𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 42
Aryan mengemam bibir memandang ke arah Shaqif yang tidak henti mengganggu isterinya. Aku tengah mandi dekat sini, kau sedap try bini aku. Vavi kau!
Adryan berenang mendekati adiknya itu. Bukan dia tidak perasan wajah adiknya yang berubah merah padam itu. Sejak mereka tiba di air terjun itu lagi Shaqif asyik melekat dengan Natalya.
"Ar, go." Katanya.
Ternaik kening kiri Aryan memandang abang kembarnya itu.
"Go and get what is yours." Sambung Adryan. Aryan mengangguk faham lalu bangun keluar dari air menuju ke arah isterinya.
Adryan hanya senyum melihat adiknya itu. Dia percaya adiknya akan pertahankan haknya. Semoga bahagia milikmu, Ar.
Aryan berdehem kuat sebelum menyandarkan tubuhnya ke tiang pondok yang diduduki oleh Natalya dan Shaqif. Langsung empat mata itu menoleh ke arahnya. Natalya meneguk liur melihat tubuh kekar Aryan yang sedikit terdedah. T-shirt putih basah yang dipakai oleh suaminya itu melekat pada 8 ketul rotinya.
"Naughty wife, suka tenung badan abang ke?" Hidung Natalya dicuit lembut. Terus Natalya melarikan anak matanya. Pipi merahnya ditekup. Malu dengan usikan encik suami.
Terlepas tawa halus di celahan bibir Aryan. Geli hatinya melihat Natalya sedang kemaluan. Eh--- tolong Ar not this time. Bukan kemaluan.
"Comel la isteri abang ni. Rasa nak gigit dia." Makin galak dia mengusik Natalya. Tambah-tambah apabila wajah Natalya semakin bertambah merah padam.
Shaqif yang melihat itu mengetap bibir. Api cemburunya membakar. Kenapa perlu munculnya insan bernama Tuan Aryan Darmish ni? Kau ni mengacau kerja aku saja! Tak guna.
"Nat, tadi mak abang ada bekalkan kuih ketayap. Kesukaan Nat kan? Sedap tau mak abang buat." Shaqif mencelah. Bibirnya mengukir senyuman manis. Sesekali dia mengerling ke arah Aryan bersama senyuman mengejek.
Aryan menatapnya bersama mata kelabunya yang tajam menikam wajah Shaqif itu. Kau kalau aku tampor ni, jangan tanya kenapa. Sakit pula hati aku. Depan aku pun kau berani nak try bini aku. Try la bini orang lain. Apa keheinya bini aku juga yang nak dicuba-cubanya? Mummy tengok dia ni nak rampas isteri Ar!!!
Natalya mengambil sebiji kuih ketayap yang disua oleh Shaqif itu. Orang dah pelawa, takkan nak ignore. Rezeki jangan ditolak.
"Chagiya~~~" Aryan mengambil tempat di sebelah isterinya. Berdiri tegak bulu roma Natalya mendengar panggilan daripada Aryan. Dah gaya macam kucing nak mengawan.
"Hm?"
"Jom teman abang mandi. Abang nak mandi dengan ayang." Aryan menyendel bahunya ke bahu Natalya. Dari tadi isterinya itu kering. Mana aci. Marilah basah bersama.
Natalya menggeleng laju. Dia terus menyumbat kuih ke dalam mulut Aryan.
"Abang gila ke? Lya ni pregnant. Macam mana nak mandi air terjun tu? Kalau tergelincir macam mana? Kalau jadi apa-apa macam mana? Abang tak sayang Lya ke?" Bebel si isteri. Aryan menghabiskan kuih ketayap yang disumbat ke dalam mulutnya itu dengan terpaksa. Dah la mak Shaqif yang buatkan, ish!
"Entah kau ni--" Percakapan Shaqif terus dipintas. Mat better kau diam je. Single people tak payah nak masuk campur.
"Abang kan ada. Sayang janganlah risau. Abang akan jaga sayang sepenuh hati abang. Abang tengok sayang dari tadi mengusyar abang mandi. Tahu. Sayang teringin nak mandi air terjun juga kan?" Kepala Natalya yang dibaluti tudung sarung itu diusap lembut.
Natalya memandang tepat ke dalam mata suaminya. Aryan senyum manis kepada isterinya itu.
"Janji dengan Lya, abang akan pegang tangan Lya tak lepas langsung."
Aryan senyum, "Iya sayang. I will never let you go."
Ya, dia takkan pernah lepaskan Natalya. Biarlah apapun yang bakal melanda hubungan mereka. Nama Natalya Rozella tetap terpahat kekal dalam hati seorang Tuan Aryan Darmish sampai hujung nyawanya.
"Abang, Lya dahaga. Nak air." Natalya menarik lengan suaminya.
Aryan menoleh ke arah isterinya, "Kejap abang suruh tiga tenuk tu ambilkan."
Mereka menoleh ke arah Afeeq, Aqeef dan Aefeq yang bermandi manda seperti tiada hari esok. Tiada tanda-tanda mereka bakal berhenti. Entahlah di mana salah silap Aariq sewaktu membuat mereka. Salah niat ke salah baca doa. Mereka kini melompat terkinja sana sini mengalahkan anak monyet. Arash juga masuk air sekali dengan tiga kembar itu. Adryan dan Anrique pula hanya ketawa melihat gelagat mereka. Darren pula daripada tadi on the phone dengan kesayangan.
"Abang je la ambilkan. Kesian diorang seronok sangat tu."
Berat hati Aryan mahu meninggalkan Natalya sendirian. Siapa tidak sayangkan isteri kan?
"Cepatlah abang."
Aryan mengangguk sebelum keluar daripada air menuju ke pondok. Mencari air buat isteri kesayangan. Sedang dia menuang air ke dalam cawan, bahunya dirempuh kasar.
"Kau dah kenapa?!" Meledak api kemarahannya melihat muka Shaqif yang selamba merempuh bahunya. Anak siapa dia ni? Anak Nurul Ain dalam 7 hari mendera rakyat Malaysia tu ke? Asal yang biadab sangat ni?
"Kau tu yang dah kenapa?" Soalan berbalas soalan. Ini mesti kes ponteng kelas BM dulu time sekolah. Cikgu dah ajar kan kalau ayat pertanyaan mestilah dijawab dengan ayat penyata. Bukan pertanyaan dijawab dengan pertanyaan. Dasar budak rambut karat ni.
"Apa masalah kau? Aku buat salah apa dengan kau?" Aryan meletakkan jar air dengan kasar. Geram dia dengan sikap Shaqif. Angin tiada, ribut tiada, tiba-tiba ajak gaduh macam nak bertumbuk.
Shaqif ketawa sinis, "Kaulah masalah aku. Kalau kau tak muncul, semuanya takkan jadi macam ni."
Berkerut dahi Aryan. Apa masalah mamat ni? Gila ke?
"Apa maksud kau? Kau nak apa sebenarnya dari aku?"
"Aku nak Natalya. Aku nak dia. Plan aku dah smooth. Tapi bila kau datang je semua hancur. Kau bala kau tahu tak? Disebabkan kau, aku gagal. Bodoh! Aku benci kau." Shaqif meludah ke tanah. Ya la kalau ludah ke langit, pasti jatuh ke mukanya semula.
Aryan mengepal penumbuknya. Rahang diketap. Matanya memancarkan api yang terbakar. Marah dengan apa yang terjadi.
"Dengar sini baik-baik. Aku harap kau tak pekak lagi. Natalya tu isteri aku yang sah. Dia hak aku. Bukan kau. Simpan sajalah niat bodoh kau tu nak rampas dia daripada aku. Sebab aku takkan lepaskan dia. Kau pergilah menyundal dengan si Saffi Rania Gold tu. Bukan aku tak tahu kau dengan dia dah pernah tutttttt..... Shaqif, sudah-sudahlah nampak bodoh. Kau yang nampak bodoh, aku yang letih. Letih gelakkan kau. Cukuplah kebodohan kau tu semua orang dah tahu kau sorang je ada bodoh tu, tak payah la show off kebodohan tu. Bodoh aku tak insecure pun. Sebab aku tahu kebodohan aku lagi pandai dari bodoh kau."
Shaqif merenung tajam ke arah Aryan. Terasa tercabar jiwa kelakiannya. Kau tunggu Aryan. Masa kau akan tiba tak lama lagi.
"Abang!!!" Suara Natalya memecahkan suasana. Laju kaki panjang Aryan menuju ke arah isterinya.
Membulat matanya melihat isterinya yang tergapai-gapai di dalam air. Terus dia melompat masuk ke dalam air mendapatkan Natalya.
Dia membawa isterinya ke darat. Tercungap-cungap nafas Natalya tidak cukup nafas. Dia cuma bangun daripada duduk di atas batu kerana mahu mencari Aryan tapi tidak dia sangka dia tergelincir ke air yang lebih dalam.
Wajah Aryan yang cuak itu dipandang redup.
"Lya minta maaf." Katanya perlahan. Aryan menggeleng.
"Bukan salah sayang. Salah abang. Abang tinggalkan sayang lama sangat. Maafkan abang." Terus didakap tubuh isterinya itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika melihat keadaan isterinya tadi. Rasa mahu tercabut jantungnya. Suami mana tak sayangkan isteri? Aku bukan Khuzairi Samad dalam 7 keturunan tak habis-habis lagi gaduh tu. Dia bodoh, aku bodoh sikit saja.
Mereka yang lain melihat ke arah pasangan itu.
"Comelnya." Afeeq memeluk Aqeef sambil matanya tertancap pada pasangan sejoli itu. Jiwa singlenya memeronta.
"Kesian kita semua." Aefeq yang duduk mencangkung itu menompang dagunya. Arash pula ikut duduk di sebelahnya lalu kepala dilentokkan ke bahunya.
"Asal plak?" Anrique mengerutkan dahinya. Kenapa pula kesian?
"Kita gak punya ayang." Aqeef menyambung sebelum membalas pelukan Afeeq. Mengapakah orang single diuji sebegini? Besar sangatkah dosa kami? Kenapa tiada yang hormatkan kami?
"Hello, tolong sikit. Aku dengan Ad ada ayang. Korang je yang lemah." Darren menyampuk. Entah dari mana datangnya mamat ni. Tadi bukankah sibuk bergayut dengan buah hati kesayangan pengarang jantung dup dap dup dap ke?
Anrique berdecit perlahan. Iya, terluka tapi tak berdarah. Tahulah aku duda pun. Agak-agaklah perli aku gak punya ayang pun. Sabarlah kejap aku cari sekor ayang. Baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
Shaqif yang melihat kemesraan Aryan dan Natalya itu terus berlalu pergi meninggalkan suami isteri itu. Dia juga bergegas ke sini apabila mendengar suara Natalya sebentar tadi. Namun, tindakan Aryan lebih pantas daripadanya.
"Darmish?"
Aryan dan Natalya mengangkat wajah melihat gerangan yang datang menghampiri mereka itu.
"Nuffa?"
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro