Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 49

Pemandangan pertamanya adalah siling putih. Bau-bauan ubat menerpa ke rongga hidung. Tahulah dia kini dia berada di hospital. Ingatannya kembali menjangkau apa yang berlaku sebelum dia dikerjakan ke hospital. Darmish?

Jatuh air matanya. Menangis pilu mengenang nasib dirinya itu.

Lakukanlah semaumu,
Sampai kau lelah menyakitiku,
Sebisaku takkan mengusikmu,
Ku akan mencoba mengerti dirimu,

Serangkap lagu itu berulang kali dimainkan oleh seseorang. Langsung mata Natalya menoleh ke arah sekujur tubuh yang baring di atas sofa sambil scroll tiktok. Lelaki itu membelakanginya. Tengok belakang sahaja dia sudah tahu itu siapa.

"A-Abang?"

Langsung Aryan menoleh ke belakang apabila suara Natalya menghiasi ruang pendengarannya.

Terus senyuman kecil meniti di bibir Natalya. Benar sangkaannya. Itu memang Aryan. Tuan Aryan Darmish, suaminya.

Aryan bingkas berdiri. Telefon dimasukkan ke dalam kocek seluar. Jaket yang tersangkut pada kerusi diambilnya.

"Baguslah kalau dah sedar. Abang balik dulu." Aryan membuka langkah menuju ke arah pintu. Automatik memudar senyuman di bibir Natalya.

"Abang tak kesiankan Lya dengan baby ke?" Perlahan dia bertanya kepada Aryan. Lelaki itu mematikan langkah kakinya.

"Kesian? You should ask yourself. Jantan tak guna macam abang ni layak ke jadi suami Lya? Perlu ke abang kesian dengan orang yang toreh hati abang macam abang ni tunggul takde hati, takde perasaan?"

Natalya terdiam seribu bahasa. Rasa bersalah menggunung-gunung. Melihat Aryan yang mahu membuka langkah semula, cepat-cepat dia memanggil Aryan lagi.

"Abang, Lya nak minta tolong tinggikan kepala katil ni. Lya nak duduk." Pintanya. Aryan mengubah arah ke katil yang menempatkan isterinya itu. Marah macam mana sekalipun dia tetap tolong Natalya.

"Abang nak tinggalkan Lya?" Natalya merenung wajah Aryan daripada tepi. Dapat dia lihat rahang Aryan bergerak-gerak. Bau wangian Aryan menerpa rongga hidungnya.

Aryan mengeluh kasar, "Bukan ke Lya yang nak abang pergi? Nak apa lagi?" Dia kembali menuju ke arah pintu selepas membantu isterinya untuk duduk.

Air mata Natalya laju mengalir. Aryan langsung tidak memandang wajahnya. Benci sangatkah dia pada aku?

"Abang nak pergi mana?"

Soalannya dibiarkan tidak berjawab. Aryan hanya terus menuju ke pintu. Pintu dikuaknya. Dan boom!

"Hah, mana kau nak pergi? Masuk sekarang. Sebelum aku masukkan kau." Suara Tuan Aydan memetir. Tongkat diangkat lalu,

Pak!

"Sakitlah atuk!" Aryan mengusap kepalanya yang diketuk oleh Tuan Aydan itu. Laju sahaja orang tua itu. Kelihatan Aayyan di belakang Tuan Aydan sedang sedap ketawakan anaknya.

Tuan Aydan menoleh, "Kau gelak apa? Semua salah kau, Yan. Sebab kaulah wujud budak kuat merajuk ni. Mengada-ngada." Macam biasa. Aayyan untuk dipersalahkan. Terlepas tawa di bibir Aryan apabila wajah Aayyan mula cemberut. Dia membuka pintu buat atuknya masuk ke dalam ruang wad peribadi isterinya itu.

Tuan Aydan mendekati katil Natalya.

"Lya dah okay?" Soalnya lembut. Wajah cantik cucu menantunya dipandang lembut.

Natalya mengangguk kecil.

Aryan mendecit perlahan, "Atuk kenapa masuk team dia pulak? Dia lukakan hati Ar."

Pak!

"Terima kasih, Yan. Sebab lukukan kepala anak bertuah kau tu. Jauh sangat aku nak pergi ke sana. Aryan Darmish, dengar sini baik-baik. Dia jadi macam tu sebelum ni sebab dia kena sihir. Kau pun tahukan apa Shaqif tu dah buat kan? Dahtu kenapa still perangai macam anak tapir ni?" Tuan Aydan menjeling cucunya itu sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi di sebelah katil pesakit.

Aryan mengusap kepalanya. Muncul sahaja Ayeena di muka pintu terus dia meluru dan mendakap tubuh ibunya itu.

"Mmy, atuk dengan Daddy pukul kepala Ar." Adunya. Manjakali dia.

Tuan Aydan hanya menjelirkan lidah ke arah cucunya itu. Tua-tua pun perangai tak semenggah. Susah juga macam ni.

Ayeena hanya mengusap kepala anak lelakinya itu. Tergeleng-geleng kepalanya melihat kerenah si anak.

"Ayah datang sorang? Mana bonda?" Soal Ayeena yang datang mendekati Natalya bersama sebakul buah. Kepala menantunya yang dibaluti tudung sarung itu diusap lembut. Air mata menantunya itu diseka lembut.

"Bonda ada dekat rumah Aariq. Bermain dengan cucu kecik dia tu la." Jawab Tuan Aydan. Sejak Aariq lahirkan princess ke dunia, Tuan Aydan semakin kurang perhatian daripada Tengku Dayang. Semua salah Aariq.

Aryan menarik tangan Ayeena yang mengusap kepala isterinya itu.

"Mmy kena geng dengan Ar. Ar tengah merajuk dengan Lya."

Terlepas tawa kecil di bibir Ayeena. Ada-ada sahaja Tuan Aryan Darmish itu.

"Kau jangan nak mengada sangat Ar. Aku rembat bini kau karang." Ugut Tuan Aydan. Melopong mulut Aryan. Laju kepalanya menggeleng. Tahu pun sayang bini.

"Ar, jangan nak manja sangat. Nak merajuklah apalah. Kalau nak merasa putih mata macam Daddy dulu, buatlah perangai tu." Sindir Ayeena. Aayyan memegang dada kirinya. Heartshot!

Aayyan menggamit anaknya untuk datang ke arahnya. Aryan pun menuju ke arah Aayyan bersama mulut muncung itik.

"Anak Daddy ni dah besar. Tak naklah merajuk. Big boy kan? Kita handsome boy kena tough. Mana boleh merajuk-merajuk ni." Aayyan menepuk kedua belah bahu anaknya itu.

Aryan mencebik, "But I'm hurt."

"Sakit tu sama tak dengan sakit kalau hilang isteri tu selama-lamanya?" Soal Aayyan dengan tenang.

Aryan menelan liur rasa pahit. Aku minum kopi ke tadi?

"Semua ni ujian, Ar. Biasalah adat rumah tangga. Ada gaduh. Ada pasang surut. Ar sebagai ketua keluarga kenalah cekal. Tabah hati tu. Daddy pun pernah ada dekat tempat Natalya. Tapi alhamdulillah bidadari Daddy maafkan Daddy." Aayyan mengenyitkan mata ke arah Ayeena. Tersipu isterinya itu senyum.

"Tch! Daddy ni watak jahat rupanya. Mummy macam mana mummy boleh kawin dengan Daddy ni? Kenapa Mummy suka lelaki macam ni?" Aryan menolak tubuh Aayyan menjauhinya. Dasar anak neraka.

"Sebab cinta. Ar cintakan Lya tak?" Usik Ayeena. Aryan mengemam bibirnya. Pangkal leher diusap.

"Cinta kut." Balasnya. Semua mula melepaskan tawa dengan jawapan Aryan. Ada pula kut. Suami apa macam ni.

Cuma Natalya sahaja yang terkilan dengan jawapan Aryan. Masihkah ada ruang untuk aku dalam hati dia?

"Pergi mana tadi?"

Tersentak Natalya yang jalan menunduk itu dengan suara sergahan Aryan. Segera dia mengangkat wajahnya. Suaminya itu sedang memandang tajam ke arahnya.

"Lya pergi tandas." Jawabnya perlahan.

Aryan mendekati isterinya. Lengan isterinya dipapah menuju semula ke katil.

"Mulut ada kan? Lain kali cakaplah nak pergi tandas. Abang ada dekat sofa tu kenapa tak bagitahu?" Bebelnya. Perlahan-lahan dia membantu isterinya itu. Hampir terlucut jantungnya saat dia menoleh ke katil, isterinya tiada di situ.

Natalya memandang wajah suaminya penuh rasa takut, "L-Lya ingat abang dah balik dengan mummy tadi."

Natalya melabuhkan punggung di birai katil. Aryan berdiri di hadapannya sebelum menundukkan sedikit tubuhnya dan mengunci pergerakan isterinya itu.

"Dah kenapa nak tinggalkan isteri abang pula? Habistu macam mana sayang nak tidur kalau abang tak ada?" Bisiknya dengan nada menggoda. Natalya menelan saliva. Terasa bagai sesuatu tersekat dikerongkongnya. Aura Tuan Aryan Darmish sungguh menggoncang keimanan.

"Dah. Jom tidur. Enjak sana sikit. Sakit belakang abang tidur atas sofa tu. Nasib baik abang minta katil untuk sayang besar sikit. Bolehlah abang tumpang sekaki." Aryan naik berbaring di sebelah isterinya setelah isterinya itu membaringkan tubuh. Bantal kepala isterinya dialihkan dan digantikan dengan lengannya.

Natalya mengangkat wajah memandang ke arah Aryan.

"Abang tak marah Lya dah ke?"

Berkerut kening Aryan, "Bila masa abang marah?"

"Tadi."

Aryan senyum kecil sebelum kucupan hangat disinggahkan ke ubun-ubun kepala Natalya.

"Itu saja abang test sayang. Mana mungkin cinta Tuan Aryan Darmish kepada Natalya Rozella semudahnya luntur begitu saja. Abang tahu beza yang mana isteri abang, yang mana buatan orang. Actually abang dah tahu lama dah. Sebab abang pun pernah rasa macam panas. Rasa nak marah sayang. Tapi setiap kali rasa macam tu abang istighfar. Ataupun abang lari keluar rumah. Sebab nak tenangkan diri. Abang pun pernah pergi berubat. Perubatan Islam." Kepala isterinya diusap lembut. Shayang isteri kita ni.

"Lya nak minta maaf. Lya sepatutnya kawal emosi Lya. Lya tak tahu apa yang buat Lya rasa macam nak marah abang masa tu. Lya bukan isteri yang baik." Tangisan Natalya mula pecah.

"Hey chagiya, don't cry. Abang ada ni untuk sayang. Abang tak salahkan sayang pun. Kita tak minta pun semua ni jadi. Apa yang dah lepaskan biarkan lepas. Sekarang kita fokus dengan anak kita." Perut membulat Natalya diusapnya. Rindu betul dia dengan anaknya itu.

"Sayang Ddy sihat tak tu? Mmy naughty tak masa Ddy takde? Baby rindu Ddy tak?"

Natalya tersenyum melihat suaminya itu berkomunikasi dengan bayi dalam kandungannya.

"Sayang, nanti kalau anak ni keluar abang nak namakan dia Tuan Dayyan Nahlan bin Tuan Aryan Darmish. Anyonyo comel macam abang." Senyum Aryan sampai ke telinga. Bukan main suka lagi dia.

"Kalau anak kita perempuan macam mana?" Duga Natalya. Sedangkan dia sudah tahu jantina anaknya itu.

Aryan mengusap dagunya.

"Tuan Dayyana Naela." Sebaris nama itu meniti di bibirnya sebelum bibir itu memekar senyuman.

"Oh my god, comelnya nama anak kita. Kalau kembar lelaki perempuan lagi bagus." Meledak tawanya. Suka benar dia ya. Kalaulah Aryan tahu pasal jantina anaknya, pasti sudah melompat mengalahkan kijang. Sengaja Natalya rahsiakan. Tunggu lahir nanti baru surprise.

Natalya memeluk tubuh kekar suaminya.

"Lya sayang abang."

"Abang pun sayang Lya."

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro