𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 31
Uknown number
+6017*******
[photo]
Aryan menatap lama gambar yang diterimanya itu. Hatinya terbakar perasaan cemburu. Mati dipejam lama. Nafas cuba diatur.
"Ar... kau okay tak ni?" Darren menyentuh perlahan bahu Aryan. Wajah Aryan kelihatan merah. Seperti menahan marah.
Telefon di tangan Aryan dirampasnya. Gambar yang terpapar mengejutkannya. Kemudian, matanya beralih memandang ke arah Aryan semula. Patutlah sepupunya itu tiba-tiba meminta diri untuk ke bilik sewaktu meeting bersama Dato Asri tadi. Rupanya dia menerima gambar ini.
"Ar, I think you should ask her. Tapi jangan kasar. Kawal baran kau. Ego tu turunkan. Ingat anak dalam perut dia tu anak kau."
Aryan mencelikkan mata.
"Aku percayakan isteri aku. Tapi bukan jantan ni. Aku takut kalau dia apa-apakan isteri aku." Keluh Aryan. Ya, dia tahu isterinya hanya cintakan dia seorang. Tak mungkin Natalya curang di belakangnya. Hatinya kuat mengatakan itu.
"Aku ingat aku nak balik KL sekarang." Sambungnya.
Ternaik kening Darren.
"Kau gila ke Ar? Sekarang ni tengah hujan lebat. Bahayalah. Jangan cari nahas, Aryan Darmish. Tunggu esok. Lagipun esok hari terakhir kita dekat sini. Bertahan sehari saja dulu." Darren cuba memujuk Aryan. Bahaya kalau mereka bertolak sekarang. Apatah lagi di hari hujan lebat begini. Risau kalau apa-apa berlaku.
Aryan menghela nafas berat. Ada benarnya juga apa yang Darren katakan itu. Namun, hatinya masih tidak tenang memikirkan keadaan isteri tercintanya. Perasaan yang dirasuk kebimbangan cuba dikikisnya sedikit demi sedikit.
Darren turut jatuh simpati melihat Aryan. Sudah dua minggu lelaki itu di sini, pasti dia rindukan belaian seorang isteri. Tambah-tambah lagi, Natalya seperti mengelak daripada sepupunya itu. Makin tidak keruan si Aryan. Hanya doa yang mampu dia iringkan buat keluarga sepupu kesayangannya itu.
"Ar." Panggil Darren perlahan. Aryan hanya diam tidak menjawab apa-apa mahupun menyahut panggilan Darren. Dalam fikirannya, hanya Natalya. Tiada yang lain.
"Hujan berhenti, kita balik. Pasal meeting esok, aku akan suruh kembar 3 settlekan. Kau jangan stress. Kesihatan kau pun penting. Aku keluar dulu." Darren terus melangkah pergi. Tidak mahu ganggu Aryan yang sedang serabut itu. Biarlah Aryan mencari ketenangan dulu.
Aryan hanya memandang sepi pemergian Darren. Hatinya masih lagi berkecamuk. Rambut diraup kasar. Bibirnya tidak henti-henti istighfar dan doa penenang hati.
Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wal dholaid daini wa gholabatir rijali.
Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat.
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu'minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna'u bi 'atho-ika.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang redha dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.
Darren menutup pintu bilik dan bersandar pada pintu itu. Keluhan berat dilepaskan. Berat sungguh ujian rumah tangga sepupunya. Cukup membuat dirinya takut untuk mendirikan rumah tangga. Takut jika dirinya tidak sekuat Aryan. Sudahlah egonya tinggi. Bagaimana jika dia tersakitkan hati wanita dambaannya? Bagaimana kalau dia tersalah langkah seperti kisah bapa saudaranya, Aayyan? Sudahkah dia bersiap sedia untuk hadap semua risiko?
Pegangan di bahu Darren menerbangkan lamunannya. Dia menoleh melihat Afeeq yang berkerut dahinya. Lelaki itu memandangnya penuh kehairanan.
"Bro, waeguraeyo? Mana Ar? Dia cakap harini nak teman aku buat sand castle dekat tepi pantai."
Darren berdehem kecil untuk membasahkan tekak, "Ar tak sihat. Biar aku teman kau. Mana adik-adik kau?"
Semakin berkerut dahi Afeeq.
"Kau? Teman aku? Mimpi ke apa kau ni? Tepi. Aku nak tengok Ar. Bukan boleh percaya kau ni, entah-entah kau culik Ar ikat dekat katil. Kesian sepupu favourite aku tu. Dahlah hodoh kena buli dengan gorilla macam kau pula." Afeeq menolak tubuh kekar Darren ke tepi. Nak teman aku konon. Kau dengan muka ketat macam spender tu baik tak payah. Pui!
Darren menolak Afeeq. Kalau nak bandingkan Afeeq dengan Darren, memang kalah jauh. Afeeq mencebik manja. Aku nak tengok Ar je pun. Itu pun kedekut. Mana tahu lepas tengok muka aku, Ar sihat. Muka aku ni hesmes tau.
"Aduh, gorilla tepilah sikit."
Darren menolak dahi Afeeq menggunakan jari telunjuknya. Budak Afeeq ni kalau aku rejam dalam laut tu sia-sia hidup je kang.
"Aku dah cakap kan? Aku teman kau. Dah, pergi panggil adik-adik kau. Kita pergi pool sekarang."
Afeeq mendengus geram. Orang nak Aryan bukan budak salleh ni.
"Kau ingat pool boleh buat sand castle ke? Ish, tak pergi sekolah ke kau ni?" Afeeq menyilang tangan ke dada. Wajah Darren dengan riak tidak puas hati.
"Kau yang tak pergi sekolah, dulu zaman sekolah siapa yang suruh aku back up kau? Kafa pun ponteng. Puasa apatah lagi. Tu kat luar tengah hujan lebat, kau gila nak main tepi pantai?" Darren senyum senget seperti mengejek Afeeq. Afeeq meneguk liur.
"Hey, janganlah buka aib aku. Itu kan zaman jahiliah aku." Afeeq menjuih bibir ke depan. Apa abe Ren ni, boleh pula buka aib abe Feeq. Malulah I!
"Woi, wasup abe salleh. Kau buat apa dekat tenuk 1 ni? Muka dia makin tenuk aku tengok." Aqeef yang entah dari mana muncul tiba-tiba menyampuk. Darren hanya diam memandang Aqeef. Macam biasa. Darren ni bukanlah jenis yang bercakap banyak. Entahlah dari mana Mikael kutip budak berat mulut ni. Bapaknya tak ada pula macam ni. Betullah Mikael bolot kebodohan sorang tak simpan untuk anak cucu.
Makin cemberut wajah Afeeq selepas adiknya mengata wajahnya. Padahal muka sama saja mereka itu. Ibarat kau tengok cermin lepastu cakap hodohnya aku.
"Feeq, kau kata nak panggil Ar. Mana dia?" Bahu abangnya ditepuk.
"Ar tak sihat. Harini jangan kacau Ar. Kacau aku." Darren senyum kecil. Berkerut seribu dahi si Aqeef. Demam ke salleh ni?
Afeeq bisik perlahan ke telinga adiknya itu, "Aku rasa dia yang tak sihat."
Aqeef mengangguk setuju. Darren dengar apa yang dibisikkan itu. Namun, dia abaikan. Demi Aryan, dia sanggup join the bangang club just for one day.
"Apa-apa je la. Jom kita pergi pool." Afeeq menarik tangan Darren ke arah swimming pool. Aqeef mengikut mereka daripada belakang. Aefeq pula awal lagi sudah ada di swimming pool. Budak tu memang dari pagi dekat situ. Meeting haram tak masuk. Sibuk swim kepala otak dia.
"Baby, jangan mandi pool lama-lama. Kecut bebird kau karang." Suara Aariq menyapa pendengaran mereka yang berjalan mendekati Aefeq yang sedang video call bersama bapanya itu.
"Apa abang ni? Tak senonoh betul." Shayla menampar bahu kekar suaminya. Kemudian, dia sambung menepuk punggung anak bongsunya untuk tidur.
"Baba tepilah, baby nak borak dengan princess. Baba tu buruk." Aefeq ketawa. Shayla pula mengemam bibir menahan tawa.
"Aku buruk kau cakap? Dasar anak tangga." Aariq mendecit. Bang, tanggang bang. Bukan tangga. Tangga tu yang kalau aku tolak kau jatuh bergolek macam nangka busuk tu.
Afeeq dan Aqeef mendekati adik mereka, Aefeq.
"Princess!!!" Jerit mereka serentak.
"Oh, mak kau jatuh bergolek masuk hati baba." Latah Aariq. Terkejut dengan kehadiran dua ekor lagi anaknya. Terkekeh si kecil, Atheefa Luthfiyyah. Puteri bongsu Aariq Derish in the house. Habis book Aryan, kita jumpa si kecil ini bersama abang-abangnya. Saksikan kebodohan abang-abang besarkan adik bongsu mereka. Aariq? Bapak yang hanya tahu buat anak. Jaga anak? Lambat lagi.
Darren tersenyum melihat kemesraan keluarga sepupunya itu. Alangkah gembiranya jika keluarganya begitu. Semua masuk air. Bahagia tanpa sebarang ancaman. Jauh berbanding dengan keluarganya. Bapanya seorang mafia, ramai musuh. Nampak sahaja Mikael seperti ngak ada otak. Namun bila berdepan musuh, langsung berubah 360 darjah.
I wish we could be like them.
"Nat, nak pergi mana lepas ni?" Shaqif senyum manis memandang wanita pujaan hatinya itu. Makin berseri wajah Natalya sejak mengandung. Hari ini, dia menemani wanita itu membeli barangan dapur. Siapa saja tidak gembira bila orang yang kita suka ajak menemaninya membeli belah.
Natalya menggeleng, "Nat nak balik, tapi sebelum tu nak pergi tandas kejap."
Shaqif mengangguk. Beg di tangan Natalya diambilnya, "Pergilah. Abang tunggu dekat bangku sana. Nanti datang sana ya."
Natalya mengangguk sebelum menuju ke arah tandas. Sedang dia berjalan, bahunya dirempuh. Terkejut dirinya.
"Sorry, tak sengaja. Are you okay, miss?" Lelaki itu mengangkat wajah memandang Natalya yang mengusap bahunya akibat dirempuh tadi.
"Natalya?"
Natalya membalas pandangan mata lelaki itu, "Angah?"
Adryan memerhatikan sekeliling. Natalya datang bersama siapa? Aryan ada menelefonnya berkaitan gambar yang diterimanya. Gambar Natalya bersama Shaqif. Mungkinkah isteri adiknya itu kini bersama Shaqif?
"Angah cari siapa?" Natalya memandang Adryan penuh seliratan tanda tanya. Adryan seperti mencari seseorang.
Adryan menggeleng, "Saja. Nat datang dengan siapa? Ar..."
"Aryan bagitahu apa dekat angah? Dia mengadu apa?" Keluh Natalya. Ternaik kening Adryan.
"Angah tahu apa yang berlaku apa antara korang. Mel dengan Ar dah bagitahu. Cuma apa yang Mel bagitahu angah belum sampaikan pada Ar sebab tak nak Ar buat benda bukan-bukan. Angah nak tanya Nat. Nat sayangkan Ar?" Adryan memandang tepat ke muka adik iparnya itu. Bukan dia mahu marah Natalya. Dia cuma mahu penjelasan. Adiknya sudah seperti orang sasau. Hampir seminggu Aryan cuba menghubungi Natalya.
Natalya hanya diam. Malu. Masalah rumah tangganya kini diketahui oleh abang iparnya.
"Angah bukan nak masuk campur. Tapi ni melibatkan adik angah. Nat pun macam adik angah. Angah sayang adik-adik angah. Cuma apa pun dalam hati Nat tu, angah nak Nat luah dekat Ar. Bincang dengan Ar. Jangan pendam. Tolerate each other." Lembut Adryan menasihati Natalya. Ya, dia tidak mahu melihat rumah tangga adiknya retak.
"Adik angah tu curang. Dia tidur dengan perempuan lain. Nat ni apa? Tempat lepas nafsu?" Natalya mengetap bibirnya.
Adryan menghela nafas berat.
"Kalau bukan sebab kerja, Ar dah ada depan mata Nat sekarang. Pasal perempuan tu. Nat ada number phone Darren, right? Ren tak pernah menipu orang. Just go and ask him. Dia 24 jam melekat bawah ketiak Ar. Dia adalah manusia yang takkan pernah tinggalkan side Ar. So, Nat boleh tanya dia semua tu betul atau tidak. Ren takkan tegakkan benang yang basah. Trust me. Tapi tolong jangan tuduh adik angah buat benda terkutuk macam tu. I know him better than you. He's my other half. Angah minta diri dulu. Assalamualaikum." Adryan terus pergi meninggalkan Natalya. Dia tidak mahu tiba-tiba terlepas amarahnya di situ.
Natalya diam. Hatinya berkecamuk. Dia cuba menepis-nepis ingatannya terhadap Aryan tetapi kotak fikirannya tidak mampu berbuat begitu.
Salah ke cara aku?
𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro