Kau dengar sini baik-baik, aku tak nak kau dekat dengan Aryan. Aryan tu aku punya. Kau tu patut sedar diri kau. Miskin. Hodoh. Siapa je yang nak dekat kau? Aryan takkan pandanglah orang dari keluarga miskin macam kau ni."
Berdesing telinga Natalya menerima segala cacian daripada Saffya. Airmatanya sehabis baik dia cuba tahan daripada gugur. Matanya tunduk menekur lantai.
"Sekali lagi kalau aku dapat tahu yang kau keluar dengan bakal suami aku, memang siap kau aku kerjakan." Saffya merempuh kasar bahu Natalya sebelum berlalu keluar rumah. Pintu dihempas kasar.
Natalya jatuh terduduk. Airmatanya mula jatuh membasahi pipi. Salah ke jadi miskin? Salah aku ke aku miskin? Berdosa ke jadi miskin?
Bunyi deringan telefonnya mematikan lamunannya. Laju dia mengangkat panggilan itu.
"Assalamualaikum, chagiya. Aku dah sampai rumah. Tak tanya kan? Takpe aku saja nak bagitahu. Hihi. Buat apa tu? Tengah rehat ke?" Suara garau Aryan menyapanya dari hujung talian.
Natalya mengesat air matanya.
"Waalaikumussalam. Tak buat apa pun. Tengah baring je ni." Natalya cuba untuk berdiri. Namun dia terjatuh kembali. Sepertinya kakinya terseliuh.
"Chagiya? Kau nangis ke?"
Tersentak Natalya dibuatnya.
"Tak, mana adalah. Merepeklah awak ni. Argh!" Natalya cuba bangun sekali lagi. Tapi usahanya tidak membuahkan hasil. Hanya sakit dengan yang dirasakan.
"Natalya?! Okay tak ni? Kau tunggu situ aku datang." Tegas Aryan. Rasa risau bertandang di hati.
"Darmish, tak payah-"
Aryan mematikan talian. Natalya mengeluh berat. Kakinya dipicit lembut. Sakitnya, Ya Allah.
Aryan memandang ke dalam anak mata Natalya.
"Tell me!"
Natalya sengih janggal, "Saya terjatuh tangga. Tergelincir."
"Mana tangga tu? Biar aku pukul dia!" Aryan menampar meja kasar. Natalya menepuk dahinya. Merepeklah dia ni.
"No, Natalya Rozella. Tell me. Siapa buat kau macam ni? Kau boleh tipu orang lain, tapi kau tak boleh tipu aku." Aryan menghela nafas berat. Dia tahu Natalya cuba sembunyikan sesuatu darinya.
"Mana ad-"
"Saffya kan? Jujur cepat." Aryan memintasnya.
Laju kepala gadis itu menggeleng. Aryan bingkas berdiri.
"Nak pergi mana?" Soal Natalya apabila melihat Aryan tiba-tiba bangun. Mereka baru sahaja pulang dari klinik, kini singgah di restoran untuk minum petang.
Aryan hanya mendiamkan diri.
"Bro, sorry lambat. Aku ada hal tadi. Baba aku baling periuk gaduh dengan mama aku. Dia merajuk sebab mama aku borak dengan bangla jual karpet tu. Padahal mama aku nak beli karpet je." Suara garau Aqeef bersuara. Dia menapak menghampiri Aryan.
"Tolong hantar Natalya balik rumah dia. Aku ada hal nak kena settle." Ujar Aryan mendatar. Bahu Aqeef ditepuk perlahan.
Aqeef menoleh ke arah Natalya yang memandang ke arah mereka.
"Walaweh, cantik sia. So, inilah perempuan dambaan Tuan Aryan Darmish. Bapak aaaa nak share boleh?" Aqeef mengenyitkan matanya ke arah Natalya.
Natalya termanggu sendirian. Perempuan dambaan Tuan Aryan Darmish?
Aryan mencengkam bahu Aqeef sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.
"Kalau kau nak hidup lama, better stop niat tak suci tak berapa murni kau tu. Tolong hantar dia balik, aku pergi dulu. Ingat! Balik terus jangan melencong." Pesan Aryan sebelum meninggalkan mereka.
Aqeef mencebik. Bahunya diusap lembut.
"Macam manalah awak tahan dengan Aryan tu? Kasar nak mampus. Suka marah-marah." Aqeef menarik kerusi lalu melabuhkan punggung bertentangan dengan Natalya.
"Biasa je saya tengok. Suka bergurau ada la mamat tu." Natalya menghirup air teh suam yang dipesannya.
"Awak dengan Aryan tu dah declare eh? Bila nak kahwin?"
Tersedak Natalya dibuatnya. Tersembur air yang diminumnya ke muka Aqeef. Terkedu lelaki itu dibuatnya. Bibir diketap.
"Sorry-"
"Nah, sokay. Awak perempuan Aryan. Nak marah pun tak boleh. Karang saya yang kena penggal kepala." Aqeef mengambil tisu lalu mengelap mukanya.
Kepala Natalya ligat memikirkan ayat Aqeef itu. Perempuan Aryan?
"Jom balik. Aku nak pergi dating pula lepasni." Ujar Aqeef. Natalya mengangguk kecil. Mereka pun mula berangkat. Minuman tadi telahpun Aryan bayarkan.
Sewaktu berjalan menuju ke kereta Aqeef, Natalya terpandangkan satu restoran mewah. Aryan? Saffya?
Saffya melentokkan kepala ke bahu Aryan. Lelaki itu hanya diam membiarkan.
Kau expect apa Lya? Terang-terang Saff tu girlfriend dia. Kau tu pekerja dia. Buang perasaan ni Lya. Kau juga yang sakit nanti.
Aqeef memandang ke arah yang dipandang oleh Natalya. Gulp! Liur ditelan kasar. Bodohlah Ar ni, pergilah jumpa tempat lain. Asal jumpa dekat-dekat area sini juga. Kau lagi sikit nak dapat tackle minah ni, kau gi buat onar pula. Parah kau ni Ar!
"Jom balik." Natalya terus menuju ke kereta Aqeef. Dia membolos masuk ke tempat sebelah pemandu. Laju kaki Aqeef mengikutinya. Dia masuk ke tempat pemandu.
Mereka pun beransur pulang. Tiada satu pun perbualan antara mereka. Aqeef hanya diam. Takut untuk bercakap. Karang kena sembur free je.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro