"Siapa perempuan tu?" Akhirnya soalan itu terpancul keluar juga daripada mulut Natalya. Selepas membantu Natalya menyalin pakaian baru, Aryan asyik berbual dengan Nuffa yang entah dari mana munculnya itu. Bersama Nuffa ada beberapa jejaka tampan.
Anrique senyum senget apabila melihat wajah adik iparnya itu kelihatan cemburu dengan kehadiran Nuffa.
"Rayhaa Nuffa Aldrich."
Terus Natalya berpaling ke arah Anrique. Macam pernah dengar nama itu. Bukankah dia tu anak kepada CEO terkenal di Antarabangsa itu, Thariq Aldrich. Tapi apa hubungannya dengan suami aku?
"Dia tu first love Tuan Aryan Darmish. Childhood's friend. Rasanya Ar masih ada perasaan dekat dia. Tengoklah tu, makin cantik Rayhaa sekarang." Sambung Anrique. Sengaja dia menyimbah minyak ke api. Padan muka kau, perempuan!
"Tch! Kau ni long, tak baiklah. Rayhaa tu kawan baik Alang. Diorang dari kecik berkawan." Arash memincing tajam ke arah Anrique. Sengaja betul orang tua itu. Orang datang sini nak tolong Aryan berbaik dengan Natalya, dia menambah api lagi ada la.
Natalya mengangguk faham.
"Nat, kena yakin dengan cinta Ar. Abaikan along ni, dia memang mulut tiada insurans." Adryan duduk di samping Anrique. Anrique menjelingnya tajam. Orang nak gurau pun tak oleh.
"Ar tu memang dari kecik rapat dengan Rayhaa. Kau tak payah risaulah. Budak masuk air tu mana ada perasaan dekat Rayhaa. Hati dia penuh nama kau." Anrique membuat muka menyampah. Tidak dapat disangkal, hati Aryan kini sepenuh ya milik Natalya. Mana ada wanita lain selain isterinya itu. Maybe ada Ayeena kut kalau ada pun.
Adryan senyum nipis, "Nat sayang Ar?" Soalnya. Wanita itu mengangguk.
"So, trust him."
Natalya diam sebelum memandang semula ke arah suaminya yang berbual dengan Nuffa itu. Apa yang diorang borakkan tu?
"Kau buat apa dekat sini?" Aryan menyoal Nuffa. Bukan senang nak tengok anak ketua Mafia Russia ini seorang.
"Kampung aku kan dekat sebelah sana. Tu aku bawa uncle Ahnaf, dia mengidam nak mandi air terjun. Bini dia sibuk jaga anak dekat rumah. Jadi, aku temankanlah dia. Itu yang bawa uncle Hamka, uncle Adam dengan uncle Skye sekali."
Mereka melihat ke arah Ahnaf yang berborak dengan tiga orang anak kembar Aariq. Bebal bertemu bebal sama dengan bebal kuasa dua. Datang pula Skye ke arah mereka berempat. Maka, jadilah bebal kuasa tiga.
"Tu bini kau ke?" Soal Nuffa sambil menoleh ke arah Natalya. Bibirnya menguntum senyuman buat Natalya yang daripada tadi merenung ke arahnya dan Aryan.
Aryan ikut lihat ke arah isterinya itu. Bibir merahnya mengukir satu senyuman, "Haah. Bini aku."
"Cantik. Tahniah. Sorry aku tak sempat pergi kenduri korang. Kau tahulah hidup aku ni macam mana. Sibuk dengan kerja."
Aryan senyum, "No. It's okay. Tak, sekarang ni aku nak tahu. Betul ke suami kau tu ada isteri lain?" Ditanya tanpa bertapis. Mana letak akal si Aryan ni. Dah berubah jadi pakcik bawang pula dia.
Raut wajah Nuffa berubah apabila suaminya menjadi topik mereka.
"Entahlah Darmish. Aku rasa bodoh sangat dipermainkan. Tapi aku tak sanggup hilang dia. Kasih sayang aku dekat dia terlalu dalam." Keluhnya perlahan.
"Tapi kau tak boleh bagi dia pijak maruah kau macam ni. Dah sedap tinggal. Bodoh punya jantan. Sini aku ganyang dia. Kau tu kenapa lemah sangat? Rayhaa Nuffa yang aku kenal tak selemah ni. Kau kuat Nuffa. Lawan dengan semua benda ni." Aryan memberi sokongan kepada Nuffa. Dia tahu wanita itu kuat seperti mamanya, Rayssa Nawra. Akak blaus kuning.
Nuffa melepaskan keluhan perlahan.
"Aku tak boleh."
"Ikut suka kau la senah. Kalau tu boleh buat kau bahagia, teruskan. Apa apa pun, aku sentiasa doakan kau. Kau kawan baik aku."
Nuffa senyum kecil kepada Aryan. Walaupun lelaki di hadapannya kini juga berdepan masalah, dia tetap bagi sokongan kepada masalah rumah tangga orang lain. Kau pun sama Darmish. Aku doakan kau.
Natalya tidak betah melihat lama-lama suaminya berada bersama dengan si Nuffa itu. Dia terus mendapatkan Aryan.
"Abang~~~ Lya mengantuk." Tubuh suaminya didakap daripada belakang. Tersentak Aryan dibuatnya.
Aryan mengusap tangan isterinya, "Iya sayang. Kita balik ya?"
Melihat kemesraan dua orang itu membuatkan Nuffa tersenyum. Dia nampak jelas sinar kebahagian pada wajah Aryan.
"Nuffa, aku balik dulu. Kirim salam dekat semua. Assalamualaikum." Aryan meminta diri. Tubuh genit isterinya didakap sayang.
"Waalaikumussalam." Jawab Nuffa lembut. Timbul rasa rindu kepada suaminya setelah melihat kemesraan Aryan dan Natalya sebentar tadi.
Aryan menggamit tiga ekor tenuks itu untuk pulang, "Cepat tenuks. Aku tinggal kang!"
Terkedek-kedek mereka berlari mendapatkan Aryan. Takut kena tinggal.
"Abang sukakan Nuffa?" Soalan pertama Natalya buat Aryan setelah mereka masuk ke dalam kereta. Haah, diorang balik naik kereta. Motor pula Darren yang naik bersama Arash.
Ternaik hujung bibir Aryan, "Chagiya, kan abang dah cakap. Sayang sorang saja perempuan yang abang suka. Abang cinta. Abang sayang. Tiada yang lain daripada sayang. Nuffa tu kawan abang je. Lagipun Nuffa tu isteri oranglah."
Terasa lega di hati Natalya mendengarkan itu.
"Boleh tak jangan jual gula dalam kereta ni? Bersemut tahu tak?" Afeeq menyuarakan ketidakpuas hatinya. Tak kira tempat dan masa, sepupunya itu asyik nak bergula saja. Cuba respect sikit rakyat single macam kami ni.
"Entahnya. Kau ni asyik nak bersweet dengan bini. Tahulah ada bini." Aqeef pula menyilang tangan ke dada.
"Kesianlah sikit dekat Que. Dia dah la duda terpaling hangit di pasaran." Aefeq menyambung. Tersedak Anrique apabila namanya diketengahkan. Aku diam pun kena? Dasar tenuk.
Aryan ketawa kecil melihat muka cemberut abangnya. Hangit tak hangit korang kena baca My Signora, up coming soon. Tengoklah betapa lakunya abang duda kita.
"Kenapa aku pula yang rasa macam nak pukul orang ni?" Aqeef berbisik perlahan. Natalya turut mendengarkan itu. Panas hatinya melihat pemandangan yang menyapa kornea matanya kini. Ikutkan hati ada juga yang kena ganyang dengannya.
"Minah tu dah lama hidup ke hah? Berani dia sentuh Ar aku." Afeeq memandang ke arah yang satu itu bersama mata tajam bak helang.
"Natalya, you tak nak pergi serang diorang ke?" Aefeq menyampuk. Geram pula hatinya melihat gadis yang bersama Aryan itu. Mana pergi sifat malunya?
Natalya hanya diam memandang ke arah Natrah, adik bongsunya itu. Sejak pulang daripada air terjun siang tadi, adiknya itu asyik melekat dengan Aryan. Cara pandangannya terhadap Aryan juga sesuatu. Macam ada something. Senyuman tidak pernah lekang di bibir gadis itu.
"Abang Darmish, Natrah ada masakkan sambal udang petai untuk abang. Mak cakap abang suka." Bahu Aryan disentuhnya. Aryan sengih sebelum melarikan bahunya daripada terus disentuh oleh Natrah. Jujurnya dia kurang selesa dengan adik iparnya yang terlalu manja dengan dirinya itu.
"Patutlah tak sedap sambal ni." Jujur Anrique bersahaja. Ada dia kisah? Nampak ke muka abe Que macam kisah? Memang tidaklah dia nak kisah.
Natalya bingkas berdiri mahu menuju ke dalam bilik, namun dihalang oleh Aryan, "Sayang, where are you going? Come. Makan dengan abang. Abang suap ya?" Tangan isterinya diraih dan disulam jari jemari mereka. Kecil comel jari Natalya di dalam pegangan tangan besar milik Aryan.
Natrah yang melihatkan itu mendengus geram.
Aryan membawa isterinya ke meja makan. Mereka duduk bersebelahan. Tangan Aryan masih erat memegang tangan isterinya. Bagai tidak mahu lepas.
"Natrah, kau tak nak makan? Tak nak makan sudah." Sergah Puan Aishah. Baru sahaja dia turun ke dapur, dilihatnya anak gadis itu tercegat di hadapan meja makan. Dah kenapa? Kena sampuk?
Natrah mula menarik kerusi bertentangan dengan Aryan. Dia duduk di situ. Senyuman manis dihadiahkan buat abang iparnya itu. Kau dah kenapa dik? Itu suami akak kau la gila.
"Sayang nak lauk apa?" Soal Aryan kepada isterinya. Kekura tangan Natalya diusap lembut.
"Abang Darmish, Natrah buat ini untuk abang. Makanlah." Natrah menyua sepinggan sambal udang petai kepada Aryan. Sengihan ditayangkan. Berharap agar Aryan menyukai masakannya.
"Aku kenyang. Kau makanlah." Balas Aryan. Dia sibuk mencedok nasi ke dalam pinggan Natalya. Matanya langsung tidak menoleh ke arah Natrah yang mula memuncung itu. Baru umur 17 tahun dah gatal.
"Kenyang makan apa? Abang tak makan lagi."
"Aku kenyang tengok isteri aku."
Terus berubah mendung wajah anak gadis itu. Puan Aishah di dapur hanya menggeleng kepala melihat perangai anak bongsunya itu.
Tanpa disedari oleh Natrah, tiga ekor kembar bersama Arash sedang merenungnya tajam.
"Makcik, siapa masak sayur campur ni?" Anrique menyoal Puan Aishah. Si tua itu menelan liur sambil matanya menoleh ke arah Natrah. Tahulah siapa yang masak. Bibir Anrique menyungging naik.
"Natrah. Kenapa? Sedap ke?" Natrah sedikit teruja memandang ke arah Anrique. Tak dapat Aryan, Anrique pun jadilah. Sama kacak, sama kaya.
Darren yang mula menyuap nasi ke mulut itu mengeluarkan semula isinya. Rasa apa masakan ni? Aneh sekali.
"Sedap? Jangan buat lawaklah budak. Kau masak apa ni? Kalau tak pandai masak, duduk diam-diam." Anrique bingkas berdiri menuju ke dapur. Biar aku je la yang masak.
Adryan mengangguk, "Carrot ni keras, tak cukup masak. Bunga kubis pun keras. Kalau baling dekat anjing, anjing pun boleh mati. Ni apa? Cendawan? Berkulat. Zaman bila punya cendawan ni? Kuah pula hm masin. Lori garam tumpah ke? Ni sambal udang kau ni, sorry aku tak ada niat tapi memang tak sedap. Udang ni rasa hanyir. Lepastu ada bau hangit-hangit. Kau buat smoke BBQ ke?"
Ternganga semua di meja makan itu mendengar Adryan mengemukakan pendapatnya. Kalau Adryan yang tidak banyak cakap itu pun dah mula cakap panjang lebar, memang tidak ada apa lagi nak dikatakan.
"Que, kau masak maggi ke? Masakkan untuk aku sekali." Adryan bangun lalu menapak ke luar rumah.
Aryan menggaru kepalanya. Kenapalah abang-abangnya begitu jujur?
"Que, aku pun nak!" Laung Afeeq.
"Aku pun."
"Aku pun nak."
Diikuti adik-adiknya.
Darren mengusap pangkal lehernya sebelum menoleh ke arah Anrique, "Que, aku pun." Ujarnya perlahan. Rasa serba salah pula. Kesian melihat wajah cemberut Natrah. Mesti gadis itu kecewa.
"Long, adik pun nak. Alang nak?" Arash menyiku tangan Aryan. Aryan menggaru kepalanya sebelum menggeleng.
Puan Aishah mengeluh, "Tak sedap sangat ke bak sini aku rasa." Kuah sayur campur itu dicicipnya perlahan.
"MashaAllah. Boleh mati cepat aku macam ni. Que, buatkan maggi untuk makcik sama. SubhanAllah. Astagfirullahazim. Rasa apa ni?" Mengucap panjang Puan Aishah merasa masakan anak bongsunya itu. Sudah dia duga. Anak gadisnya itu mana pernah menolongnya di dapur. Entah hari ini mimpi apa nak masak pula.
Usai makan malam, Natalya masuk ke dalam bilik tidur. Aryan ditinggalkan di dapur untuk mencuci pinggan bersama Arash. Natalya mencapai telefon di atas night stand. Dia membuka aplikasi WhatsApp. Ada satu nombor yang dikenali menghantar mesej kepadanya.
Jatuh air matanya melihat gambar kemesraan Saffya bersama Aryan. Berpelukan di hadapan kelab malam. Menuju ke hotel? Apa maksud semua ni, Darmish?
Klak!
Natalya memandang tajam ke arah Aryan yang baru sahaja menapak masuk ke dalam bilik itu. Berkerut dahi suaminya. Dah kenapa pula ni?
Telefon dilemparkan ke atas katil kasar, "Explain this!!!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro