𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 34
Jam di dinding sudah berganjak ke pukul 12 malam. Aryan semakin gelisah apabila kereta isterinya masih belum kelihatan. Kerisauannya bertalu-talu melekat di pangkal fikirannya. Berkali-kali dia cuba menelefon isterinya, namun tidak berangkat. Ghalibnya, isterinya tidak pulang selewat ini. Mana awak pergi ni, sayang?
Klak!
Bunyi pintu dikuak membuatkannya dia menoleh laju. Nafas dihela lega apabila wajah isterinya menyapa kornea mata. Alhamdulillah.
"Sayang pergi mana? Abang tunggu dari tadi. Risau abang kalau apa-apa jadi dekat sayang." Bingkas dia berdiri mendapatkan Natalya.
Kebosanan jelas terpancar di wajah Natalya.
"Sayang, abang tanya ni. Sayang pergi mana tadi? Dengan siapa? Pergi mana?" Bertubi-tubi soalan daripada Aryan. Suami mana yang tidak risau isterinya pulang lewat malam. Badai kebimbangan merempuh-rempuh hatinya. Sudahlah telefon tidak dijawab.
Natalya memandang Aryan sekilas. Hujung bibirnya ternaik.
"Yang awak sibuk nak tahu sangat kenapa?" Sinisnya. Sinaran matanya yang demikian dingin. Melihat wajah suaminya terus terngiang memori siang tadi di mana ketika dia berjalan dengan Shaqif, secara kebetulan terlihat adengan Saffya dan Aryan di hadapan farmasi. Bagai dihiris-hiris hatinya, menahan kesakitan. Cemburu? Adakah isteri yang tidak cemburu melihat suaminya dengan bekas kekasih suaminya bersama?
"Sayang cakap apa ni? Sayang isteri abang. Salah ke abang nak tahu sayang buat apa? Pergi mana? Dengan siapa? Kenapa lewat baru balik?" Lembut Aryan berkata. Matanya layu dan merana. Tipulah kalau dia tidak terasa dengan soalan isterinya. Seolah-olah dia tiada hak untuk tahu keberadaan isterinya. Namun, kerana cinta dia sanggup rendahkan egonya sebagai seorang suami.
Natalya mendengus. Kaki mula membuka langkah untuk meninggalkan suaminya. Malas mahu menatap wajah Aryan. Makin dilihat, makin membara amarahnya.
"Sayang keluar dengan Shaqif ke?" Akhirnya soalan yang bermain di benak fikirang Aryan dilontarkan juga. Jujur, dia kurang senang dengan keakraban isterinya bersama Shaqif. Lelaki itu seperti ada satu agenda tidak baik. Cara pandangannya terhadap Natalya jelas menunjukkan dia mempunyai perasaan terhadap wanita itu.
Langkah kaki Natalya terhenti. Dia menoleh ke arah Aryan yang masih setia memandangnya.
"Kenapa tiba-tiba nak sebut pasal abang Shaqif pula?" Soalnya sedikit kasar. Kenapa nak kena kaitkan Shaqif dalam masalah mereka pula? Bukannya lelaki itu ada kena mengena pun.
"Jawab soalan abang. Sayang keluar dengan dia ke? Dia ke yang hantar sayang tadi? Mana kereta sayang? Kenapa tak call abang untuk ambil sayang?" Tona suara Aryan masih sama. Tidak meninggi. Demi menjaga perasaan isterinya yang sedang mengandung itu. Mummy kata perempuan mengandung ni sensitif.
Natalya ketawa sinis, "Call awak? Awak kan tengah sedap dengan Saffya. Kenapa pula saya nak kacau kan? Kalau sekali curang, memang selamanya akan curang. Awak ni memang laki yang tak pernah cukup seorang eh? Ke macam mana? Ke awak ni lelaki murah?" Selamba Natalya melontar kata-kata kaca ke kalbu.
Aryan mengetap rahangnya. Merah telinganya, mendengar cercaan.
"Kenapa diam? Betul kan apa saya cakap?" Natalya berjalan mendekati Aryan. Matanya penuh sinis memandang wajah tampan suaminya. Jari jemarinya bermain di rahang suaminya.
"Awak ingat saya ni bodoh ke, Darmish? Awak curang belakang saya. Awak ingat saya nak duduk diam menangis macam orang bodoh?" Tawanya seringai.
Aryan memejam mata. Hatinya tidak henti beristighfar. Semoga ketenangan hatinya kunjung tiba. Kawal ego kau, Ar. Jangan lepaskan. Orang hensem kena sabar. Aryan cuba memadamkan api kemarahan dengan mengukir bibir kemesraan.
"Abang tahu sayang penat. Pergilah rehat lepastu mandi. Nanti abang naik." Tenangnya bersama senyuman manis di bibir. Aryan ni tak ada perasaankah? Tak rasa apa-apa ke kena herdik dengan isteri sendiri? Maruah sebagai seorang suami dipijak-pijak, masih berlembut?
Natalya memutarkan bebola matanya ke atas.
"Stop being innocent. I hate it. And I hate you. Kalau ikutkan hati saya, nak je saya keluar daripada rumah ni. Kalau kuasa talak ada pada isteri, memang sekarang kita dah tak tinggal sebumbung."
Aryan diam mencerna semua kata-kata yang menyakitkan itu. Sampai macam tu sekali isterinya membenci dirinya.
"Awak tu suami dayus. Awak tahu tak? Buat zina belakang isteri. Tak malu ke? Parent you tak ajar ke? Oh, lupa. I heard your parent pun dulu ada masalah macam ni. Your dad curang kena tangkap basah dua kali. Tapi sayang, saya bukan macam mummy yang rela suami dia kahwin lagi sorang. Entah-entah kita kena tangkap basah dulu pun plan awak. Like father like son. Bullshit!"
"NATALYA ROZELLA!!" Suara Aryan memetir. Kenapa nak kena libatkan Aayyan dan Ayeena dalam hal rumah tangga mereka. Perkara itu telah berlalu dua dekad lalu.
Terdiam Natalya. Tahu pun. Kau sedar tak kau mengata mertua kau? Dasar perempuan tak guna. Author emosi lebih. Kesian abe Ar gue.
"Abang tak kisah kalau Lya nak hina abang. Tapi bukan my parent. You know nothing about my family. So, stop talking rubbish about them. Lya dah melampau, sangat melampau. Selama ni abang sabar. Abang diam. Sebab apa? Sebab abang tak nak sayang stress. Not good for our baby. Abang sayang Lya. Abang tak nak hilang Lya. Tak sanggup pun nak hilang Lya." Wajah Aryan diselaputi kekecewaan. Kecewa dengan sikap isterinya.
Natalya menggigit isi pipinya. Rasa bersalah bertandang di hati. Bodoh ke kau Lya? Kenapa libatkan mummy dengan daddy dalam hal ni?
"Tapi kali ni sayang betul-betul melampau. Sebab satu gambar, musnah segala kepercayaan sayang dekat abang. Sebab satu gambar, sayang sanggup hina suami sendiri. Abang ni takda maruah? Maruah abang memang untuk Lya pijak ke? Hati abang. Abang manusia ada hati perasaan. Mana janji sayang dulu? Sayang janji akan percayakan abang. Mana janji tu? Hilang?" Nada suara Aryan bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya. Dia meneguk air liurnya sendiri dengan hati terkilan. Dia cuba menahan air matanya tetapi matanya tetap bertambah kelam.
Sukar untuk Natalya memaparkan lukisan kekesalan yang sebenarnya tidak tercerna lagi. Kau derhaka pada suami kau, Lya. Apa kau dah buat ni?
"Abang tak buat semua tu. Abang tak pernah tidur dengan perempuan lain. Abang tak pernah curang. Terserah sayang nak cakap abang penipu ke apa. Yang penting Allah ada, Allah tahu apa abang buat. Abang minta diri dulu. Buat masa ni, abang rasa kita masing-masing perlukan masa. Ambillah masa seberapa lama sayang nak. Selagi kita duduk sebumbung, akan ada hati yang terluka. Lebih baik abang pergi. Sayang kalau nak apa-apa, mesej abang. Abang pergi dulu. Assalamualaikum." Aryan menyeka kasar air matanya. Laju kaki panjangnya melangkah keluar rumah. Memorinya bersama Natalya kembali bermain di layar fikiran.
"Love. I miss you. Do you miss me hm?"
"Abang, Lya rindu abang. Rindu sangat."
"Stay with me no matter what, sayang!"
"Saya hanya akan pergi kalau itu yang abang nak."
"Abang tak nak sayang pergi. Abang nak sayang ada dengan abang. Teman abang sampai hujung nyawa abang."
Sungguh dia rindu dengan kemesraannya dengan Natalya. Dia kena cari punca mengapa Natalya berubah secara drastik begini. Ada orang yang menghasutnyakah?
Natalya menggigit bibirnya. Mukanya bertikar menjadi merah-padam mengenang nasibnya itu. Sepatutnya dia suka Aryan tinggalkan dia sebab itu yang dia nak, tapi kali ini dadanya rasa sesak selepas ditinggalkan Aryan. Dia duduk bersimpuh sambil menundukkan kepalanya ke tanah gersang. Air matanya bergelinangan jatuh membasahi pipi. Aku berdosa, Ya Allah.
Takkan siakan dia,
Belum tentu ada yang seperti dia,
Satu dunia tahu aku bahagia,
Banyak pasang mata saksinya,
Takkan duakan dia,
Belum tentu esok kan masih ada,
Kesempatan tak datang kedua kalinya,
Hargai dan jaga hatinya,
Pengetahuan am:
Perbuatan nusyuz seorang isteri adalah haram dan termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar, dan akan dikenakan hukuman bagi sesiapa yang melakukannya.
Firman Allah dalam surah an-nisa' ayat 128 yang bermaksud: "Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya "nusyuz" (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya)."
"Jikalau memerintahkan seseorang untuk bersujud, pasti aku akan memerintahkan seseorang perempuan untuk sujud kepada suaminya". [HR. Tirmizi 1159]
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Baginda menjawab: "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." [HR. Bukhari 5197]
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga." [Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi]
Insafilah setiap kesilapan yang telah dilakukan terhadap suami dan mohon maaf pada suami sekiranya telah melakukan perbuatan yang salah.
Antara perkara yang menyakiti suami ialah:
1. Menghina dan mengumpat hal suami pada orang lain
2. Keluar rumah tanpa keizinan suami kecuali pada perkara yang hak pada isteri
3. Tidak melayan suami dan bergaul dengannya
4. Melakukan perbuatan curang terhadap suami
5. Mendoakan perkara yang buruk kepada suami
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro