Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 36

Mengiring ke kanan, mata tidak dapat pejam. Mengiring pula ke sebelah kiri, masih sama. Natalya bangun daripada baring. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil. Ketenangan hatinya tak kunjung tiba. Rasa bersalah menerpa fikirannya. Tak sepatutnya dia melibatkan Aayyan dan Ayeena dalam hal ini.

Jam di dinding dipandang sekilas.

Tepat 3 pagi.

Wajah Aryan masih belum menerpa ke ruang kornea matanya. Ke manakah lelaki itu pergi? Baik-baikkah keadaannya? Berlegar-legar soalan itu meroboh alam fikirannya. Berkali-kali dia cuba memejamkan matanya namun sia-sia. Ya Allah, apa aku buat ni?

Terus dia bangun duduk di birai katil. Telefon di atas night stand dicapainya. Laju dia mendail nombor telefon Aryan. Masuk mailbox? Semakin tak keruan Natalya dibuatnya. Dia mencuba sekali lagi. Dan ya, sekali lagi masuk mailbox. Sudahlah nok! Abe Ar majok. Ayok!

Bendungan air matanya pecah. Dia cuma mahukan suaminya semula. Ya Allah, apa aku kena buat ni? Darmish dah benci aku ke? Dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok. Terhinggut-hinggut bahunya, dia melepaskan tangisannya. Suara esakannya mulai kedengaran.

Klak!

"Sayang, hey what's wrong?"

Natalya mengangkat wajahnya memandang wajah Aryan. Jelas lelaki itu merisaukannya. Aryan duduk di sebelahnya. Bahu Natalya dibawa rapat ke arahnya. Perlahan-lahan dia mengusap bahu isterinya.

Natalya melepaskan tangisan di bahu Aryan. Jujur, dia juga rindu dengan belaian Aryan. Kerana sikap cemburu butanya tanpa mendengar penjelasan suami itu dia semakin jauh daripada Aryan. Dia sedar salahnya. Derhaka kepada suami.

Selepas keadaannya semakin membaik, Aryan menyoalnya.

"Feeling better hm?"

Kepalanya dijatuhkan perlahan. Senyuman nipis terlakar di bibir Aryan. Kucupan hangat dilabuhkan ke ubun-ubun Natalya.

"Lya minta ampun. Lya tahu salah Lya, Lya tak patut libatkan mummy daddy. Lya tak patut tinggikan suara pada abang. Lya salah. Lya berdosa." Tangan Aryan diraihnya. Dikucup bertalu-talu. Rasa bersalah menggunung dalam dirinya. Aryan memanjatkan rasa syukur melihat perubahan isterinya. Alhamdulillah.

"Lya..."

Aryan menarik tubuh isterinya ke dalam dakapannya.

"Shh, don't cry chagiya."

Panggilan yang Natalya rindukan. Chagiya. Hanya buatnya.

"Abang maafkan sayang. Abang faham emosi ibu mengandung. Apa yang abang cakap tadi, lupakan okay? Kita mulakan hidup baru ya?"

Laju kepala Natalya mengangguk. Ya, dia menyesal dengan apa yang berlaku. Dia sepatutnya percayakan suaminya. Kenapa dia bulat-bulat percayakan orang luar? Sepatutnya dia percayakan Aryan.

"Tapi sayang..."

Berkerut dahi Natalya. Dia mula mendongak memandang wajah Aryan. Aryan senyum kecil. Namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya.

"Kita bercerai ya?"

Prang!

Kata-kata itu menikam terus ke jantung. Kekecewaannya menjunam ke paras yang terlalu parah. C-cerai?

Oh, begini rasanya kehilangan dirimu, kekasih
Tak pernah 'ku bayangkan sakitnya akan seperti ini
Kau telah pergi dari hidupku

"Abang tak mampu lagi dengan rumah tangga kita. Abang tak kuat."

Natalya terdiam. Matanya yang berkaca itu memandang tepat ke muka Aryan mencari apa benar lelaki itu benar-benar memaksudkannya. Atau adakah ini sekadar prank? Rasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya.

Oh, mengapakah kau tinggalkan aku seperti ini?
Saat aku masih berharap
Cinta ini masih bertahan untuk kita

"A-pa a-abang ni? Agak-agaklah k-kalau nak b-bergurau pun." Natalya pura-pura ketawa. Mungkin suaminya itu sedang bergurau dengannya. Dia rela kalau suaminya hanya sekadar ingin bergurau.

Melihat wajah serius Aryan terus dia meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan. T-tak m-mungkin!

Oh, mengapakah kau membawa semua kenangan indah bersama kita dulu?
Kini berakhir untuk selamanya

"Abang minta maaf. Abang gagal jadi yang terbaik untuk sayang. Abang dah halalkan makan minum sayang. Carilah kebahagiaan yang sayang nak. Carilah lelaki yang mampu bahagiakan sayang. Pasal anak jangan risau, abang akan bagi nafkah tiap-tiap bulan."

Malam yang penuh dengan kekusutan dan kekalutan itu kian panjang. Bagai dihiris-hiris hati ini, menahan kesakitannya. Laju kepala Natalya menggeleng. Tangan Aryan dipegang erat.

"Jaga anak kita. Abang pergi dulu. Selamat tinggal sayang." Aryan senyum kecil. Perlahan-lahan dia melepaskan tautan Natalya. Dia bingkas berdiri.

"Abang! Tolong jangan buat Lya macam ni. Lya perlukan abang. Tolong jangan pergi." Rayunya sepenuh hati. Jika perlu melutut, dia sanggup melutut. Asalkan Aryan tidak tinggalkan dia dan anak mereka. Juraian air mata mengalir lalu meleleh di lurah pipinya. Tergapai-gapai tangannya ke udara memanggil Aryan.

"Abang, jangan tinggalkan Lya."

Perlahan-lahan bayang Aryan semakin menghilang.

"Abang!" Jerit Natalya seraya itu mencelikkan matanya. Jantungnya bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadanya. Manik-manik peluh di dahinya. Berpeluh-peluh seluruh tubuhnya.

Dia meraup wajahnya. Astagfirullah, mimpi rupanya. Rasa macam real. Jam di dinding di pandang.

5.36 pagi.

Dia menoleh ke sebelah. Masih tiada Aryan. Ke manakah suaminya itu pergi? Keluhan kecil dilepaskan. Dia bingkas bangun daripada katil menuju ke kamar mandi, bersiap untuk solat subuh.

Seusai menunaikan solat subuh, Aryan menyandarkan tubuhnya ke katil. Keluhan berat dilepaskan. Terasa serba salah meninggalkan isterinya yang mengandung itu sendirian di rumah. Nak balik pun rasa tak kuat. AllahuAkhbar.

Patah hatiku keranamu
Hancur harapku kepadamu
Dan dia segala yang kau puja
Dunia bersamanya yang sempurna

Dia teringatkan kejadian sebelum pertengkaran antara dia dan Natalya tercetus. Dia mendapat mesej daripada uknown number yang sama dengan hari itu. Sekali lagi gambar kemesraan Natalya dengan Shaqif dihantar. Sebesar mana pun kepercayaannya kepada si isteri, pasti berasa tercabar sebagai seorang suami. Semua takkan jadi kalau, Natalya sendiri tidak membuka ruang untuk Shaqif.

Aku menangis hancur hatiku
Aku terluka melihatmu
Bersama dia bermanja
Rasa luluh hati

Wajahnya diraup kasar. Kenapa awak susah sangat nak percaya? Abang tak curang sayang. Tak pernah terdetik dalam fikiran abang untuk curang. Hanya sayang di hati abang. Tiada yang lain.

Aku mencuba pertahankan
Namun tak berdaya terputus jua
Aku terima seandainya
Kau bukan untuku

Mendung wajahnya diselaputi kecewa yang teramat dahsyat. Dia juga tidak tahu apa lagi yang patut dia buat untuk memperoleh kepercayaan isterinya. Bermacam cara sudah dia lakukan. Hampir sahaja dia menyerah.

Aku menangis hancur hatiku
Aku terluka melihatmu
Bersama dia bermanja
Rasa luluh hati

Terngiang-ngiang kata-kata Ayeena semalam.

"....... Kalau Lya tak percayakan Ar, Ar kenalah usaha cari bukti. Satu lagi, Ar kena banyakkan berdoa. Doa tu senjata umat Islam. Allah, tempat yang paling sesuai untuk Ar mengadu. Allah sentiasa ada dengan kita."

Aryan mengangguk. Aku kena kuat. Aku kena cari sampai dapat siapa yang berani buat rumah tangga aku berpecah belah. Aku budak hensem yang pantang menyerah~~~~~~

"Aku tak nak menyesal macam daddy dalam book Sei Mio. Memalukan kaum kerabat Tuan Aydan. No, a big NO." Gumamnya sendirian. Segera dia mencapai telefonnya yang terletak di atas katil.

10 missed call from ayang<3
2 messages from ayang<3

Terpana dia melihat skrin telefon sebaik sahaja dia membuka. Natalya cari aku? Mesej dibuka.

+ abang dekat mana? bila nak balik?
+ nanti balik tolong beli maggi goreng basah

Hampir terjatuh rahang Aryan. Aku tengah merajuk ni. Dia boleh pula order makanan. Ha memang aku rider food panda pun. Kut la nak pujuk ke apa. Grr!

"Nasib baik sayang. Haih." Baru sahaja dia mahu bangun, telefonnya berdering. Nombor tak dikenali. Siapa? Keningnya bertaut rapat. Dia duduk semula. Dan menjawab panggilan itu.

"Hello?" Sapanya.

"Tuan Aryan Darmish! I want to see you right now!" Suara keras Dato Asri di hujung talian menyentakkannya. Dugaan apa lagi ni? Ya Allah. Author ni memang tak boleh bagi aku hidup tenang. Gais, tolong abe Ar. Author kaki buli. Sob...sob...sob....

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro