𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 44
"Explain this!" Tempik Natalya. Tersentak Aryan dengan perubahan isterinya itu. Dia mengambil telefon Natalya yang dilemparkan ke atas katil itu. Bala apa lagi ni?
Terbuntang luas mata Aryan melihat gambar yang terpapar di skrin telefon milik isterinya itu. Laju kepalanya menggeleng, "Ini bukan abang."
Bibir Natalya tersungging naik.
"Habistu siapa kalau bukan awak? Angah? Nak tuduh dia sebab muka korang sama?" Sinis Natalya. Mata bulatnya kini sarat dengan air mata. Kenapa gambar-gambar itu perlu wujud di saat dia mula menyemai kembali kepercayaan kepada Aryan? Author ni kejamlah. Sumpah single sampai tua kang.
Aryan menghampiri Natalya. Telefon Natalya diletakkan atas night stand. Tiada langsung istilah ego tercalar baginya. Air matanya terus mengalir membasahi pipi. Biarlah orang nak cakap dia lemah. Dia memang lemah.
"Sayang, look at me. Please trust me. Abang tak buat semua tu. Ini semua fitnah. Tolong percayakan abang, sayang. Sebenarnya--"
Natalya menatap wajah Aryan tajam lalu memintas percakapan Aryan, "Kalau bukan awak? Siapa dalam gambar tu? Cakap Darmish, siapa? Awak memang tak pernah berubah. Saya ingatkan awak dah tak berzina dengan perempuan tu. Tapi awak tipu saya. Awak buat saya tersentuh dengan kata-kata manis awak. Dan sekarang awak hiris hati saya. Kenapa tak bunuh je saya?" Natalya menghempas punggung ke atas katil. Beberapa titik air jernih membasahi pipi mudanya.
Aryan melutut di hadapan Natalya, "Abang tak berzina. Apa lagi yang abang boleh buat untuk dapatkan kepercayaan sayang? Apa yang abang patut buat? Tolonglah sayang. Abang merayu dengan sayang. Tolong percayakan abang."
Natalya memalingkan kepalanya. Bibir dikemam. Dia cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam.
"Sampai bila kita nak macam ni sayang? Abang rindukan kita yang dulu. Abang rindukan sayang." Luluh hati seorang Tuan Aryan Darmish. Sungguh dia letih berkejaran dengan isterinya. Sedikit pun tiada rasa percaya kepadanya.
Natalya menyeka air matanya. Mata berkaca itu menatap wajah Aryan.
"Rindu? Jangan buat lawak Darmish. Mulut awak cakap rindu, sayang, cinta. Tapi apa yang awak buat? Menyundal dengan perempuan lain. Kata-kata sayang, cinta awak tu murah. Murah Darmish! Apa kurangnya saya dekat mata awak sampai awak cari perempuan lain? Saya benci awak Darmish. Awak jantan tak guna!" Tangan kecil itu menolak bahu Aryan berkali-kali.
Aryan mengetap bibirnya. Kepercayaan isterinya kepada dirinya sudah luntur. Sakit? Ya, hatinya sakit, hancur bagai dihiris belati tajam. Mana pergi kepercayaan sayang pada abang?
Aryan menangkap tangan Natalya.
"Kenapa sayang susah sangat nak percayakan abang? Kenapa pilih percayakan orang lain daripada suami sendiri? Gambar tu boleh jadi orang edit. Sayang bulat-bulat percaya macam tu saja. Abang ni tak ada hati perasaan ke? Mana janji sayang dulu untuk setia, untuk sentiasa percayakan abang? Bagi abang peluang untuk explain semua ni." Remuk hatinya. Tak pernah dia rasa sebegini hancur. Sekali lagi isterinya percayakan orang lain. Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya.
Natalya merentap tangannya daripada pegangan Aryan.
"Awak pergilah Darmish. Saya tak nak dengar explaination awak. Cukuplah selama ini awak sakitkan hati saya. Tak cukup lagi ke awak hancurkan hati saya? Awak nak saya mati dulu baru awak puas?" Naik seoktaf suaranya.
Aryan menggeleng, "Abang lagi rela mati daripada biar sayang yang mati. Tiada langsung ke ruang dekat hati sayang untuk abang? Langsung tak percaya dekat abang?"
Natalya ketawa sinis.
"Baguslah. Pergi mati. Tak payah hidup. Hidup pun buat apa? Buat anak nanti keluar tanggung malu je. Kadang saya tertanya-tanya, Mummy Daddy tak reti ke jaga anak dia sampai besar jadi buaya macam ni?! Menyundal dengan perempuan bukan mahram---"
"Enough Natalya. Abang ikhlas dengan Lya. Tapi Lya hina abang. Lya buat abang macam tak ada maruah. Lya dah melampau tahu tak?! Lya buat abang macam sampah. Abang ni tak layak ke jadi suami Lya?" Aryan bingkas berdiri. Matanya tajam menikam wajah isterinya itu. Sekali lagi Natalya menyebut tentang kedua ibu bapanya.
"Siapa Lya nak menyoal tentang didikan Mummy dengan Daddy abang? Lya boleh hina abang, maki abang. Tapi kenapa nak libatkan Mummy Daddy. Abang kesal dengan perangai Lya." Nada suara Aryan bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya. Rasa pilu mencucuk-cucuk lubuk hatinya. Hatinya hancur sehancurnya. Sedikit pun tiada ruang untuk meceritakan hal sebenar.
Natalya terdiam membisu. Tiada daya untuk membalas kata. Mulut terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kepiluan.
"Baiklah. Kalau Lya nak sangat abang pergi. Abang pergi kalau tu boleh buat Lya bahagia. Agungkanlah ego Lya tu. Junjung sampai mati. Abang akan pergi dari hidup Lya. Jaga anak kita baik-baik. Pasal nafkah anak, bulan-bulan abang akan transfer. Terima kasih untuk semuanya. Terima kasih pernah bagi abang rasa dicintai walaupun tak lama mana pun. Carilah kebahagiaan Lya. Tuntutlah fasakh kalau Lya rasa benci sangat dekat abang. Assalamualaikum." Aryan terus keluar daripada bilik itu. Pintu dihempas kasar. Air mata diseka kasar. Entah ke mana dia mahu tuju dia sendiri tidak tahu.
Tersentuh juga di pedalaman hati Natalya dengan apa yang dikatakan oleh Aryan sebentar tadi. Dia mula duduk sugul di kepala katil. Berkali-kali dia meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan. Kekesalan hatinya terhadap suaminya begitu bertubi-tubi datangnya. Dia melepaskan tangisan teresak-esak.
Klak!
"Nat, kenapa ni? Apa yang dah berlaku ni?" Puan Aishah mendekati anaknya yang terseak-esak menangis itu. Bahu Natalya diusap lembut. Dia juga dengar anak menantunya bergaduh sebentar tadi.
Dengan wajah sugul dia mengangkat wajah memandang wajah sang ibu penuh kekesalan, "Nat... Nat dah buat Darmish marah."
Muncul Anrique dan Adryan di muka pintu. Mereka turut berasa hairan dengan Aryan yang lalu di ruang tamu terus keluar menghidupkan enjin kereta. Tiba-tiba lesap.
"Kau buat apa lagi kali ni? Tak cukup ke kau seksa hati adik aku? Kau dah kenapa? Kau nak apa lagi? Ar tu punyalah sanggup mati untuk kau. Sayang kau. Kenapa kau tak habis-habis bagi masalah. Bodoh!" Anrique meraup rambutnya kasar. Nasib baik kau perempuan, kalau lelaki memang lebam mata kau.
"Que, kita nak bincang elok-elok. Sudahlah tu. Nat, Ar cakap apa tadi sebelum dia pergi?" Soal Adryan lembut. Sesetengah ibu hamil mengalami tekanan perasaan melampau dan sering berasa muram hinggakan perkara remeh boleh menyebabkan emosi terganggu dengan mudah. Kalau tersalah cakap karang susah.
Anrique menggulingkan mata ke atas sebelum mengangkat kaki pergi daripada situ.
Adryan menapak masuk ke dalam bilik itu. Telefon di atas night stand diambil, "Dapat mesej gambar lagi ke?" Duganya.
Ternaik kening Natalya, "Macam mana angah tahu?"
"Dinding rumah ni bukan kedap bunyi pun. Dengar jelas sampai ke ruang tamu. Mulanya kitorang ingat gaduh biasa je. Ini sampai menangis Ar keluar daripada rumah. Tahulah angah benda ni bukan biasa. Ar tak pernah macam tu. Angah kenal adik angah. Kenapa Nat tak nak dengar dulu apa yang Ar nak explain? Kenapa nak libatkan Mummy dengan Daddy? Mummy dengan Daddy dah bagi ajaran serba serbi lengkap. Kasih sayang semua cukup. Kalau Ar ada buat silap, jangan salahkan diorang. Apa perasaan Nat kalau orang cakap Makcik Aishah tak pandai jaga Nat?" Adryan mengeluh kecil. Ikutkan hati memang dia pantang bila orang kata sedemikian kepada orang tuanya. Tapi kalau dah bermain dengan ego, amarah nak buat macam mana. Benda dah jadi.
Natalya menunduk menekur lantai. Timbul rasa bersalah dalam dirinya.
"Ada benda yang Ar tak explain dekat Nat. Sebelum ni dia ingat dia dah tak perlu explain benda ni lagi dekat Nat. Sebab sepanjang dia dekat kampung Nat ni, hari-hari dia luah dekat angah. Dia bahagia tengok Nat dah mula terima dia balik. Hari-hari dia cerita dengan angah yang dia terlalu bahagia sampaikan dia sanggup Allah tarik nyawa dia masa tu sebab terlalu bahagia di samping Nat. Kalau Nat rasa Ar tu tak ikhlas untuk Nat, kenapa dia sampai sanggup cakap macam tu? Cuba Nat fikir balik."
Bagai dibalikkan semula belati yang menghiris hati Aryan ke hati Natalya. Lidahnya kelu. Tidak teragah lidahnya untuk membalas.
"Kalau Nat nak tahu, semua ni rancangan Saffya dengan Shaqif." Jelas Adryan dengan tenang. Kalau Aryan tak nak explain, biar abe Ad yang masuk. Lagipun scene aku sikit. Bolehlah buat modal.
Terus kepala Natalya memanggung melihat Adryan. Berkerut dahi wanita itu.
"Ya, Shaqif adalah mastermind semua ni. Ingat masa Nat kena tangkap basah dengan Ar dulu? Diorang yang rancang. Tapi disebabkan kebodohan Saffya, Ar yang kena tangkap basah dengan Nat. Dekat situ Allah nak tunjuk yang jodoh Ar dengan Nat tu kuat. Nat tahu macam mana mak Nat boleh terima Ar?"
Natalya menggeleng.
"Hari-hari Ar datang sini pujuk mak. Macam-macam dia buat untuk ambil hati mak. Dia cakap mak boleh benci dia, salahkan dia sebab kamu berdua ditangkap basah. Tapi tolonglah maafkan Nat. Dia salahkan diri dia atas apa yang dah berlaku. Dia pergi bagitahu satu kampung. Dekat surau dia buat pengumuman. Dia cakap dia yang salah. Jadi, dia tak nak orang kampung mengata buruk pasal Nat. Pasal gambar kamu dapat sebelum ini pun, dia ada bagitahu mak. Termasuklah pasal Shaqif. Sebab tu mak kurang berkenan kamu rapat dengan Shaqif." Puan Aishah menceritakan hal yang dijanji untuk simpan daripada pengetahuan Natalya.
Tidak semena juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipi Natalya. Ya Allah, sungguh aku rasa berdosa tika ini. Abang, maafkan Lya.
Adryan menghela nafas panjang, "Anak yang dalam perut Saffya tu bukan anak Ar. Ar tak pernah sentuh Saffya. Ar dulu memang buaya, tapi dia tak pernah tidur dengan mana-mana perempuan. Dia masih tahu halal haram. Saffya mengandungkan anak Shaqif. Diorang plan semua ni untuk runtuhkan rumah tangga korang. Sebab tu Ar tak nak Nat rapat dengan Shaqif. Sebab dia tahu niat sebenar jantan tu. Ar buat macam-macam untuk dapatkan bukti. Dia nak bagitahu Nat pada masa yang sesuai. Ar pun salah juga dalam kes ni. Sepatutnya dari awal dia explain benda ni. Tapi dia terleka dengan niat sebenar dia lepas tengok Nat macam dah boleh terima dia semula. Pasal gambar tu semua fitnah. Edit photoshop. Terang lagi bersuluh bahu lelaki dalam gambar tu tak ada kesan terbakar macam yang Ar ada. Kesan tu dia dapat masa dia selamatkan angah dulu masa rumah lama Mummy Daddy terbakar. Ar is a good man. Dia sanggup mati demi orang lain. Tak fikir pun apa yang akan jadi dekat dia."
Natalya mengemam bibirnya. Perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatinya. Sungguh kekesalannya bergunung. Macam mana aku terlepas pandang pasal kesan terbakar tu?
"Nat rehatlah dulu. Biar angah dengan along pergi cari Ar." Adryan menuju ke arah pintu. Dia sendiri tidak tahu mana dia nak cari adiknya itu. Sudah tentu telefon tidak akan diangkat.
"Nat nak ikut. Nat nak cari suami Nat. Nat nak minta maaf dengan dia." . Muka Natalya bertikar menjadi merah-padam mengenang nasibnya itu. Dia mahu meminta ampun daripada Aryan. Sungguh dia menyesal kerana memarahi lelaki itu tanpa selidik hal sebenar.
Adryan menggeleng, "Tunggu dekat rumah. Biar angah cari dia. Bagi dia ruang pujuk hati sendiri." Terus Adryan keluar daripada bilik itu meninggalkan Natalya bersama Puan Aishah.
Natalya memeluk Puan Aishah. Di bahu tua itu, dia melepaskan tangisannya. Entah pada siapa lagi dia mahu mengadu. Dia kesal dengan apa yang dia sudah lakukan. Pasti suaminya sekarang kecewa sangat dengan dirinya.
Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa 'tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini
Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa 'tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini
Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku...
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa 'tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro