Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 40

Bilik gelap itu dihiasi bunyi tangisan seorang gadis. Gadis itu duduk di penjuru bilik itu, bersimpuh sambil menundukkan kepalanya ke tanah gersang. Hatinya hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu. Jiwanya berkecamuk dengan perasaan kehibaan.

"Aku takkan biarkan kau hidup bahagia." Katanya dengan nada suara menggigil. Hujung kuku digigit. Membayang sahaja wajah Natalya Rozella membuatkan dirinya semakin marah. Mendengar namanya cukup membangkitkan sejuta rasa benci dan geram.

Bibir diketap geram.

"Aku takkan biarkan kau rampas Aryan daripada aku. Perempuan sundal! Argh!!!!" Jeritnya. Suara jeritannya bergema satu bilik itu. Dah serupa orang gila. Gila je la kau, senah.

Gambar Natalya yang dipegangnya itu direnyuk. Kebencian hatinya memuncak sekali. Nada syaitannya bersuara lagi, "Aku akan hancurkan kau."

Lalu dia melepaskan tawa sinis. Senyuman psiko menghiasi bibirnya.

"Wait and see." Fikiranya tiba-tiba dikejutkan oleh ketukan perlahan pintu kamarnya. Langsung dia mengeluh kasar.

Tok!

Tok!

Tok!

"Saff?" Ketukan pintu daripada Datin Dahlia, mama kepada Saffya. Risau juga dia dengan anaknya itu. Kejap menangis kejap ketawa. Ibu mana yang tidak sayangkan anaknya.

Saffya menggulingkan biji matanya ke atas.

"Pergilah!" Tempiknya. Tangan naik menekup kedua belah telinga. Tidak mahu sesiapa mengganggunya.

"Saff sayang. Buka pintu ni mama, sayang." Lembut si ibu memujuk. Sejak pulang daripada rumah Aayyan semalam dan dimarahi Dato' Asri, anaknya itu asyik berkurung dalam bilik. Makan tidak apa tidak. Entah apa yang dibuatnya. Sememangnya sebagai seorang ibu, dia merisaukan keadaannya itu. Perasaannya didera kebimbangan. Lelebih lagi dalam anaknya itu berkeadaan hamil.

"Aku cakap pergi! Jangan kacau aku! Argh!!!"

Jatuh air mata sang ibu mendengar pekikan anaknya. Belakang tapak tangannya mengesat air mata yang jatuh membasahi pipi. Sedih? Ya, dia sedih. Anak yang ditatang sepenuh kasi sayang itu berubah menjadi seperti ini. Salah dia kah? Dia gagal jadi sebagai seorang ibu kah?

"Biarkan dia. Budak tak semenggah tu lebih baik mati daripada hidup menyusahkan kita." Suara Dato' Asri di belakangnya menyentakkan dirinya. Dia menoleh memandang suaminya itu.

"Anak kita tu, bang. Tak baik cakap macam tu." Tegas Datin Dahlia. Jelas dia tidak suka dengan apa yang suaminya kata. Marah macam mana pun dekat anak, kenapa perlu sampai minta anak itu mati?

Dato' Asri masih bersama riak dinginnya. Langsung tidak terkesan dengan apa yang isterinya tegaskan. Hatinya masih sakit kerana ulah anak perempuannya itu. Memalukan keluarga. Memalukan dirinya. Orang akan cakap dia dan isterinya tidak pandai jaga anak. Tidak cukupkah kasih sayang yang diberi? Tidak cukupkah duit yang dia bagi? Tidak cukupkah ajaran agama yang diberikan sehingga anaknya itu menjadi sedemikian? Di mana lagi salahnya dalam mendidik satu-satunya anak mereka itu?

"Anak yang memalukan keluarga!" Cemuh Dato' Asri. Mengingatkan semula peristiwa di rumah Tuan Aayyan Danish semalam, membuatkannya rasa malu dengan keluarga itu. Semua itu seperti buah pahit. Apatah lagi selepas menonton video yang ditunjukkan oleh Aryan. Cukup membuatkan pembuluh darahnya menggelegak.

"Abang!"

"Kalau awak nak terus back up anak awak tu, teruskan. Tapi saya takkan maafkan dia selagi dia tak minta maaf dengan Natalya. Dengan semua orang." Ujar Dato' Asri mendatar sebelum mengangkat kaki pergi. Tidak betah berdiri di situ lama-lama. Isterinya akan membela anak tunggal mereka walau apa pun jadi. Baguslah, manjakan sangat. Itu yang naik lemak berkrim.

Datin Dahlia mengeluh panjang melihat sikap suaminya. Begitulah Dato' Asri, terlalu tegas. Tambah-tambah bila dengan anak. Mana tidaknya anak buat masalah kalau bapaknya terlalu tegas. Tambah-tambah Saffya itu seorang yang keras kepala. Buat apa semua tak fikir apa, hanya fikirkan kepentingan dirinya.

Saffya yang mendengar perbalahan ibu bapanya itu mengetap bibir menahan amarah. Kebencian hatinya memuncak sekali kepada seorang yang bernama Natalya Rozella. Bahang nyalaan tidak berkilau semakin terasa.

"Semua orang nak back up kau. Sampai bapak aku pun nak menangkan kau. Aku benci kau!"

Saffya berdiri lalu menuju ke meja soleknya. Dia melihat pantulan dirinya melalui cermin. Kemudian, bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Rambuh ikalnya dimainkan dengan jari.

"Cantiknya aku." Katanya sendirian lalu melepaskan tawa kecil. Air mata yang menitis di pipinya diseka kasar.

"Aku lagi cantik daripada kau." Gambar Natalya yang direnyuknya sebentar tadi dicampak jauh. Benci dia dengan perempuan bernama Natalya itu. Semua gara-gara Aryan memilih Natalya berbanding dirinya. Apa kurangnya dia? Apa lebihnya Natalya?

Saffya menyebekkan bibirnya.

"You patut kahwin dengan I, Ar...." Mendayu-dayu nada suaranya. Tidak semena dia ketawa besar. Sah, gila dah Saffi Rania Gold ni. Ini kalau campak tanjung rambutan pun, diorang tak sanggup jaga.

Tiba-tiba Saffya menjerit, " Argh!! Kau kena kahwin dengan aku!!" Dia melemparkan semua barang yang ada di atas meja soleknya itu. Habis pecah berderai segala peralatan make up miliknya. Biliknya kini serupa tongkang pecah. Muka cantik tapi perangai buruk. Ish, ish.

Bunyi deringan telefon memberhentikan segala perbuatannya. Dia berjalan ke night stand. Nama pemanggil yang tertera di skrin membuatnya tersenyum. Laju dia menggesek untuk menjawab panggilan itu.

"Hello, babygirl." Suara di hujung talian menyapa corong telinganya. Tersengih dia sendirian.

"I miss you." Sebaris ayat itu membuatkan Shaqif ketawa halus di hujung talian. Cemberut wajah Saffya mendengar tawa lelaki itu.

"Me too, dear. I miss your body. Sabar ya, aku dekat kampung lagi ni. Tunggu aku balik KL, aku ambil kau." Bisik Shaqif penuh menggoda. Dapat Saffya menebak lelaki itu pasti sedang menjilat bibir. Dasar gatal!

Saffya mengemam bibirnya. Sekasar-kasar Shaqif dengannya, lelaki itu masih mahukannya. Walaupun hanya sebagai sex slave. Bodoh punya perempuan.

Natalya memisat matanya. Terasa ada satu tangan melingkar di pinggangnya. Bunyi dengkuran halus menyentakkannya. Langsung kelopak mata dibuka. Perlahan-lahan dia menunduk melihat tangan yang merangkul pinggangnya itu. Berurat. Cincin tu. No! Takkan Darmish kut.

Tangan berurat itu disentuhnya. Lembut dia mengusap. Rindunya dia pada Aryan sehingga bermimpi lelaki itu memeluk dirinya. Ralit dia menekan-nekan urat hijau itu. Rasa macam real. Kalau ini mimpi, aku tak nak bangun boleh?

"Sayang." Suara husky milik seseorang yang dikenalinya membisik halus di telinganya. Berdiri bulu tengkuknya. Ini bukan mimpi kan? Menggeletar tubuhnya cuba untuk menoleh ke arah belakang. Belum sempat dia menoleh, lelaki itu menarik tubuh Natalya untuk menghadapnya.

Membulat mata Natalya, "Darmish?"

Aryan senyum lebar apabila namanya meniti di celahan bibir merah isterinya. Sudah dia duga reaksi isterinya begini. Terkejut melihat dirinya. Jeng..jeng...jeng...

"W-what are y-you doing h-here?" Soal Natalya tergagap-gagap. Matanya masih terbeliak menjamah wajah tampan Aryan yang dekat dengan wajahnya itu. Senyuman senget mula terbentuk di bibir lelaki itu.

"Kenapa gagap? Speechless? Terkejut? Miss me huh?" Aryan ketawa kecil. Menampakkan lesung batu di kedua belah pipinya. Eh, lesung pipit. Lesung batu tu yang nak baling dekat kepala Shaqif dengan Saffya.

Natalya melarikan anak matanya. Tidak kuat melawan panahan mata si suami yang begitu mendalam itu. Rasa nak terjatuh. Dia mengensot tubuhnya ke belakang sambil tangannya menolak tubuh Aryan untuk menjauhi dirinya.

"Sayang, jatuh nanti." Tegur Aryan. Dia cuba mendekati isterinya. Namun, isterinya itu masih lagi mengundur. Dan akhirnya...

Natalya mendesis apabila punggungnya selamat mencium karpet gebu-gebu. Nasib baik tidak jatuh menghentak, terkejut anak dalam perutnya karang. Disebabkan tangannya masih bertaut pada lengan Aryan, jadi dia jatuh secara perlahan. Nasib baik Aryan sempat sambut. Kalau tidak tadi, bilik itu sudah banjir dengan darah.

Natalya menjeling wajah Aryan yang mengemam bibir menahan tawa itu. Nak gelak tu gelak je la. Tak payahlah nak coverline. Ish, benci!

"Abang ni kan! Nak gelak tu gelak je la. Tak payahlah nak cover. Benci tahu tak? Suka usik orang." Bebel Natalya. Geram dengan suaminya itu.

Ternaik kening kiri Aryan. Dia turun daripada katil lalu mengangkat isterinya dan diletakkan ke atas semula. Walaupun Natalya menolaknya, dia tetap mengangkat wanita itu. Ada abe Ar kisah? Lambat lagi aku nak kisah.

Aryan duduk di sisi katil. Perut membulat isterinya itu diusap lembut. Natalya hanya merenung suaminya itu. Ni mimpi ke betul ni? Ni memang Darmish kan?

"Abang rindu isteri abang. Abang rindu anak kita. Abang rindu nak dengar sayang panggil 'abang' macam dulu. Semua tentang sayang abang rindu." Lembut suara Aryan menyatakan apa yang terbuku dalam hatinya selama ini.

Natalya tersentak. Bibir bawah digigit.

"Abang rindu pelukan sayang. Rindu belaian sayang."

Natalya mengusap lengan Aryan. Rasa sebak menghurungi perasaan Natalya tika ini. Terlalu banyak dosa dia kepada Aryan. Patutkah dia bagi peluang untuk Aryan jelaskan semuanya?

"Rindu nak dengar sayang bebel sebab abang letak boxer merata. Nak buat macam mana abang suka lempar. Sayanglah kutipkan. Tapi kan sayang, sebelum sayang lari rumah hari tu ada nampak tak boxer hagemaru abang? Abang lupa ceruk mana abang lempar. Itu hadiah daripada atuk abang masa tingkatan 5. Abang sayang boxer tu."

Hampir terjatuh rahang mendengar soalan daripada Aryan itu. Terlalu KBAT. Natalya berdehem, "Awak buat apa dekat sini? Tak cakap pun dekat saya."

Aryan senyum kecil, "Macam sayanglah. Keluar rumah tak bagitahu abang."

Heartshot gaisek! Natalya meneguk liur terasa tersekat di kerongkong. Suaminya ini memang savage. Dia memulangkan paku buah keras.

Baru sahaja Natalya mahu membuka mulut, Puan Aishah menjerit di luar pintu bilik.

"Darmish!!!! Bangun menantu hantu!!!! Subuh kau mana hah?"

Natalya dan Aryan saling berpandangan sebelum masing-masing melepaskan tawa.

"Iya mak, Darmish bangun dah ni. Anak mak ni peluk Darmish tak nak lepas. Marah dia mak!" Aryan tersenyum senget melihat wajah terkejut Natalya.

Membuntang mata Natalya. Baru dia perasan dia memeluk lengan Aryan. Cepat-cepat dia lepaskan. Aryan bingkas berdiri membuat regangan membetulkan segala urat.

"Nak peluk lepas subuh nanti, ya sayang? Sekarang kita solat subuh dulu. Come pegang tangan abang." Aryan menyua tapak tangannya di hadapan muka Natalya. Wanita itu hanya memandang sepi huluran tangannya itu.

"Sayang, termenung apa lagi? Come. Nak abang dukung ke?" Usik Aryan. Laju Natalya menyambut huluran tangan Aryan itu. Aryan membantunya untuk berdiri. Sehingga ke bilik air dia menghantar isterinya. Sayang betul dia dengan Natalya.

Natalya menutup pintu bilik air setelah Aryan berlalu pergi. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Bahagia yang dirasakannya. Aryan terlampau bersabar dengannya. Walaupun dia banyak melukakan hati lelaki itu. Tidak pernah sekalipun lelaki itu berhenti mengejarnya.

Maafkan Lya, abang.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro