𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 50
Dia membuka kelopak matanya. Kosong. Perlahan-lahan dia cuba bangun. Sosok tubuh suaminya yang duduk merenung telefon di sofa membuatkannya menghela nafas lega. Langsung bibirnya tersenyum.
Berasa bagai diri diperhatikan, Aryan memanggung kepala menoleh ke arah isterinya, "Apa pandang-pandang? Ada hutang?"
Terkedu Natalya dengan pertanyaan Aryan. Bermakna semalam hanyalah mimpi. Mimpi di mana Aryan tidur bersamanya.
"Abang tidur mana semalam?" Dia mahu pastikan bahawa semalam bukan mimpi tapi realiti.
Berkerut dahi Aryan.
"Rumahlah. Mana boleh lelaki tidur dalam ward perempuan. Abang kena halau dengan security semalam." Balasnya. Aryan menyambung menilik telefon di tangan.
Bagai kaca terhempas ke batu, hati Natalya terkilan. Rupanya semalam hanyalah mimpinya.
"Hey chagiya, don't cry. Abang ada ni untuk sayang. Abang tak salahkan sayang pun. Kita tak minta pun semua ni jadi. Apa yang dah lepaskan biarkan lepas. Sekarang kita fokus dengan anak kita."
"Sayang, nanti kalau anak ni keluar abang nak namakan dia Tuan Dayyan Nahlan bin Tuan Aryan Darmish. Anyonyo comel macam abang."
"Tuan Dayyana Naela."
"Abang pun sayang Lya."
Keluhan kecil dilepaskan. Aryan yang perasan akan hal itu hanya memandang sepi dari jauh. Nak sambung merajuk ke tak nak? Ish!
"Doktor cakap Lya dah boleh discharge harini. Kita balik rumah atuk. Ke Lya tak sudi ikut abang?" Soal Aryan penuh sarkastik. Natalya hanya diam menunduk.
"Lya tak kisah. Asalkan ada abang." Balasnya perlahan.
Aryan bingkas berdiri.
"Baguslah kalau tak mengada-ngada buat perangai lagi dah." Terus dia menuju ke locker pakaian. Dia mengemas beg isterinya itu.
Natalya mengigit bibir bawahnya. Sungguh dia rindukan Aryan yang dulu. Yang sentiasa manja dengannya. Sentiasa berlembut dengannya. Aryan yang sekarang lebih dingin berbanding dulu.
"Abang, kalau apa-apa jadi dekat Lya masa bersalin nanti. Tolong jaga anak kita."
Aryan merengus geram, "Berhenti merepeklah Lya. Jangan cakap macam tu. Abang tak suka."
Natalya mengemam bibir. Sedaya upaya dia menahan air matanya daripada jatuh.
"Tak payah nak buat sedih sangatlah. Semalam memang abang tidur sini. Kan abang tidur sebelah sayang semalam. Lupa ke?" Aryan tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Saja dia mahu mengusik isterinya itu. Memang apa yang berlaku semalam itu realiti bukan mimpi.
Natalya memandang Aryan dengan pandangan tidak percaya.
"Jadi semalam bukan mimpi?"
Aryan mengangguk. Ya, bukan mimpi. Masih dia ingat semalam tidur dia berbantal pelukan isterinya. Sedap mat.
"Pasal Tuan Dayyan Nahlan dengan Tuan Dayyana Naela tu betul-betul?"
Aryan mengangguk lagi. Kepala isterinya yang berbalut tudung sarung itu digosok.
Natalya menghela nafas lega. Berarti Aryan sudah memaafkannya. Mulia sungguh hati encik suami.
"Abang." Natalya memegang lengan Aryan yang baru sahaja sambung mengemas pakaian isterinya.
"Lya sayang abang." Ujarnya. Terhenti segala pergerakan tangan Aryan. Dia memandang wajah isterinya sebelum puncah hidung Natalya dicuit manja.
"Abang sayang awak juga." Balasnya. Diikuti senyuman melebar di bibir.
Natalya menarik tangan suaminya dan diletakkan ke perutnya yang membulat itu.
"Dalam ni ada dua."
Berlapis-lapis dahi Aryan. Dua?
"Memanglah. Ada baby dengan taik Mmy dia." Selambanya. Natalya menampar lembut lengan suaminya.
"Bukan yang tu la." Rajuknya. Eloklah isteri naif, suami bendul. Sesuai bagai pinang digilis lori.
Aryan mengusap dagunya sebelum matanya membulat, "Twin?"
Natalya senyum lalu mengangguk. Ya, dia mengandungkan kembar. Bagai termakbul doa Aryan semalam. Padahal Natalya sudah lama tahu akan hal itu. Cuma dia belum berkesempatan untuk memberitahu suaminya. Iyalah, sibuk bergaduh. Saling menyakiti.
Aryan meraup wajahnya, "Alhamdulillah." Tak pernah dia duga, dia bakal menimang anak kembar. Daddy, I did it. Just like you. Yihaaa!
"Gender doktor dah bagitahu? Laki ke perempuan? Perempuan ke laki?" Teruja betul Aryan. Senyumannya langsung tidak lekang. Jelas wajahnya kelihatan sangat bahagia.
Klak!
Mereka berdua menoleh ke arah pintu yang diterjah masuk itu. Seperti biasa The Balarian is coming.
"Ar!!!!!" Jerif Afeeq. Dah kenapa mamat ni gelabah? Macam dia yang nak bersalin.
Aryan menggaru kepalanya.
"Apa benda kau ni, Feeq?"
Aqeef dengan muka cuaknya, "Kau nampak tak budak kecil, perempuan. Gigi dua batang. Pakai baju pink. Naik stroller ada logo ferrari. Atas kepala dia ada crown kecik. Ada nampak tak?"
Aryan menggeleng. Anak siapa pula yang dicari sepupu-sepupunya itu?
"Budak mana korang cari ni?"
"Princess!!!!" Jerit mereka serentak. Masing-masing serabut mencari keberadaan adik kecil mereka itu. Apa nak jawab dengan Baba Mama ni?
Afeeq menyerabaikan rambutnya, "Tadi dia ada depan mata aku. Salah kaulah ni, Qeef. Aku pergi tandas kejap je. Itupun tak boleh harap. Sudahlah princess hilang, baby pun hilang. Tak boleh haraplah kau ni." Bahu adiknya itu ditolak kasar.
Aqeef menolak bahu abangnya semula, "Manalah aku tahu nak jadi macam ni. Awek aku tetiba call. Macamlah aku tahu bila dia nak call. Kau pun salah. Siapa suruh kau berak lama sangat? Semua salah kau. Abang tak guna."
Aryan memicit pelipis dahinya. Bakal ada pertempuran sebentar lagi. Dia memandang isterinya yang tergamam melihat dua beradik itu bertikam lidah. Benda biasa tu.
Elok sahaja dia menoleh semula ke arah dua beradik itu, mereka sudahpun menarik rambut sesama sendiri di atas lantai.
"Salah kau."
"Kau yang salah. Awek kau pun salah."
"Mana ada. Awek aku perempuan. Perempuan tak pernah salah. Kau yang terpaling salah."
"Kau tu yang paling-paling tersalah di antara yang paling salah dalam kalangan yang terpaling salah."
Klak!
Sekali lagi pintu dikuak. Kali ini wajah Aariq, Shayla dan Aefeq pula muncul. Tidak lupa juga si kecil, Atheefa. Ni ada ja adik korang, gaduh apa lagi dua ekor ni?
"Astagfirullahalazim. Bangun sekarang sebelum Baba join korang." Aariq mengusap dadanya. Mengucap panjang melihat kerenah anak-anaknya itu. Tadi bukan main berbaik jaga princess sama-sama. Ini bergaduh pula.
Langsung dua beradik itu bangun membetulkan segala kedutan baju, rambut yang serabai dibetulkan juga.
Shayla hanya menggeleng sebelum mendekati katil Natalya.
"Lya sihat? Ar dengan Lya dah makan?" Shayla meletakkan bekas makanan ke atas meja. Dia memang datang sini mahu melawat isteri anak buahnya itu.
Natalya senyum mengangguk.
"Kitorang belum makan lagi. Ibu Shay bawa apa tu?" Soal Aryan. Dia menuju ke arah ibu susuannya itu. Memang Shayla pernah menyusukan Aryan dan Adryan sewaktu mereka masih bayi. Dek kerana Ayeena sibuk menguruskan perniagaan butiknya. Shayla kadang-kadang mengoffer dirinya untuk mengasuh anak-anak Ayeena. Bayangkan dia jaga 5 orang bayi.
"Ibu masak lauk kegemaran Ar. Sambal udang petai." Rambut perang Aryan diusap sayang.
"Cakap sekarang, kenapa korang bergaduh?" Aariq bercekak pinggang di hadapan Afeeq dan Aqeef.
Afeeq menolak Aqeef. Aqeef menolaknya semula.
"Lawan tolak lagi nanti aku tolak dua-dua ekor jatuh bangunan. Jawab cepat!" Ha, ayok Baba Riq marah. Tatau ayok.
"We lost princess and baby." Jawab mereka serentak. Berkerut dahi Aariq. Lost kepala hotak apa ni? Tapi jap, dah bisa english ke anak-anak aku?
"We're so sorry, Baba. Baba buat princess and baby yang baru je la. Siapa kita nak lawan takdir? Nak buat macam mana? Diorang dah hilang apa boleh buat?" Sambung Aqeef. Semudah ABC ya mintak buat adik baru. Mudah mengalahkan minta ferrari sebiji.
Aariq menampar dahinya, "Kenapalah korang berdua ni lahir? Tu adik korang. Princess ada je tu dengan baby. Penatlah aku gini. Sudahlah jadi bangang tu. Biar aku sorang je la bangang." Keluh Aariq. Penat dengan kerenah anaknya itu. Mengpenat.
Afeeq dan Aqeef menoleh ke arah Aefeq dan Atheefa. Melopong mulut mereka.
"Tch! Penat tau tak kitorang cari. Kau pergi mana baby?"
"Aku bawa princess dekat Baba. Dia asyik merengek nak Baba." Aefeq mengusap pangkal lehernya. Nak buat macam mana, adiknya itu nakkan Aariq. Bukan salah dia.
"Baa.. Baa.." Rengek si kecil itu. Tangan kecil itu tergapai-gapai. Memanggil Aariq.
Langsung Aariq mendukung anak perempuannya itu. Ditepuk-tepuk punggung anak kecilnya itu. Manja sungguh dia dengan Baba dia.
Shayla menggeleng melihat adengan anak-anak dan suaminya itu, "Abaikan anak beranak biul tu, Ar. Meh makan dengan Lya."
Aryan ketawa halus. Dia sudah terbiasa dengan perangai anak beranak itu. Dari kecil dia menjadi penonton setia drama keluarga itu.
"Ar, bila bini kau boleh discharge?" Soal Aariq yang sedang menidurkan Atheefa itu. Dia melabuhkan punggung ke atas sofa.
"Harini. Petang kejap lagi." Jawabnya.
"Lah, pehal bapak kau beria sangat suruh aku melawat menantu dia? Sengaja nak perkena aku la tu. Tch!" Aariq berdecit geram. Bersungguh Aayyan memaksanya melawat isteri Aryan. Ingatkan dah bersalin. Dasar Aayyan.
Baru sahaja Natalya mahu menyuap nasi ke dalam mulut, perutnya rasa senak. Lengan Aryan dicengkamnya.
"Abang!!!" Nafasnya tercungap-cungap. Sakit sangat ni.
"Apa yang? Abang nak makan tak senang." Rungut Aryan sebelum menyumbat udang yang siap dikupas oleh Shayla ke dalam mulutnya.
Natalya menampar lengan Aryan.
"Sakit, bang. Sakit."
Membulat mata Shayla, "Ar, Lya nak bersalin ni." Seperti dejavu, macam scene dalam story Sei Mio.
Tersembur nasi yang penuh dalam mulut Aryan ke muka isterinya. Natalya memejamkan matanya. Nak marah tapi kena sabar.
"Ibu shay, Ar kena buat apa ni?" Bingkas Aryan berdiri. Mulalah gelabah biawak dia.
"Buat bodoh." Jawab Aariq penuh selamba. Aryan menjelingnya.
"Panggil doktor cepat." Kata Shayla.
"Biar aku panggil!" Afeeq menawarkan dirinya. Dia membuka pintu lalu menjengul kepala ke luar.
"Doktor ooo doktor. Isteri sepupu saya nak bersalin ni. Cepatlah datang oi."
MashaAllah. Mengucap panjang Aryan melihat sepupunya itu. Terus dia berlari keluar dari bilik itu mencari nurse atau doktor yang berdekatan.
"Doktor, isteri saya nak bersalin tu. Tolong cepat. Pesakit ni biar dekat sini. Mati cepat sikit. Takdelah menyemak dalam hospital. Cepat selamatkan anak bini saya doktor oi." Aryan menarik lengan baju doktor yang sedang merawat pesakit itu. Alah setakat jatuh motor apalah sangat. Siapa suruh jadi sampah masyakarat? Kan dah mendapat.
Doktor itu mengikut jejak langkah Aryan ke ward peribadi Natalya.
Hampir 2 jam lebih, mereka semua menanti Natalya yang berperang dalam labour room itu. Bukan berperang dalam PUBG tu. Ni berperang nyawa melahirkan anak. Aryan pula menanti di luar sambil ditemani Ayeena dan Aayyan. Juga yang lain.
Bukan dia tidak mahu masuk ke dalam menemani isterinya, dia sudah masuk tadi. Doktor suruh keluar selepas dua kali dia pengsan tengok darah. Entahlah jantan ni kenapa lemah semangat sangat entah?
Ayeena mengusap belakang badan anaknya itu untuk tenangkan hati anak lelakinya itu.
Seketika kemudian, seorang doktor perempuan keluar daripada labour room.
"Suami Puan Natalya?"
"Saya." Aryan bangun mendekati doktor itu.
"Alhamdulillah kedua anak encik selamat dilahirkan. Cuma Puan Natalya...."
Ternaik kening Aryan. Kenapa dengan isterinya?
"....kehilangan banyak darah. Maafkan kami..." Sambung doktor itu.
Aryan jatuh menyembah lantai. Kepalanya menggeleng laju. Teringat ayat isterinya sebentar tadi.
"Abang, kalau apa-apa jadi dekat Lya masa bersalin nanti. Tolong jaga anak kita."
"Lya sayang abang."
Aryan menitiskan air matanya. Kalau Lya sayang abang, kenapa tinggalkan abang?
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro