Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 41

Ternganga Natalya melihat tetamu-tetamu rumah emaknya itu. Bukan main ramai si Aryan ni angkut.

"Close your mouth, chagiya." Aryan memaut bahu Natalya. Tersentak wanita itu apabila bahunya tiba-tiba dipaut.

Aryan membawa isterinya ke meja makan.

"Morning, Kak Lya!" Ucap Arash dengan riang. Natalya membalas senyuman mesra adik iparnya itu.

"Morning, Rash." Balasnya.

Aryan menarik kerusi buat isterinya. Perlahan-lahan Natalya melabuhkan punggung.

"Mengada-ngada." Kata Anrique penuh selamba. Semua mata menumpu ke arahnya. Melopong dengan ujarannya itu.

Ya, semua tahu dia tujukan buat Natalya. Memang dia anti sungguh dengan budak Natalya ini. Baginya yang namanya perempuan semua complicated kecuali Ayeena dan Nurliya.

Natalya terdiam membisu seribu bahasa. Dia tahu pasti Anrique marah kepadanya kerana membuat adiknya terluka. Adryan pula hanya duduk diam makan seperti tiada apa berlaku. As we all know, Adryan tak suka masuk campur hal orang. Dia ada di sini pun hanya kerana kembarnya yang mengheretnya ikut sama.

"Ar, duduk. Makan. Tak payah layan sangat tuan puteri tu." Puan Aishah berdehem sebelum menyampuk. Dia duduk di sebelah Anrique. Boleh tahan juga mulut dia ni. Budak KL ni nampaknya boleh buat geng aku ni.

Aryan mengangguk dan melabuhkan punggung ke atas kerusi di sebelah isterinya.

"Sayang nak makan apa? Abang ambilkan."

Puan Aishah tersenyum melihat layanan anak menantunya itu. Kalaulah bapak kau dulu macam tu. Hm.

"Termenung makcik sendiri...." Aqeef bisik di tepi telinga Puan Aishah. Terperanjat si tua itu, nasib baik tak ketuk pakai senduk.

"Memendam rindu tidak menentu..." Sambung Aefeq dengan girang. Lalu dia duduk di sebelah Aryan.

"Kasih suci murni yang kita bina..." Arash pula sambung menyanyi. Bukan main budak muda zaman sekarang.

"Hapus hancur oleh kata fitnah..." Afeeq yang mulutnya dipenuhi nasi itu menyambung lirik lagu Pulanglah itu. Sebiji perangai bapaknya, Aariq. Nasi penuh dalam mulut bukan reti nak duduk diam.

Aryan mengusap pangkal lehernya. Entah bagaimana dia mahu terangkan pada ibu mertuanya tentang keterencatan akal keluarganya. Harap Puan Aishah, stay strong.

"Mana adik-adik yang lain?" Aryan menyoal Puan Aishah yang terpinga-pinga melihat kembar tiga tadi.

"Hah? Ouh, Nazim dengan Nazril duduk asrama hujung minggu baru balik. Natrah pula pergi sekolah tak balik lagi. Tengah hari nanti baliklah tu." Jawab Puan Aishah. Aryan mengangguk faham. Bukan selalu dia pulang ke kampung. Jarang. Rasanya ini kali ketiga dia datang kampung. Terasa seperti menantu hantu pula. Sibuk bekerja sehingga tidak pulang jumpa mertua sendiri.

Natalya menguis nasi di dalam pinggannya. Entah tiada selera hendak makan. Lainlah kalau ada---

"Let me feed you, chagiya. Setakat kuis nasi tu tak habis pun." Aryan menarik pinggan Natalya ke arahnya. Natalya merenung ke arah wajah suaminya itu.

Aryan hanya membiarkan walaupun dia tahu dirinya ditenung oleh si isteri. Tangannya ligat menyuap nasi ke mulut Natalya.

"Semoga anak kita membesar dengan baik." Bisiknya lembut.

Natalya diam memerhatikan Aryan. Lelaki itu sungguh baik. Walaupun perangai kadang tak semenggah. Tapi jauh dalam jubuk hati dia sangat baik. Eh- lubuk.

"Assalamualaikum." Satu suara garau memberi salam. Mereka memandang sesama mereka. Siapa?

"Waalaikumussalam... Lah Shaqif! Makcik ingat siapa tadi." Puan Aishah bingkas membuka pintu buat tetamunya.

Sebaris nama itu membuatkan semua lelaki di meja makan itu terdiam. Terhenti segala perbuatan. Apa mamat ni buat dekat sini?

"Duduklah, Qif. Kami tengah makan." Puan Aishah mengajak Shaqif duduk makan semeja bersama mereka semua. Puan Aishah memang baik dengan semua orang. Tambah-tambah tetamunya.

Shaqif tanpa segan silu melabuhkan punggung di sebelah Natalya, "Boleh jugak tu. Qif pun belum makan ni. Sebab semalam Nat ajak Qif pergi air terjun. Alang-alang tu ingat nak bawa dia pergi sarapan dekat warung Wak Kerutu."

Aryan menoleh ke arah isterinya. Mata mereka bertaut. Ya, dia kecewa. Isterinya langsung tidak mengabarinya soal itu.

Aryan melarikan pandangan sebelum berdehem, "Okay aku izinkan bini aku ikut kau..."

Semua mata membulat memandangnya.

"Ar..." Darren menjegil biji matanya. Dia juga tahu betapa bahayanya si Shaqif itu. Aryan ni dah bengong ke apa?

"....tapi aku nak ikut. Bukan aku je. Ni semua jejaka terhangat di pasaran dekat meja ni kecuali kau la tapi. Semua diorang akan ikut." Kata Aryan bersama senyuman yang dibuat-dibuat. Takkanlah Abe Ar nak duduk diam kan? Mestilah dia nak ikut.

Anrique menepuk meja kuat, "Aku tak cakap pun yang aku nak--"

Kata-katanya terhenti apabila Adryan menarik lengannya.

"Que, we do it for Ar. Please." Bisiknya kecil. Anrique mengeluh kasar. Sudahlah dia kurang berkenan dengan Natalya. Tambah pula si Shaqif ni. Tapi apakan daya demi adik kesayangan. Fine!

"Okay, semua ikut." Tegas Anrique sebelum bingkas berdiri meninggalkan meja makan. Puan Aishah hanya diam memandang. Aura Anrique begitu menyeramkan. Baru nak buat geng. Takutlah pula.

Aryan mengusap pangkal lehernya.

"Maafkan abang saya ya mak? Dia tu baik sebenarnya. Dulu dia tak macam tu pun. Tapi lepas arwah kakak ipar saya pergi, terus dia macam tu. Dia ada trust issue sikit. But jangan risau dia baik. Dialah sugah dadih saya. Muahahaha."

Puan Aishah mengangguk faham. Patutlah garang semacam bapak duda tu. Ghisau mak.

Shaqif mengetap rahangnya. Dalam hati tidak henti mencarut. Sudahlah dia dikejutkan dengan kehadiran Aryan di rumah Puan Aishah. Masuk sahaja rumah itu terlihat pula adengan Aryan menyuap Natalya makan. Kenapa kau ada dekat sini, jantan bebal?!

"Ha eloklah tu, Qif. Bawa diorang semua. Boleh diorang tengok kampung kita." Puan Aishah senyum melihat mereka semua. Tambah-tambah tiga kembar yang duduk di hujung meja itu. Entah berapa banyak bungkus nasi lemak diorang bedal. Menambah je kerja.

"Yeayyy jalan-jalan!" Sorak Arash sebelum menyiku Aqeef di sebelahnya. Tersentak lelaki itu. Habis tersedak.

Afeeq menyuakan air buat adik kembarnya itu.

"Kau ni budak rambut penyapu ala-ala tiktoker, aku gunting bulu hidung kau karang! Tersedak aku woi." Marah Aqeef. Arash tersengih sebelum merapat ke arah Adryan.

Aqeef yang membalas renungan tajam Adryan terus melarikan bebola matanya. Takut. HAHAHAHAHA.

"Abang, Lya nak air." Natalya menggoncang lengan Aryan. Laju Aryan mengambil air buat isterinya.

Shaqif hanya memandang geram. Puan Aishah yang menjemputnya makan pun dia menolak atas alasan kenyang.

Kedengaran bunyi tapir yang luar biasa. Sungguh bukan biasa-biasa. Tiga kembar berlari lintang pukang akibat dikejar ayam milik Puan Aishah. Itulah tiada kerja cari kerja. Suka hati mereka mencuri anak ayam.

Aryan pula tertawa melihat kembar-kembar itu berlari. Dengan ayam pun takut?

Natalya menghampiri suaminya, "Abang. Lya dah siap. Jom, abang Shaqif dah tunggu." Lengan suaminya dipaut.

Segera Aryan menoleh. Senyuman manis menghiasi bibir lelaki itu.

Tangan si isteri diraih dan dikucup lembut, "Abang sayang isteri abang sampai hujung nyawa."

Jantung Natalya berdegup laju. Terasa tidak sedap hati. Kenapa ni Ya Allah?

"Sayang? Kenapa ni? Tak sihat ke?" Aryan meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi isterinya. Tak panas. Tapi berpeluh semacam ni kenapa?

Natalya memegang tangan Aryan yang melekap di dahinya itu. Dia menggenggam erat tangan suaminya itu.

"You'll never leave me right?"

Soalan spontan yang terpancul di bibir Natalya dia membuatkan kening Aryan bertaut.

"Ah, nothing. Jom kita pergi sekarang." Natalya menarik tangan Aryan keluar rumah. Aryan hanya mengikuti langkah isterinya. Maksud soalan isterinya tadi juga dia tidak mengerti. Mengapa tiba-tiba tanya begitu? Sedangkan selama ini dia yang pertahankan segala-galanya dalam rumah tangga mereka.

"Nat, nak naik motor dengan abang?" Shaqif senyum melebar sambil duduk di atas motor Y15 miliknya. Natalya menoleh ke arah sisinya. Aryan mengetap bibir.

"Nat nak ikut Darmish. Abang pergilah dulu."

Jawapan Natalya membuatkan Aryan senyum kemenangan. Berbunga hatinya. Aku menang yak yak yeay!

Shaqif merengus kasar sebelum menghidupkan enjinnya. Marah la tu. Padan muka kau. Dasar jantan tak guna.

"Darmish, nah ambik kunci ni naik motor arwah atuk bawah tu." Puan Aishah membaling kunci motor dan disambut baik oleh Aryan.

"Mak, motor tu kan dah lama takda orang naik. Kalau mati tengah jalan macam mana?" Natalya menyoal emaknya itu.

"Kalau mati nak buat macam mana, ajal dia." Selamba Puan Aishah sebelum masuk ke dalam rumah semula.

Terkekeh Aryan ketawa. Mak mertua siapa itu? Diam seperti mak, bergerak menjadi bala.

"Chagiya tunggu sini abang pergi ambil motor. Woi, yang lain pergilah jalan kaki." Aryan menoleh ke arah jejaka terhangat di pasaran.

Anrique berjalan dengan selamba sambil jarinya memutarkan kunci kereta.

"Masuk kereta semua. Kita pergi naik kereta. Apa ingat Malaysia ni Kutub Selatan? Malaysia is so hot, you know? Dah naik cepat sebelum aku tinggal."

Segera mereka masuk ke dalam kereta. Nasib baik ada Anrique, kalau tidak dah hangit abe-abe sekalian berjalan kaki ke air terjun. Dasar Aryan tiada perikemanusiaan.

Ternganga Aryan melihat mereka. Ceh! Calar kereta, memang aku saman sekor-sekor. Tapi jap, tu kereta daddy. Calar je la. Mampus aa. Daddy punya bukan aku.

Aryan berjalan ke bawah rumah mencari motor yang dikhabari ibu mertuanya itu. Tergamam dia melihat motor itu.

"Ini motor ke besi buruk ni? Boleh naik ke ni?" Dia menggaru kepalanya. Biar betik. Macam mana nak naik ni? Enjin ada lagi ke ni?

Natalya menepuk bahu Aryan daripada belakang, "Apa yang lama sangat abang buat ni?"

"Tak. Abang tengah tengok motor ni selamat ke nak naik? Risaulah kalau jalan nanti tayar ke mana, handle motor ke mana."

Natalya menepuk dahinya.

"Bukan yang itulah bang. Itu yang dalam selimut putih tu. Motor ni memang dah tak boleh naik langsung dah." Dia ketawa sambil menggeleng.

Aryan sengih mengusap pangkal lehernya. Mana gue tahu, gue kan cuma hensem.

Aryan menarik selimut putih yang melitupi motor yang dikatakan oleh Natalya itu.

"WHAT THE FU*K?!!" Terjerit Aryan dibuatnya. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro