𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 46
"Darmish?"
Terpancul wajah adik Natalya, Natrah di muka pintu. Natalya mengeluh panjang. Dia ingatkan Aryan rupanya Natrah.
"Akak, aku dengar kau nak cari abang Darmish." Natrah mula menapak masuk ke dalam bilik kakaknya. Kakaknya yang duduk di birai katil itu dihampiri.
Natalya hanya diam. Dia sekarang tiada mood mahu bersembang basa basi dengan adiknya itu. Cukuplah dia geram dengan perangai adiknya yang tidak habis-habis cuba menggoda suaminya.
Natrah senyum kecil, "Aku boleh tolong kau kak."
Natalya diam lagi. Malas mahu melayan adiknya itu. Tolong apa? Tolong rampas laki aku?
"Kawan aku nak ke KL petang ni. Kau boleh tumpang dia kalau kau nak balik KL cari abang Darmish." Bertambah pelik Natalya memandang senyuman penuh makna Natrah. Boleh percaya ke ni?
"Siapa kawan kau tu? Betul ke dia boleh tolong aku?"
Natrah laju mengangguk, "Dia cakap dia boleh je tumpangkan kau." Yakin Natrah.
Natalya mula menunjukkan minat. Kalau demi Aryan Darmish, dia sanggup. Biarlah dia cari sendiri suaminya. Suaminya pergi kerana dia. Jadi, dia mesti betulkan semula apa yang dah terjadi. Cukup dia menyesal kerana tidak mendengar penjelasan daripada suaminya terlebih dahulu. Terus menuduh tanpa usul periksa. Percaya kata-kata Shaqif bulat-bulat.
"Tapi aku tak boleh keluar daripada rumah." Natalya mengeluh kecil. Jangankan balik KL, nak keluar rumah pun belum tentu lepas.
"Aku ada cara. Cara macam mana kau nak keluar daripada rumah ni."
Berlapis-lapis dahi Natalya memandang senyuman misteri adiknya itu.
"Macam mana aku nak keluar daripada rumah ni? Nanti diorang tahu." Natalya menyoal adiknya. Terbit satu senyuman di bibir Natrah.
"Kau kena......."
Petang itu di ruang tamu, Arash menoleh ke arah Afeeq. Kakinya naik menyepak peha lelaki itu. Ganas betul anak bongsu Aayyan ni.
"Hey biadab kau ni. Patut kaki tu naik ke muka dia terus." Aqeef ketawa terkekeh-kekeh. Lalu Afeeq menyekeh kepalanya. Langsung bibirnya mencebik.
"Korang tak rasa pelik ke Kak Lang tu senyap je sejak kita suruh dia stayback dekat rumah tadi?" Arash mula menyoal. Hatinya rasa sesuatu tidak kena. Lain macam senyapnya. Keluar bilik pun tidak. Tak makan ke? Tak lapar ke?
Aefeq menggaru keningnya.
"Apa yang nak dipelikkannya? Biasalah duduk sorang senyaplah. Kalau ada Ar dengan dia, mesti bunyi macam-macam. Bunyi pelik-pelik. Budak-budak macam kau tak payah tahu." Afeeq sambung fokus menonton televisyen. Sibuk je budak Arash ni.
Arash berdecit, "Tch! Aku dah belajarlah. Ada dalam Sains Bab 4."
"Kenapa dengan Sains Bab 4 tu?" Sampuk Puan Aishah yang baru sahaja pulang daripada kebun getah. Langsung tiga kembar itu menekup mulut Arash. Karang budak ni buka apa segala benda mak nenek yang dia belajar dekat Bab 4 tu.
"Takde apa makcik. Hehe." Aefeq ketawa janggal. Sebendul-bendul Aefeq, bendul lagi si Arash ni. Karang tak pasal, Puan Aishah lagi expert dalam Sains Bab 4. Ini tidak boleh dibiarkan.
Puan Aishah mencebik.
"Nampak Natalya tak? Dah makan ke dia?" Soal Puan Aishah. Matanya sibuk mencari kelibat anak perempuannya itu. Risau kalau anaknya itu belum makan. Sudahlah tiada suami di sisi. Asyik menangis saja kerjanya.
Empat orang itu menggeleng serentak.
Timbul rasa tidak sedap hati. Puan Aishah mula menapak langkah kakinya ke bilik Natalya. Perlahan-lahan tombol bilik dipulas. Kekosongan bilik itu menerpa pandangan kornea matanya. Langsung tiada kelibat anak perempuannya.
"MAK!!!!" Jerit Natrah dari arah dapur. Langsung dia menuju ke dapur. Empak jejaka terhangit juga menuju ke sana.
Berkerut dahi tua Puan Aishah melihat wajah Natrah yang berpeluh-peluh.
"Mak, Kak Nat." Ujarnya tercungap-cungap. Tangannya menunjuk ke arah pintu belakang.
"Kenapa dengan dia? Mana dia pergi?" Puan Aishah mula merasa risau. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di kelopak hatinya. Nalurinya sebagai seorang ibu merasakan akan ada sesuatu menimpa anaknya itu.
"Kak Nat lari ikut Abang Shaqif. Natrah dah halang dia. Tapi dia tolak Natrah sampai jatuh."
Ternaik kening Puan Aishah. Membulat mata Arash dan kembar tiga itu. Mampuslah korang. Siapa suruh lalai?
"Shit! Call Darren sekarang!" Afeeq menampar belakang kepala Aqeef menyuruh adiknya itu menghubungi Darren secepat mungkin. Confirm mereka berempat akan kena kejap lagi. Tapi apa yang penting sekarang keselamatan Natalya.
Laju kaki panjang Aqeef menuju ke ruang tamu mengambil telefon. Dia mendail nombor telefon Darren.
"Ren, ada masalah besar sekarang ni."
"Atuk, atuk tahu tak apa beza atuk dengan taik kucing?"
Pak!
Aryan mengusap kepalanya yang diketuk dengan tongkat sakti milik Tuan Aydan. Kepala hotak dia nak bandingkan aku dengan taik kucing.
"Orang nak gurau pun tak oleh." Aryan memasamkan wajahnya. Dia duduk mencangkung di sebelah kolam ikan milik atuknya. Matanya sibuk merenung ikan-ikan atuknya. Nampak tenang sahaja. Kenapalah kau ikan talapia? Kenapa bukan ikan duyung?
Tuan Aydan menggeleng melihat telatah cucunya itu. Macam budak-budak. Rindu saat cucu-cucunya masih kecil. Penat juga dia mengejar seorang demi seorang. Semua salah Aayyan. Buat anak nonstop. Yang kena jaganya aku.
"Aku tengok kau macam dah okay. Pergilah balik. Menyemak apa dekat rumah aku ni? Buat habis beras aku je." Selambanya.
Aryan menoleh ke arahnya, "Atuk halau Ar? Atuk kalau tak suka Ar. Cakap. Keluar je la atuk. Kan senang kalau atuk je yang keluar."
Nak terjatuh rahang tua Tuan Aydan. Rumah aku, aku yang kena keluar? Apa benda ni? Tak nak! Tak nak!
"Ar tak rasa nak balik lagilah, tuk. Ni sini sakit sangat. Rasa macam kena cucuk dengan pencungkil gigi." Aryan memegang dada sebelah kiri sebelum menunduk semula merenung ikan-ikan belaan Tuan Aydan. Sedih yang terlalu sukar nak dihapuskan dari perasaannya. Bayangan peristiwa ketika bersama Natalya bermain di fikirannya. Kecewa. Itu yang dirasakan apabila isterinya sendiri memilih untuk mempercayai orang luar berbanding suami sendiri.
Tuan Aydan mengeluh panjang, "Sudah, sudahlah Ar. Tak sayang ke kau dengan anak bini kau tu? Cinta perlukan pengorbanan kan? Inilah pengorbanannya. Benda dah lepas. Kau balik pergi cakap dekat dia. Bagitahu perkara sebenar. Kalau tidak sampai bila pun tak selesai benda ni. Kau tengok Khuzairi dah bahagia dengan Mia. Kau bila lagi? Bahagia la cepat. Aku nak baca book cucu aku yang lain sama. Bosanlah asyik kau je. Book kau sampai ke sudah tak habis. Muak la gini."
Terkedu Aryan dengan ayat daripada Tuan Aydan. Menusuk kalbu sanubari. Sampainya hatimu Tuan Aydan. Sabar jap ko tido aku rembat tongkat ko!
"Atuk, macam mana nak kuatkan hati ni?"
"Allahumma inni a'uuzubika minal hammi wal hazan. wa a'udzubika minal ajzi wal kasali, wa a'udzubika minal jubni wal bukhli, wa a'udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal."
Berlapis-lapis dahi Aryan berkerut. Macam pernah ku dengar tapi di mana ya? Itulah sekolah kafa ponteng. Kan dah jahil. Nak kena call tanya ustazah aku dulu ke?
"Ngak bisa bahasa arab, tuk."
Pak!
Sekali lagi kepala Aryan diketuk dengan tongkat Tuan Aydan.
"Inilah kau. Semua salah Aayyan. Dia tak ajar ke anak dia doa apa semua? Bapak kau ni memang takde function. Penat aku lahirkan dia. Dasar anak bertuah. Maksud doa tadi tu Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan manusia." Terang Tuan Aydan.
Aryan mengangguk faham. Aku syak atuk ni memang anti dengan Daddy. Mesti tersedak Daddy dekat rumah. Nasib ko la Ddy.
"Amalkan doa tu. Searchlah google banyak doa. Takkan itupun nak kena ajar. Tampor kang. Ni lagi satu aku nak pesan. Kau kalau nak buat apa-apa keputusan tak payah nak fikir pasal orang lain je, diri kau tu pun penting. Aku tahulah kau jenis pentingkan orang. Tapi janganlah baik sangat sampai biar isteri naikkan suara. Kita ni imam. Kita ketua keluarga. Kita kena bimbing isteri." Sambung Tuan Aydan lagi.
Aryan mengangguk faham.
"Lepastu---"
"Jap atuk. Darren hodoh tu call." Aryan menggesek skrin mengangkat panggilan daripada sepupunya itu. Baru hari ini dia mengaktifkan telefonnya.
"Haluuuu bradahhhh...."
"Bini kau bro."
Terus terbangun Aryan.
"Kenapa dengan bini aku?"
"Bini kau ada dalam genggaman Shaqif."
Buk!
"Ya Allah, cucu aku. Kau kenapa pengsan ni syaitonnnnnn?! Bangunlah gila. Mana aku larat nak angkat kau." Bebel Tuan Aydan.
"Hello? Ar?"
Tuan Aydan merampas telefon di pegangan Aryan, "Ren datang rumah atuk. Budak bertuah ni pengsan."
"Baik, tuk."
Tuan Aydan menggaru kepalanya. Macam mana aku nak angkat malaun ni? Semua salah Aayyan. Kenapa kau beranakkan anak hawau macam ni?
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro