𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 32
Natalya merenung telefonnya. Terpapar nombor telefon Darren Mikael. Pesanan Adryan siang tadi menghantui dirinya. Nak call tanya ke tak? Nanti Darren tahu aku ada masalah dengan sepupu dia. Perlu ke tak eh?
Klak!
"Assalamualaikum." Suara Aryan mematikan niatnya. Dia menoleh ke arah suaminya yang sedang menapak ke arahnya. Automatik lidahnya kelu. Separuh hatinya merindukan wajah itu, namun separuh lagi menghalangnya daripada terus rasa begitu. Gambar Saffya dan Aryan kembali menjengah ke kotak fikirannya.
"Waalaikumussalam." Jawabnya perlahan.
Senyuman lebar menghiasi wajah Aryan. Terasa tenang setelah dapat melihat wajah kesayangannya. Betapa rindunya dia terhadap Natalya hanya Tuhan yang tahu.
"Sayang, abang rindu." Aryan mendepakan tangannya. Lama. Tiada sahutan daripada si isteri. Keningnya bertaut.
"Sayang tak nak peluk abang ke?" Suaranya seakan berjauh hati. Kelihatan isterinya itu dingin dengannya. Aku ada buat salah ke?
Natalya senyum senget, "Rindu? Rindu nak lepas nafsu?"
Tersentak Aryan dibuatnya. Wajah Aryan jelas terkejut dengan soalan daripada isterinya itu.
"Sayang merepek apa ni?" Lembut Aryan menyoal isterinya. Lututnya melorot jatuh ke lantai. Dia melutut di hadapan isterinya. Tangan isterinya diraih. Diusap lembut.
Natalya menepis tangan Aryan. Sekali lagi Aryan tersentak.
"Kenapa balik? Dah puas berzina? Baru ingat anak bini dekat rumah? Kenapa tak pergi sambung lagi? Dia ada segalanya kan. Pergilah dekat dia. Kenapa balik sini? Pergilah dekat perempuan tu?" Pedih menghiris hati Aryan. Tidak pernah Natalya meninggikan suara kepadanya. Ini pertama kali isterinya begini.
"Sayang, ada apa sebenarnya ni? Cuba bagitahu abang. Kita bincang elok-elok. Janganlah sampai tinggikan suara dekat abang. Abang suami sayang." Aryan cuba meraih semula tangan Natalya. Dia mengusap kekura tangan isterinya. Wajahnya tampak tenang. Walaupun hatinya kini bagai dilanda tsunami.
Mata Natalya dipandang lembut. Awan mendung bergayutan di pelipis mata isterinya itu. Dia tahu ada sesuatu berlaku sepanjang ketiadaannya.
"Tell me hm. What's happen? Sayang marah abang ke? Abang ada buat salah apa? Bagitahu abang. Biar abang betulkan salah abang. Abang minta maaf." Senyuman nipis diukir. Kalau suami lain lepas isteri naik suara mesti naik berang, tapi tidak pada Aryan. Selagi dia mampu berlembut, dia akan berlembut.
Natalya memandang wajah suaminya tajam. Tidakkah lelaki itu rasa bersalah?
"Jangan sentuh saya." Natalya menarik tangannya dalam pegangan Aryan. Namun, wajah Aryan masih kekal tenang. Matanya tidak lepas memandang wajah si isteri.
"Awak penipu. Awak tipu saya, Darmish." Natalya mengemam bibirnya. Berkaca-kaca linangan air jernih gugur dari sudut kelopak mata. Bayang-bayang kesedihan dan kepiluan masih tercalit di wajahnya.
"Apa maksud sayang? Abang tipu apa? Apa yang abang buat?"
Natalya mengambil telefonnya, dibuka kembali galeri. Gambar yang dia dapat melalui Shaqif itu ditunjukkan kepada Aryan. Membulat mata suaminya itu.
"Apa maksudnya semua ni Tuan Aryan Darmish?" Natalya memandang tajam wajah suaminya bersama dadanya berombak-ombak, wajahnya menjadi merah padam menahan amarah. Panas relung dadakunya bagaikan terbakar.
Aryan memandang ke dalam anak mata isterinya.
"Jadi sebab ni? Sayang abaikan abang sebab gambar ni? Siapa yang bagi gambar ni?" Soal Aryan. Nada suaranya masih lembut. Seperti mahu memujuk isterinya. Sumpah kalau dia dapat si pengirim ni, memang dia kerjakan sampai lunyai.
Natalya ketawa kecil, "Kenapa? Nak pergi pukul orang yang bagi ni? Terkejut saya boleh dapat gambar tak senonoh awak ni?"
Aryan menggeleng bersama wajah tenangnya.
"Ini semua fitnah. Abang tak buat semua tu. Sayang percayakan abang kan?" Aryan yakin Natalya akan percaya kepadanya. Gambar itu satu fitnah. Boleh saja itu hanya photoshop. Ada orang yang mahu meruntuhkan rumah tangga mereka.
Natalya senyum. Sinis.
"Awak nak berdalih apa lagi, Darmish? Bukti dah ada depan mata. Awak fikir saya bodoh?" Like a dejavu. Ayat Aayyan kini sekali lagi muncul tapi version Natalya.
Sukar untuk Aryan memaparkan lukisan kekecewaan yang sebenarnya tidak tercerna lagi. Kenapa Natalya tak percayakan aku? Ya Allah, apa dosa aku? Kenapa aku diuji begini? Tanpa sedar, titisan air jernih jatuh berguguran dari sudut matanya. Sakit.
Oh mengapa kah kau membawa semua kenangan indah bersama kita dulu,
Kini berakhir untuk selamanya,
Oh begini rasanya kehilangan dirimu kekasih ,
Tak pernah kubayangkan sakitnya akan seperti ini,
Kau telah pergi dari sisiku uo..ooo
"Abang tahu sayang penat. Kita rehat dulu ya. Nanti kita bincang balik. Jom masuk bilik." Tenang Aryan menyeka air matanya. Bibirnya cuba mengukir senyuman. Namun senyumannya tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahnya.
Natalya memandang Aryan dengan riak tidak berpuas hati.
"Awak sengaja nak mengelak kan?" Naik seoktaf suara si isteri. Kata-katanya meluncur bersama pandangannya yang tajam. Dia hanyut di lembah ego.
"Sayang ni kenapa? Abang cuma ajak rehat je. Dahlah abang tak nak gaduh dengan sayang. Bukan abang nak mengelak." Nada suara Aryan masih dikawal. Tidak mahu mengguris hati isterinya yang masih sakit. Kalau seorang api, seorang lagi mestilah kena jadi air kan?
"Huh! Alasan."
Aryan menghela nafas berat. Dia bingkas berdiri. Dia mula membuka langkah untuk meninggalkan isterinya. Lebih baik dia membawa diri untuk biarkan hati isterinya sejuk dahulu. Lagipun dia pun masih penat drive jauh.
"Awak nak pergi mana, Darmish? Saya tak habis cakap lagi."
Aryan mengabaikan pertanyaan si isteri. Sungguh dia penat tika ini. Tak mahu pula dia melepaskan amarah kepada si isteri yang mengandungkan anaknya itu. Sebaiknya dia beri ruang kepada Natalya. Dia juga perlukan ruang untuk berehat.
"Ceraikan saya Darmish kalau awak dah tak perlukan saya!"
"NATALYA ROZELLA!!!"
Terdiam Natalya mendengar suara jerkahan Aryan. Aryan menoleh ke arah isterinya bersama renungan tajam. Natalya menelan liur kasar.
"Boleh tak jangan selfish? Disebabkan gambar bodoh tu, Lya nak minta cerai? Lya ni budak sekolah ke? Kenapa nak percayakan orang luar berbanding suami sendiri?!" Aryan mendekati isterinya semula. Sedaya upaya ditahannya gelora hati agar tidak sampai melontarkan kata-kata yang boleh menggegarkan suasana.
Natalya diam memandang Aryan. Kata-kata itu menikam terus ke jantung. Matanya berkaca lalu berair. Jatuh membasahi pipi gebunya.
Aryan mengeluh berat.
"Abang ni siapa pada Lya? Takkan langsung tak ada kepercayaan Lya untuk abang?" Luluh Aryan. Nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hatinya. Sudah tiada lagi panggilan sayang digunakan. Mata redupnya menjamah sayu wajah Natalya.
Natalya mengemam bibirnya bersama gelinangan air mata. Dia terpukul oleh lontaran kata-kata Aryan. Aryan melangkah setapak mendekati isterinya, namun laju Natalya mengundur.
"Sayang." Panggilnya lembut.
"Abang minta maaf. Abang tiada niat nak tengking sayang tadi."
Natalya menggeleng apabila Aryan cuba menarik tangannya. Kakinya mula melangkah untuk naik ke bilik. Panggilan si suami diabaikan. Hatinya terlalu sakit. Hatinya hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu.
Aryan meraup rambutnya kasar. Dia tekad untuk cuba memujuk isterinya esok. Mungkin isterinya itu perlukan ruang untuk tenangkan diri. Selagi hayat dikandung badan, dia takkan sesekali lafazkan kata cerai. Tekadnya sekukuh besi khursyani yang tidak cair oleh kata bujukan.
Semoga Allah permudahkan urusanku.
Di pagi yang indah, suria muda memancarkan sinarnya. Untuk memikat semula si isteri, awal-awal lagi abe Ar berkampung di dapur. Mencari resepi untuk masak.
"Mmy, lepastu kena buat apa?"
"Ar, kena terbalikkan dia."
"Macam mana nak terbalikkan?"
"Ambil spatula. Pegang tangkai pan. Pelan-pelan terbalikkan dia."
Aryan patuh akan arahan ibunya.
"Mmy, kenapa dia hitam macam ontot Arash?" Aryan bercekak pinggang melihat hasil kejadian pancake yang dibuatnya. Terkekeh Ayeena ketawa.
"Hotak kau, lang. Sejak bila pula ontot aku hitam?" Suara Arash menyampuk dari belakang Ayeena. Tergeleng kepala Ayeena melayan kerenah anak-anaknya.
Aryan menghidangkan pancake resepi Ayeena ke atas meja makan. Adalah yang elok, cuma dua tiga slice yang hitam. Alah, kira halal la. Abe Ar budak baru belajar, ambil galah tolong ketukkan kepala orang.
Dia tersenyum puas dengan hasil titik peluhnya. Matanya beralih kepada ibunya yang masih di talian. Awal-awal lagi dia menelefon ibunya untuk meminta resepi pancake.
"Mmy, doakan Ar tau. Semoga Lya suka hehehe."
"Ya, sayang. Mummy sentiasa doakan anak-anak mummy."
Bunyi tapak kaki menuruni anak tangga mengalihkan perhatian Aryan. Senyuman lebar mula menghiasi bibirnya.
"Mmy, I call you back later." Dia menutup telefonnya. Dan masukkan ke dalam poket. Segera dia mendapatkan isterinya.
"Sayang."
Natalya seakan terkejut dengan sergahan Aryan. Matanya terkebil-kebil macam katak disimbah air. Dia fikir Aryan sudah pergi office. Dia berdehem kecil.
"Abang ada masak pancake untuk breakfast. Jom makan." Senyuman mesra terukir di mulut Aryan. Seperti tiada apa yang berlaku antara mereka semalam.
"Saya dah janji nak breakfast dengan kawan."
Kening Aryan berkerut, dagu diusap lembut.
"Setahu abang, Mel dengan angah pergi tengok baju pengantin pagi ni. Sayang saja nak prank abang kan?" Hidung Natalya dicuit manja. Natalya menepis tangan kekar Aryan.
"Ish, awak ingat saya tak ada kawan lain ke? Takkan semua benda nak kena bagitahu awak. Saya pun nak ada life saya sendiri." Bidas Natalya.
"Kan abang tanya je tu. Sayang janganlah..."
Natalya memintas kata-katanya, "Please Darmish, jangan buat-buat macam tiada apa berlaku. You know what happen. Tak payah nak acah innocent sangat. Awak tu bukan baik sangat pun. Belakang saya, tidur dengan perempuan lain. Dasar tak cukup satu!"
"Abang cuma.."
"Dahlah, Darmish. Saya malas nak gaduh. Awak panggillah Saffya teman awak makan. Saya ni perempuan simpanan awak je." Terus kaki Natalya melangkah pergi meninggalkan suaminya. Aryan memejamkan mata. Memujuk hatinya untuk bersabar. Sabar, Aryan. Isteri kau cuma merajuk. Dia tak maksudkan macam tu.
Sejujurnya, dia kecewa dengan sikap Natalya. Di mana dia sentiasa percayakan isterinya, manakala isterinya langsung tidak mempercayainya. Bukankah rumah tangga memerlukan kepercayaan?
"Ar." Suara Ayeena menerpa ke koklea telinganya. Terus tercelik matanya. Telefon dalam kocek seluar dikeluarkan. Jelas terpapar talian masih berlangsung. Dia hanya tekan button off sebentar tadi. Bermaksud segala perbualannya bersama Natalya didengari oleh Ayeena.
"Mummy?" Terketar nada suaranya.
"Ya, sayang. Mummy dengar."
Langsung jatuh air matanya. Ya, Aryan yang nampak luaran kuat itu menangis bila berdepan dengan orang dia sayang.
"Sayang mummy, jangan nangis. Mummy tak tahu apa yang berlaku antara Ar dengan Lya. Tapi mummy nak Ar sabar. Kuatkan hati Ar. Mummy kenal anak mummy. Ar kuat kan, sayang?" Lembut sang ibu memujuk si anak. Semakin menderas air mata Aryan. Lututnya terasa lemah melorot ke lantai. Terduduk dia di atas lantai.
"Ar tak kuat, mmy. Ar nak mummy. Ar sayang Lya. Kenapa Allah uji Ar macam ni? Ar tak mampu hadap benda ni. Jahat sangatkah Ar sampai Allah tak nak Ar bahagia?"
Tidak tergagah lidah Ayeena untuk menjawab soalan anaknya.
"Ar cuma nak bahagia macam orang lain. Salah ke mmy? Ar tak layak bahagia ke mummy?"
Air mata sang ibu turut mengalir mendengar luahan si anak. Ibu mana tak nak tengok anak dia bahagia. Sakit seorang anak, ibunya turut terasa.
"Ar sayang, tak baik cakap macam tu. Mummy tak ajar Ar cakap macam tu. Jangan menidakkan takdir, sayang. Apa yang jadi semua telah ditakdirkan. Ar kena redha. Semua ni ujian untuk Ar. Allah uji sebab Allah sayang Ar. Ar anak yang baik kan? Ar kuat kan? Jangan macam ni sayang. Mummy ada untuk Ar. Doa mummy sentiasa mengiringi anak menantu mummy."
Tersedu sedan Aryan menangis. Hanya dorongan Ayeena menjadi penguatnya tika ini. Kau kena kuat untuk anak bini kau, Aryan.
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro