Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 48

Kelopak mata yang memberat cuba dibuka perlahan-lahan. Suasana asing baginya itu membuatkan dahinya berkerut seribu. Matanya jatuh melihat kedua belah tangannya yang diikat dengan tali. Perdu hatinya bagaikan bergayut dengan sebeban debaran. Dia menggigil ketakutan. Matanya berkaca dan kemudian berair.

Bayangan wajah si suami menerpa ke ruang fikiran. Semakin deras air matanya mengalir. Rasa menyesal menyelubungi hatinya. Hanya doa yang mampu dia titipkan. Semoga anaknya selamat. Abang, tolong Lya.

Bunyi derapan tapak kaki mendekatinya membuatkan tubuhnya menggeletar hebat.

"L-lepaskan aku!" Jeritnya. Dia cuba merentap tangannya yang diikat itu. Namun usahanya sia-sia. Tali itu diikat kemas dan ketat.

Suara tawa sinis bergema seisi gudang yang menempatkannya itu.

"Natalya, Natalya. Tengoklah betapa bodohnya kau. Dengan mudah kau jatuh dalam perangkap aku." Penuh dengan sindiran yang sinis, kata-kata itu bagaikan menghiris hati. Natalya mengetap bibirnya. Tidak pernah dia sangka bahawa lelaki yang ada di hadapannya ini sanggup membuat rancangan bodoh semata-mata untuk pisahkannya dengan Aryan.

Shaqif merenung Natalya. Renungan tajam bagaikan renungan sang helang. Sudah lama dia menantikan saat ini. Dia mendekati Natalya yang elok duduk terikat pada sebuah kerusi itu. Pipi gebu Natalya diusap lembut.

Natalya memalingkan kepalanya, "Suami aku takkan lepaskan kau!" Tempiknya. Air hangat dan jernih itu mengalir di lurah-lurah pipinya yang gebu seperi kuih pau.

Pang!

Terteleng kepala wanita itu ditampar oleh Shaqif. Lelaki itu mengetap rahangnya. Tangisan wanita dambaannya itu diabaikan. Hatinya terlalu panas apabila Natalya masih berharap pada Aryan.

"Kau tahu tak kau ni cantik? Kenapalah kau pilih jantan tak guna tu jadi suami kau Sepatutnya aku. Kalau kau pilih aku kan senang, tak adalah aku susah nak edit gambar Saffya dengan suami kau tu. Tak perlu aku pergi jumpa bomoh bagi sihir pemisah dekat korang. Penat tahu tak ke hulur ke hilir untuk dapatkan kau." Sekali lagi jari jemarinya bermain di wajah Natalya. Sesekali dia menjilat bibir bawahnya.

"Jantan tak guna! Kau memang jantan tak guna! Apa yang kau nak hah? Apa salah aku dekat kau?!" Naik turun nafas Natalya. Bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan. Apa yang dilakukan oleh Shaqif itu benar-benar melampau.

Pang!

Sekali lagi satu tamparan yang kuat hinggap di pipinya.

"Diam!!! Aku nak kau. Kenapa kau susah sangat nak faham?" Dada Shaqif berombak-ombak. Matanya memancar api terbakar. Lalu dia merentap tudung yang dipakai oleh Natalya. Sekaligus menampakkan mahkota wanita itu yang selama ini ditutup daripada pandangan ajnabi.

"Lepaskan aku! Jangan sentuh aku!" Jerit Natalya. Mukanya bertukar menjadi merah-padam mengenang nasibnya itu. Air mata berlinangan.

Senyuman sinis dihadiahkan kepada wanita dambaannya itu. Perlahan-lahan dia mengundur menjauhi Natalya.

Ktak!

Ktak!

Bunyi langkah tapak kasut tumit tinggi menghampiri mereka. Tidak perlu meneka siapa. Sudah semestinya Saffya Elliana.

"Saff?"

Saffya membalas dengan senyuman senget, "Hello bestie." Wanita itu terus melangkah ke arah Shaqif sebelum melabuhkan ciuman ke pipi lelaki itu. Natalya memandangnya jijik. Apa benda cium-cium depan aku ni? Nak tengok aku cium Darmish depan korang ke?

"Kenapa kau sanggup buat semua ni, Saff? Sebab nak dapatkan Darmish?" Luluh hati Natalya dengan sikap Saffya yang telah berubah itu.

"Aku dah tak kisah pasal Aryan. Yang aku tahu aku cuma nak tengok rumah tangga korang musnah, hancur sehancurnya." Saffya melepaskan tawa besar. Dia kini tidak peduli jika dia tidak dapat memiliki Aryan. Dia cuma mahu membalas dendam kerana Natalya merampas Aryan daripadanya. Menghancurkan harapannya. Dan kerana dia memang benci dengan Natalya.

"Ish, janganlah pegang-pegang. Social distancing la brada. Report dekat Mummy aku kang."

Satu suara kedengaran daripada arah pintu gudang. Langsung mereka menoleh ke arah itu. Jelas kelihatan Tuan Aryan Darmish sedang berjalan dengan penuh selamba ke arah mereka. Bajunya dikibas-kibas. Di belakangnya ada dua orang lelaki berbadan tegap di mana mereka adalah orang kuat Shaqif.

Melopong mereka semua dengan kehadiran Aryan yang entah dari mana munculnya. Tak, yang peliknya macam mana dia tahu pasal gudang ni?

"Eh, Saffi Rania Gold. Kau pun ada dekat sini? Buat apa ramai-ramai ni. Ada meeting ke? Aku ada terlepas apa-apa ke? Ada siaran ulangan tak?" Soal Aryan yang semakin menghampiri mereka. Seorang lelaki berbadan tegap cuba menahan Aryan namun Aryan lebih tangkas mengangkat lutut dari kakinya ke pinggang, kemudian kerahkan kekuatan dengan mengerahkan kakinya ke depan, lurus ke arah lelaki itu. Rambutnya disebak ke belakang.

"Sorrylah Jamal. Aku pantang orang sentuh jaket aku ni. Mahal ni. Bapak aku belikan untuk aku. Bapak kau tak belikan eh? Beli sendiri." Ujar Aryan kepada lelaki tadi yang sudah tersungkur atas tanah. Dia kembali fokus kepada Shaqif dan Saffya. Isterinya yang diikat di atas kerusi itu dipandang sekilas. Sempat mata mereka bertaut.

Aryan membuka jaket yang dipakainya itu.

"Sebelum kita ke topik yang lebih hangat, aku nak tutup dulu aurat isteri aku..." Dia berjalan mendekati Natalya yang merenung ke arahnya itu. Langsung tidak dipedulikan renungan itu. Jaketnya diletakkan atas kepala isterinya itu. Menutup rambut yang terlihat jelas.

"...cukuplah aku nak kena tanggung banyak dosa dia."

Zap!

Sentap menusuk ke hati Natalya. Dia tahu Aryan masih marahkan dirinya.

Shaqif mengetap rahangnya, "Macam mana kau tahu tempat ni?" Jeritan Shaqif bagaikan halilintar membelah bumi.

Aryan memeluk tubuhnya. Tangan kanan dibawa ke dagu. Diusap perlahan dagunya itu, "Aku pun tak ingat macam mana aku sampai ke sini. Tiba-tiba je dah sampai. Dia macam ehhh-"

"Aku tak sangka korang sanggup plan benda bodoh untuk runtuhkan masjid aku. Tapi tu la setiap plan kau akan gagal, Shaqif." Aryan meledakkan tawanya. Kedengaran sinis di telinga Shaqif.

Shaqif mengepal kedua tangannya. Laju dia meluru ke arah Aryan. Baru sahaja dia melayangkan tumbukan, tangannya itu ditahan oleh Aryan.

"Please, jangan rosakkan wajah tampan aku. Nanti macam mana aku nak cari makan hm? Aku ramai fans tau. Readers semua sayang aku. Kau takde?" Aryan mengangkat lutut sambil memutar tubuhnya 90 darjah, kemudian mengerahkan kekuatan dengan merentangkan kakinya tepat mengenai kepala Shaqif.

Tertunduk Shaqif memegang kepalanya. Terasa seperti bergegar dunianya.

"Kau ingat, aku akan biarkan kau bahagia dengan Natalya? Tak semudah tu, Aryan." Shaqif meludah ke tanah. Lalu dia menerpa sekali lagi ke arah Aryan bersama tangan yang mengepal penumbuk.

Saffya terpasung bagai kaki digam pada tanah melihat jantan-jantan beraksi.

Aryan mengelak dengan melangkah ke sisi kiri dan menyerang Shaqif semula dengan tumbukan rejam terus ke bahagian rusuk lelaki itu.

Shaqif mengaduh kesakitan. Perutnya yang sakit akibat tumbukan padu Aryan dipegang.

Aryan senyum senget, "Takkan sikit pun dah sakit. Lemah. Tadi bukan main cakap besar. Siap sentuh bini aku plak tu. Sini tangan kau aku patah-patahkan."

Memerah telinga Shaqif mendengar ejekan daripada Aryan.

"Kau ingat kau bagus sangat?" Langsung dia meluru laju ke arah Aryan yang tidak bersedia itu.

Membulat mata Aryan. Sempat dia mengelak lalu menyauk penumbuk terus ke dagu Shaqif. Tak sia-sia Daddy hantar masuk kelas Taekwando dulu. Akhirnya, nampak function Aayyan di situ. Penat lelah mengambil dan menghantar Aryan ke pusat latihan Taekwando.

"Apa ni? Tak acilah serang time aku tak ready. Aku bagitahu mummy aku."

Shaqif sudahpun tersungkur ke tanah. Bibirnya pecah akibat tumbukan kuat di dagunya sebentar tadi. Jangan main-main dengan abe Ar. Muka comel tapi ganas. Aumm.

Aryan bersiul kemudian muncullah Anrique, Adryan, Darren dan kembar tiga. Anrique senyum sinis memandang ke arah Shaqif.

"Roy, Roy, kau patut kenal dulu siapa lawan kau." Sisi kepala Shaqif disepaknya tanpa rasa belas kasihan.

Terbatuk-batuk Shaqif dibuatnya.

Saffya terketar-ketar melihat apa yang berlaku sekarang ini. Sekelip mata nasib berpihak pada team Aryan. Lemah punya Shaqif.

Selangkah demi selangkah, dia mengundur ke belakang.

"Hey, ugly duck. Where do you think you can go huh?" Kata Afeeq yang berdiri di belakang Saffya. Tersentak wanita itu dengan kehadirannya.

"Just settle her." Arah Darren. Membulat mata Afeeq.

"Tapi Baba kitorang tak ajar berkasar dengan kaum wanita. Macam mana ni Ren?" Aqeef membantu abangnya. Aefeq mengangguk.

"Betul... Betul... Betul." Katanya.

Darren mengeluh pendek sebelum mendekati mereka. Pistol glock di tangannya diacukan ke sisi kepala Saffya.

"Biar aku settle. Papa aku ajar aku berkasar dengan perempuan tak guna macam ni." Dia menunjal kepala Saffya dengan muncung pistol. Mikael, kau ajar apa dekat anak kau ni?

Aryan mengalihkan pandangan ke arah isterinya. Peluh yang menitik di dahinya diseka kasar. Perlahan-lahan dia mendekati Natalya.

Natalya memandang wajah suaminya penuh hiba. Nasib baik wajah suaminya masih kacak. Eh--

"A-Abang."

Aryan hanya diam membuka ikatan yang mengikat isterinya itu. Dia nampak mata isterinya itu kian memberat. Bekas merah yang masih terlihat jelas di pipi isterinya itu dipandang seketika. Bibir diketap.

"Ad, bawa bini aku pergi hospital. Aku gerak dulu. Ren, keep your gun down. Polis akan sampai kejap lagi." Aryan mahu bergegas keluar daripada gudang itu. Natalya menahan tangan suaminya.

"Abang, tolong jangan tinggalkan Lya." Lemah suaranya merayu si suami.

Aryan melepaskan pegangan isterinya itu sebelum berlalu pergi. Dibiarkan isterinya nangis meraung-raung meratapi pemergiannya.

Tidak lama kemudian, bunyi siren polis kedengaran. Saffya dan Shaqif diberkas oleh pihak polis. Sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi Aryan bertaekwando.

Adryan mendekati Natalya, "Izinkan angah papah Nat."

Natalya hanya diam menjatuhkan kepalanya perlahan-lahan. Adryan langsung mengangkat tangan Natalya dan meletakkan ke atas bahunya. Sebelum itu dia meletakkan jaket Adryan sebagai pelapik. Mana mungkin dia papah isteri adiknya tanpa berlapik.

Bunyi deruman enjin motosikal berkuasa tinggi milik Aryan yang mula meluncur keluar daripada perkarangan gudang itu membuatkan air mata Natalya semakin deras mengalir. Dapat dia rasakan Aryan seakan mahu menjauhkan diri daripadanya.

Pandangan Natalya kian kabur. Lalu gelap.

"Nat?!"

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro