Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 47

"Aku tanya kau sekali lagi, better kau jujur. Kalau Darren yang masuk, sakit kau dikerjakan." Anrique merenung tajam ke arah Natrah yang menangis di bahu Puan Aishah. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu daripada mereka semua. Pasti ada yang dia tahu.

Melihat tiada respon daripada Natrah, Darren bangun berdiri. Glock yang terselit di pinggangnya dikeluarkan. Membesar mata Puan Aishah melihat itu. Kecut liur orang tua itu.

Adryan menghalang Darren daripada terus mendekati Natrah.

"Stay calm, boy. Kita settle baik-baik. Natrah, bagitahu aku. Kau ada tahu sesuatu kan? Tak mungkin Natalya ikut Shaqif sedangkan dia tahu siapa Shaqif sebenarnya. Aku tak rasa kakak kau terlalu bodoh dalam hal ni." Soal Adryan dengan serius. Jelas pada mata mereka Natrah seperti menyorokkan sesuatu.

Natrah menggeleng, "Aku tak tahu. Kan aku dah cakap dia yang---"

Bam!

"Kau ingat kitorang ni bodoh ke hah?!" Tengking Anrique. Cukup kesabarannya sudah menjangkaui batas. Dia tidak percaya dengan kata-kata Natrah. Dia menumbuk pintu rumah Puan Aishah.

Berkali-kali Natrah menelan liur melihat wajah bengis Anrique. Bagaikan harimau laparkan daging.

"Sorry makcik, nanti Ad gantikan pintu baru. Que memang baran sikit. Natrah, bagitahu aku. Shaqif ke yang rancang semua ni? Kau tahu mana dia bawa Natalya pergi?" Lembut Adryan bertanya. The calmness one.

Natrah menangis sambil menggeleng. Dia masih dengan pendiriannya.

Adryan yang nampak wajah Anrique yang mula membengis semula itu terus bangun menghalang abangnya. Ada yang kena ganyang dekat sini kang susah. Walaupun dia tidak suka dengan Natalya, tapi itu isteri adiknya. Adik iparnya.

Aqeef dan Afeeq mendekati Natrah dan Puan Aishah.

"Kau kalau main-main dengan Ad bolehlah. Kalau dua bapak setan ni bergabung mampus kau." Terkekeh Aqeef ketawa. Dua bapak setan yang dimaksudkannya itu adalah Anrique dan Darren. Anrique itu tampak sahaja tidak serius. Tapi kalau berkaitan adik-adiknya, memang mampus loh anying.

"Kalau dengan Darren tu kau kena banyak mengucap. Aku tahu dosa kau banyak. Sebab dia tembak tak bagi salam dah. Memang auto berlubang kepala kau." Afeeq sengaja menakut-nakutkan si Natrah. Kau tak nak bagitahu sangat kan? Muahahahaha.

"Kalaulah diorang tahu kau menipu, aku rasa kau dah boleh pergi buat solat taubat. Nyawa kau dah tak lama dah." Arash muncul entah dari mana. Bersama senyuman nakalnya.

Bunyi riuh di luar rumah mengalih perhatian mereka semua.

"Apa yang bising-bising tu?" Aefeq mengerutkan dahinya. Masing-masing terpinga-pinga.

"Macam suara alang je." Arash mula menjenguk ke luar tingkap. Mereka semua ikut menjengah ke tingkap.

Terkejut mereka melihat Aryan sedang berperang mulut dengan Tuan Aydan di tepi superbike milik Aryan. Kejap! Tuan Aydan datang naik motor dengan Aryan?

"Atuk?!"

Tuan Aydan menoleh ke arah cucu-cucunya. Senyuman lebar dihadiahkan.

"Halo, cucu-cucu durhaka!" Tangan diangkat lalu dilambai ke atas. Atuk siapa ni? Tolonglah kutip.

"Atuk buat apa dekat sini?" Afeeq menyoal Tuan Aydan. Hairan bin aneh. Apa yang atuk dia buat di situ?

"Atuk kau ni sibuk nak ikut aku. Si Darren tu mana? Atuk suruh dia pergi sana. Aku juga kena bangun daripada pengsan, datang sini. Mana bini aku?" Aryan membuka helmetnya lalu meletakkan ke atas seat motornya.

Ternganga mulut Arash, "Atuk naik superbike dengan Alang? Fuyoooo bapak rempit sia atuk aku."

Tuan Aydan senyum bangga. Dia tidak lupa dengan tongkat favouritenya. Dia mula berjalan masuk ke dalam rumah Puan Aishah.

"Assalamualaikum, kami datang ni nak beraya." Laung Tuan Aydan.

"Abaikan orang tua tu." Aryan bersalaman dengan Puan Aishah. Dia memandang Natrah yang menangis di sisi Puan Aishah.

"Natrah, aku nak tahu ke mana Shaqif bawa isteri aku? Kau mesti tahu something kan? Jujur dengan aku." Aryan duduk melutut di hadapan Natrah. Semua memandangnya.

"Ar, don't---" Anrique mahu menghalang adiknya itu.

"Aku merayu dekat kau, Natrah. Tolong bagitahu aku. Anak bini aku mana. Tolonglah. Aku merayu sangat-sangat."

Tergamam Natrah melihat kesungguhan abang iparnya itu. Nampak begitu tulus dengan kakaknya. Apa kau dah buat ni Natrah?

"Aku sanggup buat apa sahaja. Asalkan aku jumpa Natalya. Tolong bagitahu aku, Natrah."

Tuan Aydan mengeluh panjang melihat wajah bingung si Natrah.

"Kau tenung apa tenuk? Bagitahulah dekat cucu aku tu. Dia nak tahu mana bini dia. Ke kau nak tongkat aku ni yang cakap dengan kau?" Tuan Aydan menunjuk tongkat saktinya. Ha kau jangan Natrah, sekali dia sebat kau dengan tongkat dia. Memang kau ingat sampai mati.

Natrah meneguk liur kesat.

"Sebenarnya...."

Natalya berasa teragak-agak dengan keputusannya. Betul ke apa aku buat ni?

"Kak, kau kenapa? Cepatlah. Nanti diorang tahu."

Natalya memandang wajah adiknya, Natrah. Timbul rasa tidak sedap hati. Dia rasa ragu-ragu.

"Natrah, aku rasa aku nak tunggu berita daripada diorang je. Aku takutlah kalau jadi apa-apa." Luahnya.

Membulat mata Natrah. Laju dia menggeleng.

"Mana boleh kak. Kita dah keluar daripada rumah tu senyap-senyap tadi. Sekarang kau nak ubah fikiran pula? Aku dah bagitahu kawan aku dah kak." Natrah membantah apa yang dikatakan oleh Natalya. Mana boleh dia biarkan Natalya mengubah fikiran. Rosak rancangannya.

"Mana kawan kau ni, dik?"

"Kejap lagi dia sampailah. Ha tu dia panjang umur."

Sebuah kereta berwarna hitam elok terparkir di hadapan mereka berdua. Natalya mula rasa sesuatu. Baru sahaja dia mahu membuka langkah untuk patah balik ke rumah. Natrah menghalangnya.

"Kau nak pergi mana, kak?"

Natalya menggeleng. Dia tidak mahu menambah masalah. Cukuplah dia kini penuh dengan masalah.

"Aku nak balik." Tegas Natalya.

Pintu kereta sebelah pemandu terbuka. Mereka berdua menoleh ke arah itu.

Membuntang luas mata Natalya melihat gerangan yang keluar daripada kereta itu.

"S-Shaqif?!"

Shaqif tersenyum memandang Natalya. Senyuman misteri. Baru sahaja dia mahu melarikan diri. Shaqif sudah menahan tubuhnya.

"Mana kau nak pergi hm?"

Berdiri bulu roma Natalya melihat wajah sinis Shaqif. Ya Allah, bantulah aku ni. Darmish, tolong saya.

"Abang Shaqif nak buat apa dengan kakak ni?" Soal Natrah.

Shaqif senyum sumbing.

"Kau tak perlu tahu. Ikut plan asal. Kau akan dapat Darmish. Dan aku akan dapat Natalya." Shaqif mengusap hujung tudung Natalya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman misteri.

Air mata Natalya mula membasahi pipi gebunya.

"Sampai hati kau, Natrah. Aku ni kakak kau." Sakit hatinya melihat senyuman senget yang menghiasi bibir adiknya itu.

Shaqif meletakkan jari telunjuknya di bibir merah Natalya. Laju Natalya menepis tangan Shaqif.

Air matanya mengalir deras. Macam mana dia nak lari daripada Shaqif?

Shaqif memetik jarinya dan beberapa orang keluar daripada kereta Shaqif. Mereka mengepun Natalya.

"Bawa perempuan ni dengan kita."

Mereka mengangguk sebelum menekup mulut Natalya dengan sehelai kain sehingga pengsan wanita itu. Lalu mereka mengangkatnya dia masuk ke dalam kereta.

"Ingat, biar pecah di perut. Jangan pecah di mulut." Shaqif memberi amaran kepada Natrah sebelum memboloskan diri ke dalam kereta.

Natrah memandang kereta hitam itu meluncur laju. Rasa bersalah mula bertandang. Betul ke apa aku buat ni?

"Ahaaaaa~~ aku dah agak perempuan macam kau ni memang tak guna." Afeeq memeluk tubuh memandang Natrah.

Aryan meraup rambutnya kasar. Entah apa yang patut dia lakukan.

"Sampai hati Natrah buat kakak macam tu. Natrah tak kesian ke dekat kakak tu? Cukuplah dia dah banyak masalah. Kenapa kau ni, Natrah? Aku tak ajar anak aku jadi macam ni. Aku kecewa dengan kau. Kalau apa-apa jadi dekat anak cucu aku, aku haramkan susu yang aku pernah bagi dekat kau." Puan Aishah menepis tangan Natrah lalu menuju ke dalam biliknya.

Natrah menangis meraung teresak-esak. Kesal dengan perbuatannya. Sungguh dia menyesal.

"Ayok tak cium bau syurga." Usik Tuan Aydan. Dah tua pun menjadi-jadi. Letih gini.

"Que, kau dah hack telefon bini aku?" Aryan mengalihkan tumpuan ke arah abangnya.

"Dah cuba. Tapi tak boleh access." Keluh Anrique. Berkali-kali dia mencuba namun tidak berjaya. Apalah ilmu yang diguna pakai oleh Shaqif ni?

"Gudang Tok Ketua."

Semua mereka menoleh ke arah Natrah.

"Aku rasa Abang Shaqif bawa Kak Nat ke sana. Sebab aku ada dengar dia cakap telefon dengan Kak Saff sebelum ini." Jujurnya. Terketar-ketar suaranya.

"Jom ikut aku ke gudang tu. Semua ikut. Kecuali atuk. Atuk dah tua." Aryan menuju ke luar rumah. Semua mengikuti langkahnya.

Tuan Aydan berdecit sebelum melabuhkan punggung ke atas sofa. Lalu dia mengambil remote televisyen. Menukar saluran. Buat seperti di rumahnya.

"Ar, kau tahu ke kat mana gudang tu?" Soal Aefeq dengan hairan. Aryan punya confident tu level ayah pink.

"Nanti tanyalah orang kampung tepi jalan. Kau, Rash duduk rumah dengan budak Natrah ni. Budak-budak stayback." Tegas Aryan. Arash mengangguk faham.

"Baby, kau kena stayback juga." Aqeef menolak bahu Aefeq.

"Hey, kita sebaya." Kata Aefeq tidak berpuas hati. Mentang-mentang panggil aku baby, ingat aku mudalah tu. Sengaja nak kenakan aku.

"Dah-dah sebelum aku tembak dua-dua ekor, baik masuk dalam kereta sekarang." Darren mencelah. Laju dua beradik itu berlari masuk ke dalam kereta. Terbahak-bahak Afeeq mentertawakan adik-adiknya.

"Kau pun nak kena?" Darren menyoalnya.

Dengan sepantas kilat, dia berlari mengikuti langkah adik-adiknya. Tahu pun takut.

"Ren, aku rasa biar aku je yang berdepan dengan Shaqif dulu. Korang stay dalam kereta. Kalau dalam masa sejam aku tak keluar, korang get ready masuk. Aku nak kau call police sekali." Aryan menyarungkan helmet ke kepalanya. Yang lain semua naik kereta. Hanya dia yang naik motor.

Tunggu abang, sayang.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro