Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 37

"Explain now!" Tegas Aayyan. Terkejut dia, saat dibuai mimpi indah sambil memeluk Ayeena tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada Dato' Asri. Terus dia mengajak berbincang di rumahnya.

Ayeena mengusap lengan Aayyan untuk menenangkan suaminya itu.

Aryan meraup rambutnya kasar. Gigi diketap.

"Bukan Ar. Ar tak buat benda terkutuk tu!" Dia tetap dengan pendiriannya. Memang bukan dia yang membuntingkan si Saffya. Entah jantan mana yang dia tidur tiba-tiba tuduh Aryan.

Dato' Asri naik berang.

"Kau jangan nak berdalih lagi. Kau yang mengandungkan anak aku! Saffya yang cakap anak tu anak kau."

Aryan menggeleng laju.

"Bukan aku yang buat anak kau mengandung. Anak kau tu yang menyundal dengan jantan sana sini, tiba-tiba aku jugak yang kena bertanggungjawab." Sudah rasa hormat Aryan kepada Dato' Asri. Tambah-tambah apabila si tua itu melibatkan Aayyan dan Ayeena dalam hal ini.

"Dato', why not kita bincang dulu? Jangan guna emosi memasing." Ayeena cuba meredakan keadaan.

"Bincang apa? Aku tak kira, aku nak Aryan bertanggungjawab dalam kes ni. Mana aku nak letak muka aku?" Bantah Dato' Asri. Bapa mana yang tidak malu jika anaknya mengandungkan anak luar nikah. Bagai menconteng arang ke mukanya.

"Tapi bukan aku yang mengandungkan dia. Kau cakap kau dah bertaubat, Saffya. Kau kena HIV kan? Bila pula aku sentuh kau? Aku tak pernah 'sentuh' perempuan selain isteri aku. Jangan nak tabur fitnah dekat sini. Cukuplah aku dah banyak masalah sekarang ni." Aryan penat. Penat dengan masalah. Kenapa dia yang kena hadap semua benda ni? Abe Ar mengstress.

Saffya yang duduk diam di hujung sofa hanya menunduk menekur lantai.

Dato' Asri bingkas berdiri, "Kau dah melampau! Kau tuduh anak aku ada HIV? Kurang ajar. Mak bapak kau tak ajar ke hah?"

Langsung Aayyan menyampuk.

"Hello brader, jangan sembarangan kalau bercakap. Sekali penampar aku melekat dekat pipi kau yang berkedut tu, senget rahang kau karang. Suka hati nak cakap aku tak ajar anak. Kau tu? Pandai sangatlah tu jaga anak? Ke tahu buat anak je? Bila cakap tu pandang kiri kanan dulu, ini tidak bedal je cakap. Anak aku dah cakap dia tak buat, dia tak buatlah. Yang kau benak ubi sangat ni asal?" Panas relung hatinya apabila Dato' Asri mempertikaikan ajarannya kepada Aryan. Heh, Aryan tu yang ajar aku. Aku tak ajar apa-apa pun.

Ayeena menepuk dahinya. Suaminya ini boleh tak serius sikit. Aduh, mak aih!

Tiba-tiba pintu rumah Aayyan dikuak kasar.

"Oi, orang tua. Siapa kau hah? Kenapa kau tuduh anak fruit aku mengandungkan anak kau? Kau fikir anak kau cantik?!" Jerit Aariq di hadapan pintu rumah Aayyan bersama puteri kecilnya di dukungan. Shayla menggeleng di belakang bersama tiga kembar. Malulah dapat bapak gini.

Ayeena menepuk dahi sekali lagi. Come on the bala is coming.

Dato' Asri terpinga-pinga. Hah pehal? Takut ke? Selamat maju jaya, ya pakcik.

"Wassup gais, mana orang tua botak tengah yang fitnah anak buah kesayangan aku tu? Sini aku gulung dia..... ada teratak di hujung kampung, bawah cermin kopak ada kota...." Seperti yang dinanti-nantikan. Ketua bala kita datang. Dhariz in the house. Berikan tepukan gemuruh. Terima kasih, terima kasih.

Mereka menapak masuk ke ruang tamu rumah Aayyan. Melya yang datang bersama Dhariz itu terus lari duduk di samping Natalya. Natalya hanya diam sedari awal tadi. Dia juga terkejut menerima panggilan daripada Dato' Asri untuk datang ke rumah Aayyan itu. Katanya ada benda untuk dibincang.

"Siapa panggil korang datang sini?" Aayyan sedikit hairan melihat kehadiran Dhariz dan Aariq. Siapa jemput?

"Que cakap ada orang tua botak main api dengan Ar. Aku datanglah. Berani dia buat palatau. Dia tahu tak Ar terlalu hensem untuk mengandungkan anak orang?" Dhariz mendengus geram. Mahu sahaja dia tumbuk semua orang. Geram! Grrr!

"Aku pun. Que cakap benda yang sama. Aku datang nak tengok si tua botak, perut tong drum tu. Ar terlalu bodoh untuk hadap masalah ni sesorang. Tak boleh dibiarkan." Aariq memincing mata ke arah Dato' Asri. Botak ni aku tampar kang, tumbuh rambut karang. Mereka berdua melabuhkan punggung ke atas sofa.

Bertuah punya Anrique. Sekarang ni batang hidung dia pun tak nampak. Mesti tengah membuta.

"Aku tak kira, apa nak jadi. Jadilah. Yang aku tahu, Aryan kena bertanggungjawab." Dato' Asri masih menegaskan kehendaknya. Maruah keluarganya tetap diutamakan.

Aariq membisik kepada Dhariz, "Kau nak gulung dia ke aku gulung dia?"

"Kaulah. Aku nak taubat. Kau takpe la masih muda, masih banyak dosa belum buat. Aku kasi can." Dhariz membalas. Mereka saling mengangguk kepala. Dah tua pun memasing perangai hauk.

Aariq berdehem.

"Hey, Saffi Rania Gold. Kau jujur sekarang..."

Belum sempat ayat Aariq dihabiskan, suara tangisan anak perempuannya menyampuk. Si kecil itu terkejut dengan suara babanya yang tinggi itu. Memang kecik-kecik bapak kau telan mikrofon dik oi.

Aariq mengeluh, "Baby, kau ambik princess sekarang. Memekak pula budak ni. Kau bagi susu kau dekat dia, nanti dia pandai-pandai diam."

Ternganga Aefeq dibuatnya. Susu? Aku ada susu ke? Aefeq terus mengambil adiknya di pangkuan Aariq itu.

"Ha baru selesa sikit nak bercakap. Ha apa tadi? Sampai mana kita tadi? Lupa aa." Aariq menggaru keningnya.

"Pst pst... suruh dia jujur." Bisik Dhariz. Aariq terus dapat menangkapnya. Ouh pahammmmm pahammm...

"Ha safura, kau jujur sekarang. Betul ke kau mengandungkan anak Aryan?"

Safura? Safura mana pulak dah si Aariq ni dah kenapa? Mesti Tuan Aydan penat lahirkan kau.

"Ahhhh, aku tak kisah nama kau apa. Safura ke Saffee Sali ke rapatkan saf ke. Yang aku tahu, aku nak kau cakap betul-betul. Tu anak siapa?" Sambung Aariq apabila Saffya terkebil-kebil memandangnya.

Saffya menggigit bibir bawahnya.

Aryan mengeluh kasar. Tak guna punya perempuan. Acah taubat macam esok nak mati. Tahu-tahu ngeprank gini.

Dia mengalih pandangan ke arah isterinya, Natalya yang masih diam. Tiada langsung perkataan yang keluar daripada mulut isterinya itu. Timbul rasa tidak enak dalam hatinya. Perlahan-lahan dia menghampiri Natalya.

Setapak dia melangkah,

"Stop right there, Darmish."

Tergamam semua yang ada di situ. Itu ayat pertama yang meniti di bibir Natalya. Terketar-ketar nada suara Natalya menuturkan itu. Matanya yang bulat itu kini sarat dengan air mata.

Aryan menggeleng, "Sayang, please don't tell me..."

Natalya mengangkat wajahnya memandang redup wajah Aryan.

"You hurted me. Not once. But twice." Natalya mengemam bibirnya. Sakit yang dia rasakan hanya Tuhan sahaha yang tahu.

Aryan cuba mendekati Natalya, namun Natalya menghalangnya.

"Stop Darmish. I said stop!!" Sedikit meninggi suaranya. Terkedu Aryan dibuatnya.

Aayyan hanya memeluk tubuh memandang anak menantunya. Nak salahkan siapa pun dia tak tahu. Tapi apa yang Natalya buat sekarang, cukup membuatkan hatinya kurang senang.

Aariq pula mengusap dadanya, terkejut dengan suara Natalya. Mak ai, muka ayu comel lote, tapi garang macam rimau. Kalah Shayla gini.

"Lower down your voice. Ar is your husband." Tegur Adryan di muka pintu. Tegas. Dia tahu Natalya marah namun caranya salah. Sepatutnya bincang bukan biadab dengan suami.

Aryan mengangkat tangan menahan Adryan. Dia tahu kembarnya itu tidak sesabar dia.

"Let me handle it." Aryan terus mendekati Natalya. Tubuh isternya ditarik merapat ke arahnya. Mata kelabunya tepat menikam anak mata hitam milik Natalya.

"Let me go. Lepaskan saya, Darmish." Tubir mata Natalya yang sarat dengan air mata itu bila-bila sahaja tangisannya boleh pecah.

Aryan menutup mata mengambil nafas dalam-dalam dan membuka kelopak matanya.

"Abang takkan lepaskan Lya. Sayang nak masa? Abang izinkan sayang cari masa. Cari ruang buat kita. Tapi jangan lama-lama. Dan abang nak sayang tahu. Dalam hati abang cuma ada sayang. No one else. So, please percayakan abang. Abang masih tahu halal haram." Lembut nada suara Aryan memujuk. Penyabar sungguh si Aryan ni. Kalau author, dah lama bagi penampar. Percaya suami kau la gila. Kau pun tahu perangai setan si Saffya.

"Tapi ni anak you, Ar." Saffya menyampuk. Hatinya membara melihat adengan suami isteri itu.

"KAU DIAM!!" Jerkah Aryan. Tajam matanya menoleh ke arah Saffya. Berani buka mulut pula perempuan ni.

"Mel, bawa Lya balik." Arah Aryan. Dia tidak mahu isterinya makin termakan dengan kata-kata Saffya. Karang ada yang mati kena cekik dengan abe Ar.

"Pergi ikut Mel." Aryan melepaskan pegangan pada tubuh Natalya. Dia melepaskan isterinya untuk pergi mencari ketenangan. Tidak mahu kandungan isterinya terkesan sekali.

Natalya memandang Aryan dengan hampa. Di fikirannya, Aryan akan membawanya pergi daripada semua masalah ini. Namun, lelaki itu memilih untuk stay di situ. Sampai hati awak, Darmish.

Natalya bersalaman dengan Ayeena sebelum keluar daripada rumah itu bersama Melya. Adryan ikut bersama mereka. Takkan dia nak bagi Melya balik seorang nanti lepas hantar Natalya. Bakal bini woo!

Aryan kembali memandang tajam ke arah Saffya yang menunduk ketakutan itu.

"Darren! Bawa bukti yang kita dapat tu." Aryan senyum senget. Bukti? Bukti apa?

Saffya langsung mengangkat wajahnya memandang Aryan. Jelas riaknya terkejut. Bukti apa yang Aryan maksudkan?

Dato' Asri juga mengerutkan dahinya.

Darren yang dari awal tadi hanya duduk di hujung penjuru ruang tamu sambil menyaksikan drama keluarga itu datang menghampiri Aryan bersama sebuah ipad di tangan.

"Should I start?" Sinis Aryan.

Saffya menelan liur terasa pahit.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro