Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 5

Di bawah bulan mengambang, angin malam meniup lembut, ditemani bintang yang meriah menghiasi langit, ada seketul Abe Ar sedang termenung sendirian di tepi kolam renang rumahnya.

Entah apa yang difikirkannya, sejak kejadian semalam di hotel. Dia banyak mendiamkan diri. Hatinya masih tertanya-tanya, sama ada Natalya itu sukakan dia atau Adryan.

Puk!

"Ar!"

Terhinggut bahu Aryan menerima sergahan daripada sepupunya, Afeeq. Disambut dengan tawa lagi dua kembarnya, Aqeef dan Aefeq.

Aryan berdecit perlahan, "Korang kalau sehari tak menyusahkan aku tak boleh ke?"

Aqeef mengusap dagunya, "Tapi baba cakap kitorang memang dilahirkan untuk menyusahkan keluarga kau."

Aryan menepuk dahinya. Patutlah sepupu dia begini, bapak saudaranya lebih advance bangangnya.

"Apa-apa je la." Aryan malas mahu melayan kerenah tiga kembar itu.

Aefeq duduk di samping Aryan. Bahu Aryan dipautnya.

"Kau ada masalah ke?"

Aryan mengeluh kasar. Bahu diangkat.

"Kalau ada sharelah dengan kitorang." Afeeq juga mula melabuhkan punggung di samping Aryan. Hanya tinggal Aqeef yang berdiri sendirian.

"Hey, aku nak duduk sebelah Ar jugak. Baby, ko tepilah aku abang, aku duduk situ." Aqeef menolak adiknya supaya mengenjak ke tepi. Dia duduk di antara Aefeq dan Aryan.

Aefeq mencebik. Asyik aku je kena mengalah.

"Seriously Aef? Sampai sekarang diorang panggil kau baby?" Aryan mengemam bibir menahan tawa. Sememangnya dari kecil mereka menggelarkan Aefeq sebagai baby. Tidak sangka sehingga ke tua bangka masih dipanggil baby.

Telinga Aefeq mula memerah itu ditekupnya. Mereka yang melepaskan tawa besar.

"Ish, orang nak tahu problem kau bukan pasal aku!" Bentaknya. Mukanya masam mencuka.

Tawa Aryan mati.

"Aku cuma terfikir. Macam mana Natalya tu boleh jadi ex Adryan? Aku tak tahu langsung pasal hal tu." Keluh Aryan.

Ketiga-tiga kembar itu memandang antara satu sama lain.

"Er, sebenarnya Ar..." Afeeq mengusap pangkal lehernya. Aryan menoleh ke arah Afeeq. Menunggu ayat sambungan Afeeq.

"Kitorang dah tahu sebenarnya. Dah lama tahu. Kau je yang bodoh. Eh, tak kau je yang lalai."

Membulat mata Aryan. Jadi selama ini, tiga ekor ini sudah tahu. Hanya dia yang lalai.

"Macam mana-"

"Natalya tu suka kau, tapi dia ingat Adryan tu kau. Adryan memang suka Natalya, tapi dia dapat tahu Natalya sebenarnya suka kau. Lepastu dia jumpa Natalya clear up semua ni. Then settle."

Terkebil-kebil mata Aryan memandang Aqeef. Apa ke ringkas sangat story Aqeef ni? Lebarkanlah.

Aefeq mengeluh kasar, "Ni dengar abe Aef nak cakap, Natalya yang cun melecun tu sukakan kaulah bangang bukan Adryan. Muka kau dengan Adryan kan sama. So dia salah anggap yang Adryan tu kau. Ada pahamkah?"

Aryan mengangguk laju. Kini dia faham. Bermakna selama ini memang dia yang bertakhta di hati Natalya. Nak lompat bintang ke lompat kijang eh? Happynyaaaaaa.

Melebar senyuman di bibir Aryan mengundang seribu kerutan di dahi si kembar tiga.

"So, aku boleh dapatkan Natalya la kan?" Soalnya penuh keriangan kanak-kanak ribena. Afeeq mengangguk kecil.

Makin melebar senyuman Aryan.

"Tapi Saff macam mana? Kau dengan dia dah bercinta lama kan?" Aefeq menggaru keningnya yang tidak gatal itu.

Senyuman Aryan mati.

"Bukannya korang tak tahu. Dia sendiri pun curang belakang aku. Keluar dengan dato sana sini. Murah!" Cemuh Aryan. Bebola mata diputar ke atas.

"Eh, kau tahu? Aku ingat selama ni kau bodoh tahap ayah pink sampai tak nampak betina tu menyundal. Tak sangka kau dah plan kitorang yang lalai." Aqeef menepuk perlahan bahu Aryan.

Aryan berdecit. Sesedap abc je nak kata aku bodoh. Mana ada aku bodoh. Aku bangang je.

"Aryan bukan bodoh macam kau. Dia saja buat-buat bodoh sebab tak nak nampak kau terlalu bodoh." Afeeq mentertawakan Aqeef. Bukan main. Aefeq ikut ketawa abang sulungnya.

Aqeef mengemam bibir menahan marah. Adiknya di sebelah dijeling tajam.

"Baby, kau gelak pehal?"

Automatik tawa Aefeq mati. Aryan menggeleng kepala perlahan melihat tiga beradik itu. Dia bangun perlahan-lahan meninggalkan mereka bertiga. Gaduhlah korang tiga, maleg aque!

"Tak, yang kau marah baby kenapa? Dia tak salah pun. Terima je la hakikat ko memang bodoh." Afeeq senyum senget.

Makin terbakar hati Aqeef dipanggil bodoh.

"Kita punya IQ sama saja tau. Kau pergilah tanya baba. Dia cakap anak dia sama bodoh sama bangang. Takde siapa lebih. Takde siapa kurang." Aqeef mencerlung tajam ke arah abangnya.

Afeeq dan Aefeq senyap. Betul juga. Baba selalu cakap macam tu.

"Okaylah, kita sama bodoh sama bangang. Kan Ar?" Afeeq menoleh ke arah Aryan. Namun tiada kelibat Aryan.

"Eh, mana Ar?" Soal Aqeef. Mata mereka melilah mencari sepupu mereka itu.

"Tadi baby nampak dia ada dekat sini." Aefeq mengusap dagunya. Bila masa Aryan pergi tinggalkan mereka?

Bip!

Bip!

Bip!

Mereka memasing keluarkan telefon daripada kocek seluar.

Sebangang Sebulu & Seangkatan🐒
Tap to see group info

Ar paling hesmes
Baliklah rumah la syaitons, jangan menyemak dekat rumah aku
Aku nak tido

Ketiga-tiga mereka berdecit. Tak guna punya Aryan. Mereka pun melangkah pergi.

Natalya menguis nasi di dalam pinggan. Entah kenapa dia rasa macam Aryan asyik mengelak daripadanya. Tiada lagi gurau senda sejak mereka pulang dari lunch di hotel semalam. Siang tadi dekat office pun, Aryan nampak dingin semacam. Aku ada buat salah ke?

Melya mengecilkan mata memandang Natalya.

"Oi, kau pehal termenung? Ingatkan Aryan ke? Ke aku masak tak sedap?"

Tersentak Natalya. Segera dia menoleh ke arah Melya.

"Eh, mana ada. Aku okay je. Aku cuma tertanya-tanya." Keluh Natalya.

Melya berhenti mengunyah nasi. Dia memberi tumpuan sepenuhnya kepada Natalya.

"Tapi takpelah. Takde apa-apa."

Melya berdecit. Dasar kawan! Bagi fakehope.

"Tapi Mel-"

"Kau kalau nak cakap biar habis. Sekali lagi kau potong mood aku, aku sumbat pinggan ni dalam mulut kau!" Melya merengus geram. Natalya tersengih.

"Okay-okay, macam ni. Tuan Aryan lain harini. Entah aku rasa dia macam lain sangat. Dia macam dingin semacam dengan aku. Apa aku buat semua salah. Tapi dia tak tegur aku direct. Dia suruh orang lain tegur."

Kening Melya bertaut, "So apa masalah dia?"

Dia pun hairan. Bukan benda tu basic ke? Pekerja dekat situ pun merungut dengan sifat ketegasan Aryan dalam kerja. Garang sangat. Aryan nampak saja bangang, tapi kalau sekali dia fokus harimau pun surrender kalau jumpa dia.

"Aku peliklah. Kalau tak, hari-hari dia usik aku. Kacau aku. Buli aku. Tapi harini dia diam tak bertegur dengan aku." Natalya mencebik. Rindu pula nak dengar ayat-ayat bangang dari mulut Aryan.

Ternaik kening Melya. Aku salah dengar ke ni?

"Kau biar betul Lya? Ar kacau kau? Buli kau? Tu Aryan tu? Tuan Aryan Darmish? Jangan buat lawak weh." Melya menggeleng perlahan.

Natalya pula rasa hairan. Kenapa pula lawak?

"Betullah, kau ingat aku main-main ke? Dia usik je. Bukan buli betul-betul."

Melya menatap Natalya dengan pandangan serius.

"Kau tahu tak Tuan Aryan Darmish kau tu tak pernah kacau staff dia. Dia kalau kerja memang dia fokus kerja. Kalau dia main-main, memang dia tak fikir langsung pasal kerja. Dalam office tu yang banyak interact dengan staff, hanyalah Mikael Darren dengan Tuan Anrique Danial. Tiada istilah berborak dengan staff dalam kamus hidup seketul Tuan Aryan Darmish." Terang Melya.

Dahi Natalya berkerut. Tapi-

"Aku pelik juga sebenarnya kenapa Ar bawa kau lunch dengan family dia. Aku sebab PakSu dengan MakSu aku yang ajak. Aku ingat Ar akan bawa Saff. Sebab dia bercinta dengan Saff." Selamba Melya. Natalya terdiam. Dia juga tidak tahu.

Tuan Aryan Darmish seorang lelaki yang sukar dijangka.

Melya bingkas berdiri.

"Kau kalau dah tak nak makan, simpan je lauk dalam peti ais. Aku nak tidur dulu."

Natalya mengangguk. Melya pun berlalu ke dapur. Dan sesudah itu dia naik ke biliknya.

Natalya menyimpan lauk ke dalam peti ais. Pinggannya dibawa ke sinki.

Bunyi deringan telefon menyentakkannya. Laju-laju dia mencuci pinggan dan berlalu ke meja makan semula.

Tuan Aryan annoyying🐊

Natalya menjawab panggilan itu.

"Hello, assalamualaikum." Natalya berdehem lembut.

"Waalaikumussalam, kau dah nak tidur ke?" Soal Aryan lembut.

"Belum, Tuan. Kenapa ya?" Natalya menggaru keningnya. Naik hairan tiba-tiba Aryan menelefonnya. Malam pula tu.

"Saja. Aku nak cakap yang esok jumpa dekat office. Good night, chagiya. Looking forward to meeting you in my dream, sweetheart. May you rest well. Have a good night and sleep tight." Ujar Aryan.

Natalya menggigit bibir bawahnya. Jantung mengepam darah laju. Berdebar dengan kata-kata Aryan.

"Don't blushing, little tomato. See you tomorrow. Can't wait for it. Bye Assalamualaikum." Terus panggilan ditamatkan. Belum sempat Natalya membalas apa-apa.

Senyuman kecil menghiasi bibir Natalya.

Bam!

Natalya menoleh ke arah pintu rumahnya. Saffya dengan pakaian sendat kurang oksigen itu berjalan terumbang ambing menaiki tangga. Natalya segera mendapatkan Saffya.

"Saff, kau dari mana ni? Ya Allah, bau apa ni Saff? Kau mabuk ke?"

Saffya berdecit, "Diam boleh tak? Jangan menyibuk hal aku. Kau tu semaklah. Dahla miskin."

Natalya terkesan dengan kata-kata Saffya. Tapi dia tidak membalas semula.

"One more thing, aku tak nak kau rapat dengan bakal suami aku. Aryan Darmish milik aku. Selamanya milik aku. Aku tahu kau kerja dengan dia kan?" Saffya berlalu pergi naik ke biliknya.

Natalya hanya diam dan berlalu ke biliknya.

Sedar Natalya, kau bukan siapa-siapa untuk Tuan Aryan Darmish. Kau perempuan miskin. Takde siapa nak kau.

Keluhan berat dilepaskan.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro