Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 33

Afeeq memandang Aqeef. Aqeef memandang Aefeq. Saling berpandangan mereka bertiga. Kemudian bahu diangkat serentak. Mereka masih mencari jawapan mengapa tiba-tiba Aryan muncul di muka pintu rumah mereka. Sedang sibuk menjaga princess, tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan Aryan secara mengejut itu.

"Ar, kau okay tak ni?" Soal Afeeq untuk membuka bicara yang terkunci sejak tadi. Wajah sepupunya itu kelihatan tidak terurus. Ada masalahkah? Tapi macam salah server saja. Kami ni bukan menyelesaikan masalah, menambah masalah ada la.

"Aku nak tanya something." Aryan mula bersuara. Tiga kembar itu mula memberi perhatian kepada Aryan.

"Aku ni jahat sangat ke?"

Berkerut dahi tiga kembar itu. Mereka memandang antara satu sama lain. Demam ke Ar ni? Tapi nampak macam biul pun ada.

"Aku tanya tu jawablah."

Mereka mengangguk faham.

"Nak aku jujur ke tipu-tipu sikit?" Aqeef menggaru belakang telinganya. Rasa serba salah nak cakap. Tapi kena cakap jugak.

"Aku nak semua jujur." Kata Aryan senada.

"Okay, macam ni Ar. Kau tak adalah jahat sangat. Tapi jahat banyak. Mulut kau kalau boleh mengata orang memang tak ingat dunia. Mulut kaulah paling jahat antara yang terjahat di dunia." Selamba Aqeef. Afeeq menepuk dahinya.

"Kau ni, Qeef. Mana ada Ar macam tu. Ar baik sikit daripada yang paling jahat tu. Sebab dia selalu belanja makan. Tapi baik sikit je la. Kut." Afeeq mengusap pangkal lehernya.

Tergeleng kepala Aefeq memandang kembar-kembarnya.

"Tak baiklah cakap macam tu dekat Ar. Ar, kau sebenarnya baik. Nampak saja macam jahat. Tapi hati kau baik. Selama aku kenal kau. By the way kita kenal dari baby. Kau baik sangat. Waktu aku kena buli dekat sekolah, kau yang tolong aku. Harapkan dua ekor ni, awal lagi lari selamatkan diri. Kau je yang selalu ada untuk kitorang. Masa aku sakit, kau sanggup ponteng sekolah jaga aku dekat rumah. Kalau aku tak pandai buat kerja sekolah, kau yang tolong ajarkan. Kalau aku sedih, kau yang hiburkan aku." Aefeq senyum memandang Aryan. Tanpa semena Aryan menyeka air matanya laju. Terharu dengan kata-kata Aefeq.

"Hiks Hiks Hiks."

Mereka menoleh memandang Aqeef yang menangis tersedu sedan. Dah pehal pula mangkuk hayun ni?

"Kau kenapa nangis?" Afeeq menyiku lengan Aqeef.

"Ar baik sangat. Sampai aku rasa aku paling jahat dalam book ni. Hiks Hiks."

Afeeq menepuk dahinya. Bangang lahai adik siapa ni?

"Ar, kau ada masalah ke? Kalau ada kongsilah." Aefeq mengabaikan abang-abangnya. Dia fokus kepada Aryan.

"Ada orang cuba runtuhkan rumah tangga aku." Luahnya. Entah pada siapa lagi dia mahu meluah. Hanya pada kembar yang memahaminya. Kalau dia luah dekat Darren, mamat beku tu mana tahu comfort orang. Tak pasal-pasal dia cari si penghantar gambar tu, lepastu tembak sampai mati.

"Siapa? Kau kenal dia?" Afeeq pula menyoal. Jatuh simpati dia melihat wajah sugul Aryan. Pasti rumah tangga Aryan kini dilanda badai, hujan ribut, tsunami.

Aryan menggeleng. Dia tidak mahu menuduh sesiapa. Karang jatuh fitnah. Berdosa.

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

"And fitnah is worse than killing."

Surah al-Baqarah (191)

وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ

"And fitnah is greater than killing."

Surah al-Baqarah (217)

"Ar, aku tak tahu macam mana kau rasa. Apa yang kau lalui. Apa yang kau hadap. Cuma pesan aku, kau kena banyak sabar. Banyak berdoa. Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya." Aqeef menepuk bahu Aryan. Menyalurkan semangat buat sepupunya itu.

"Aku pun tak pandai nak nasihat orang. Menganjing aku tahulah. Itupun kau yang ajar. Tapi, aku percaya kau kuat hadapi semua ni. Berpeganglah kepada tali ALLAH SWT dan kembali kepada-Nya, nescaya konflik dalam rumah tangga mampu dihadapi dengan tenang tanpa ada hati yang tercalar." Kata Afeeq. Aqeef dan Aefeq mengangguk setuju.

"Tapi hati aku sakit. Isteri aku tak percayakan aku. Dia benci aku. Aku tak kuat, tak sanggup nak hadap benda ni. Aku takut kalau aku terlepas amarah aku dekat dia, mungkin aku akan kehilangan dia selama-lamanya."

Aefeq senyum nipis, "Kerana itu teladanilah sifat Rasulullah SAW iaitu menukar marah kepada maaf, menukar syak wasangka kepada sangkaan baik, menukar dengki kepada lapang dada, menukar kasar kepada lunak dan menukar dendam kepada ikhlas."

Aryan terdiam.

"Tipulah kalau kata sesebuah rumah tangga tak ada dugaan kerana dugaan itu datang dalam bentuk yang berbeza. Itulah realiti setiap pasangan suami isteri yang kena lalui dalam dunia perkahwinan. Jelas, perkahwinan bukan perkara mainan kerana memerlukan dua insan yang bertanggungjawab, tolak ansur dan beri effort untuk bina 'masjid' yang dibina." Afeeq menyambung.

Terkelu lidah Aryan.

"Mana korang belajar semua ni?"

"Google."

Hampir terjatuh rahang Aryan. Ku fikir bijak, rupanya bijaksana.

"Terima kasih ada dengan aku susah senang. Doakan rumah tangga aku. Aku akan cuba bertahan semampu yang mungkin." Aryan cuba mengukirkan senyum. Bersyukur dikurniakan sepupu merangkap kawan baik yang sentiasa mendorongnya. Memberi semangat kepadanya. Liku-liku hidup yang penuh ranjau dan duri itu terpaksa dilalui dengan penuh ketabahan.

"Pasal orang yang ganggu rumah tangga kau tu, tak nak suruh Darren carikan?" Aqeef menyoal.

Aryan diam tiada jawapan untuk soalan itu. Dia cuma takut kalau Darren bertindak di luar jangkaan. Lelaki beku itu sukar dijangka. Tahu-tahu berkecai kepala anak orang. Mamat tu tak banyak cakap. Dia cakap pakai pistol je.

Anrique memandang adiknya, Aryan atas bawah. Kelihatan tidak terurus. Nak kata tak ada bini, ada. Dia yang duda hot ni, elok saja bergaya. Apa masalah adiknya itu?

"Kau dah kenapa apply cuti dua bulan? Ada masalah apa?"

Aryan diam tidak menjawab pertanyaan si abang. Otaknya ligat mencari jawapan.

"Tuan Aryan Darmish, aku tanya tu jawab."

Aryan menghela nafas berat.

"Aku ada masalah sikit."

"Masalah apa?" Anrique masih lagi tidak berputus asa untuk mengorek masalah yang adiknya hadapi. Namun, Aryan tidak menjawabnya.

"Pasal Natalya lagi? Apa pula budak tu buat kali ni? Dia sakitkan hati kau lagi? Dulu sebelum kahwin tak puas ke sakitkan hati kau?" Anrique menyilang tangan ke dada. Matanya tepat memandang ke arah Aryan yang berdiri di hadapan mejanya.

"Tak, bukan macam tu. Ada salah faham sikit." Aryan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Takkan dia nak cerita masalah rumah tangga dia dekat abang dia pula. Anrique bukan boleh, sekali kang dia attack Natalya. Terberanak pula member dekat situ.

Anrique mengeluh kasar.

"Kau nak pergi mana?" Soalnya lembut. Entah mengapa adiknya itu suka membuat keputusan terburu-buru. Suka membuat orang risau.

"Aku nak selesaikan masalah aku. Aku nak selamatkan rumah tangga aku, cari siapa yang cuba musnahkan rumah tangga aku."

Ternaik kening Anrique. Betullah adiknya ada masalah dengan Natalya. Pandai-pandailah diorang settle sendiri. Malas dia mahu masuk campur.

"Up to you, Ar. Aku doakan yang terbaik. Selesaikan pakai solusi bukan pakai emosi."

Aryan mengangguk faham, "Aku minta diri dulu."

Kaki diatur keluar daripada bilik pejabat abangnya. Dia menuju ke farmasi berdekatan bangunan The D's. Mencari minyak untuk mengurut kaki isterinya. Semalam dia nampak Natalya mengeluh sakit kaki.

Dia juga ada tanya kepada Ayeena tentang jenis minyak untuk mengurut kaki isterinya yang sarat mengandung itu. Sedang dia ralit melihat mesej daripada Ayeena, bahunya dirempuh. Kepala dipanggung melihat si gerangan yang melanggarnya itu.

"Saffya?"

"Aryan?"

Saffya melihat Aryan atas bawah. Sungguh lain. Penampilan lelaki itu agak serabai. Dengan rambut serabai. Kenapa nampak macam tak terurus? Lya pergi mana?

"You buat apa dekat sini?" Saffya menyoal kepada Aryan.

"Farmasi." Jawab lelaki itu sepatah. Baru sahaja dia ingin membuka langkah, Saffya menghalang laluannya.

"I baru lepas check up pasal penyakit I dekat klinik depan tu." Ramah Saffya. Sudah lama dia tidak mendengar khabar berita tentang Aryan. Sudahlah dekat resort ayahnya hari itu, Aryan sudah pulang ke KL secara mengejut.

"Oh." Aryan menolak Saffya ke tepi. Dia masuk ke dalam farmasi seperti tujuan asalnya. Malas mahu melayan si Saffya. Sudah cukup banyak masalah dia, tak mahu lagi dia menambah masalahnya.

Terdiam Saffya di situ. Malu mungkin dengan sikap Aryan yang tidak mengendahkannya. Sedar Saff, dia ada isteri. Kau kena lupakan dia.

Di satu sudut, ada yang memerhatikan mereka dari jauh.

"Kan abang dah cakap. Aryan Darmish tu bukan lelaki yang baik. Entah-entah diorang datang check up. Takut si Saffya mengandung anak haram."

Natalya mengemam bibir. Kata-kata Shaqif dibiarkan seperti angin lalu. Hatinya sakit melihat suaminya bersama Saffya.

Awak melampau, Darmish.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro