𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 4
Natalya terkebil-kebil memandang bangunan gah yang serba serbi mewah itu. Mata dikerling ke arah Aryan di tempat pemandu. Rambutnya dibetulkan biar rapi. Tidak dapat dihanafikan, biarpun lelaki itu tampak bangang namun kekemasan amat dititik beratkan.
"Yang kau tenung aku macam nak telan ni kenapa?"
Tersentak Natalya dek kerana sergahan Aryan. Laju-laju dia membuang pandangan ke tingkap.
"Tak, sekarang ni kau tunggu apa? Nak aku bukakan pintu untuk kau ke? Lambat lagi senah, buka je la sendiri."
Natalya menjeling Aryan sebelum memboloskan diri daripada perut kereta Aryan. Kejap I-you, kejap kau-aku. Dasar sewel!
Aryan juga ikut keluar daripada kereta dan Natalya didekatinya.
"Sewel ni la yang you crush dulu tahu. Aku tak biasa la guna I you dengan perempuan. Terbelit lidah. So aku guna aku kau je la eh?" Aryan menyenggol lengan Natalya. Membulat mata Natalya, dengan pantas dia menolak Aryan menjauhinya.
Hampir sahaja Aryan mahu terjatuh. Melopong mulutnya. For the pes timing porebahhh, perempuan reject aku!
"Tuan cakap I you dengan Saffya tu apa? Bukan dia perempuan juga ke? Takkan dua alam pula."
Ternaik kening kiri Aryan sebelum bibirnya menyukir senyuman senget.
"Kalau jeles tu cakap je la. Saff tu girlfriend aku. Suka hati akulah nak panggil apa. Yang kau ni kenapa? Nak jadi girlfriend aku juga ke? Kenapa tak cakap awal-awal?" Aryan mengusik Natalya.
Natalya mencemik, "Tak hingin!"
Aryan menyepetkan matanya sebelum berjalan meninggalkan Natalya di parking lot itu. Eh minah ni dah berapa kali dah dia reject aku.
Natalya mengejar langkah kaki Aryan.
"Tuan, kita buat apa dekat sini?" Natalya memandang bangunan itu. Ini kali pertama dia datang ke tempat mewah sebegini. Matanya tidak henti meliar sekitar kawasan itu.
Aryan senyum kecil, "Aku nak tidur jap. Jom check in dengan aku."
Hampir terjatuh rahang Natalya. Kegilaan apakah ini? Tuan Aryan ni mental ke? Dia bawa aku ke hotel ni untuk check in?
"TUAN DAH GILA KE?!" Tempiknya.
Aryan mematikan langkah kakinya. Membulat matanya mendengar suara pekikan Natalya.
"Hey chagiya, slow down you voice. Everyone is watching us." Katanya perlahan namun diselit ketegasan. Pelipis dahinya dipicit.
"Tuan tu-hmphhh"
Aryan pantas mendekati Natalya. Tangannya menekup mulut Natalya yang lancang berbicara itu. Penat dengan mata-mata orang sekitar itu asyik memandangnya dengan pandangan jijik. Aku tak bodoh la nak rogol anak dara orang!
Natalya menggigit tangan Aryan.
"Arghhh!!!!"
Automatik tangan Aryan dilarikan daripada mulut Natalya. Natalya tersenyum puas.
"Kau!!!" Tajam mata Aryan menikam mata Natalya.
Puk!
Aryan menoleh apabila bahunya ditepuk perlahan.
"Mummy dengan daddy dah ada dekat dalam. Kau buat apa lagi dekat sini?" Adryan memaut bahu kembarnya itu. Aryan menjuih bibir ke arah Natalya.
Adryan mengalihkan pandangan memandang Natalya.
"Nat?"
Natalya juga seakan terkaku seketika.
"Abang Darlish?"
Aryan merenung dengan tidak puas hati. Dah kenapa dua ekor ni macam buat jejak kasih ni? Tak kenapa dia panggil Ad ni abang Darlish?
"Kau kenal ke dengan si senah ni?" Aryan menyiku lengan Adryan. Geram juga dia melihat Adryan dan Natalya saling membalas pandangan.
Adryan bagaikan tersedar, dia berpaling semula memandang Aryan.
"Senah? Nama dia Natalya Rozella. Suka hati kau je panggil dia senah." Adryan menggeleng kecil.
Aryan menjeling kembarnya tajam. Siap tahu nama panjang. Diorang ni ada something ke?
Tiba-tiba
"Lyaaaaaa!!!" Jerit seorang gadis yang sedang ke arah mereka. Semua mereka menoleh.
Melya lari memeluk tubuh Natalya. Terkesima kawannya itu.
"Kau kenapa Mel? Pagi tadi kita dah jumpa kan?"
Adryan berdehem perlahan. Gadis kesayangannya itu muncul entah dari mana.
"Saje nak berdrama. Eh, ada abang Ad. Abang, kenalkan ni siapa? Natalya. Ex abang dulu." Melya tersengih memandang Adryan di sebelah Aryan itu.
Aryan terkejut. Terkedu. Terkentut.
Adryan mengangguk kecil. Natalya menampar lembut lengan Melya. Benda dah lepas tak payahlah nak diingatkan.
Walaupun Melya tahu Natalya itu cinta pertama Adryan. Namun itu tidak menghalang perasaannya terhadap Adryan sejak dari kecil itu. Dia juga tahu yang Natalya tersalah faham dengan Adryan, orang yang Natalya suka itu Aryan. Namun Adryan yang approachnya dahulu.
Manakala pada Adryan, dia tahu perasaan Natalya kepada Aryan. Whole students tahu masa zaman belajar dulu. Jadi dia melepaskan Natalya, dan cuba membuka hati untuk Melya yang tidak henti mengejarnya. Akhirnya, dia tercair jua dengan kecomelan Melya.
"It's been long time ago. Mel, come with me. I think Ar and Nat need some space. Ar, aku pergi dulu." Adryan menarik tali beg tangan Melya untuk berjalan masuk. Cukup membuat hati Melya berbunga.
Aryan masih tajam menandang Natalya. Natalya pula menayangkan wajah tak bersalah.
"Mind to explain?"
Berkerut dahi Natalya dengan soalan Aryan itu.
"How can you be my brother's ex? I thought I am your first love." Aryan menyilang tangan ke dada.
"Perhaps, you're not." Balas Natalya selamba.
Aryan mendengus geram. Dia juga tidak tahu kenapa dengan dirinya, tapi dia tidak suka dengan panggilan 'Abang Darlish' sebentar tadi.
Aryan membuka langkah meninggalkan Natalya. Lambat-lambat si gadis itu mengejar langkahnya.
Dah kenapa dengan Tuan ni? Period ke?
"Ar, ajaklah Natalya duduk. Kamu yang bawa dia datang sini." Ayeena senyum memandang Natalya. Sejuk matanya memandang gadis bertudung litup itu. Selama ini Aryan selalu ke hulu ke hilir dengan perempuan tak cukup kain, Alhamdulillah kini dibawa yang sejuk mata memandang.
Aryan berdecit, "Punggung dia kan? Pandai-pandailah dia duduk sendiri. Bukan kitorang share punggung pun."
"Watch your mouth, Tuan Aryan Darmish!!" Tegas Aayyan. Aryan mengeluh kecil.
"Chagiya, come sit beside me." Aryan menepuk kerusu di sebelahnya. Natalya senyum ramah kepada Ayeena sebelum menuju ke arah Aryan.
Ayeena senyum suka mendengar anaknya itu memanggil 'Chagiya' kepada Natalya.
Natalya melabuhkan punggung di sebelah Aryan.
"Kau nak lauk apa, Chagiya? Biar aku ambilkan." Aryan memandang lauk-lauk di atas meja.
Baru Natalya mahu membuka mulut, Adryan menyampuk.
"Dia suka udang. Kupaskan kan udang ni untuk dia." Adryan menyuakan sepinggan udang yang dikumpulnya dari tomyam kepada Aryan. Aryan menyambutnya dengan hati terbakar. Kenapa Adryan tahu dia tak tahu?
Marah sekalipun, tangannya masih mengupas udang untuk Natalya. Keluarga Tuan Aayyan Danish, walau mewah macam mana sekalipun tempat makan mereka, makanan melayu tetap menjadi pilihan utama. Tangan tetap digunakan untuk makan. Langsung tak kerek keluarga besar ini.
"Nah, chagiya. Makan bagi besar. Nak apa-apa lagi tak?"
Natalya menggeleng.
Aryan mendekatkan kerusinya dengan kerusi Natalya apabila dia melihat Adryan yang duduk bertentangan Natalya senyum kecil kepada gadis itu. Ini tidak boleh dibiarkan.
"Tuan, macam rapat sangat je ni." Bisik Natalya perlahan.
"Bukan aku duduk atas riba kau pun. Diam je la ko." Aryan menadah tangan apabila melihat Aayyan, daddynya mengangkat tangan untuk membaca doa makan.
Adryan mencedok isi ikan siakap tiga rasa dan diletakkan ke atas pinggan Natalya.
"You should eat this. Sedap."
"Terima kasih, abang."
Melya dan Aryan memandang mereka berdua. Melya masih berfikiran positif yang Adryan hanya menganggap Natalya sebagai kawan. Akan tetapi tidak pada Aryan. Dia mendengus geram.
Adryan memang sengaja mahu melihat adik kembarnya itu cemburu. Tahu pun cemburu, tapi ego.
Sambil makan mereka berborak,
"Natalya okay kerja under Ar?" Soal Aayyan ramah.
Natalya mengangkat wajah memandang Aayyan. Baru sahaja dia mahu menjawab, Aryan terlebih dahuku memintas.
"Bukan Ar buli dia pun. Perlu ke tanya macam tu?"
Ayeena menggeleng kecil, "Ar, mummy suka tengok Natalya. Cantik. Manis. Sopan."
Kata-kata seorang ibu yang penuh maksud tersirat.
"Kalau suka tengok, tengok je la lagi." Jawab Aryan selamba. Dia mengambil lauk penuh pinggannya. Natalya memandangnya hairan. Bela saka ke tuan ni?
"Ish, Ar ni kan!" Geram Ayeena dibuatnya. Anaknya itu langsung tak serius dengan maksudnya.
Anrique memandang Ayeena, "Mummy don't tell me, that you-"
"Why not? Ar pun bujang kan? Kahwin jea la. Sampai bila nak ke hulur ke hilir dengan anak dara orang?" Keluh Ayeena.
Ar berhenti mengunyah.
"But mummy bagilah Ar tu buat keputusan sendiri." Anrique masih mempertahankan adiknya. Dia juga masih ragu-ragu dengan Aryan. Natalya terlalu baik untuk disakiti.
"Abang." Isteri Anrique, Nurliya yang duduk di sampingnya itu mengusap lengannya.
Aryan memejamkan mata. Gigi diketap. Perkataan 'Abang Darlish' bermain di fikirannya
"I will marry but not with her. She's not my taste."
Prang!
Hati Natalya hancur. Pernyataan yang terpancul dari bibir Aryan itu sangat menikam sanubari hatinya.
Melya di sebelah Adryan itu mengetap bibir. Mahu saja dia sembur Aryan. Kalau tak suka pun tak payahlah lukakan hati sahabatnya itu.
"Calm down, sweetie. I know you angry with him. Me too." Bisik Adryan perlahan kepada Melya. Melya memandang Adryan yang tajam merenung kembarnya itu. Abang Ad masih sayangkan Natalya ke?
Natalya sedaya upaya cuba menahan airmatanya daripada jatuh. Senyuman kecil diukir mesra.
Ayeena jelas melihat perubahan pada wajah Natalya. I know that feeling. I'm used to be like you.
Kemudian semua senyap. Tiada yang berani bercakap. Kecuali si kecil cilik, Arash.
"Laa, kenapa semua senyap ni? Cakaplah. Bosan aa gini. Senyap macam pergi kenduri orang mati je." Rungutnya.
Anrique ketawa kecil.
"Makan je la kau. Cakap banyak pulak." Aweena menjeling adiknya itu. Arash berdecit.
"Sibuklah kau ni kak. Mummy, kalau alang tak nak kahwin. Kita bagi je la angah dengan Kak Mel kahwin dulu." Selamba Arash menyuarakan pendapat.
Automatik Adryan dan Melya tersedak serentak. Masing-masing laju mencapai gelas air.
Ayeena mula tersenyum.
"Ad nak kahwin dengan Mel ka, sayang mummy?" Soal Ayeena kepada Adryan. Adryan berdehem perlahan.
"InshaAllah."
Berbahang pipi Melya. Abi, Mel nak kahwin!!!!
"Bersiap sedialah Ad, bakal bapap mertua kau tu suis otak dia tak bersambung dengan baik." Aayyan ketawa besar. Diikuti dengan tawa mereka yang lain.
"Silap hari bulan, Ad pula yang jadi macam Uncle Ngah." Anrique gelak kecil.
Sedang keluarga itu ketawa sakan, Natalya dan Aryan hanya diam menikmati hidangan. Selalunya Aryan yang paling bising, tapi kali ini dia tiada mood.
Melihat Natalya mula menjauhkan pinggan yang makanannya.masih belum dihabiskan itu, dia menegur.
"Kenapa makan tak habis? Sikit sangat kau makan. Makan lagi." Bisiknya.
Natalya menggeleng, "Saya kenyang."
Aryan menarik pinggan Natalya. Dia menghabiskan makanan gadis itu.
Membuntang mata Natalya, "Tuan tu bekas mulut saya, tak geli ke?"
"So what? Kau pun manusia juga. Lagipun tak elok membazir. Aku dah cukup syaitan untuk kau tak payah kau nak berkawan dengan syaitan lain." Aryan terus menyuap nasi ke dalam mulut. Natalya mengemam bibir menahan senyum.
Dari jauh Aayyan dan Ayeena memandang mereka.
"Ar really reminds me of you." Kata Aayyan perlahan. Ayeena tersenyum. That's my baby boy.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro