Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 6

Natalya menoleh ke arah sisinya. Masih tidak dapat dia bayangkan sama ada dia sedang bermimpi ataupun tidak. Rasa macam mimpi tapi macam real pun ada.

"Kau tenung aku macam nak terkam tu kenapa? Aku masih teruna. Jangan nak macam-macam."

Lantas bibir Natalya mencebik. Macam mana dia tak renung macam nak tembus kepala otak si Aryan ni. Pagi-pagi lagi pukul 10 dah culik Natalya. Ajak teman ke llao llao. Belum masuk lunch hour dah keluar dulu.

"Cuba kau tengok tu. Awek tu suap pakwe dia." Aryan menjuih bibir ke pasangan kekasih yang duduk di hujung kedai llao llao itu.

Natalya memusingkan badannya untuk melihat ke arah itu. Seorang gadis sedang menyuap teman lelakinya makan yogurt llao llao.

"So apa masalahnya?" Soal Natalya dengan hairan sebelum kembali menoleh ke arah Aryan.

Aryan menolak cup yogurtnya ke arah Natalya. Jari telunjuknya diletakkan di atas bibir.

"Suap."

Membuntang mata Natalya.

"Tuan ni dah kenapa? Orang tengok nanti. Malulah." Natalya laju menggeleng. Aryan mengecilkan matanya.

"First of all, aku nak kau drop perkataan Tuan tu. Semaklah. Kita dekat luar bukan dekat office. Second, kau kena suap aku. Aku kata A, maka A lah jawapannya. Barang siapa yang melanggar arahan aku, akan ku potong gaji dia. MUAHAHAHAHA." Aryan senyum senget.

Natalya mengeluh kasar, "Habistu nak panggil apa? Encik? Boss?"

Dia mencedok yogurt itu dan disua kepada Aryan. Aryan senyum kecil sebelum menerima suapan daripada Natalya itu.

"Panggil aku Darmish. Macam first day kau terkejut jumpa aku. Nampak spesial sikit, orang lain panggil aku Aryan. Kau sorang je panggil aku Darmish." Aryan senyum sumbing. Natalya mengangkat wajahnya memandang Aryan. Lalu kenyitan mata terpadu abe Ar menggetar jiwa gadis itu.

Laju Natalya menunduk.

"Comel betul kau ni. Usik sikit pun dah merah pipi tu. Sabar jap. Kahwin dengan aku nanti, aku picit pipi kau tu sampai kemik." Tawa Aryan mula bergema dalam satu kedai itu.

Natalya menjegilkan matanya, "Awak buat semua orang pandang kita tahu tak? Gelak tu behavelah sikit."

Kalau boleh gelak tu nak satu mall tu dengar agaknya.

Aryan menghabiskan sisa tawanya.

"Okay chagiya, so lepasni kita nak pergi mana? Tadi dah makan nasi. Dessert pun dah. Then?" Soalnya lembut.

Kening Natalya bertaut.

"Balik officelah, nak pergi mana lagi?"

Aryan menggeleng.

"Harini kita ambil half day."

"Eh pehal pula?"

"Sebab aku nak dating dengan kau. Jom dating dengan aku. Kita tengok wayang jom." Aryan memperlawa Natalya. Natalya menepuk dahinya. Mamat ni ajak dating macam ajak main guli.

Melihat tiada jawapan daripada Natalya, "Jom tengok Spiderman No Way Home. Aku tak pernah tengok lagi." Ajak Aryan.

"Tak nak. Tak best. Kita tengok Makmum 2 jom!" Sorak Natalya dengan riang.

Jari telunjuk Aryan diangkat ke udara dan digerakkan kanan ke kiri berkali-kali.

"No. A big NO for horror movie."

Natalya menyepetkan matanya sebelum senyum senget.

"Why? Tuan Aryan Darmish kita tachod ke tu?" Usiknya.

"M-mana ada." Aryan mengalihkan matanya yang bersabung dengan Natalya itu.

"Habis tu?"

"Okay fine. Jom kita tengok cerita makmum. Kau pun nanti nak jadi makmum aku kan?" Aryan bingkas berdiri. Natalya mengikuti langkahnya keluar daripada kedai llao llao itu.

Aryan mematikan langkahnya dan memusingkan badan ke arah belakang. Belum sempat Natalya brek.

Chup!

"Ha amacam? Sedap cium dada aku?"

Natalya menunduk menekur lantai. Bibir dikemam. Aduh, malunya!

"It's okay, chagiya. Kau tak sengaja. Nanti lepas kawin kau cium banyak kali pun takpa. Aku tak kisah."

Makin memerah pipi gebu Natalya. Kenapalah mamat ni asyik cakap pasal kahwin?

Aryan senyum memandang Natalya yang masih takut untuk memandangnya itu. Comel! Kau tak nampak ke aku bagi hint ni?

"Dah, jom kita pergi beli tiket. Tapi sebelum tu aku nak pesan. Jangan peluk aku eh, kalau takut kejap lagi. Kita bukan mahram. Nanti dosa aku yang sedia ada ni bertambah. Maleh aque." Aryan membuka langkah ke pawagam. Natalya mengikutinya di samping.

"Eleh, entah-entah dia yang terpeluk aku." Bebel Natalya sendirian. Aryan hanya tersenyum mendengar itu. We'll see baby.

Melya terjenguk-jenguk memandang ke arah bilik rawatan itu.

"Tengok apa tu sayang?" Sergah Adryan daripada belakang. Hampir terjatuh jantung Melya dekat situ. Sayang?

"Abang! Takde apa. Saja tengok kawasan sini. Fuyoo, cantik. Pandai abang decorate." Melya sengih janggal.

Adryan senyum kecil.

"Dah lunch?"

Melya geleng.

"Jom lunch."

Membulat mata Melya, "Abang ajak Mel ke?"

Kening Adryan ternaik, "Habistu abang ajak siapa lagi? Mana ada orang lain dekat sini. Entah macam mana Mel ceroboh masuk bilik kerja abang ni. Hari-hari abang tengok Mel ada dekat sini."

Berbahang pipi Melya. Alahai kantoi, hanafi berdua-duaan. Mak abah tengok ni.

"Hehe. Mel saja nak tengok abang buat apa. Mel bosan dekat butik tu." Pangkal lehernya yang beralaskan tudung itu diusap.

Adryan membuka kot doktornya dan disangkutkan ke penyangkut. Dia mengambil kunci kereta, dompet dan telefonnya.

"Jom, naik kereta abang."

Bersinar mata Melya. Kenapa rasa macam mimpi ni?

"Mel? Kenapa tak gerak lagi? Nak abang dukung ke?" Ujar Adryan yang sudah pun tiba di muka pintu.

Laju Melya mendapatkan Adryan. Mereka jalan seiring.

"Abang ooo abang." Panggil Melya.

Adryan tersenyum.

"Iya sayang, kenapa?"

Melya mengemam bibirnya. Rasa macam nak menjerit biar satu hospital tahu yang dia happy dengar Adryan panggilnya sayang.

"Kita nak pergi makan dekat mana?" Soalnya malu-malu.

"Hm, Mel nak makan apa? Abang ikut Mel je." Balas Adryan.

"Mel nak makan abang."

Terhenti langkah kaki Adryan. Melya juga ikut berhenti.

"Mel terlepas cakap ke bang? Abang dengar ke?" Melya menggigit dinding pipinya. Ya Allah, kurniakanlah aku muka yang tebal bagi menghadapi abang Adryan.

Adryan tergelak kecil, "Nak makan abang tunggu lepas kahwin. Nanti abang jumpa abi Mel. Sekarang ni kita cari makan untuk lunch dulu."

Adryan membuka langkah meninggalkan Melya dengan selirat tanda tanya. Kahwin? Jumpa abi? What-

"Abang!!!! Abang nak kahwin dengan Mel ke??" Melya mengejar langkah kaki Adryan. Bapak laju, kaki panjang betul.

Adryan geleng kecil sambil tersenyum. Comel!

Aryan menoleh ke arah sisinya. Bibirnya mengukir satu senyuman. Perlahan-lahan dia mengeluarkan telefon.

Click!

Satu gambar diambil. Gambar Natalya sedang tidur berlapikkan bahunya. Ajak tengok cerita hantu, tapi boleh pula dia tertidur.

Aryan merenung gambar yang baru sahaja diambil itu.

Change Homescreen Wallpaper.

"Comel." Sebaris ayat itu keluar di bibirnya.

Natalya memisat matanya. Dia mengangkat wajahnya. Lalu matanya bertaut dengan Aryan. Warna mata greyish-green milik Aryan sungguh cantik.

Laju kepalanya menggeleng dan diangkat daripada terus melentok ke bahu lelaki itu.

"Sedap kau tidur eh? Mementanglah bahu aku ni sedap buat bantal. Bukan main ko." Perli Aryan. Natalya menghiraukannya.

"Jom balik." Ajak Natalya. Dia sebenarnya malu. Macam mana aku boleh tertidur atas bahu dia? Aaaaa malunya.

Aryan bingkas berdiri. Mereka berjalan keluar daripada panggung wayang itu.

Telefon Natalya berdering. Serentak itu mematikan langkah kakinya.

"Darmish, kejap. Mak saya call."

Aryan mengangguk faham. Natalya mengangkat panggilan itu.

"Waalaikumussalam, mak. Ya, kakak sihat. Mak sihat?" ujar Natalya dengan teruja. Rindu akan ibunya yang tinggal di kampung.

Aryan juga memberhentikan langkah. Dia berdiri di samping Natalya.

Sekumpulan lelaki berjalan ke arah Natalya yang ralit berborak dengan ibunya itu. Aryan memandang mereka pelik.

Sekumpulan itu seperti sedang berbisik sambil memandang ke arah belakang badan Natalya. Wajah Aryan mula berubah dingin.

Dia menarik lengan Natalya yang berlapikkan lengan baju itu. Membuatkan Natalya merapat dengannya. Dia menolak perlahan tubuh Natalya lalu tersandar gadis itu ke dinding. Kedua-dua belah tangannya ditahan di kedua-dua kepala Natalya.

Tersentak hebat Natalya, "Ya mak, nanti akak call balik."

Talian diputuskan. Mata Natalya masih memandang ke arah Aryan.

"Darmish, awak kenapa ni?"

Aryan memejamkan matanya. Nafas diatur kembali.

"Lepas ni kalau keluar jangan pakai blaus satin macam ni. Aku tak suka."

Terkebil-kebil Natalya memandang rahang Aryan yang bergerak-gerak.

"Kena-"

"Sebab aku tak suka orang tengok hak milik aku." Aryan menarik beg tangan Natalya untuk berjalan dengannya. Pandangan sinis sekumpulan lelaki itu diabaikan. Kalau ikutkan hati memang dia dah tumbuk semua dekat situ. Tapi dia tak nak Natalya trauma dengannya.

"Darmish, awak-"

"Tak. Aku tak okay. Jangan tanya." Dingin Aryan. Natalya menelan saliva kesat. Muka beku Aryan bukan boleh bawa main.

Tiba di parkir kereta, Aryan membukakan pintu untuk Natalya. Gadis itu hanya menurut.

"Kita pergi satu tempat kejap." Kata Aryan senada sebaik sahaja dia membolos masuk ke tempat pemandu.

Natalya hanya diam. Tidak berani untuk memberi jawapan. Bella pun mula meluncur laju di atas jalan raya.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro