𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 35
Sedang Aayyan dan seisi keluarganya menonton televisyen bersama, Ayeena termenung teringatkan Aryan. Selalunya tengok TV ramai-ramai, mesti Aryan bergaduh dengan Aayyan berebut mahu tidur di atas ribanya. Cepatnya masa berlalu. Anaknya itu telahpun mendirikan rumah tangga.
"Que, Ar ada pergi office tak? Mummy risaulah. Dari semalam mummy call tak dapat."
Anrique menoleh ke arah Ayeena. Dia mengangkat bahunya. Kalau dia bagitahu Aryan sebenarnya ambil cuti 2 bulan, agak-agak Ayeena terkejut tak?
"Mummy, Ar tu dah besar pandailah dia jaga diri sendiri." Sampuk Adryan. Dia melabuhkan punggung di sebelah Anrique. Matanya tertancap pada skrin TV.
Ayeena mencebik. Bahu Aayyan yang sedang baring di ribanya itu ditampar.
"Argh! Sakitlah sayang!" Aayyan bangun daripada baring. Bahu yang ditampar isterinya itu diusap.
"Abang sedap ja tidur. Orang tengah risau pasal anak ni."
Kening Aayyan berkerut, "Anak yang mana satu ni?" Ya la, anak dia bukan seorang tapi 5 orang. Cuma cakap yang mana satu.
Ayeena mencubit dada bidang Aayyan. Geramlah dengan orang tua ni.
"Alang la. Siapa lagi kalau bukan anak kesayangan mummy, Tuan Aryan Darmish tu je laa." Arash menjuih bibir ke depan. Padahal dia yang anak bongsu, tapi abangnya si Aryan tu lagi manja mengalahkan dia.
"Heh, si budak seluar dalam spongebob tu awak nak risau apa? Dia ada bini. Biarlah dia hidup berdikari. Kalau dia ada masalah, nanti pandailah dia datang sini." Bagaikan satu doa, kata-kata Aayyan termakbul. Suara garau Aryan menyapa gegendang telinga mereka. Semua menoleh ke arah pintu utama.
"Assalamualaikum." Lemah suara Aryan memberi salam. Langkah kakinya juga longlai melangkah masuk. Keadaan Aryan sungguh serabai.
Semua memandangnya hairan.
"W-waalaikumussalam." Aayyan terkedu seketika. Tanpa diduga satu cubitan singgah di pinggangnya.
"Ni semua salah abang. Cakap anak ada masalah baru balik."
Aayyan tersengih mengusap pinggangnya. Manalah aye tahu, aye gurau aje.
"Ar sayang, kenapa ni? Kenapa nampak serabai sangat ni sayang?" Lembut Ayeena menegur anaknya. Tak pernah dia lihat Aryan sekusut itu.
Mendengar sahaja suara lunak ibunya, terus air mata Aryan mengalir. Esakan kecil mula kedengaran. Terhinggut bahunya melepaskan tangisan.
Terus terbangun Ayeena daripada duduk. Segera dia mendapatkan Aryan.
"Tutup TV." Arah Aayyan. Dia juga ikut bangun mendekati Aryan.
Aweena mengambil remote control lalu mematikan saluran televisyen. Tumpuan mereka kini sepenuhnya terhadap Aryan.
"Ween, Rash, pergi naik. Esok sekolah." Tegas Aayyan. Laju anaknya itu mengikuti arahannya.
Ayeena memapah tubuh Aryan ke sofa. Mereka duduk di sofa. Aryan menyembamkan wajahnya ke bahu Ayeena. Tangisan dilepaskan. Tersedu sedan. Ayeena mengusap belakang tubuh anaknya. Secara tidak langsung air matanya turut jatuh. Tidak pernah dia lihat Aryan serapuh ini.
"Sayang, kenapa awak nangis?" Aayyan menyoal Ayeena dengan penuh hairan.
"Dah anak saya nangis, saya nangis la." Jawab Ayeena bersama air mata bergelinangan. Cengeng punya orang tua.
"Ar pun anak abang, abang kena nangis juga ke?" Aayyan menggaru keningnya. Kena nangis juga ke ni? Ke tak payah?
Anrique menepuk dahinya. Bapak siapa ni woi?
"Daddy belum makan ubat eh? Makin tua makin bebal aku tengok." Anrique berbisik kepada Adryan. Terlepas tawa kecil Adryan. Menyempat lagi si Anrique ni.
"Oi dua ekor, daddy dengar tau. Sepak ontot kang!" Aayyan mencerlung tajam ke arah Anrique dan Adryan. Berani mereka mengata abe Yan. Sian abe Yan. Alelelele sepak kang abe Yan ni.
Ayeena menampar bahu Aayyan.
"Apa? Apa salah abang? Ye la anak je la baik, abang semua jahat. Nak merajuk seminit." Aayyan menyilang tangan ke dada. Bibir dimuncungkan. Muncung mengalahkan itik. Tua pun menjadi-jadi.
Aryan mengangkat wajahnya.
"Daddy, buruklah lelaki merajuk." Katanya. Membulat mata Aayyan. Budak bertuah ni, tak padan dengan menangis. Aku kakikan kang.
Ayeena menggigit bibir menahan tawa.
"Hey, kau diam. Kau pun rembat bini aku, nangis macam budak tadika cari spenda tak jumpa. Ada hati nak cakap aku buruk. Tampar kang."
Tersebek-sebek bibir Aryan mendengar Aayyan membebel.
"Ha sebek-sebek. Aku tenyeh cili dekat mulut tu karang." Ugut Aayyan. Langsung pecah tangisan Aryan. Maka, sekali lagi bahu Aryan ditampar oleh Ayeena.
"Apa abang ni? Kenapa buat anak nangis? Pergi duduk sana dengan diorang." Marah Ayeena. Tangannya ditunjukkan ke arah Adryan dan Anrique.
Aayyan bingkas berdiri sambil menggaru keningnya. Dia melabuhkan di antara Anrique dan Adryan. Apa salah aku?
"Aku jem. Ar tu umur berapa? Setahu aku, dah 22 tahun aku bela dia. Kenapa tak besar-besar otak dia? Kenapa perangai macam adik-adik tadika?" Guman Aayyan. Ayeena marah dia macam Ar tu masih bayi. Aneh bin hairan.
Ayeena menumpukan perhatian semula terhadap Aryan.
"Kenapa ni sayang mummy hm?" Lembut dia mengusap rambut perang anaknya.
"Ar gagal mmy. Ar gagal jadi seorang suami. Ar tak tahu nak buat apa mmy. Ar buntu." Luah Aryan. Hatinya terlalu terluka. Rapuh serapuhnya. Tak tahu pada siapa lagi dia patut mengadu.
Ayeena terus mengusap rambut anaknya. Pasti anaknya itu berdepan masalah rumah tangga yang besar. I feel you, son. Mummy pernah ada dekat tempat Ar.
"Ar sayang, dengar sini. Sebagai seorang ketua keluarga, Ar kena pandai menyelesaikan masalah rumah tangga Ar. Ar kena tahu dalam rumah tangga ni kena ada salah seorang yang mengalah kalau nak bahagia, sabar itu kunci rumah tangga harmoni. Tak kiralah besaq (besar) lagumana (macam mana) pun masalah tu. Cakap dengan isteri elok-elok, pujuk dia lembut-lembut, ajak dia bincang. Sekeras mana pun hati seorang perempuan, dia akan kalah dengan belaian suami."
Hiks... Hiks...
Adryan menoleh ke arah Aayyan yang menyeka air mata menggunakan lengan bajunya. Anrique pula sudah menggeleng sambil tergelak.
"Daddy, kenapa yang beria sangat ni? Mummy nasihat Ar. Bukan daddy." Adryan menarik lengan bajunya. Habis berhingus. Ish, bapak siapa ni? Nak tampar kang dapat title anak derhaka.
"Dia teringat dosa lalu kut. Maybe dia terfikir kenapa dia bodoh dulu." Selamba Anrique tanpa berlapik. Aayyan laju memandang tajam ke arah Anrique. Bibirnya terkumat kamit memaki anaknya. Dasar anak derhaka.
"Ar dah cuba, mummy. Macam-macam Ar dah buat. Ar dah berlembut. Apa lagi yang kurang, Ar sendiri tak tahu. Ar dah terangkan benda tu semua fitnah. Kenapa susah sangat Lya nak percayakan Ar? Ar tak cukup hensem ke mmy? Tak cukup hot? Ke tak cukup syeksyi?"
Terlepas tawa kecil Ayeena. Hidung Aryan dikepit.
"Ar ni macam budak-budak tau. Suka mengadu. Masalah rumah tangga Ar, mummy tak boleh masuk campur. Ar dah besar, sayang. Kalau Lya tak percayakan Ar, Ar kenalah usaha cari bukti. Satu lagi, Ar kena banyakkan berdoa. Doa tu senjata umat Islam. Allah, tempat yang paling sesuai untuk Ar mengadu. Allah sentiasa ada dengan kita."
Aryan mengangguk faham. Air mata diseka.
Adryan berdiri dan melabuhkan punggung di sebelah adik kembarnya itu. Air mata yang tersisa di pipi adiknya dikesat.
"You're strong enough for all this. I trust you, baby bro. Kitorang semua sentiasa ada untuk kau. Dah jangan sedih-sedih. Kau buat aku nak nangis." Ujar Adryan. Langsung terukir senyuman kecil di bibir Aryan. Kembar kan? Seorang sedih, seorang lagi pun terkesan. Share kantung yang sama dalam perut. Sakit, pahit, luka semua rasanya sama.
Aryan memandang Anrique yang duduk diam di sebelah Aayyan. Anrique menjelingnya.
"Kau pandang apa? Baik kau settle masalah kau dengan bini kau. Sebelum aku yang sekolahkan dia. Siapa suruh dia buat adik aku nangis hah?" Kasar Anrique. Anak Aayyan, sejenis yang tak reti memujuk. Hanya tahu anjing menganjing.
"Biasalah Ar, adat rumah tangga ada pasang surut. Tak ada perkahwinan yang sempurna, tak semua perkahwinan kekal bahagia tanpa ujian. Ujian tu la mengajar kita lagi mendalam tentang rumah tangga. Sebesar mana pun ujian mendatang, jangan mengeluh. Anak daddy kuat kan? Handsome boy macam daddy kan? So, stop crying. You make me wanna crying as well. Daddy terlalu hensem untuk semua ni." Aayyan senyum kecil untuk Aryan. Seperti biasa Aayyan kalau tak bangang tak sah. Kerana Aayyan setitik, rosak anak-anak Ayeena sebelanga.
Terletus tawa kecil di bibir Aryan.
"Jangan ulangi kesilapan daddy. Semua orang tahu betapa menyesalnya daddy dulu. Kalau tak tahu apa kisahnya, pergi baca story Sei Mio. Hensemnya daddy zaman muda dulu. Tak naklah riak tapi nak riak jugaklah." Iyalah, Aayyan. Kau je la yang paling hesmes, paling hot, paling bangang, lagi paling apa lagi?
Ayeena mencebik. Suami siapa ni minta kaki sangat ni?
Mereka semua ketawa mendengar pujian diri sendiri si Aayyan Danish. Tua-tua bila nak taubat entah. Sedikit sebanyak hati Aryan kembali tenang. Terima kasih, Ya Allah. Di saat aku rapuh, aku ada keluarga yang setia memberi sokongan. Aku bersyukur.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro