Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 3

Bam!

Aryan memanggung kepala melihat gerangan yang berani menghemlas pintu bilik pejabatnya itu. Gigi diketap.

"Takde keje ke korang ni? Menyemak dekat office aku pehal?" Marahnya.

Afeeq, Aqeef dan Aefeq melabuhkan punggung di sofa bilik itu. Kaki diletakkan atas meja kopi lalu disilangkan.

Aryan mengeluh kecil. Sudah lali dengan perangai tiga ekor beruk itu.

"Ar, kau bukan main eh sekarang. Sejak pekerja baru yang cun melecun tu masuk, melekat je manjang dekat office. Dah tak lepak dengan kitorang pula tu." Ujar Afeeq. Aryan menjelingnya tajam.

"Bukan sebab dialah. Daddy aku tu ha yang ugut aku. Terpaksalah aku ikut. Korang ni asyik merempat je. Takde keje?"

Aefeq menggeleng, "Baba kitorang pun takde keje. Kitorang apatah lagi."

Bam!

Sekali lagi pintu bilik Aryan dirempuh masuk.

"Anak-anakku di sini rupanya kalian. Aku cari merata tahu tak?" Aariq melangkah masuk mendekati anak-anaknya.

Aryan mengeluh. Ingat bilik aku ni tempat shooting jejak kasih ke?

"Uncle Riq, tolong bawa anak-anak uncle ni blah. Ar busy."

Aariq berdecit.

"Busy apa kau? Setakat kerja ni semua bukan boleh bawa mati pun!"

Zap!

Menusuk ke kalbu.

"Tapi-"

"Nanti dalam kubur bukannya disoal 'Kerja pejabat dah siap belum'."

Zap!

Double kill.

Aryan melepaskan keluhan berat. Bapa saudaranya itu ada sahaja jawapan dari mulutnya.

"Habistu nak ke masuk neraka sebab tak jalankan amanah? Kerja ni satu amanah. Daddy amanahkan kita semua siapkan kerja-kerja ni."

Kali ini Aariq pula terkedu dengan omongan anak saudaranya itu. Makan dalam.

Halkumnya bergerak turun naik.

"Peranan kita sebagai pekerja dalam melaksanakan amanah seharusnya diterapkan dalam kehidupan masing-masing supaya setiap kerja yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; 'Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurns lagi teliti.' Riwayat al-Baihaqi daripada Aisyah r.a. So, uncle tak rasa bersalah ke lepas tangan macam tu je? Sampai bila nak habiskan duit daddy je?"

Lidah Aariq kelu. Ditolaknya anaknya, Afeeq untuk menjawab pertanyaan Aryan. Otak ligat mencari jawapan. Ada ke patut kena tazkirah dengan anak sedara. Apa punya bapa sedara.

Bunyi tepukan tangan di muka pintu mengalihkan perhatian mereka.

"Good. That's my boy. So, Tuan Aariq Derish, udah dapat hidayah apa belum?" Soal Aayyan penuh sinis. Aariq berdecit perlahan.

Dhariz di sebelah Aayyan mengemam bibir menahan tawa. Kelakar melihat wajah cemberut milik Aariq. Dah tua pun bangang.

"Tch! Anak dengan bapak sama je. Ye la, aku pergi buat kerja sekarang." Aariq membuka langkah pergi ke bilik pejabatnya.

Sesaat kemudian dia muncul kembali, "Oi, tiga tenuk ikut aku sekarang!"

Pantas Afeeq, Aqeef dan Aefeq mengejar langkah Aariq.

Dhariz dan Aayyan menggeleng memandang mereka berempat. Aayyan mendekati Aryan.

"You know her?"

Berkerut dahi sang anak.

"Who do you mean?"

"Natalya Rozella."

Gulp!

Aryan menelan liur. Kepalanya perlahan-lahan diangguk.

"Do you want her?"

Aryan terdiam mendengar soalan si bapa. Sungguh dia tiada jawapan untuk itu.

"Hamood~"

Natalya mengangkat wajahnya memandang Aryan yang sedang berdiri di hadapan mejanya. Berkerut keningnya. Hamood tu siapa?

Dia menoleh ke belakangnya, semua membuat kerja masing-masing. Tuan Aryan cakap dengan aku ke?

"Hamood hamood, hamood ya habibi hamood~ Hamood ya habibi hamood~" Aryan berjoget di hadapan meja Natalya. Natalya menepuk dahi.

"Ya habibi, dah lunch ke belum?" Aryan mengerdipkan mata ke arah Natalya.

Natalya memandang jam tangan sekilas. Baru pukul 10 dah tanya pasal makan? Biar betul Tuan Aryan ni? Demam ke?

"Oi hamood, aku tanya ni jawablah. Dah lunch ke belum?"

Terhinjut bahu Natalya. Laju kepalanya menggeleng.

"Kenapa belum makan? Tunggu aku suap?" Usik Aryan. Bibirnya mengukir senyuman sungging.

"Tuan Aryan, sekarang baru pukul 10 pagi. Tak masuk lunch hour lagi. Ada soalan yang lagi bijak tak?" Natalya memicit pelipis dahinya sebelum sambung membuat kerjanya.

Aryan mengusap pangkal lehernya.

"Betullah cinta itu membangangkan. Ini buktinya." Omel Aryan sendirian. Selalu orang guna pepatah, cinta itu membutakan. Abe Ar kasi pepatah hati sendiri.

Natalya mencebik, "Dari lahir bangang tak sedar diri lagi. Salahkan cinta pula."

Membulat mata Aryan. Gigi diketap.

"Hey, you!"

Natalya menjelingnya. Boss tak boss belakang kira. Dah lama dia berdendam dengan Aryan yang mulut puaka ni.

"Apa? Nak gaduh? Jomlah!" Cabar Natalya.

Terkedu Aryan. Berani sungguh Natalya mencabar dirinya. Semua wanita beratur nak dating dengannya, namun Natalya nak bertumbuk dengannya. Sungguh kelainan.

Baru sahaja dia mahu membalas, telefonnya berdering. Dia mengeluarkan telefonnya.

Saffyanggg

Dia mengeluh kecil sebelum mengangkat panggilan itu.

"Hello baby, where are you? I miss you. Jom jumpa nak?" Suara menggeletis Saffya di hujung talian. Aryan memutarkan bebola ke atas.

"I busy. Nanti free I cari you."

Natalya merenung Aryan dari tepi. Dalam hatinya tidak henti memaki Aryan. Dasar buaya tembaga!

"Ala, you ni. You tak rindu I ke? Ke you nak I datang office you?" Soal Saffya dengan penuh kegedikkan.

"No, jangan datang office I. Saff, I promise if I'm free, kita jumpa ya?"

Natalya terkedu. Saff? Saffya?

Aryan mematikan talian dan menoleh ke arah Natalya. Wajahnya yang tegang tadi kini berubah lembut. Mudahnya buaya berubah mood.

"Jom kahwin"

Membuntang mata Natalya. Kegilaan apakah? Ajak kahwin macam ajak lepak mamak.

"Eh, sorry. Jom makan. I lapar. I nak you teman I."

Natalya menghembus nafas lega. Tanjat kita wak!

"Tapi-"

"Tapi-tapi naik kereta api. Now, get up! Jom teman I. Atau you nak I dukung you?" Ugut Aryan. Matanya mengecil memandang Natalya.

Laju Natalya berdiri. Bibirnya dikemam menahan marah. Geram betul dengan Aryan ni. Suka hati dia saja mahu arahkan orang.

Aryan mendekati Natalya yang masih tercegat.

"Tercegat apa lagi? Betul-betul nak kena dukung ke? Kalau nak, boleh je. Besar tapak tangan, sebesar cinta abe Ar boleh tadahkan. Rawr!" Aryan mencuit bahu Natalya. Natalya mejauhkan diri daripada Aryan. Suka hati saja nak sentuh orang.

"Tuan sentuh saya sekali lagi, saya sepak tuan sampai mandul! Jangan cabar saya."

Aryan menelan liur kesat, "I mandul nanti you nak dapat anak macam mana?"

Natalya menjeling Aryan tajam, "Bukannya saya isteri tuan pun!" Dia mencapai beg tangannya.

"Mana tahu one day! Kalau dah jodoh tak ke mana." 

Natalya mendengus geram, "Haah, jodoh tak kemana, tapi bodoh tuan tu di mana-mana saja. Unlimited." Gumamnya perlahan. Namun, sampai ke pendengaran Aryan.

Terletus tawa halus di bibir Aryan, baginya Natalya comel apabila marah. Rasa macam nak culik kahwin dekat siam.

"You buat I rasa nak culik you pergi jabatan agama sekarang juga."

Natalya menggaru kepalanya. Kenapa nak pergi jabatan agama? Nak masuk Islam ke dia ni?

"Nak buat-"

"Nak kahwin."

Hampir terjatuh rahang Natalya. Dia segera membuka langkah meninggalkan Aryan sendirian. Makin dilayan makin menjadi-jadi.

Aryan ketawa besar melihat Natalya gelabah menyembunyikan pipi merahnya. Malulah tu.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro